Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

10.31.2008

Family Day - Dress Code

Salam,

Entry kali ni, aku khaskan utk Titan staff yg akan datang Family Day Sabtu depan. Oleh kerana ada yg masih blurr2 lagi nak pakai apa.. dkt sini aku attached kan gambar sbg contoh.. dan supaya tak ada yg tsalah paham.. Beach Wear yg dimaksudkan oleh entry aku yg sebelum ni ialah Beach Wear yg nampak sopan.. yg lelaki kalau nak pakai Bermuda pants.. jgn la pakai yg atas lutut.. pkai labuh sikit.. aurat nak kna jaga gak.. yg perempuan, kalau nak pakai pario tu.. jgn la yg terbelah2 sampai nmpak peha yg putih gebu tu.. kalau boleh, pakai la seluar tight dkt dlm.. pastu, kalau rasa tak selesa.. pakai seluar panjang je.. lagi senang... senang nak gerak..

Ok, yg lain... pakailah sunglass, topi... (topi nelayan pon boleh..) alaaa.. paham2 sendiri la kan sebab badan sendiri yg nak pakai.. kalau nak lagi gempak, anak-beranak pakai la sedondon.. haa.. baru la ada feel tepi pantai.. psstt.. Besar kemungkinan.. tahun depan, tak merasa la korang Family day @ dinner.. sbb nak save budget.. maklumla..ekonomi tgh tak berapa bagus sekarang ni.. so.. apa lagi.... tahun ni la korang nak melaram sakan.. bila lagi kan?? Pada yg tak sempat register family day tu.. harapan korang nak pegi, mungkin ada.. tunggu la announcement dari kami seterusnya... tp aku tak jamin k... bergantung kepada kupon makanan yg lebih.. kalau ada.. ada la rezki korang..
Pada mana2 team volleyball yg belum register.. cepat2 la register.. tempat adalah terhad.. hanya 4 team sahaja yg akan diterima.. so far, baru satu team shj yg dah register...tarikh tutup ialah 5 Nov ni... lekas2..sape cepat dia dapat!!!

10.28.2008

Titan Family Day 2008 - Ads

Salam to all my blog readers,

As per my last entry, aku ada bgtau yg aku ada next project bln 11 ni... haa.. aku pasti korang dah tau bila baca tajuk entry aku kali ni.. Ye betullll.. 'Titan Family Day' as a PR staff aku tak dpt lari dari melibatkan diri daripada function2 yg dianjurkan oleh company.. so, nak tak nak.. kena lah aku mainkan peranan aku membantu sedaya upaya dlm menjayakan apa shj event Titan.



Ok, as I am in-charge of the Registration & Publicity, I would like to take this opportunity to publish some info and at the same time promoting our Titan's Family Day. The Family Day will be held on 8 Nov (Saturday) at Danga Bay, Johor Bahru. The theme for our Family Day this year will be "Beach Party" where all the employees are required to wear beach costume and of course bikini , g-string, or any other 2 piece clothing are strictly prohibited..hahahaha.. (kalau ada yg nak pakai gak.. boleh.... tp kna dok luar pagar la... hehehe.. jgn carik pasal... mau terbeliak biji mata semua orang nanti).
<
For this year's family day, we aimed that all employees will participate and enjoy our 1st ever Beach Party Family day with their family members. Moreover, our shift employees (Team B) who are working on that day also are not excluded as another family day will be organized especially for them on 22 Nov. Beside FREE Meals for Breakfast, Lunch & Tea Break, there will be attractions that Titan's employees will be enjoying for FREE during that day. Among attractions available are Theme Park, Tram rides, Petting Zoo, Animal show, boat rides and many more. GOOD NEWS! The attractions will be opened for FREE to all Titan's staff on that day until 11pm. There are also telematches for adults & children as well as beach volleyball match will be organized for family members who love the team's spirit games. For those who would like to enter the beach volleyball match, hurry up!! made a team of 6 and register your team at Titan's intranet.


To add more fun and excitement, more than 60 over attractive lucky draw prizes will be given to our lucky Titan's employees who are coming on that day. Some of the prizes are 32" LCD TV+Home theater worth RM3500, Cavenzi Furniture voucher worth RM2K, PS3, PSP, 10 x MAS air ticket to many destinations, handphones, laptops, digital camera, etc. However, for those who are not lucky enough they will not going back with empty handed as they will be given attractive door gift as a souvenier.
<

To all Titan's staff who read my blog,
<
Come around and participate in this exciting Titan Family Day 2008.

P/S: Pssst!! Don’t forget to wear your best beach wear bermuda pants, parios (sarong le!), beach sandal, flip-flops or some absurd color Hawaian shirts and of course, don’t forget to bring along your picnic mats to laze around, straw hats and suntan lotion. Well, it is going to be a hot, hot day – with really some hot, hot events that will spice your day!
<
** We hope that this year's Family day will be the most memorable day to you and your family. ** kalau ada kekurangan tu, kami minta maaf banyak2 krn kita hanya merancang yg terbaik.. Allah s.w.t shj yg akan menentukan perjalanan majlis ini berjalan lancar @ sebaliknya...Moga cuaca baik & lancar semuanya... ok.. Jumpa di sana.. di sana.. di sana.....
<
Cheers!!!
<
On behalf of Titan Family Day 2008 Organizing Committee

10.24.2008

PEP Convention, Exhibition & Closing Ceremony

Semalam, berakhir sudah assignment terbesar aku pada tahun ini.. 4 hari aku bermalam di Eden Garden Hotel untuk menguruskan majlis penutup 'Plastic Education Program 2008' yg bertemakan 'My Eco-Science Project' melibatkan 10 buah sekolah di sekitar Johor . Projek yg berlangsung selama 6 bulan ini meninggalkan byk kenangan kpd committee members kami yg telah bersusah payah untuk menjayakan projek perintis yg julung2 kalinya dianjurkan oleh Titan.
Aku berpeluang melawati ke semua sekolah dan melihat sendiri hasil kerja pelajar2.. Apa yg boleh aku katakan.. aku kagum dgn usaha yg ditunjukkan oleh peserta2. Antara kenangan2 yg tak boleh aku lupakan ialah sehari selepas hubby aku berangkat ke Arab Saudi aku ditugaskan pergi ke Kukup, Pontian & Gelang Patah untuk meninjau keadaan projek2 sekolah di sana.. Bayangkan la dgn keadaan mood yg tidak menentu, dgn suhu kesedihan aku yg belum reda lagi pada saat tu.. aku gagahkan juga.. satu lagi peristiwa yg melucukan bila.. sandal yg aku pakai terputus talinya semasa lawatan ke SMK Tmn. Pelangi Indah.. dgn jalan yg terdengkot2.. aku dgn muka tebalnya mintak cikgu sekolah tu paku tekan dan apa yg aku buat, aku gunakan paku tekan tu.. aku pakukan pada tapak sandal aku tu.. nasib baik... bertahan jugak la satu hari.. walaupun terpaksa control jalan.. (maklum la.. aku kan jalan laju..)
Dlm byk2 siri lawatan.. lawatan ke SMK Tg. Datuk di Pengerang, Kota Tinggi la yg plg jauh sekali.. sampai jugak aku dkt kawasan paling hujung di selatan peta semenanjung... sbuah kawasan perkampungan nelayan yg tenang dan mendamaikan... Aku ingat.. kalau senang2 aku nak dtg lagi la tempat ni.. kalau hubby aku rajin la nak bwk aku... Ok, berbalik pada cerita ttg projek tadi... keputusan sekolah mana yg menang pun telah diumumkan.. SMK Tg. Datuk dgn projek yg dinamakan "The Great Wall of Plastics" telah menjuarai pertandingan ini dan telah menewaskan 9 buah sekolah yg lain.. Sekolah Tun Fatimah sbgai naib juara, dan SMK Tmn. Pelangi Indah menduduki tempat ke-3. Kategori lain spt Persembahan, sekali lagi diungguli oleh SMK Tg. Datuk, Kategori Pameran booth dimenangi oleh SMK Bandar Putra, Kulai dan Kategori Pengurusan Projek Terbaik dimenangi oleh SMK Pasir Gudang 2. Manakala, SMK Tun Syed Nasir Ismail pula telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Juri.
Sila klik utk baca keratan akhbar:-
Last but not least, special thanks to En. Rohiman dan Norlida (bos2 aku yg byk beri tunjuk ajar dan mmberi peluang kpd aku utk mengalami pengalaman yg berharga ini), all sub-committee members yg banyak membantu sepanjang perjalanan majlis especially Kak Dinah, Kak Sally, Kak Mis, En. Bakar, Kak Rosnihan dan ramai lagi.. minta maaf jika nama tak dsebutkan di sini.. dan juga org yg telah menyelamatkan aku banyak kali .. iaitu Kak Norah.. thanks a lot kak.. sbb dia byk sgt tolong aku di waktu2 kecemasan.. dan tak lupa juga pada Kalpana sbb bagi aku print kaler guna printer dept dia.. dan semua2 la yg terlibat secara langsung & tak langsung.. lepas ni, kalau ada program dgn PR dept lagi, jgn serik nak join lg k.. All in all... legaaaa......... sgt2 projek ni da berakhir.. ada lagi projek lain menanti bln 11 ni.. hmmmm.. selagi belum berhenti.. selagi tu la kerja tak habis2..

10.18.2008

Dia kekasih...

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

**Sekali dengar lagu ni mcm best.. 2-3 kali dengar.. suka la plak.. Terimalah lagu nasyid dari kumpulan Hijjaz.. sekali-sekala dgr la lagu nasyid plak.. layannnnnn..

10.12.2008

beRaya lagi...

Salam... bertemu lagi di ruangan karya Rizhad edisi 'Hari Raya'... sudah seminggu lebih umat Islam menyambut bulan Syawal dan di Malaysia spt biasa selagi Syawal belum melabuhkan tirainya.. selagi itu akan adanya majlis2 rumah terbuka dan kunjung-mengunjung sanak saudara.. Keluarga aku juga tak lepas dari meraikan perayaan Aidilfitri cuma bezanya pada tahun ini.. aku beraya tanpa suami di sisi.. huhuhu.. psstt.. jd org bujang la sekejap.. hehehe.. buat hubby ku, jgn risau ye.. isteri awk ni pandai jaga diri... InsyaAllah..

Gmbar aku beraya di Segamat tak byk yg dpt aku rakamkan.. tp ada la sikit2 buat tatapan hubby aku yg rindukan keluarganya... especially satu2nya anak buah dia.. Farihin..
Raya ke-5.. dlm sejarah, kami beraya masing2 pakai baju tido..tak senonoh kan? Tp ada reasonnya.. tu kes sbb tuan rumah suruh dtg rumah dia pagi2 buta sbb diaorang dah nak berangkat ke Muar.. kiteorang kalau bersiap.. dah tentu tak sempat nak jumpa.. Nasib la tuan rumah yg bernama Kak Milah & Abg. Joe.. terima tetamu yg beraya pakai baju tido.. hehehe
Semalam (Sabtu, 11 Oct) & hari ni (Ahad, 12 Oct), misi hari raya aku belum berakhir lagi.. smlm 3 buah rumah.. hari ni, dijangka.. 2 buah rumah.. bak kata hubby aku.. "Beraya Sakan nampak!"


Kakak ipar aku & Farihin
Fesyen baru beraya


Sempat lagi main chess tu...
Adik ipar aku (Yana) & nenek Remah..

10.04.2008

3 Syawal ^Raya ke-3^

Assalamualaikum..

Semalam aku tak sempat nak update blog sbb beraya sakan.. start lepas smbhyang Jumaat.. kiteorang gi beraya rumah pkck2 aku di sekitar Pasir Gudang. Smlm 3 rumah je... pastu diaorang serbu plak umah aku... nasib baik mak aku dah prepare makanan, sbb diorang smua dinner dkt umah aku... so aku tinggal kemas2 je la apa yg patut.. riuh jugak la umah aku... smpai tak menang tangan.. pastu, dlm kol 10 lbih.. ipar2 aku plak datang dgn sepupu hubby aku satu keluarga (K. Eton) smpai la dkt pukul satu baru diaorang balik.. layan je la kan.. nama pun beraya.. Habis smua org dah balik.. baru la aku terasa penat yg amat...
Bgmbar di rumah Pak Anjang aku..
Kak Eton n Family (mmg best diaorang ni..) and ipar2 aku..
Hari ni, misi raya dkt belah sedara hubby aku lak dkt Segamat... first time aku gi sana tanpa hubby aku.. mesti banyak soalan aku kna jawab.. dan bykla cerita nak kena kongsi.. Nanti kan kisah raya aku seterusnya... da.......

10.02.2008

2 Syawal ^ Raya ke-2 ^

Salam...
Laporan raya hari ke-2....family gathering belah mak aku dkt rumah pakcik aku (pkcik Adib) di JB.. rumah nya ala-ala kampung walaupun terletak ditengah2 bandar JB.. so ada la feel mcm dkt kampung skit... ramai betul sedara mara aku... Pak Long, Pak Ngah, Mak Uda, Pak Njang.. Pak Andak..Mak Ning.. Mak Busu.. (Pak Tam je tak de..) smua dtg anak beranak... penuh rumah tu dari ruang tamu, ke ruang rehat sampai ke dapur.. itu pun ramai lagi yg tak ada.. apa taknya.. adik beradik mak aku 10 org.. byg kan la setiap diaorg ada anak paling kurang pun 5 org.. tu blum campur anak buah lagi.. pehhh.. Abah aku?? pun 10 orang adik beradik gak.. dan kedua parent aku anak yg ke-7...
Abah org jawa.. kalo balik kampung sblh abah.. ternganga la kiteorang sbb tak paham satu benda pon.. yg aku tau.. kabare... waras... siji, loro, telu.... yg lain2 mintak mahap la.. aku surrender awal2... mak aku lak, asal Bugis.. arwah atok aku keturunan ke-7 Laksamana Bentan.. ala.. yg orang kata.. kalau pegi kota tinggi tu kna muntah darah.. bukan dongeng tau.. mmg betul2 berlaku dkt arwah atok aku... kalo tak caya, tanya la mak aku....heheh.. tp dia bukan meninggal sbb muntah bdarah.. dia meninggal sbb sakit tua.. (Al-Fatihah buat arwah atuk aku..)
Kesimpulannya, kalo jawa + bugis tu jadi apa ek? Jabu ke Jagis? hehehe.. hmmm.. gitu la serba sedikit ttg sejarah family aku..
Eh.. nak cerita pasal raya ke, nak cite pasal sejarah family ni... alah.. sambil2 lah.. k, to be continued...

10.01.2008

1 Syawal ^ Raya Pertama ^

Assalamualaikum... Episod kisah sedih di pagi raya sudah berlalu... petang2 raya ni, kami tak ada plan nak kemana2 & tunggu la sesape yg nak datang beraya ke rumah aku ni.. esok aktiviti ziarah ke rumah sedara mara akan bersambung lagi... so, tengah boring2 kat umah ni... apa lagi, posting la gambar2 di pagi raya pertama.... nak tengok tv boring.. nak tido, mata x mengantuk.. jd melayan la luahan perasaan dlm ruangan blog aku ni..

Lepas smbhyang raya, spt biasa acara bermaaf-maafan pun bermulalah.. dlm ramai2 aku dgn adik ku yg no. 7 je yg meleleh airmata.. yg lain steady je... mgkin aku ni 'hati halus' kot... akhirnya panggilan telefon yg kutunggu2 telah aku terima.. sape lagi.. hubby aku la... mula2 rancak je beborak.. lama-kelamaan.. nafas tetiba mnjd sesak.. suara tsekat2.. dan Nah! berjuraian lagi airmata duyung nih.. dgn suara yg teresak2 aku memohon ampun dari hubby ku dipagi raya tanpa salaman, tanpa tatapan wajah... hanya suara pencetus kata2... aku tau, hubby ku pun x dpt control kesedihan dan menitiskan airmata.. cuma dia masih dpt mempertahankan kemachoan suaranya...

Destinasi pertama di pagi raya pertama ialah di rumah kakak iparku.. di sinilah setiap tahun kami sekeluarga shooting drama airmata di mana tiada pengarah di sebalik kisah raya yg sedih ni... bertambah2 lagi, sorang drpd ahli keluarga kami jauh diperantauan... jd kisah raya kali ini agak sadis bg aku... Lagi pulak, hubby ku telah mengirimkan emel raya buat tatapan seluruh keluarga kami.. memang mengharukan.. Terbayang di wajah masing2 kerinduan pada ahli keluarga mereka yg sorang ini..... anak buah ku (Farihin) yg masih belum mengerti apa2 pun turut menangis bersama kami.. smpai terkencing2... habis baju raya dia...terpaksa la pakai baju & seluar besar mcm dkt gmbar atas ni.. tengok2 nak tgelak pun ada.. tp tahun ni, gelak tawaku agak terbatas... paham2 je la kan... sekian dulu... Salam Raya!