Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

11.22.2008

Enjoy sakan..


Seperti yg dirancang, hari ini, 22 Nov satu lagi Family Day diadakan khas untuk Titan staff Team B Shift di tempat yg sama iaitu di Danga Bay. Aku sekali lagi ditugaskan bersama2 Kak Wan & Hada untuk menguruskan Pendaftaran & pengagihan cenderahati kepada mereka... Nak tahu kisah selanjutnya? Klik di sini


11.18.2008

3rd Anniversary

Picture Captions

Happy Anniversary..." ucapan yg kutunggu2 dari hubbyku tpt jam 11.58min mlm.. 2 minit awal dari yg kujangka.. Menitik lg mutiara jernih dari kelopak mata ini.. sedih+terharu dgn ucapan yg singkat tp penuh makna dari insan tersayang..

Serta-merta kotak ingatan ini mengimbau kenangan lalu.. 18 November 2005 bersamaan 16 Syawal 1426H termeterailah sebuah ikatan perkahwinan kami yg telah disempurnakan oleh Tuan Imam Hussein, Imam Masjid Al-Muhajirin, Masai. Majlis pernikahan yg telah berlangsung pada pagi hari Jumaat di kediaman orang tua ku itu masih lagi segar dalam ingatan. Menitis airmata ini tatkala lafaz pernikahan oleh suamiku telah disahkan dgn hanya satu lafaz. Alhamdulillah.. aku telah sah menjadi isteri kepada suamiku pada usiaku 26 tahun setelah 6 bulan mengikat tali pertunangan.

>

Debaran sudah berakhir.. impian jd kenyataan...

>
Kini, peristiwa manis itu sudah berlalu 3 tahun lamanya.. dan hari ini genap lah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3... Alhamdulillah.. aku amat bersyukur krn dipertemukan jodoh dgn suamiku, seorang yg tidak pernah lalai dlm menunaikan tanggungjawab sbg seorang suami, kepada keluarga dan terhadap agama Allah s.w.t. Dan bohonglah jika aku tak rasa bertuah kerana memiliki suami seperti Dia.. heheheh... kembang la hubby aku dgn segala puji-pujian ni.. jarang aku nak puji dia ni... mmg pantang dipuji.. ikh.. ikh.. eehhh... nak mintak upah apa lepas nih.. ek? Eeeemmmmm......
>

Malam pertama sbg suami isteri...

Ok, kita tutup kisah perkahwinan aku..& buka cerita baru... bila dah cuti sekolah ni... byk le jemputan kenduri kawin... Hari minggu lps, .. 1st time gi jemputan sorang2.. janggal lak rasenya.. tp nasib baik aku dah janji dgn Kak Yang.. pertengahan jalan jumpa lak Kak Ani.. so, konvoi la.. walaupun tak jauh manapun...dkt Selasih Pulau je.. heeheh.. tengok org kawin, teringat plak waktu aku mula2 melangkah ke alam rumahtangga dulu... kalau boleh, rasa nak ulang balik semuanya... best tu... the best part in my life.. sesiapa yg masih bujang lagi tu.. takyah la tunggu lama2.. mcm aku, rasa rugi plak tak kawin awal.. tp. takpe lah dah ketentuannya mcm tu.. terima je lah dgn redha...



Selamat Pengantin Baru!

K, lah.. Selamat Pengantin Baru kepada Irdawati & Pasangannya serta Rashidah & pasangannya.. dan khas buat aku & suami ku.. Selamat Pengantin lama... eh, silap.... hehehe...

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KE-3..

Agak2 smpai tak yg ke-30?? InsyaAllah.... jika dipanjangkan umur & jodoh kami... Semoga ikatan perkahwinan yg telah kami bina ini sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dan dikurniakan rezeki yg halal & diberkati dunia & akhirat.... Amin..

Pengantin lama.. tp rasa mcm 'BARU' lagi... heh heh heh... jgn marah ha...

11.08.2008

Hari Keluarga Titan - It's Fun Time

Gmbar masa preparation 1 day before..

Alhamdulillah.. syukur.... acara hari keluarga yg kami rancang berjalan dgn baik sekali.. & selama lebih kurang 5 tahun aku di Titan, dan seingat aku sebanyak 4 kali aku menjadi committee.... aku rasa, Family Day tahun ni la yg paling happening, fun, enjoy, success & lain dr yg lain.. that is my personal view... tak tau la plak apa pendapat org lain kan... Cuaca hari ni pun elok je... walaupun agak terik.. tp angin pantai bertiup nyaman.. mmbuatkan kiteorang yg committee2 ni leka je melepak.. tu bila kiteorang dah abis keje la..
>

Fuza, K. Linda & Aku

Mmmmmm... Walaupun tak dpt hadiah lucky draw, hati aku senang sbb sekurang2 nya kenangan hari ni adalah sesuatu yg indah untuk dikenang.. walaupun ketiadaan hubby di sisi pd family day kali ni, aku bjaya gak mengawal perasaan.. isteri awak ni kan hepi go lucky.. btul tak syg? hehehe..

Kepada Hada & Fuza, my strong team mates and all my sub-committees under my section.. you have done a very good job. Terima kasih banyak2 atas pengorbanan yg kalian telah lakukan.. komitmen kalian & keikhlasan kalian dlm membantu mjayakan acara ini amat dihargai.. pengalaman yg tak mungkin kita dapat di hari2 kerja biasa kita & pengalaman yg boleh mematangkan kita tatkala kita berdepan dgn pelbagai ragam manusia.. yg dtg family day ni ada la dlm 2300 orang.. cabaran tu!

Ok, la.. aku mcm nak taip panjang2 tp rasa letih la sesangat.. satu badan sakit sana sini...buku lali dah bengkak sbb tersadung anak tangga pun, dah smpai rumah baru terasa bisa.. tu la.. dkt sna tak ingat dunia.. hehehe.. nsib baik dpt unrecorded leave.. dpt la rehat lama sikit... tgk la, kalau aku rajin, ada la sambungannye.. kalau tak, mungkin ada topik baru dan kite tinggalkan cerita 'Hari Keluarga Titan 2008" dgn seribu satu cerita yg tak dpt aku ungkapkan semuanya di sini.. sekian dulu ceritera aku kali ini..