Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

8.30.2008

Tabahkan hatiku di Ramadhan ini..

Hati terusik tatkala ambang Ramadhan kali ini disambut tanpa suami tercinta.. pertama kali bersahur, berbuka puasa, berterawikh tanpa kehadirannya mmbuatkan hati aku sayu tidak terkira.. mujur la ada mak dan keluarga yg menemani aku di sini..Biasanya, kami akan berterawikh bersama di masjid Jamek.. tp kali ni, terpaksa la aku pandai2 membawa diri.. bila dikenang2 mmg pilu rasa hati.. "terima kasih mak sbb selalu teman along dkt umah ni.." aku tau dia mmg suka duduk umah aku sbb dia kata internet line dkt umh aku boleh tahan laju.. sng la dia nak buat operasi direct selling dia tu.. wah.. mak aku ni dah pandai ber'cyber' skrg..

Picture Captions

Minggu ni adalah penentuan samada suamiku dpt balik raya atau tak.. tp mcm penah aku bgtau sblum ni, aku tak nak mengharap apa2..aku dah bincang dgn dia, kalau dia dpt balik raya.. maknanya tahun dpn la baru aku menyusul dia ksana.. kalau tak, paling cpt pun.. aku akan pergi lepas raya haji nnti.. tu pun, aku masih dlm dilema samada nak terus apply for resident visa @ visiting visa.. kalau pegi pakai visiting visa, maknanya aku akan gi melawat dia je kat sana.. amik cuti 1-2 minggu.. ble buat umrah lagi skali.. pastu balik la keje kat Titan lagi smpai la hubby aku betul2 bsedia nak bawa aku bhijrah ke sana. Entah la.. smuanya belum pasti lagi..

Semoga Allah beri petunjuk apa yg terbaik untuk kami berdua.. Akhir kata,

Picture Captions

Halalkan makan minum saya.. redha kan setiap layanan sy selama ini.. semoga Allah bagi kesempatan buat kita bertemu lagi di Aidilfitri ini.. Selamat Berpuasa, Berbuka, Berterawikh & bersahur.. :)

8.25.2008

Selamat datang Ramadhan..


&

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA YG KE-51...

8.24.2008

Seminggu di Bumi Kenyalang

Salam bersiaran dari Kuching.. eh, silap.. dah smpai Pasir Gudang la.. bertolak hr Isnin 18hb dari Senai Airport direct ke Kuching dgn cuaca yg agak panas.. kami check-in di Hotel Harbour View di Leboh Temple yg berdekatan dgn Sarawak Waterfront.. dan semalam..Sabtu 23hb aku sudah selamat kembali ke Johor.. Alhamdulillah..

Hari pertamaku di Kuching merupakan hari yg paling mencabar buatku & Kak Ain.. kiteorang ingat.. cuaca elok smpai ke malam rupa2nya hujan lebat di senja hari.. apa taknya tengah2 berpusing2 di bandar Kuching nak cari jalan.. turun plak hujan lebat.. ntah berapa kali U-turn dan salah masuk simpang.. ops lupa plak nak bgtau.. 1st day smpai hari Khamis, kiteorang sewa Toyota Innova.. utk permudahkan urusan kiteorang dkt sana.. lepas tu, terpaksa plak tukar Ford Ranger.. drivernya ialah Kak Ain la.. memang dahsyat Kak Ain ni drive.. mcm nak racing pun ada gak.. satu je aku lemah tengok pemandu2 dkt Kuching ni.. drive kereta agak santai dan slow motion mmbuatkan kiteorang rasa tak sabar je.. (Jangan marah ye org Kuching).. dlm hujan2 lebat tu, akhirnya kiteorang smpai juga ke destinasi yg dituju.. iaitu SM Sains Kuching.. sampai2 dkt sana je.. urusetia2 karnival beberapa kali tanya mcm tak percaya yg aku & Kak Ain berjaya gak jumpa sekolah tu yg terletak agak jauh dari bandar Kuching.. Sebenarnya, cabaran yg tpaksa kiteorang tempuhi bila kiteorang find out yg dkt Kuching ni susah sgt nak jumpa signboard.. bygkan kiteorang main rrreeedah je mana2 jalan.. hari kedua ada sesat2 lagi.. masuk hari ke-3 dan seterusnya.. dah terror
dah..




Ok, cerita bab makan plak.. Sepanjang minggu aku kat sana, boleh dikatakan kiteorang asyik mkn seafood je.. antara makanan2 sarawak yg aku dah rasa ialah sayur Pucuk Midin msk ikan masin, Ambal msak smbal cili kering, Laksa Sarawak, Mee Kolok, Umai, fried oyster, udang galah bakar dan tempat mkn yg agak famous di Kuching yg kiteorang pegi ialah Restoran Asam Payak yg terletak di Satok Road dan Topspot food court yg terletak di atas bangunan taman letak kereta.. happening tau tmpat tu.. dan satu lagi tempat.. iaitu Rock Road Seafood Restaurant (tmpat ni boss aku, Norlida nak pegi tp time kiteorang smpai sana kitchen dah close..jgn boss aku yg mengandung tu kempunan dah lerr..) kalau korang gi bercuti ke Kuching, pastikan korang mjamu selera di tempat2 yg aku bgtau ni.. aku bgtau kak Ain, kalau la hari2 mkn sedap mcm ni.. rosak program diet aku.. nasib baik dah nak dekat bln puasa.. heheh..

Hari terakhir iaitu Jumaat dan khamis baru la kami dpt bershopping sakan.. geram aku tengok barang2 kraf dkt sini.. murah2 especially pasu tembikar.. makanan tradisional sarawak spt Tebaloi, kuih cincin dan kuih mcm kuih bangkit yg dibuat dari sago (x tau nama dia apa).. dan tak lupa gak ikan terubuk masin dan kek lapis Sarawak.. kira mission aku kali ni berjaya gak la sbb apa yg aku nak cari boleh dikatakan smua dapat.. Alhamdulillah.. Sampai la hari kiteorang nak berangkat pulang.. mencabar gak ni.. bayangkan kiteorang berdua.. bawak 5 kotak.. 1 drum popup banner & 4 roller banner campur baggage bag kiteorang lagi nak tau kiteorang kena byr berapa utk excess baggage?? pegi balik ada la 1K lebih.. hmmm..mmg btul2 menguji kekuatan fizikal, mental & poket kiteorang.. itu la yg aku dpt rumuskan ttg journey aku ke Kuching... apa2 pun, aku happy krn diberi peluang sampai ke negeri Borneo Bumi Kenyalang ini.. alamak.. terlebih sudah!



8.13.2008

Demam.. minggu yg suram


Salam ukhuwah to all my blog readers,

Aku baru sahaja pulih dari demam.. dekat sminggu gak badan tak kebah2.. blog aku pun sminggu lbih tak bmaya mcm tuan dia.. Hari ni activity aku full dgn program lawatan ke sekolah.. 4 skolah aku jelajah.. STF, Tun Syed Nasir a.k.a SMK Majidee, SMKA Johor Jaya & SMK Tmn. Pelangi Indah.. esok lg 2 sekolah nak pegi.. SMK PG2 & SMK Bndr Sri Alam... fuhh.. so tiring! tak sabar rasa nak tunggu program PEP ni abis.. Tp bos aku ckp, next year ada lagi.. nak tmbah skolah dr 10 jd 15 buah sekolah.. tp aku rase, aku dah takde dah kat Titan time tu.. tinggal la boss aku and manager aku uruskannya.. heeee.. selamat!

Minggu dpn aku ke Kuching.. ada National Science & Technology Carnival.. seminggu aku akan berkampung kat sana dengan kak Ain (HR) satu family.. ada sape2 nak kirim ikan terubuk masin? (pelawa2 ayam je ni.. heheh) mak & adik aku awal2 lagi dah kirim mcm2...maklum la, dah nak dkt bln puasa ni..mula lah tbyang makanan yg susah nak dpt kat PG ni utk mmenuhi selera bukak puasa nnti.. tengoklah nnt apa yg terlarat & sempat aku beli.. luggage aku tmasuk barang Titan yg aku kena bawak je agak2 penuh satu trajet... camno nak buek tu? Syng.. kalo awk ada kan best... :( ok la.. nnt aku update kisah aku di Kuching.. tungggguuuuu..........

8.04.2008

Telatah si kecil

Assalamualaikum.. update utk hari ni ialah.. tentang kisah semlm.. baby Addin msuk pertandingan Bayi comel dkt kompleks Pst Bandar anjuran Uda Ocean.. jd aku sbg auntie nye.. kna la bg support.. dari 48 baby, 13 tpilih masuk final.. dan baby Addin salah seorang dr yg btuah tu.. hadiahnye agak berbaloi.. Barangan bayi bnilai RM200, Voucher UO RM200 dan sebuah stroller bnilai RM100.. tu tmpat ke-3.. Jadi Addin la pemenang hadiah tmpat ke-3 tu.. Not bad! Ok lah.. tak de mood nak taip panjang2.. dipersembahkan.. gmbar2 disekitar contest..
Have fun!



8.03.2008

Masihkah kau ingat

Assalamualaikum.. Bertemu lagi di ruangan Rizhad..

Diam tak diam.. sudah hampir sebulan hubby aku telah berada di tanah Arab.. dan hampir sebulan juga aku melalui hidup aku bersendirian.. pegi keje balik keje.. tak ada apa yg menarik menanti aku di sini.. kecuali menerima panggilan telefon dr hubby aku.. Aku masih bernasib baik krn umah keluarga aku berdekatan.. jd aktiviti aku tidak terhad di rumah aku je.. 2 hr lps, hubby aku kata jgn terlalu mharap dia dpt balik raya ni.. :( kalau aku x dpt jumpa dia raya ni, maknanya.. dah 10 bln baru aku dpt jumpa dia iaitu bila aku dh bsiap sdia utk kesana.. Waaaaa.. lama tu!! kalau mengandung, dah terberanak dah.. rindu ni, toksah nak ckp la.. sehari x dgr suara.. x ble tdo dibuatnye.. mcm mlm smlm.. smpai kol 4 pg pon tak ble tdo lagi..lps dia call, baru la dpt lena. Nsib baik hr ni hr Ahad.. kalau tak, maunya aku amik EL sbb x ckup tdo.. Dasat tu penangan dia... tgk plak gambo kat blog Skrol.. tak smena2 meleleh je air mata ni.. isk..isk..

Kat bwh ni, gmbar di amik masa bercuti di A Famosa Resort.. dan di pantai Pengkalan Balak.. kenangan mcm ni la yg selalu je bmain dlm kotak minda aku ni.. dan juga boleh mjadi terapi tatkala aku diserang penyakit rindu... huwaaa!!



8.01.2008

Taman Syurga

Salam.. Hubby aku waktu ini sdg berada di Madinah.. melawat tempat2 bersejarah.. sambil menziarahi makam Rasullulah SAW serta sahabat2 & isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a dan juga beribadah di Masjid Nabawi di mana apabila kita beribadah di dalamnya, pahalanya amat besar sekali berbanding dengan masjid2 biasa yg lain iaitu 1ooo kali ganda. Manakala di Masjidil Haram adalah 100,000 x ganda (sila betulkan sekiranya aku tersilap). Hubby aku kata.. "tak sabar sy nak bawak awk dtg sini" aku pun ckp la "Sy lagi tak sabar nak ikut awk"... kalau boleh akhir tahun ni aku nak pegi..tp dia ckp, tunggu dia stabil dulu.. ye la.. sewa rumah nak kena byr 30K setahun (lumpsum) kenala kumpul duit dulu... so, keputusannya.. mgkin aku akan pergi paling cepat pun.. awal tahun depan.. InsyaAllah..

Aku ckp ngan hubby aku.. solat di Raudhah.. doalah smoga kami dpt dpertemukan Syawal nanti.. (Menurut riwayat ada menyebut Raudhah adalah salah satu tmn syurga yg terletak di Masjid Nabawi yg mana salah satu tempat paling mustajab utk berdoa). Mudah2 han.. doa2 suamiku dimakbulkan.. Amin

Doaku

Allahumma ya Allah,
Inilah hambamu yang lemah telah sampai di tanah suci,
masuk ke dalam masjid nabiMu dan berada di raudhah ini dgn izinMu.

Allahumma ya Allah, yang maha pengabul doa,
Aku mohon keampunan dan keselamatan di dunia dan di akhirat untukku, suamiku,
keluargaku, ayah dan ibuku, serta keluarga besar dan teman-temanku.
Janganlah Engkau sesatkan kami setelah Engkau tunjuki kami.
Berikanlah kebaikan untuk kami di dunia dan di akhirat,
serta selamatkan kami dari api neraka.

Allahumma ya Allah, yang maha Pengasih yang maha Penyayang,
Izinkan hambamu ini untuk kembali ke sini (Taman SyurgaMu), sebelum ajalku tiba.
Izinkan hambamu ini untuk kembali ke Raudhah ini, dan bersama dengan nabiMu di syurgaMu nanti. Amin...