Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

1.13.2009

Farewell Luncheon

Terima kasih yg tidak terhingga kepada kawan2 di Titan kerana sudi organize farewell lunch utk aku.. Alhamdulillah... dari 8hb hingga hari terakhir aku di Titan iaitu esok.. rezeki makan sedap datang tak putus2.. bukan selama ni aku makan tak sedap.. tp menunya bila ada jamuan ni spesel sikit la.. tambah2 lagi kalau makan free.. memmmang.. sedap.. heheh.. Lagi la yg diraikan tu adalah aku.. memang terasa spt serba istimewa la.. walaupun aku ni bukan sapa2 pun dekat Titan... terharu beb... ok, tengok la gambar2 dekat bawah ni..

Ni gambar masa dekat Restoran Rahmat Seafood.. makan apa lagi.. menu mcm biasa la iaitu ikan siakap goreng & lauk pauk masakan kampung.. bg sesiapa yg dah biasa makan dkt sini.. mesti tak heran.. sebab tempat ni memang famous pun dekat Pasir Gudang... dan Titan memang selalu sangat pun buat makan2 dkt sini...

Atas ni, farewell lunch dgn K. Norah & K. Ros dkt Tg. Puteri Golf Resort.. pun tempat yg biasa dikunjungi oleh warga Pasir Gudang.. Menu ala-carte la pulak.. terima kasih kakak-kakak ku...

Semalam, farewell lunch dkt Latios, kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.. di organize oleh K. Ain dan kawan-kawan. Kiteorang makan chinese food.. berasap seh... hehehe...

Dan yang ni lak... farewell party dkt office aku.. makan nasi tomato... di masak special oleh one of HR staff.. Kak Aishah.. aku diminta bagi farewell speech plak .. nasib baik tak hujan airmata.. maklum ler.. aku ni lemah sket bab2 nak bg ucapan perpisahan ni.. nasib baik maintain cool.. hehehe.. malam ni ada lagi org Titan nak belanja makan.. wah.. kenyang222..

1.03.2009

One Night at Danga Bay

Aku & adik bongsuku (Ummi) bergambar di jetty sblum kapal berlepas...
<
2 Januari, 2030hrs - Pihak pengurusan Danga Bay telah menjemput semua committee Family Day yg lepas bersama keluarga masing-masing ke sebuah makan malam sebagai tanda penghargaan pihak Danga Bay kepada committee. Kami dirai di atas kapal Danga Cruise di mana pelayaran kami mengambil masa 2 jam menyelusuri pantai dari Danga Bay hingga ke Stulang Laut sambil menikmati makan malam eksklusif secara buffet.
<
Teman semeja..
<
Hmmm... makanan yg dihidangkan boleh tahan la.. tp banyak lebih la... mungkin sbb diaorang x pandai nak budget kot.. ataupun mungkin diaorang ingat kiteorg ni kuat makan..hahaha... aku makan spagetti je pun dah kenyang dgn other side dishes yg lain spt salad & soup.
<

Merry Go Round ni cantik betul pd waktu malam... nak naik tp dah terlebih umo..huhuhu..

Ada satu kisah yg terjadi pada diri aku masa malam ni...

Nak tahu apa kisah tersebut dan lihat gambar2 menarik?? jom klik kat sini..

1.01.2009

Company gives aid to 80

THANK YOU: Organising chairman Bahrin Bujang (right) handing over the food hamper to Piah.
PASIR GUDANG, 21 Dec: Some 80 children and elderly people from the hardcore poor in Taman Cendana received aid to ease their hardship.They were given schooling essentials and hampers containing rice and foodstuffs from Titan Chemicals Corporation.

Piah Mohamad, 84, said the donation marked a happy ending to the year 2008 for her and her 29-year-old mentally retarded son.
“It is a good start for the year 2009 and we appreciate the help,’’ said the widow, who is currently receiving monetary aid from the Social Welfare Department.
---------------+++++++---------------
Petikan ini dipetik dari keratan akhbar The Star bertarikh 27 Dec 2008. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur khususnya AJK terlibat yang bertungkus lumus memastikan acara majlis ini berjalan dengan lancar. Walaupun ada sedikit kekurangan... namun ianya dapat diatasi dengan baik sekali. Itulah yang dikatakan, jika kita ikhlas dalam apa jua yg dilakukan.. pertolongan dari Allah akan pasti tiba. Secara peribadi, aku amat terharu dengan usaha2 yang ditunjukkan oleh semua pihak.. dan amat berterima kasih kepada AJK2 yang hadir pada hari tersebut.
<

AJK-AJK Program Bersamamu Cendana 2008 (ada yg tak ada ni...)

Jom klik disini utk membaca ucapan dari Tuan Pengerusi dan melihat gambar2 di sekitar majlis.