Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

2.25.2009

My holiday story...

I believe I can fly....hehehe..


Salam semua.. kali ini aku ingin bercerita tentang percutian kami yang lepas… sebelum kami berangkat ke Yanbu, Kingdom of Saudi Arabia… kami telah pergi bercuti ke Langkawi berdua dan Melaka bersama keluarga belah hubby aku… itulah kebiasaannya kami sekeluarga akan bercuti bersama paling tidak pun 6 bulan sekali.. kira mcm family day la.. tp aku nak story sket tentang percutian kami ke Langkawi baru2 ni… cerita tentang holiday kami di Melaka tu, aku akan publish in next entry k…


Telaga Harbour


Alkisahnya bermula begini... Aku telah membuat tempahan awal utk penginapan melalui booking.com iaitu sebuah agen yg berpangkalan di Canada. Surf punya surf, aku terjumpa la website ni.. Kenapa la jauh sgt perginya tu…. actually aku ni kurang percaya sikit kalau bila buat booking, agen terus charge credit card kite.. bila aku baca terms & condition booking.com ni, tak ada service charge dan pembayaran dibuat sebaik shj kita check-in, aku pun terus proceed la… tp, kita kena lah follow-up beberapa kali dengan pihak hotel utk confirmkan booking kita… kalau tak, kita mana tau yg agent tu betul2 dah bookingkan room utk kita kan….. so cite pasal room reservation dah settle.. kami stay dekat Langkawi Boutique Resort di Pantai Cenang.. room condition ok. Besar & selesa. Rate dia RM180nett per night for Superior Deluxe Room, quite reasonable la bg aku…


Di sini lah terletaknya Langkawi Cable Car.. Sejuk tu atas Gunung Mat Cincang..


Kami bertolak ke Langkawi dari LCCT dgn penerbangan tambang murah Air Asia.. Penerbangan tambang murah ke??? disebabkan kami terpaksa tukar tarikh setelah booking dibuat, kami telah di charge RM700 for return flight for 2 person.. korang fikirlah sendiri, murah ke mahal… entahla… Setelah tiba di Airport yg terletak di Padang Matsirat, kami menyewa sebuah kereta Wira dengan harga RM150 utk 3 hari… ok lah tu.. dkt sini mmg kena sewa kereta spy senang nak kemana2… tempat2 yg kami lawati seperti Dataran helang, Langkawi cable car, Makam mahsuri, Underwater World, telaga harbour, berpeleseran di pantai cenang dan jalan2 serta bershopping dekat night market dia... tak banyak la tempat yg kiteorg dpt pergi utk percutian 3d2n ni…. mmg tak sempat.... mungkin kena buat 'come back' utk kami buat snorkelling plak.. InsyaAllah.. Eeeee.... lamanye tak snorkelling.... teringat snorkelling dkt Tioman tahun lepas.... best gilerrr… (Sweet Memory at Tioman - Klik sini kalau nak baca)


Ok lah, aku pasti ramai yg dah pernah pergi Langkawi dan dapat bayangkan mcmana keadaan di sana.. bagi aku yg sukakan suasana alam semulajadi.. memang teruja la dgn keindahan di beberapa tempat di Langkawi.. dgn suasana perkampungannya yg tenang…. tp, satu je tak best.. dkt area pantai cenang ni, kebersihan dia tak berapa ok lah.. jln raya dkt situ pun berlubang2.. rasa malu plak dgn tourist yg dtg… mungkin kena upgrade lagi kemudahan & kebersihan sebab tempat ni kan menjadi tumpuan pelancong di serata dunia.. hmmmmm… rasa mcm nak cerita lagi, tp cukup lah setakat ini dulu.. layan je lah gmbar2 percutian kami ni.. kalau nak tengok gmbar hidupan laut yg cantik2 dan lain2 lagi.. klik la dekat sini..

Chopp... ada lagi......


Lihat lah pelbagai aksi kami nih...
Lastly,

Ok, matahari pun dah terbenam di Pantai Cenang... sampai di sini dulu kisah percutian RizHad di Pulau Lagenda, Langkawi.. to be continued..

2.21.2009

Resepi dari Khabul, Afghanistan

Haaaaaa… tgk tajuk mcm aku nak bagi resepi dkt korang kan.. ahha... sebenarnya, aku tau sikit2 je.. sbb resepi detail dia aku tak dapat taip dkt sini.. kang tersalah kang, ada yg cuba tak menjadi… aku jugak yg malu..

Korang mesti tertanya2 mana aku dapat resepi dari Afghan nih kan? takkan aku pergi sana @ tengok rancangan memasak program TV Afghan kot.. ha.. ni la yg aku nak story sket dgn semua pembaca blog aku nih.. hari Selasa lepas, aku pergi bersosial lagi dgn Ummi (mak angkat Arab aku tu la..) dekat Al-Nawa.. dkt je dgn Radwa tmpat aku tinggal… apa kiteorang buat kat sana?? Ahhaaa.. kiteorang buat aktiviti MEMASAK… jgn tak caya, aku gi masak dekat dapur rumah family Arab tau.. Aku pergi berdua je dgn Ummi.. Tuan rumah dia nama Mona.. aku panggil Ummi Mona je.. dpt Ummi lagi..heheheh…

Melangkah je masuk ke rumah dia.. fullamak! design rumah dia punya la cantik… besar & luas.. tengok tangga rumah je dah seram.. bukan takut.. tp sebab cantik sangat dan otak ni mula la tertanya2 berapa la duit family Arab ni berabis buat rumah macam tu.. heheh..bz body la pulak..Ummi Mona kata, design rumah dia ni, dia tiru dalam majalah.. hmmm.. patutlah cantik. Pastu, rumah dia banyak kucing siam.. cantik2.. gebu2.. gerammmm.. aku tengok. Ummi Mona nak bagi aku sekor, aku mmg suka la sesangat.. tp hubby aku boleh ke terima? so aku decide, utk lupakan je hasrat nak bela kucing siam tu..

Rumah yg bagaikan istana..
Tengok tu kucing siam dia.. comel tak??

Ok, berbalik pada resepi dari Afghan tadi.. Nama dia ialah "Kableh" iaitu nasi dari air rebusan ikan yang dimasak dgn rempah ratus dan kuah tomato yg dimasak. Ikan apa aku tak pasti la plak.. tp besar la.. 3 ekor.. direbus dulu dgn sedikit bunga lawang, cengkih, lada hitam dan kulit kayu manis…. Air dari rebusan ikan tu dibuat untuk menanak nasi dan beberapa ketul kentang yg dimasak sekali bersama nasi. Untuk kuah tomato plak, tomato dipotong dadu pastu dimasak bersama bawang besar, bawang putih, kulit limau Sunkist?? (biar betul....) dan segala serbuk rempah yg ada…. Ummi aku cakap, masukkan je semua serbuk rempah spt serbuk lada hitam, kunyit, barbeque, rempah kari, rempah sup, bantai je letak semua.. tp semua dlm kuantiti yg sikit la.. kalau letak satu botol, mau jadi maung kuah tomato tu…… Separuh dari kuah tomato yang siap dimasak, disiram atas ikan dan separuh lagi dibubuhnya dalam nasi tadi. Setelah nasi tadi masak, Ummi aku pun bubuh la perwarna kuning yg dipanggil Za'faran atas nasi tu.. untuk tujuan memberikan sedikit warna dan aroma rempah Za'faran pada nasi tersebut. Ikan tadi, dimasukkan pula kedalam oven untuk dimasak sekali lagi supaya kuah tomato tu meresap ke dalam ikan (agaknya lah…)

Anak tuan rumah "Muhammad" dan .... nampak mesra tak kami... heheheh..

Dari pukul 12tghari kiteorang start masak, hinggalah pukul 5 ptg baru la kiteorang balik.. lama kan? sampai hubby aku balik dari kerja terpaksa menumpang dkt rumah bujang dia dulu sebab kunci rumah aku bawak.. haha.. sian hubby aku... Balik je, aku dibekalkan dgn makanan yang dimasak tadi.. punya la banyak.. satu dulang siap dengan salad timun yoghurt. Kableh ni rasa dia ala2 mcm nasi beryani tp berlaukkan ikan masak tomato, tp disebabkan ada perasa Za'faran tadi, hubby aku kata tekak dia tak boleh masuk dgn resepi nih.. tp lapar punya pasal.. bedal je la.. last2 tak habis juga walaupun makan berempat dengan Mail dgn wife dia Kak G.

Ini lah dia Ummi Arab aku...

Kesimpulan yang aku boleh buat dari aktiviti memasak nih, aku dapati kaum Arab ni sukakan makanan yang masam2.. dan kuat rasa rempah dia.. tak tau la apa pendapat org lain.. balik dari rumah Ummi Mona, aku rasa gembira dan terharu dengan layanan yg diberi… kalau ada masak2 lagi, aku nak pergi lagi.. best tau.. diaorang sporting, kelakar dan understanding.. especially Ummi aku.. cayang Ummi.. dan ini mengingatkan aku dkt mak aku.. sayang & rindu sangat dekat Mak aku dekat Malaysia… huwaaaa…….

Dan ini.... ibu, ummi, mama, mummy, mak aku yg tersayyyaaannngg... I miss u mak!

Ok lah, sampai di sini sahaja aktiviti RizHad di Yanbu kali ini.. wait for our next story ya..

2.19.2009

Pada suatu hari2 yang lalu...

Salam semua..


RizHad sudah kembali memenuhi ruangan blog ini utk bercerita tentang kisah hidup anak rantau yg berhijrah menemani suaminya mencari rezeki di negara asing.. sape lagi?? AKU lerr.. keputusan yg aku ambil bukanlah sesuatu yg mudah kerana ia melibatkan keluarga, kerjaya dan juga cara hidup aku.. Dengan mengambil keputusan ini, aku telah menamatkan khidmat ku di Titan sebagai PR, Exec… lebih kurang 5 tahun aku di Titan.. bersama kawan2 satu office.. semua kenangan bersama kalian.. tak mungkin dapat aku lupakan.. macam2 peristiwa suka duka... dan pengalaman yg berharga dapat aku kutip sebagai ilmu dan pengajaran.. huwaa.. tu la 1st and last company aku tau..


Terima kasih la kerana di hari2 terakhir aku di Titan ada lagi kawan2 yang sudi belanja makan utk farewell aku...


Antara kenangan manis di Titan..

Bergambar kenangan dgn staff2 Audit, Technical dept, dan HR


Dengan keputusan ini juga, buat sekelian kalinya aku berjauhan dengan family aku.. tp kali ini, jaraknya lagi jauh merentasi benua... sebelum ni paling jauh pun berpisah masa aku study dekat UiTM Jengka, Pahang dulu.. sebulan sekali boleh balik jumpa family.. Tp sekarang berbeza la.. sebulan tak sekali jawabnya.. silap2 raya pun tak dpt balik.. huhuhu… aku dah bersedia hadapi semua ni... lagipun hubby aku awal2 dah bgtau yg kiteorg mungkin susah sikit nak balik bercuti ke Malaysia.. terima je lah walaupun pahit... baru setengah bulan aku dah rasa rindu giler dekat keluarga aku.. especially dkt mak & adik aku yg kecik skali.. Rabiah.. rindu sehhh.. dpt la tgk dkt skype.. tp tak sama la...... Masa hantar dekat airport hari tu.. biasa la drama airmata tu tak dpt nak elak punye.. yg hantar kami ada la dekat 30 org.. family belah aku + belah hubby aku lagi... punya la kecoh.. yg nak pergi 2 org je.. yg menghantar dekat nak satu bas! itu pun ada lagi yg tak dpt nak hantar sebab kerja.. Terima kasih la pada semua yang hantar kiteorg hari tu.. yg sanggup amik cuti.. yg datang dari jauh semata2 nak hantar kiteorang.. terharu kami dibuatnya.. sepanjang penerbangan dari Senai ke KLIA.. tak henti2 airmata aku mengalir.. isk.. isk..isk.. sedih woo..


Family kami yang hantar di Airport Senai..

Abah, Ma'an, Rabiah & Fatin...

Sudah hampir 3 minggu lebih aku di Yanbu.. bg aku kehidupan dekat sini very free & easy.. ye la.. mana tak freenya… aku tak buat apa2 pun kat sini… bangun pagi, buat breakfast, tgk tv, basuh baju, masak.. layan tenet, tido, layan hubby aku.., makan, tido dan tido lagi… muahahahha… tp kat sini, bab makan aku control sikit la.. kalau tak, mau balik nnti mak aku terkejut lak tgk anak dia mcm tong drum…huahuahua..


Untuk tatapan keluarga tersayang.. dlm flight Saudi Airlines..

Ok, lah… nnti aku update pasal percutian aku sebelum kami berangkat ke Yanbu. gambar aku dah bleh upload dah.. yahuuuu!!! mekasih la buat Zack asben Milah (akukaudia) yg menggodeh laptop aku malam kelmarin.. dan sebagai hadiahnya.. dapat lah belacan yg aku import khas dari Melaka.. k….. Milah & Family… you're cool!


Sampai di sini dulu.. banyak lagi cerita menarik akan menyusul selepas ini.. Stay tune!!!

2.15.2009

Syukran ya Ummi..

Salam.. Marhaba.. Kaifa Khalik?? Ana bikhair..Jadid? Na'am.. Toyyib..

Alhamdulillah.. Aku baru je balik dari rumah keluarga Arab di Al-Ghibriah.. (betul ke ejaan dia tu? belasah je lah..) apa yg aku nak cerita dkt sini ialah ttg majlis ilmu yang aku hadiri pd pagi ini yg diadakan khas oleh kaum wanita Arab di Yanbu.. Actually aku dijemput oleh jiran depan rumah aku merangkap mak angkat aku.. ewahh.. dah ada mak angkat... nama dia Ummu'an.. aku panggil 'ummi' je.. sbb dia dah mcm mak aku dkt sini.. anak sulung dia berumur 28 tahun.. 4 lelaki dan seorang perempuan.. anak2 lelaki dia kecuali yg bungsu.. semua dkt oversea..kerja dkt Amerika dan Jepun.. Engineer beb.. dipendekkan cerita aku pun pergi la majlis ilmu tu bertiga..dgn anak dia yg bongsu bernama Abdul Halim dgn menaiki prebet sapu.. ummi ckp biasa dia pergi jalan kaki je.. tp sbb hari ni aku ada.. dan dia bwk byk makanan.. so naik la kereta.. aku tanya dia.. kalau jalan kaki berapa lama bleh sampai? dia kata 20 minit.. mak aii.. bleh tahan..

Tak sangka plak kehadiran aku & hubby aku diperhatikan oleh ummi aku ni dari awal.. 2 hari lepas baru berpeluang cakap dgn aku.. dan terus offer nak jadikan aku anak angkat dia.. aku apa lagi.. pucuk dicita ulam mendatang la... baru 2 minggu dkt sini dah dapat mak angkat Arab.. Alhamdulillah.. Oh ya.. berkenaan dgn majlis ilmu yang aku hadiri tu I take it as a good experience... mula2 aku rasa janggal gak.. ye lah.. bila sampai je.. diaorang masing2 bukak abaya diaorang dan.. fuhhhh...terserlahlah.. kalah org malaysia.. dressing bkn main lagi.. dgn mekapnya.. ummi aku lak.. rambut dia.. MasyaAllah.. rambut nya yang panjang tu.. ditocangnye halus2 dgn getah yg berkaler2.. alaaa.. mcm rambut perempuan negro tu.. cantik sangat.. tak nampak tua langsung.. dia tanya aku.. tanak bukak abaya ke? kebetulan aku hanya pakai tight dgn body suit je dkt dalam.. tak tergamak rasa nak bukak abaya tu.. takpelah.. aku sorang je yg dressing hitam.. yg lain berwarni warni.. vogue sangat..especially ummi.. dlm hati aku berkata2.. ni nak belajar ilmu agama ke.. nak berparty nih.. takkan dressing mcm ni nak belajar agama??

Mula2 tu.. aku pelik la.. kata nak belajar ilmu al-Quran, akidah.. tp diaorang ni bergosip lak.. aku agak je la.. dah tu.. asyik2 ketawa je.. aku pon sengih je la.. sepatah haram pun tak paham... dlm setengah jam tu.. dia ajak breakfast.. MasyaAllah.. punya la banyak makanan.. kebetulan aku dah isi dulu perut ni sebelum keluar rumah tadi..Ummi aku plak, asyik bubuh je makanan dkt pinggan aku.. aku dengan mengahnya makan sesudu.. sesudu.. satu benda je yg aku bleh telan smpai habis.. cocktail buah dia.. yg lain.. adusss.. memang tak masuk dgn tekak org Malaysia aku rasa.. muak, masam.. hamis.. rasa ubat.. rasa jamu.. isk.. rasa nak terkeluar balik.. tp aku telan je la dgn muka yg manis2 kelat..nak buat mcm mana.. ummi aku asyik kata "u must try all this food while you're in Yanbu".. tarik nafas panjang aku dibuatnya.. makk.. tolonggggg....

Lepas makan, baru la tazkirah diaorang bermula.. rupanya2.. dikalangan diaorang tu ialah ablati (Ustazah)..yang ada ijazah alQuran.. As-sunnah.. Aqidah.. ntah apa lagi ntah.. aku angguk je la bila ummi aku bgtau.. tp tak sangka.. disebalik abaya.. dressing diaorang perhh.. cantik2.. muda... pastu ustazah2 plak tuh.. kagum2... setiap yg disampaikan tu.. ummi aku akan translatekan dalam English.. so aku faham la sikit2.. tazkirah nye tak la lama sangat.. dlm setengah jam gitu.. lepas tu, tiba masa untuk pulang.. dan diaorang pun bungkus la balik tubuh diaorang dgn pakaian rasmi wanita arab.. ada tu.. mata pun tak nampak.. selepas dari majlis yg aku hadiri ni, hilang la persepsi aku ttg wanita arab yang aku nampak sombong selama nih.. sebenarnya, diaorang ni baik2.. dan peramah sangat..sayang la aku tak dpt nak amik gmbar.. sbb aku tak berani nak bukak mulut.. baru first time datang kan.. mungkin InsyaAllah.. kalau ada peluang join majlis ni lagi.. aku nk try la mintak permission diaorang nak amik gmbar.. itupun kalau hubby aku izinkan la aku keluar bersosial lagi dgn ummi aku nih..alaa.. bersosial ala2 wanita arab.. apa salahnya kan... hehehhe.. sekian dulu cerita Rizhad di tanah Arab kali ini.. kalau ada cerita menarik lagi.. aku akan share lagi dkt sini.. buat masa nih.. blog aku masih tak dpt nak upload any pictures lagi.. so baca je la.. k.. see ya again!!

2.09.2009

RizHad now in Yanbu, KSA

Salam.. Holla! lamanya rasa tak update blog.. mau dekat sebulan gak tak mengomel dkt sini..bukannya tak ada story mory.. banyak.. kalau diflashback balik since hubby aku balik bercuti hari tu.. mau 3 page blog ni tak cukup..hahaha.. ye la tu..

Dah 10 hari aku dekat sini... so far Alhamdulillah.. everything went smoothly.. :) harap2 ia akan berterusan selama aku dekat sini.. oh ya... jap lagi aku nak gi buat medical check-up.. dkt mana ntah semalam hubby aku ckp.. ikut je la.. Actually aku nak update lama dah kisah aku dkt sini dari hari pertama aku sampai.. tp disebabkan line internet tak berapa elok.. so terpaksa la ditunda.. ni pun bukan ok sgt.. setting dekat blog ni plak problem.. button untuk upload gambar dkt post editor ni tak ada dekat template untuk type posting nih.. bukan tu je.. semua button tak ade la.. camno nak buek tu.. tak dpt la aku nak upload pic terkini aku dkt sini.. :( So, aku mintak tolong sangat2 sapa2 yang tau mcmanana nak menyetelkan problem aku nih.. meh la share sikit ilmu IT korang tu kat aku... especially pada sapa2 yg penah experience the same problem mcm yg aku kena nih.. tensen tuh bila godeh2 tapi tak menjadi gak.. apa kena la dgn setting dia nih.. poning kepala dibuatnya.. lagi satu.. dkt header blog tu dia tukar tulisan Arab lak.. mcmana nak tukar seperti asal ekk?? tolong la bagitau kawanmu ni ha.. nanti aku belanja belacan Melaka barang sekeping dua.. stok belacan aku banyak nih.. hahahahha...

Sepanjang aku dekat sini.. aku baru je merayap dekat Hyper Panda 2 kali.. ronda2 dkt pantai RC.. dgn pergi rumah En. Leman & Kak Mas.. Thanks ya, sbb sudi jemput kiteorang dtg rumah.. makan mee rebus tuh.. nak pergi jauh lagi.. kena la tunggu iqamah siap dulu.. lagipun kiteorg blum ada transport sendiri lagi.. tu yg langkah tak berapa panjang lagi tuh... tunggu la skit hari lagi.. akan aku jelajah bumi Anbia ni sejauh mana yg boleh.. cehh.. mcm bagus je.. silap2 hubby aku kata.. destinasi kita, Jeddah, Madinah, Mekah je.. hmmm.. ok la tuh.. K lah.. nak type pepanjang pun nnti korang bosan lak nak baca.. lgpun bukan ada gmbar nak tengok.. sekali lagi, aku nak mintak tolong.. pada sesapa yg tau mcm mana nak buat dengan setting blog nih, please contact me k.. tak kira lah nak skype ke.. nak leave message dkt sini ke.. oh ya.. address skype aku "udarizal".. kalau rasa2 nak chat dgn aku ttg hal2 lain.. meh la.. jgn malu2.. khas utk wanita saja k..

Ok lah, harap2 entry lepas nih ada cerita yg lebih menarik lagi dan aku dpt upload pic2 terkini aku.. tata..