Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

3.29.2009

Konvoi la pulak..

Satu pengalaman yg mencabar buat driver2 kereta yg mengikuti konvoi ke Mekah & Jeddah.. sape lagi.. husband2 kiteorang la yg jadi 'driver' nya.. kami berkonvoi sebanyak 5 buah kereta yg disertai oleh.. me & my hubby, Zaki & family, Reza & family, Halimbo & family, Hj. Md Zain & wife, Mail & wife dan pasangan bujang, Jo Kek & Rezal lab. Termasuk anak2.. ada 23 orang semuanya… Actually, dah lama aku tak ikut konvoi2 mcm ni.. kira dkt Yanbu ni… first time la…

>

Bertolak dari Yanbu hari rabu petang jam 1745hrs…. Tiba di Miqat Juhfah lebih kurang 10 minit ke waktu Isyak untuk solat sunat dan niat ihram… kami tiba di Mekah dalam pukul 11 mlm.. masing2 selesai buat umrah lebih kurang pukul 12 lebih… sementara menunggu semua selesai buat umrah, kami berdua pergi la survey hotel2 yg berdekatan.. kebanyakan hotel2 semuanya dah fully booked.. Alamak... panik sekejap.. kat mana la kami semua ni nak bermalam… worst come to worst, plan B kami ialah bermalam di Jeddah jika takde bilik di Mekah.. at last, pukul 3 pagi.. baru la kami jumpa hotel di belakang Hijjaz Palace (SAR160/per night).. nasib baik tak jauh dari Masjidilharam… punya la penat dan mengantuk… kesiannn…

>

Mekah (day 2) – Selepas Zuhur, selesai buat tawaf Wida' kami terus check out dalam pukul 2 ptg… rupa2 nya.. time check out.. pasangan bujang ni belum buat tawaf wida' lagi… sape lagi.. Jo Kek & Rezal la… so bermula la sesi menunggu… Yang lain semua menuju ke Masjid Siti Aishah di Tana'im sebab kami semua park kereta dekat sana.. hanya aku & hubby & Hj Md Zain & wife.. je yg masih menunggu di Masjidilharam…. akhirnya, dalam pukul 4 lebih jugak kami bertolak ke Jeddah… penat menunggu nih… (Jo.. kau kena buatkan kami kek tau sebab upah menunggu.. heheh..)

>

Jeddah (day 1) – sampai di Jeddah hampir waktu Isyak.. gara-gara org yg bawak kiteorang tu terlepas simpang… jadi, kami telah terbabas sampai 140 km… jauh tu.. sepatutnya 45 minit je dah boleh sampai Jeddah… destinasi pertama kami ialah ke kompleks Tabung haji sebab katanya ada Expo jualan barangan dari Malaysia… konon-kononnya nak membeli rempah ratus dari M'sia la.. sebab dekat sini payah nak dapat… yg ada jual dkt situ cuma sos & kicap je… hampeh! selebihnya ialah jualan makanan dari M'sia… sempat la makan sate & nasi impit, ABC & samosa… taknak makan banyak sebab nak spare ruang perut nak makan Tomyam dekat Asia Restaurant la katakannn… Abg Zuraili (Villa bayu) n Kak Ina (Mama Bungas) yg tolong guide kami utk kesana.. dan bermula la thrill perjalanan kami… Asia restaurant kemana… apa kemana… daripada 6 biji kereta.. tinggal la 3 biji kereta je.. yg lagi tiga.. kereta Abg Zuraili, mail & reza… dah hilang ntah ke mana… at last.. Reza decided utk pulang ke Yanbu setelah penat ber'tawaf' di Jeddah.. dan kami 3 biji kereta ni… decided stay dekat apartment Al-Imti'az malam tu.. sebab dah tak larat lagi nak teruskan perjalanan…. ish.. ish . ish.. kesiannnn…..

>

Jeddah (day 2) – 1030hrs.. check out.. dan terus menuju ke Corniche iaitu sebuah kawasan bandar di Jeddah.. kami janji nak jumpa Mail & yg lain2 dekat situ.. sempat la bersantai di tepian pantai kat sana.. walaupun cuaca agak terik… tapi sejuk tau… angin kuat yg bertiup langsung tak rasa panas… patutlah ramai family arab selamba je berpiknik time matahari tegak di langit kat pantai tu… lepas solat Jumaat di masjid tepi pantai tu… kami semua menuju la ke Asia Restaurant utk makan tengahari.. nasib baik jumpa.. kalau tak, kempunan la kami.. tak pasal2.. balik Yanbu nanti termimpi2 makan tomyam..huhuhu… pastu bila perut dah kenyang… destinasi terakhir kami ialah ke Aziz Mall… ingat nak shopping.. tp terpaksa cuci mata je la… sebab kebanyakan harga barang2 dekat situ.. mak aiii… tersangat la "murah" nya… Akhirnya, kami tiba di Yanbu lebih kurang pukul 9.30mlm…. ok, cukup la sampai di sini… InsyaAllah.. RizHad akan meneruskan pengembaraan ke lain destinasi minggu depan… itupun kalau hubby aku belum start keje shift… sekiannn….


3.23.2009

Al-Fatihah

Sms yg aku terima dari mak aku waktu zohor tadi betul2 membuatkan aku sedih... Mbah aku (nenek) Hajah Mos bt Hj Abdul Ghani telah kembali ke Rahmatullah di Felda Bandar Tenggara, Kota Tinggi jam 5 ptg waktu Malaysia. Sedih kerana aku tak dapat lihat wajahnya buat kali terakhir.. apa kan daya kerana diri jauh diperantauan.. Apa yang dapat aku sedekahkan untuk jenazahnya ialah hanya secebis doa semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.. Amin..

Al-Fatihah

3.22.2009

Dujjaj

Apa tu? pelikkan bunyi dia? first time aku dengar pun... terkujat sekejap gegendang telinga aku ni haa.. terpaksa la mintak balik diulang perkataan tu… 'Dujjaj' tu sebenarnya ialah satu lagi makanan Arab yg berpeluang aku rasa dekat sini.. ianya juga adalah sejenis 'Kableh' tapi bezanya lauk kali ni adalah Ayam.. Sesapa yg pernah baca entry aku yg lepas iaitu Resepi dari Khabul, Afghanistan, pasti pernah dengar perkataan Kableh. Kableh yang lepas, dimasak dengan ikan.. dan baru tadi aku dpt tau nama specific dari Ummi yg Kableh berlauk kan ikan tu dipanggil 'Samaq'.

Kali ni , aku tak berpeluang nak masak sama2 dgn Ummi dan Ummi Mona mcm sebelum ni sebab bertembung plak dgn program Kelas Bahasa Arab.. so, aku tak dpt nak cerita la mcm mana cara dia masak Jujaj ni.. tau-tau.. Ummi call aku, suruh datang umah dia utk amik makanan.. aku apa lagi.. laju je sarung abaya dan terus gi umah dia.. rezki jgn ditolak beb...

Rasa dia? hhmm.. masa entry ni ditaip, aku belum rasa lagi la… sebab nak tunggu hubby aku balik dari kerja utk rasmikan & makan sama2.. kalau bau dia.. fulamakk.. boleh cair usus perut aku.. punya la harum… rasa dia belum tau lagi la mcmana.. heheh…

Jujaj @ Jujat.. yg dlm cup tu.. yogurt Timun... mmm.. mcm mana la rasa dia yek...

Ok, tukar topik... Hari ni aku rasa happy la sebab start dari hari ni, aku rasa hidup aku di Yanbu ni takde la seboring mana.. sbb aktiviti sentiasa ada menjengah para2 wanita Malaysia dkt sini.. antara nak join dgn taknak je kan… pagi tadi Kelas Bahasa Arab utk kaum wanita dah bermula... dan akan berterusan setiap hari Ahad & Selasa setiap minggu. Buat permulaan, Alhamdulillah.. blh catch up lagi.. baru belajar pronunciations & basic writing je.. pronunciations tu mcm belajar Iqra' balik.. menyebut huruf dgn makhraj yg betul.. sampai nak tergeliat2 lidah & anak tekak nak memperbetulkan bunyian huruf tu.. kalau tak, lari la makna dia kan… biasalah.. lidah org Malaysia ni, dah terbiasa dgn bacaan ala2 kemelayuan.. bila kena tukar tune sikit.. mula lah.. tersasul sana sini.. tp Abla' kata.. InsyaAllah, kite akan terbiasa dgn apa yg diajar hari ni.. Abla' yg mengajar tu.. berasal dari Tunisia.. dia mgunakan simple English yg mudah utk kami faham.. harap2 lepas ni dipermudahkan lagi la untuk kami menerima ilmu tentang bahasa Al-Quran nih… InsyaAllah…

Oklah geng… setakat di sini dulu update tentang kisah RizHad di perantauan kali ini.. sehingga bertemu lagi… tatatititutu…

3.18.2009

Ma'adz Al-Jabbar

bzzzt… bzzzt.. mcm bunyi vibrate handphone.. siapa plak yg call aku mlm2 buta nih…"Kaifa halik my daughter.. Are you sleeping already?" Laa… Ummi aku rupanya… "Tak la Ummi.. Ana tengah swimming dekat kolam renang nih.." dgn mamainya aku menjawab.. (tp dalam hati je la…huahuahua…) bukan dekat As-Subh je yg ada kolam renang tau.. rumah aku pun ada.. tp kecik sikit arrr… ala-ala bath tub dlm bilik mandi gitu.. kalau size comel mcm aku ni.. boleh je berenang.. tp berenang setempat je la.. hihihi... (Kalau tak tau As-Subh tu dkt mana.. bacalah blog Walangkopo..) Kat sini, kalau dah pukul 12 lebih.. tentu la tengah tido kan... Sekarang takleh tido lambat sbb time masuk waktu subuh dah awal.. tp kekadang langgar je… tido smpai dekat pukul 1 pg.. pastu, bangun subuh confirm terpisat-pisat biji mata...


Sebenarnya Ummi aku tipon tu nak ajak aku gi dengar ceramah dekat Masjid… Pagi ada, malam pun ada.. tp aku prefer pegi pagi.. dalam 2 jam gitu.. memula dia kata pegi jalan kaki je.. dlm 15 minit perjalanan.. tp disebabkan dia yg lambat siap.. so terpaksa lah chartered teksi… aku mana2 pon boleh… tp syok jugak kan kalau dpt jalan kaki dgn mak2 Arab dekat Yanbu ni sambil sedut udara pagi yg segar.. setakat ni, belum pernah lagi lah.. mungkin next time kot..


Eh.. awek mana plak gmbar yg kat atas tu? kenal tak? Entah ekk.. tak kenal la.. kalau tengok mata, mcm kenal.. hihihi.. dah.. dah.. dah.. sambung cite tadi.. Ok, tempat ceramah kali ni diadakan di Masjid yg diberi nama Ma'adz Al-Jabbar yang terletak di Shareh Al-Figrah. Penceramah didatangkan khas dari AlMakkatul Mukarramah.. tak sempat lak aku tanya nama dia.. tapi pada pengamatan aku.. dia ni memang penceramah yang bagus sebab cara penyampaian dia memang mantap. Walaupun aku tak paham apa yg dia cakap, tp aku dapat rasakan dari mimik muka dia.. intonasi suara dia yg pelbagai… kadang2 mendatar je.. tetiba bertempik plak.. (terkejut aku!) kadang2 macam nak nangis, pandai buat lawak pun ya… orang ketawa aku pun ketawa (walaupun tak paham..) dan ada jugak yg menitiskan airmata.. Bila penceramah bercerita tentang Al-Jannah.. bersinar-sinar mata & muka masing2.. membayangkan keindahan syurga Allah s.w.t. MasyaAllah Tabarakallah.. sungguh menyentuh kalbu.. I wish I know & understand what was the lecture given by the ustazah.. hhmmm.. takpe.. takpe.. tak lama lagi, kelas bahasa Arab for Yanbu Malaysian ladies dah nak mula… harap2 tercapai la hajat aku nak fasih berbahasa Arab.. InsyaAllah.. moga2 Istiqomah la ek Dida… jgn separuh jalan jek..


Kehadiran wanita2 Arab pada majlis ni memang mengkagumkan.. hampir penuh ruang Mussola An-Nisa' di masjid tersebut.. oleh kerana kami terlambat maka ruang pun sudah hampir dipenuhi… tp.. Ummi tetap juga cari ruang yang paling hampir dengan penceramah tersebut… aku pun follow je lah.. menonong tanpa toleh kiri & kanan.. biji mata aku ni hanya nampak pakaian serba hitam je yg memenuhi ruang tersebut… Apa2 pun, Alhamdulillah.. walaupun aku tak faham apa2... mudah-mudahan dengan menghadiri majlis Ilmu di rumah Allah spt ini…dpt juga aku berkongsi rahmat dan shafaat kerana setiap majlis ilmu itu akan adanya malaikat bersama-sama kita..InsyaAllah.. And it was really a great moment for me… Alhamdulillah.. Ok friends, Sekian sahaja aktiviti Rizhad kali ini di Tanah Arab... Ma'as Salamah!

3.17.2009

Keletah si kecil

"Ayong.. Ayong gi ane ni..? Ayong amek mama tat tedai Ayong.. Ajib nak mama.." gitu la lebih kurang ayat pelat yg disebut oleh anak buah aku.. Nazif (Ajib) masa aku chatting dgn anak2 buah aku guna skype… Macamana aku nak jawab ni?? kalau aku dkt PG.. leh gak aku start kereta amik mama Ajib dekat kedai.. (Actually mama ajib keje dkt kedai jahit mak aku.. dia ingat aku boleh amik mama dia agaknya...) masalahnya…. korang pun tau masalahnya kan… Malaysia & Arab Saudi ni beribu riban batu jauhnya……….. Jadi.. aku kenalah explain dgn Ajib yg ayong dia ni jauhhhhhh la sesangaattt. tak boleh amik mama dia... penat aku explain dekat bdk ni.. tak paham2 gak.. last2.. aku cakap… yela2.. nanti ayong amik la.. terpaksa la berbohong kalau tak.. selagi tu la dia tanya tak berhenti2… huwaaaaa!!! sedih la plak…

Ajib, Amin (Shamil) & Be'ah... apa la mak long ni...nmpak sekerat je muka..

Aksi tongkat dagu.. hehehe...

Anak2 buah aku memang manja la sesangat dengan aku.. pasal aku suka layan diaorang , belikan jajan dan bawak diaorang gi jenjalan.. bila aku dah duduk dkt Arab ni.. terasa la kesunyian yg amat… tu yg kalau boleh nak skype je hari2 dgn diaorang… tp tak feel la….. kalau boleh nak jumpa.. peluk.. cium… baru la puas… kalau hubby aku lain plak cite dia.... dia suka nyakat.. selagi tak nangis budak tu.. selagi tu la disakatnya… mcm ada satu kepuasan lak dalam diri dia bila dapat menyakat budak… pelikkan? heheh.. tp tu la cara dia bergurau… lepas tu dia ketawa… heeee… mcm2 hal… Alamak... terlebey sudaahh.. "Ampun kan adinda.. kanda.." heheehe.. jgn marah.... :)

ok lah, saja je ni.. tetiba nak cerita pasal anak2 buah kesayangan aku plak.. ada 6 org semuanya… 4 lelaki.. 2 perempuan… aksi & keletah diaorang membuatkan aku tersenyum sorang2 dekat sini.. isk..
bila la maklong nak balik jumpa korang nih ekk??? rindunyaaaaaaaa…….

I will miss u all always... my little sweethearts....

3.13.2009

Seharian di Mekah..

Org lain yg dicari.. org lain yg aku jumpa… sape tu? member2 aku la… sbenarnya, aku dah plan dgn member2 kat Jubail utk berjumpa di Mekah minggu ni.. Gebong, Abg Jee, (From Johor to Jubail) Azmi Tajam & Sapuan.. (tp Sapuan aku tak jumpa..) diaorang datang pertama kali utk buat Umrah.. jadi aku dan kebetulan masa tu, Ail dgn wife dia ada… juga ambil kesempatan utk berjumpa kawan2 yg dah lama tak jumpa.. bila dah ada dekat Mekah tu, apa lg... rebut lah peluang utk solat di Masjidilharam…Cuma kali ni aku tak buat Umrah je sebab aku dgn wife aku plan utk pergi Mekah balik hari… kiteorang bertolak pulang selepas solat Isyak dan tawaf sunat.. (penat ooo… tak penah2 aku berhenti tido tepi jalan.. first time… sampai2 rumah dah dekat pukul 4 pagi)


Disebalik perjumpaan kiteorang tu… ada cerita lain… plan nak jumpa diaorang lepas Asar.. tp. tak dpt jumpa… sebab lokasi tak dapat dikesan…. pusing punya pusing… aku terpandang seseorang yg aku pasti.. memang tak salah orang… member baik aku masa buat Umrah tahun 2006 dulu… Afiq! happy dpt jumpa dia pasal kiteorang dah lama tak jumpa… tu yg aku ckp tu.. org lain yg dicari.. lain yg aku jumpa.. ada hikmah tu.. lepas solat maghrib, baru aku dpt jumpa Gebong.. dan yg lain2….. Minggu kemarin aku jumpa Md Noi (Kijang15) masuk ni dah 2 kali aku jumpa dia.. Zaki Acong, (Dzalkafya) dan ramai lagi lah.. pendek kata, Masjidilharam selain tempat utk menambahkan pahala ibadah kita.. juga tempat utk kita mengeratkan silaturrahim sesama kita samada yg dekat mahupun yg jauh terpisah… Syukur Alhamdulillah..


Ni la Afiq..


Gmbar aku tak sempat rakamkan sbb excited sgt jumpa kawan2 seperjuangan dkt Titan dulu… lagipun aku tak gemar sgt amik gmbar dlm masjid.. wife aku je yg excited lebih… tp.. aku sempat amik gmbar dgn Afiq dekat luar masjid… Ok lah, tu je aku nak cerita… harap2 lepas ni, aku dapat peluang lagi jumpa kawan2 aku yg di Jubail…


Gambar ni takde kena mengena dgn cerita kat atas... saje amik gmbar unta melintas masa on the way nak ke Mekah... kalau dkt Malaysia.. umpama melihat lembu @ kambing melintas...


Sekian… cerita pendek dari aku… Wassalam..

3.06.2009

Mabrouk! Ya Uzair...

تهانينا على الطفل الجديد
(Congratulations on the new child!)


Mabrouk! (Congratulation!!) to my neighbour next door for their newborn baby girl… Aku pun tak tau bila la jiran sebelah rumah aku ni mengandung.. sebab yg aku selalu nampak husband & anak2 dia je dekat luar… tau2 bini dia dah bersalin.. itu pun Ummi aku yg bgtau dekat aku…

Mcmana Ummi aku bgtau aku?? Macam nii... Nak dijadikan cerita..semalam Ummi aku hantar makanan arab yg dipanggil Buth (mcm karipap / samosa) dan Shurbah (mcm bubur nasi + ayam… tp kaler oren).. hari tu, dia bagi aku chocolate moist cake… asyik dia je yg menghantor makanan.. tak bleh jadi ni.. rasa tak sedap hati lak..so hari ni aku balas la balik buat Soto Ayam, Nasi Impit & Begedil… masa aku tipon ummi nak tanya dia ada dkt rumah ke tak pasal aku nk anto makanan.. dia pun pelawa la aku pergi ziarah rumah seorang jiran dkt2 area rumah aku… bila tu?? Ummi aku jawab.. ba' da Magrib (Selepas mgrib daa..) Aku pun mmg pantang dipelawa.. hubby aku kata 'ON' je.. aku pun bersiap la dgn abaya & beg sandangnya… keluar je dari rumah.. aku pun dgn confident je melangkah… Ummi aku kata "Where are you going?" the house is here… (sambil tunjuk rumah jiran sebelah rumah aku) laaaa….sebelah rumah jeee…. ingatkan jauh sangat la tadi… huahuahua..

Tuan rumah dia nama Uzair.. seorang wanita yg mempunyai 4 orang cahayamata… Masuk je rumah.. mcm biasa… korum para wanita2 Arab dah pun bermula.. aku kira.. semuanya 8 orang.. tak masuk anak2 diaorang lagi.. aku tercari2 la mana baby nye… laa.. dia letak dekat celah bawah sofa je.. ni nak meraikan baby ker.. nak bergosip.. tu la bila para wanita Arab ni kalau dah berkumpul.. mmg gempak wa cakap lu… dressing tak payah ckp la.. aku rasa kali ke-4 aku join Ummi lagi.. kena la aku ikut rentak diaorang.. dressing giler2.. ntah hubby aku nak ke tak belikan aku baju2 glamer tu… Haaa…. darling.. amacam? bila nak ajak saya gi shopping baju? hehehhe..

Antara topik yg diaorang cerita.. yg aku phm la.. ialah cerita tentang AKU la… Ummi cerita mcm mana de
tik perkenalan aku dgn dia.. cewahh!.. dan dgn bangganya dia cerita dkt mak2 Arab yg lain, masuk ni dah 3 kali aku ikut dia… tak pernah tolak pun.. tu pun sbb hubby aku yg sporting kot.. dia yg kata la.. aku tak kata... SPORTING ke hubby aku?? Tetttttt..... (tukar topik) lagi .. dia ckp dia suka sangat makanan yg aku hantar dekat dia tu (Soto Ayam la..) siap tanya lg mcm mana nak buat begedil tu.. aku pun terkial2 la menjawab... bila semua mata tertumpu pd aku.. rasa mcm selebriti la plak.. eceehh… perasannya la aku ni...

Bab lain dia cerita, wanita Arab suka pakai Inai especially time diaorang kawin.. aku tengok.. sampai ke siku tu lukisan inai dia.. aku bgtau diaorang.. dekat Malaysia pun sama.. tp setakat pergelangan tangan je la.. diaorang cakap, dekat sini Islam menggalakkan pakai Inai.. tp aku dengar, ada org kata kalau nak pakai setakat dkt kuku je boleh… kalau dah sampai lukis2 dekat
tangan tu dah kira berdosa.. hai.. entah laa.. lain tempat, lain pulak caranya… lain2 topik, aku dah tak masuk kepala sbb aku sibuk melayan bdk2 dekat situ especially budak pompuan yg nama Wajdi.. maklum lerr.. aku ni kan suka melayan budak2 kecik..

Bila jam dah dekat pukul 9 mlm je.. aku dah resah.. ye lah.. mesti hubby aku dah balik dari surau.. aku nak kena sediakan makan malam utk dia.. selalunya kiteorang mkn lepas mgrib .. tp ada dating lak dgn Ummi…. jadi.. lewat la sikit santapan malamnya… Bila aku rasa dah sampai masanya.. aku pun mintak la diri.. pulang ke pangkal jalan.. hehehheh.. Allright.. That's all for now.. see you in the next post with another interesting stories from RizHad! Ma'as Salamah! (Good Bye!)

P/s: Baby girl tu nama dia Bayan.. tembam kan? yg dukung dia tu kakak dia.. nama Ruzan.. yg pakai serba kuning tu.. tu la Wajdi... yg lain aku tak ingat nama daaa...

3.01.2009

Rindu itu datang lagi

Bila iqama saya siap? InsyaAllah Rabu ni.. jawab hubbyku.. "Ye ke… kite gi Mekah nak minggu ni" itu lah niatku yg telah ku pasang jika iqama ku siap, tempat pertama yg ingin aku kunjungi ialah Masjidil Haram, Al-Makkatul Mukarramah.


Menuju ke destinasi suci...


Alhamdulillah, Allah mendengar hasratku dan dengan izinNya dapatlah aku menjejakkan kakiku lagi di tanah suci bersama hubbyku pd 26 Feb lepas. Teringat lagi kali pertama aku melangkah di Masjidil Haram 3 tahun lepas bersama Jemaah Umrah Andalusia. Ternyata, pembangunan yg pesat di Tanah Haram telah merobohkan bangunan2 lama yg pernah aku selusuri waktu itu. Oh! rindunya pd kenangan bersama rakan2 Umrah waktu itu.


Labbaikallah.. Humma Labbaik... hambuMu datang menyahut panggilanMu ya Allah..


Pemandangan indah dari tingkat dua Masjidilharam di waktu subuh...


Pemandangan indah, Baitullah.. di ambil selepas kami selesai solat sunat tawaf..


Dengan pertolongan Ustaz Zul, seorang Mutawwif Indonesia yg kami kenali sewaktu mengerjakan Umrah dulu, kami dapat menetap di Al-Hijjaz Palace, yg terletak berdekatan dgn hotel Hilton dgn bayaran SAR150 semalam. Jarak perjalanan utk smpai ke kawasan Masjidil Haram dari hotel kami adalah lebih kurang 5 minit dan Alhamdulillah, perjalanan Ibadah Umrah kami dipermudahkan oleh Allah. Walaupun aku telah mengalami kekejangan kaki selepas melakukan Tawaf sunat selepas Solat subuh pd hari ke-2, dengan izin & pertolonganNya, dapat juga aku menunaikan solat setiap waktu di MasjidilHaram tanpa halangan. Syukur kepadaMu, Ya Allah….


Menunggu giliran utk mengambil air zam zam.. cuba cari mana hubby aku? ermmm..


Keesokannya, kami bertolak pulang selepas mengerjakan solat Jumaat dan Tawaf Wida'. Hati kecil ini berbisik "Ya Allah, berikanlah kami kesempatan utk berkunjung lagi ke rumah Mu ini…"


Mentari senja di Yanbu... kami tiba ke destinasi... Alhamdulillah.


Kini rinduku pada Baitullah selama 3 tahun telah terubat.. dan sekembalinya aku ke Yanbu Al-Sinayyah…


Rindu itu datang lagi…