Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

7.29.2009

Untuk Koleksi Gubahan Atie...



Assalamualaikum...

N3 ini khas untuk sahabat2 saya yg sentiasa ingin memperbaiki dirinya ke arah yg lebih baik semata2 untuk kebahagian diri di dunia & juga kebahagian di akhirat nanti.. dan sesungguhnya kebahagian di akhirat jualah yang paling didambakan kerana di sana nanti merupakan destinasi yg kekal abadi utk setiap makhluk ciptaan Allah SWT............. dan terutama juga utk Kak Atie dari Koleksi Gubahan Atie.

Utk pengetahuan semua, beliau adalah seorang usahawan wanita Melayu yg berjaya dalam perniagaannya. Beliau ada menerima tempahan gubahan perkahwinan dan 'cup cakes' utk tetamu majlis.... Berminat? silalah berkunjung ke
blognya jika ingin menempah atau berkenalan dengan beliau...


Mengapa saya menyebut nama Kak Atie di sini? Sebenarnya, saya ada permintaan dari beliau utk buat satu N3 berkenaan dengan puasa ganti... sememangnya spt yg pernah saya nyatakan sebelum ini, saya bukanlah tempat rujukan yang paling tepat utk bertanya tentang hal-hal agama kerana ilmu yg saya ada masih lagi terlalu cetek dan tidak layak lagi utk bersoal jawab tentang Agama... semua artikel di sini adalah daripada hasil bacaan saya dan drpd majlis2 ilmu yg saya dpt dan saya olah perkataannya agar lebih difahami dan lebih ringkas... Tugas saya di sini adalah semata-mata utk berkongsi dan menyebarkan ilmu daripada apa yg saya perolehi itu... semata-mata utk mengajak manusia kepada kebaikan dan utk meraih keredhaan Allah SWT...

Walaupun demikian, saya akan cuba semampu yang boleh utk memenuhi permintaan Kak Atie. Sebelum saya berkongsi ilmu tentang puasa ganti... ingin saya sampaikan beberapa info yg saya dapat di Majlis Ilmu yg saya dan rakan2 hadiri pagi tadi....

Kebetulan, di kelas bahasa pagi ini... ustazah saya ada menyentuh tentang kebaikan beramal di bulan Syaaban dan amalan2 utama yg dianjurkan di dalam bulan ini iaitu seperti banyakkan Berzikir, membaca Al-Quran, Bersolawat atas Nabi Muhammad SAW, Berpuasa, Qiyamullail dan juga Bersedekah... ada juga sahabat2 yang berpendapat mengapa di dalam bulan Syaaban kita harus perbanyakkan amalan kita? Bukankah dibulan2 lain juga kita digalakkan untuk tingkatkan amalan kita setiap masa... Ya.. saya setuju benar dgn pendapat sahabat itu.... Tapi, apa pula keistimewaan bulan Syaaban ini?

Bulan Syaaban seperti semua sedia maklum ialah bulan di antara bulan Rejab & Ramadhan dan merupakan bulan yg manusia akan menerima byk ganjaran hasil drpd usaha ibadah kita selain drpd 4 bulan mulia yg lain.... yg dipanggil sbg bulan2 Haram... Firman Allah SWT: (Surah At-Taubah:36)

"Sesungguhnya bilangan bulan2 di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, yg telah ditetapkan di dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya 4 bulan yg dihormati......."

...... iaitu bulan Rejab, Muharram, Zulkaedah & Zulhijjah. Di dalam bulan2 ini kita diharamkan utk mencetuskan sengketa, berperang dan berbuat kejahatan.... kerana Allah SWT telah memilih bulan2 ini sbg bulan yg mulia.... di mana amalan ibadat di dalam bulan2 ini akan dilipat gandakan pahalanya dan juga segala dosa yg kita lakukan juga akan dilipat gandakan balasanNya... oleh itu, jauhilah berbuat dosa di dalam bulan2 ini dan banyakkan lah ibadat dan amalan sedekah.... tetapi, hanya di Bulan Syaaban sahaja Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan puasanya drpd bulan2 yg lain dan bukannya di dalam bulan2 haram.... mengapa begitu??

Di dlm entry yang lepas, saya ada menyatakan bahawa terdapat hadith sahih yang mengatakan bahawa Rasululullah SAW paling banyak berpuasa pada bulan ini. Sila rujuk di sini. Dalam hadith tersebut, Baginda SAW ada menyebut bahawa Baginda mahu amalan ibadat baginda diangkat ke langit dalam keadaan baginda berpuasa.... mengapa Baginda SAW berkata demikian?

Berkata Rasulullah SAW:

"Itulah bulan yang banyak manusia lalai daripadanya antara bulan Rejab dan bulan Ramadhan (iaitu bulan Syaaban), padanya diangkat amalan kepada tuhan sekalian alam, maka aku suka untuk diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa"

Yaa.. amalan kita sepanjang tahun akan diangkat pada bulan ini (Syaaban)..... jadi sebagai manusia yg tidak terlepas daripada membuat kesalahan dan lalai dlm beribadat, pada bulan inilah kita digalakkan berusaha utk memperbaiki dan menambah amalan kita agar apabila amalan kita diangkat utk dipersembahkan kepada Allah SWT... Allah akan menerima amalan kita dengan keadaan yg baik... Mudah-mudahan amalan kita sepanjang tahun hijrah 1430 ini diterima oleh Allah SWT.... Amin..

Ok, beralih pula pada topik ganti puasa @ puasa Qadha..... khas untuk Kak Atie dan sahabat2 saya yang ingin perbaiki amalan berpuasa...

Yazid ar-Raqqasy rahimahullah berkata kepada dirinya sendiri:

'Celakalah engkau wahai Yazid, siapakah yang akan menggantikan solat engkau setelah meninggal dunia? Siapakah yang menggantikan puasa engkau setelah mati? Siapakah yang memohon keridhaan Rabb untukmu setelah engkau wafat? Kemudian ia berkata, 'Wahai manusia, apakah engkau tidak menangisi dan meratapi dirimu sendiri di hari-harimu yang masih tersisa? Siapa yang kematian mencarinya, kubur sebagai rumahnya, tanah sebagai tempat tidurnya, ulat sebagai temannya, di samping itu ia sedang menunggu kejutan terbesar, bagaimanakah keadaannya?' Kemudian dia menangis sehingga jatuh pingsan.

Ternyata.. puasa ganti bagi puasa Ramadhan adalah hukumnya Wajib... dan tidak ada sesiapa yang boleh menggantikan puasa tersebut selain daripada dirinya sendiri..... Firman Allah SWT....

“…maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain….”[2:184]

Saidatina Aisyah r.a. menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

Jelas di sini, Saidatina Aisyah r.a. juga memperbanyakkan amalan puasa di bulan Syaaban tidak kira samada puasa sunat atau pun utk puasa Qadha. Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat Syawal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih:

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Namun jika seseorang itu tidak mampu menggantikan krn uzur atau tua maka diwajibkan ke atasnya membayar fidyah.

“…Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (QS. 2:184)

Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai ibadah puasa bersempena dengan bulan Ramadhan yang akan kunjung tiba tidak lama lagi... silalah layari laman web berikut:


http://www.soaljawabpuasa.co.cc/


Sekian sahaja perkongsian ilmu di RizHad untuk kali ini... moga sahabat2 beroleh manfaat darinya...

Wassalam...

7.27.2009

Ke Mana Menghilang? Bulan yg di nanti..

Salam! Kaifahalukum? Qais? Toyyib? Alhamdulillah...

Terasa spt lama benar tak update blog & jalan2 di blog sahabat2.... walhal baru je masuk 5 hari saya tidak ada di talian... ke mana menghilangnya tu?? kepada sahabat2 yg tertanya2 especially sahabat ku R**H* a.k.a LotsofLove yg telah membuat n3 khas utk mencari saya di blog nya... so touching.. ada juga sahabat maya yg sudi merindui ngomelan saya di sini :) Buat pengetahuan semua.. dia adalah seorang sahabat non-muslim saya yang amat prihatin dan sungguh memahami keadaan kawan2 di sekelilingnya termasuklah saya... Terima kasih banyak2 kerana sudi menghulurkan persahabatan dengan saya.... & juga kepada semua sahabat2 maya saya yg lain... You're appreciated!

Wahai sahabat2ku... sebelum saya meneruskan bicara maya ini... terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana menyepi tanpa meninggalkan pesan terlebih dulu... lepas ni.. kalau saya nak kemana2 @ ada urusan lain... saya akan update di TWITTER saya (di sidebar) so... sahabat2 akan ketahui update ttg aktiviti ringkas saya di TWITTER tersebut... errrrr... nak tahu ke ke mana saya menghilang?


Ok... sebenarnya jadual saya agak padat sejak kebelakangan ini... amboi... mcm org bekerja pulak.. padahal 'Robbatu Baitin' je... :) minggu lepas saya memenuhi undangan jamuan makan oleh seorang teman di Yanbu... Kak Mar dan keluarga... Terima kasih Kak Mar! Selepas itu.. saya dan hubby saya bercuti ke Madinah.... mcm biasa kalau dah pergi bercuti.. badan pun letih dan mood utk berblogging pun hilang... & semalam.. saya ada kelas bahasa Arab.. jd ada persediaan sikit yg harus dibuat utk kelas tu.. jadi tak sempat juga nak buka blog.... dan hari selebihnya.. masalah yg rasanya tak akan selesai selagi hubby saya tak tukar service provider.. dan selagi tu la masalah ni takkan hilang... masalah apa lagi.... masalah internet le... Saya harap, lepas2 ni.. kalau saya menghilang lagi utk beberapa hari, jgn la risau k.... Jika Allah lindungi saya dan suami... InsyaAllah, tak akan ada perkara yg buruk menimpa.... dan sekiranya.. kalau lebih dari sebulan saya tak update.......... maknanya.......... Wallahua'lam.... saya hanya mampu berserah je pada Allah SWT....

Baiklah setakat itu sahaja update mengenai diri saya yg telah menghilang sekejap....

======+++++=======

Dengan izin Allah, RizHad akan menyelitkan sedikit tazkirah utk panduan & renungan kita bersama... Bersempena bulan Syaaban yg mulia ini.... mari lah kita sama2 menambah pahala kita dgn mengerjakan puasa sunat & solat2 sunat seperti yang telah Baginda Rasulullah SAW amalkan ketika hayat Baginda SAW masih ada.. beruntunglah mukminin & mukminat yg sentiasa berlumba2 utk mengerjakan Sunnah Rasulullah ini kerana dengan izin Allah pasti ada ganjaran pahala bagi sesiapa yg sentiasa bermuhasabah dan mensucikan diri & hatinya dengan amal ibadat....

Di bawah adalah beberapa hadith berkenaan bulan Syaaban yg boleh kita jadikan panduan...

Daripada Usamah Bin Zaid:-

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku melihat engkau banyak melakukan ibadat puasa di dalam suatu bulan dan tidak pernah engkau melakukan puasa sebanyak itu di bulan yang lain. Rasulullah bersabda: Bulan apakah (yang engkau maksudkan)? Aku berkata: Syaaban. Rasulullah bersabda lagi: Syaaban merupakan bulan yang terletak di antara Rejab dan Ramadan serta sering dilupakan oleh manusia. Pada bulan ini diangkat suratan amalan seseorang hamba. Maka aku amat menyukai amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa”.

Daripada Aishah r.a katanya:

"Saya tidak melihat Rasulullah menyempurnakan puasa sebulan kecuali Ramadhan. Saya tidak melihat beliau berpuasa (sunnah) lebih banyak daripada puasa di bulan Sya’ban adalah Rasulullah berpuasa padanya melainkan sedikit (tidak berpuasa) bahkan (pernah) berpuasa kesemua hari" (H.R Bukhari & Muslim)

Daripada Saidina Ali Karamallu Wajhah bhw Rasulullah bersabda:-

“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, hendaklah kamu mendirikan (solat sunat) pada malam harinya dan berpuasa pada siang harinya. Sesungguhnya rahmat Allah S.W.T. akan turun ke langit dunia pada malam tersebut dan Allah akan berfirman : Tidak adakah seseorang memohon keampunan semoga Aku mengampuninya? Tidak adakah seseorang memohon rezeki semoga Aku memberikan rezeki kepadanya? Tidak adakah seseorang yang ditimpa bala semoga Aku menghindarkan bala itu daripadanya? Sedemikianlah perkara-perkara lain sehingga terbit waktu fajar”.


"اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان "


Ya Allah Ya Tuhan Kami... berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Syaaban.. serta panjangkanlah umur kami sehingga menjelang bulan Ramadhan....

Sekian dulu n3 utk kali ini.... InsyaAllah saya akan berjalan2 di blog2 sahabat2 utk membaca entry2 yg saya sudah tertinggal....sesungguhnya hati dan minda seorang muslim sentiasa dahagakan ilmu dan nasihat serta pengajaran buat penunjuk ke arah jalan yg benar lagi diredhai Allah SWT.....

Wassalam.


7.22.2009

Hulurkan lah salam...



"Sesungguhnya seseorang mukmin, apabila dia bertemu seorang mukmin yang lain, kemudian dia memberi salam dan bersalam dengannya, maka berguguranlah dosa-dosa (kecil) mereka berdua, sepertimana bergugurannya daun-daun pokok."


Alhamdulillah.. bertemu lagi kita di ruangan maya ini... syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin & kurnianya dapat kita menghirup udara yg segar.. & menikmati keindahan alam ciptaanNya yg Maha Agung.... tiada lafaz yg paling mulia selain dari perkataan memuji & bersyukur ke atasNya dengan limpah kurnia yg diberikan utk sekalian makhluknya di atas segala rezeki yg tersedia serta nikmat Iman & Islam semata-mata utk hamba2nya bersyukur & sujud kepadaNya....

Hadith di atas adalah sebuah hadith sahih rujukan dari Al-Albani di dalam Kitab Al-Silsilah Al Sahihah... salah satu hadith yg menunjukkan bahawa begitu penting & indahnya sifat persaudaraan Islam... apakah kita sedar.. dgn salam yg dihulurkan kpd saudara yg kita baru kenali.. kita telah menjalinkan satu ukhwah... dan ukhwah itu amatlah dituntut di dalam Islam... Malah, kita juga ada hubungan Insaaniyah terhadap org2 bukan Islam... itulah keindahan & kecantikan dalam Islam sebenarnya. Dengan terbinanya ukhwah tersebut, wajiblah bagi kita untuk mengamalkan sifat Persaudaraan yg sebenarnya dituntut dalam Islam. Apa erti istilah PERSAUDARAAN sebenarnya? Apakah sudah cukup dengan hanya memberi salam? Persaudaran dalam Islam menuntut kita supaya menjalinkan hubungan yg baik sesama manusia, saling sayang-menyanyangi dan tolong menolong di antara satu sama lain..Dan tolong menolong di sini tidak terbatas dgn tenaga dan juga wang ringgit.. tetapi juga dengan doa yg ikhlas dari seorang saudara kepada saudara muslimnya yang lain...

Dari segi wang ringgit... Usahlah kita hanya mementingkan diri kita kerana rezeki yang kita terima dari Allah itu sebahagiannya telah ditentukan untuk kita sedekahkan ke jalan Allah.. membantu saudara kita di dalam kesusahan dan juga membantu usaha2 dakwah serta jalan2 Agama Islam yang lain... Janganlah kita bimbang akan berkurangannya rezeki itu kerana setiap pemberian yg ikhlas pasti Allah akan memurahkan rezeki kita berlipat ganda.. jika tidak di dunia ini.. di akhirat nanti pasti akan diberi ganjaran yg tidak terhitung banyaknya oleh Allah SWT... dari situlah datangnya keberkatan di dalam hidup dan hidup akan merasa tenang serta hati pun akan merasa aman utk beribadah kepadaNya.

Tetapi, perlu diingat.... sebanyak mana pun hasil pendapatan kita.. jika kita tidak membelanjakan ke jalan Allah dan membantu saudara kita yg di dalam kesusahan... pasti hidup akan sentiasa tidak mencukupi... dan ada sahaja wang yang akan dibelanjakan untuk perkara2 yg sia-sia... dengan sebab itu, hati akan sentiasa runsing krn asyik memikirkan wang yg tidak cukup itu dan paling dikesali sekiranya kesan drpd itu sedikit sebanyak akan menjejaskan kualiti ibadah kita kepada Allah..



Hidup di perantauan yg menuntut jalinan ukhwah yg erat...

Rasulullah bersab
da:
اَلْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا
“Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya adalah laksana bangunan yang saling menguatkan satu bahagian dengan bahagian yang lainnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

مَثَلُ الْمُؤْمِنِ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَ اشْتَكَى مِنْهُ عَضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
“Perumpamaan kaum mukmin dalam kasih sayang dan belas kasih serta cinta adalah seperti satu tubuh. Jika satu bagian anggota tubuh sakit maka akan merasa sakit seluruh tubuh dengan tidak boleh tidur dan merasa demam.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Perkara2 penting untuk kita ketahui dan untuk kita amalkan utk menyemai tali ukhwah adalah seperti berikut:
  1. Menegakkan solat berjamaah di masjid (bagi kaum lelaki) ini adalah kerana ketika kaum muslimin bertemu sebanyak 5 kali sehari semalam untuk solat berjamaah, mereka akan saling mengenal sehingga hati mereka akan saling terpaut & mendatangkan rasa kesatuan hati.
  2. Saling memberi salam di antara satu sama lain dan tidak bersifat acuh tak acuh. Di antara tanda2 kiamat semakin hampir ialah apabila sesama Muslim bersifat acuh tak acuh terhadap saudara seIslam mereka dan hanya memberi salam kepada kenalan mereka sahaja...
  3. Membantu meringankan beban yg sedang menghimpit saudaranya
  4. Saling memaafkan
  5. Menjauhi perbuatan maksiat
  6. Saling mendoakan saudaranya dengan kebaikan. Rasulullah S.A.W bersabda:“Jika seseorang mendo’akan saudaranya tanpa pengetahuannya, maka Malaikat pun akan mengatakan: (semoga) engkau mendapatkan sebagaimana yang engkau doakan (kepada saudaramu).” (HR. Muslim)
  7. Mengamalkan hadith tentang hak seorang muslim terhadap muslim yg lainnya seperti yang tertera di bawah ini:
Rasululullah S.A.W bersabda:
“Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (HR. Muslim)

Demikianlah beberapa perkara asas yg penting yang dengannya akan tertegaklah ukhuwah Islamiyyah yang kita dambakan bersama itu, Insya Allah. Semoga Allah membimbing kita untuk mengamalkannya... kerana dengan adanya ikatan ukhwah antara kita.. baru lah sempurna Iman seseorang itu... InsyaAllah...

Sekian, Wassalam.

7.19.2009

As-Shahidatul Hijaab...


A tribute to our sister in Islam...

Marwa El-Sherbini... seorang wanita Mesir yg mengandung 3 bulan... telah mati dibunuh dgn kejam di German kerana mempertahankan hijab yg dipakai sebagai wanita muslimah.... Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiun...

Marwa namamu...
Bukan wanita ternama dan dipuja...
Pendirian Iman mu teguh..
Maruah dirimu kau bela...
Demi mempertahankan hak Islammu..
Dirimu dihina... dicerca...
Namun semangat mu tetap kuat..
Hingga dirimu terkorban...
Dibunuh dgn kejam..
Didepan insan2 tersayang...

Menitis airmata ini..
Mengenangkan anak kecil yg ditinggalkan...
Suamimu pula koma cedera dgn tembakan...
Apalah malang nasibmu di dunia...
Di layan buruk sebegitu rupa...

namun begitu....


Wahai Marwa... dirimu sungguh beruntung..
Kematianmu sungguh mulia
Kerana mempertahankan aqidah Islam...
Ingin sekali aku menjadi seperti mu...
Syahid di jalan Allah...berjuang berhabis habisan..
demi hijab yg menjadi lambang wanita solehah...
Perjuangan yg berakhir dgn peristiwa berdarah

Dan titisan darah yg keluar itu..
Menjulang namamu sebagai As-Syahidah
Membuat dirimu terkenal di dunia & di alam langit...
Bergembiralah wahai Serikandi Islamku...
Moga dengan pengorbanan besarmu itu
Allah akan membalasnya dgn Syurga..
.
Ameen Yarabbal Alameen...

Allahuakhbar!

Cerita selanjutnya boleh dibaca di sini




“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.” (Al-Hujurat:15)

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At-Taubah:41)

7.16.2009

Iklan di Saudi


Sila ikuti kisah yg saya adaptasi dari sebuah iklan TV di Arab Saudi di bawah ini... terdapat beberapa scene yang saya tambah utk menghidupkan jalan cerita….


"Gedegangggg!!…. Aduhhhhh… sakitnya!! tak pernah aku rasa sakit yang amat sebelum ni.. terasa ada cairan yang hangat meleleh di mukaku… dann… pandangan aku semakin lama semakin kabur….. Tiba2… kedengaran suara hingar bingar di sekelilingku.. aku tersedar tp kali ini dalam kondisi yang berbeza.. aku terasa badan ku ringan… aku bangun dan duduk dari pembaringan.. aku lihat ramai orang mengerumuni aku… ku cuba untuk bersuara tapi suara ku tersekat dikerongkong… Apa sebenarnya yang berlaku? ku pandang ke kanan… kereta ku telah terbabas ke bahu jalan dgn keadaan yang amat remuk sekali… Ohh… adakah aku telah kemalangan? Aku berdiri dan cuba menyapa pegawai polis yang sedang mengawal di situ… mengapa aku tidak dipedulikan?? sekali lagi aku melihat ke arah kereta aku dan di sana aku terlihat satu jasad yang berlumuran darah terkujur di situ.. lantas aku berlari ke arahnya.... Ahh.. tidak… tidak… itu adalah jasadku!! Apakah aku sudah mati?? Oh Tuhan.. berilah ku kesempatan utk bernafas sekali lagi….


Aku berlari dan lari selaju2nya.. dan kini larian ku seolah2 terbang bagaikan angin.. aku ingin pulang ke rumah.. mencari ibu….. di sana, aku terlihat diriku sekali lagi… Eh.. ini waktu aku sebelum keluar dari rumah tadi…. sungguh leka menaip sesuatu di laptop… baru aku ingat sekarang…. waktu itu aku sedang seronok berchatting dengan rakan yang baru aku kenali…. Tiba2.. Ibu datang menghampiri aku yang sedang menaip itu… Ya Bint.. solah.. solah… (wahai anakku.. solat, solat..) kata ibu ku… Toyyib Ummi.. Toyyib.. (Baik Ummi.. baik..) jawabku.. Tapi aku tetap tidak berganjak dari tempat duduk ku dan masih asyik menaip sesuatu…. Ibu ku hanya menggeleng2kan kepalanya…. Dan sekarang.. baru aku teringat, aku belum solat lagi sebelum aku keluar dari rumah tadi…. Ya Allah.. aku menyesal Ya Allah.. aku telah berdosa… aku telah mati tanpa sempat mengadap Mu… aku lalai Ya Allah… Aku terduduk di situ dan menangis semahu-mahunya.. tetapi tiada siapa yang mendengar akan tangisanku.. Kini aku hanya menunggu apakah balasan yang akan aku terima selepas ini… oh tidaakkkkk!!!"


Sekian sahaja cerita pendek tp penuh pengajaran ini…. buat rakan2 di Yanbu.. pasti kamu pernah tengok iklan ini di TV.. dia ada 2 version.. satu situasi yang menunjukkan seorang anak lelaki.. dan satu lagi version yg menunjukkan seorang anak perempuan…. cerita di atas tu saya refer pada anak perempuan.. tp biasalah.. ada scene yg ditokok tambah spy jelas jalan penceritaannya… harap director iklan tu tak saman saya la.. hehe..


Satu je saranan saya… kan bagus kalau iklan2 sebegini ditayangkan di TV di Malaysia… maksud saya yang mengingatkan tentang betapa pentingnya SOLAT itu? Memang ada iklan yg lebih kurang mcm ni.. tp.. motifnya ialah.. "Pakai Tali Pinggang Keledar" ataupun "Pakai Helmet"… ya…. saya tahu itu adalah iklan khidmat masyarakat dari "Kementerian Pengangkutan Jalan Raya" so, apa salahnya kalau ada iklan khidmat masyarakat yang berupa nasihat yg menginsafkan dari "Kementerian Hal Ehwal Agama Islam" dgn kerjasaman "Kementerian Penerangan"…. 1st impression saya bila terpandang iklan ni di TV Arab Saudi ialah... wow.. ia betul2 meresap di dalam hati saya… dan saya pasti kalau ini juga dilakukan di Malaysia.. berapa banyak lagi hati-hati yang tersedar dari khayalan dan mungkin menjadikan ini sebagai satu peringatan…


Ramai ke orang yang sengaja tinggalkan solat sekarang ni? saya tak pasti… tapi saya yakin ramai orang yang melengah2kan solat…. saya akui.. saya pun pernah macam tu dulu… betapa jahilnya saya sebelum ni… Astaghfirullahalazim.. kalau saya mati dalam keadaan saya belum bersolat lagi…. Naudzhubillah.. janganlah terjadi seperti itu…. saya tak sanggup diseksa di neraka selama 40 tahun.. itu baru satu waktu.. kalau ada yang tak solat dari sejak baligh hingga ke dewasa… kira je lah berapa puluh ribu tahun dia diseksa.. 1 hari di neraka bersamaan dengan 1000 tahun di dunia (If I'm not mistaken, correct me if I'm wrong)…. Mati jika ia hadir, tidak akan menunggu kita walau sesaat pun…. boleh ke kita kata… tunggu jap eh.. aku belum solat lagi tunggu jap eh.. aku belum mintak ampun dengan mak aku lagi… Takde punya… kalau ia datang waktu itu segalanya sudah terlambat…. jadi mana lebih penting... kerja2 lain yang hanya untuk mengejar dunia.. ataupun solat yang tepat waktu dan berkualiti sebagai tiket utk kita lepas di titian Sirat di alam akhirat yang pasti kekal selamanya...


oleh itu wahai sahabat2 yang saya kasihi sekalian.. renung2kan lah pesanan di bawah ini….


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan"


(dipetik dari sebuah blog... maaf, saya lupa nama blog tu..)


.... hayati lah Hadith2 nabi dan firman Allah tentang peri penting nya solat itu dalam kehidupan manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah ini....


Dari Abdullah bin Mas'ud, mereka telah bertanya Nabi saw :-

. أي العمل أفضل ؟ قال : الصلاة على ميقاتها قلت : ثم أي ؟ قال : ثم بر الوالدين . قلت : ثم أي ؟ قال : الجهاد في سبيل الله
"Amalan manakah yang paling utama? Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : kemudian apa? Nabi bersabda : berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : kemudian apa lagi?. Nabi bersabda : berjihad dijalan Allah" [Riwayat Bukhari, al-Jaami al-Sahih #2782]

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [al-Nisa' : 103] .....

dan ketahuilah orang2 yang melengah2kan solat tanpa keuzuran....
  • Boleh tertutup pintu rahmat
  • Hilang Nur
  • Doa2 susah nak makbul...
Sila rujuk kitab Raudhah Tolibin, Fathu-Al-Wahab dll....

Ada dikalangan ulama' yang berpendapat bahawa mereka yang meninggalkan solat telah dianggap sebagai terkeluar dari Islam. Sabda Nabi saw :-

العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر

"Batasan diantara kita dan mereka adalah SOLAT. Barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah kufur" [Hadith riwayat Imam Ahmad].


Marilah kita sama2 memelihara solat kita agar amalan2 kita yg lain juga dipandang oleh Allah.. Artikel menarik tentang solat juga boleh di baca di sini


Sekiranya ada sebarang kemusykilan tentang solat, boleh la rujuk di laman Koleksi Soal Jawab Solat


Sekian sahaja coretan saya untuk kali ini...


Yang baik itu sesungguhnya datang dari ilham yang dikurniakan oleh Allah SWT... dan yang buruk itu adalah datang dari kekurangan saya sebagai hambaNya yang lemah....


Peringatan buat diriku dan juga kepada mereka yang lupa....


Wassalam.....



7.13.2009

Setahun Jagung...


Salam asdiqii yg saya kasihi sekalian...

2 hari lepas sejarah telah tercipta.... bukan dalam sejarah Malaysia mahupun Arab Saudi... tp dalam sejarah hidup saya.... sejarah apa tu? hehe.. sebenarnya 2 hari lepas ulangtahun pertama blog saya... tak sangka... dah setahun rupanya blog saya ni...ALHAMDULILLAH... dulu2 tak pernah terpikir pun yg saya akan ada blog sendiri.... pada pendapat saya, bukannya senang nak maintain kan blog ni... kalau tak iye ye... mmg tak jadi... baru setahun jagung je blog ni...dlm setahun saya dah taip 96 buah n3... tak sempat nak genapkan 100.

Mengenang kembali bagaimana tercetusnya keinginan mempunyai blog sendiri membuatkan saya tersenyum sendirian... semuanya bermula apabila hubby saya berangkat ke Arab Saudi 7hb Julai tahun lepas dan meninggalkan saya selama lebih kurang 6 bulan di Malaysia... seorang sahabat telah mengenalkan kepada saya kepada dunia blogger... sapa dia? Ohh.. Biarlah Rahsia... Kalau dia terbaca n3 saya ni.. saya nak ucapkan banyak2 terima kasih pada dia sebab perkenalkan pd saya dunia ukhwah yg hebat ini. Blog pertama yg saya baca ialah Blog En. Leman... (Tuan punya blog ~Pesanan Buat Kita~) Membaca blog beliau mmbuatkan saya tertarik utk berkongsi sesuatu kepada teman2... akhirnya terciptalah blog Kasih Rizhad.. peneman bicara sepi saya tatkala saya keseorangan....

Sesiapa yang mengikuti blog saya ni sejak dari awal lagi tentu perasan tentang perubahan 'angin' dlm blog saya ini...ketahuilah setiap manusia akan melalui satu fasa hidup yg berbeza dari satu masa ke satu masa yg lain... begitu juga blog ini... yg penting... Hari ini kita harapkan ia LEBIH BAIK DARI SEMALAM... dan ESOK ADALAH LEBIH BAIK DARI HARI INI... dan begitulah seterusnya.... Manusia perlu kan perubahan utk kesejahteraan hidupnya.... dan saya dah jumpa apa yang harus saya perjuangkan....

Ok, saya tak berhajat utk memanjangkan n3 ini... cukup la setakat itu sahaja serba sedikit tentang kelahiran sebuah blog yg bernama Kasih RizHad... di sini saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh rakan maya saya terutamanya............

Ummumishkah, Saudara Razak, Kak Zai, Sahabat ku LoL, Kak Nik, Arianni, Prof. Madya Abdul Wahab, Kak Asyiq, Kak Atie, Liza, Shaniza, Yatie, Kak Ila........

.........yang sentiasa berkongsi kata2 semangat & pandangan yang bernas di blog saya

DAN TAK LUPA JUGA


kepada.....

Miss Gaza, Kak Arryani, Pu3 Balqis, ECham, Kamitaken, Ila, Linda, Kak Mar, Mama Bungas, Yann, Kak Ema, UmmiWafa, Che Din, Criestz, Ustaz Saifun, Jinggo, MamaQaseh, ASE1, ZiqriFiqry, Kak Ieyla, Modenmama, Kak Norah, kak ckin, En. Taufiq, Seningboyz, anahafifahakim, Kak Mas, Kak Ejalz, Erah, Nett, As, Kak Idasm, Cik Aa, Ummuamirul, dan Pn. N.......

........yang berjaya mencuit hati saya dan membuat saya tersenyum dengan kata2 anda di sini sepanjang tahun saya terlibat dlm dunia blog...

serta semua rakan2 maya & followers blog saya....


PERCAYALAH
.... Anda semua telah menceriakan hari2 saya di teratak perantauan maya ini dan telah menguatkan semangat saya utk terus berkongsi cerita dan apa sahaja ilmu yg bermanfaat... dan akhir sekali... buat 'silent readers' blog ini (kalau ada..).. saya amat menghargai kamu kerana su
di membaca hasil nukilan saya di blog ini... dan teruskanlah membaca .. suka ataupun tidak kamu dengan blog ini... saya harap ada sesuatu yg bermanfaat yang dapat kamu perolehi dari sini.....

Maaf dipinta andai kata... sejak penceburan diri saya ke dunia penulisan blog ini telah tanpa sengaja menyinggung perasaan mana2 individu... jgnlah kerana perbezaan pendapat... terungkainya sebuah ikatan ukhwah.. saya akui.. Tanpa pembaca2 semua.. siapalah saya dan tak bermaknalah blog ini....

kamu adalah istimewa di kaca mata maya saya.... umpama angin.. makin kuat tiupannya.. makin maraklah api semangat saya.... terhenti tiupan itu... maka akan padamlah ia.... Renungkanlah kata2 di bawah ini.......


Justeru itu, blog ini mempunya misi baru yang bersesuaian dgn apa yg saya mahukan selama ini iaitu.. Mencari Cinta Rabbi dengan mencetuskan Semangat Persaudaraan Solehin, Solehah.. Mujahidin & Mujahidah yg Berilmu, Beriman, Beramal & Bertakwa... Restuilah RizHad kerana perjuangannya masih belum selesai....

Sekian, wassalam....

7.10.2009

Kasihi mereka......



"Tidak beriman seseorang kamu hingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya.."
Hadith riwayat Bukhari
& Muslim


Huraian ringkas hadith di atas dari penjelasan Imam Nawawi:
Pengertian SAUDARA itu digunakan seluas-luasnya yg merangkumi saudara seIslam & juga golongan kafir. Wajib mengasihi saudara seIslam supaya kekal terus dalam Islam dan adalah lebih baik mendoakan utk diberi hidayah kepada orang yg kafir... Pengertian CINTA di sini ialah.. Mendoakan saudaranya serta berharap kebaikan untuknya sebagaimana yang dilakukan untuk dirinya sendiri...

====++++++++====

Kehidupan di perantauan mendedahkan kita dengan budaya & cara hidup yang asing dari adat dan budaya tempat kita membesar... walaupun kita berasa janggal & kurang selesa dengan keadaan itu.. nak tak nak, kita terpaksa terima... bak kata pepatah yg berbunyi "Masuk Kandang Kambing mengembek.. masuk kandang Rimau.. kena baham la.. tak sempat nak mengaum.." hehehe... Seperti contoh terdekat dgn saya.. ialah keadaan & suasana kehidupan di Arab Saudi... Berurusan dgn org bangsa Arab ni mmg memerlukan kesabaran di tahap yg tinggi.. kalau tak, mau boleh bergaduh.... dkt sini.. kalau bergaduh.. jawabnya kena tido balai la satu malam... hish.. sadis sungguh.. Tp nak buat mcmana.. ni negeri depa... depa berkuasa utk mmbuat undang2 negara depa.... jd sebagai anak rantau di tanah yg gersang ini.. kena la harus berwaspada selalu...

Satu sikap mereka yang selalu buat hubby saya stress ialah kebanyakan mereka kurang SABAR dan kurang sopan santun... sbgai contoh.. kalau dkt Malaysia.. nak berurusan dkt kaunter kan kena beratur... dan tunggu giliran.. kalau dkt sini.. jgn harap la... dia sampai2 je terus pergi kaunter dan tak hirau dgn org yg dah lama menunggu... ini berlaku semasa hubby saya nak booking flight ticket untuk balik Malaysia nanti (YES..akhirnya!!! hehehe..) Saya yg tengah menunggu dlm kereta ni... hampir nak lemas sbb menunggu hubby saya punya la lama.. nasib baik dia explain dkt saya ttg hal potong queue tu... jd saya kena la faham situasi dia... kalau dkt jalan raya lagi la ketara.... Orang Arab ni kalau drive... mmg dasyat.. cara pemanduan yg paling buruk dan paling merbahaya yg pernah saya tengok.. kalau saya tak mengucap panjang bila dlm kereta.. tak sah rasanya... tp takde la semua... kebanyakannya la... tp bahaya tau... patut la perempuan tak boleh bawak kereta dkt Saudi..

Bila difikir2 betul la apa yg org cakap... sebab tu lah Allah memilih para2 Nabi dari kalangan bangsa Arab kerana mereka ini sungguh kasar dan kurang sopan santun.... sebab tu la agaknya zaman nabi2 dulu... banyak azab yang Allah turunkan kepada kaum yang engkar disebabkan kedegilan mereka ini.... Tapi.. persepsi saya selepas ini mungkin akan berubah sejurus selepas saya membaca hadith nabi yang saya sebut di atas dan apabila saya terjumpa firman Allah SWT di bawah ini.....


Maha Benar Allah dalam firmanNya:
"Wahai orang2 yg beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang2 yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(Al-Maidah: 8)

Kesimpulannya... Tak kira di mana bumi di pijak... di Malaysia ataupun berkelana di negara asing... janganlah kita tanamkan sifat benci kepada sesuatu kaum dan bertindak tidak adil dengan kaum yg lain... sesungguhnya Allah menciptakan kejadian manusia itu sama di sisiNya... siapa kita utk membanding2 kan bahawa kitalah kaum yg lebih baik pada zaman ini... hanya Allah SWT yang berhak menilai setiap sesuatu dari sekecil2nya hinggalah sebesar2 kejadian...

Moga kita sentiasa mengasihi manusia tdk kira darjat mahupun keturunan, miskin mahupun kaya dan dari bangsa mana sekalipun sama seperti kita menyayangi diri kita sendiri... Tirulah akhlak Rasululullah yang sentiasa bersangka baik dan melayan semua manusia dgn budi pekerti yang amat mulia walaupun baginda dilayan dengan buruk sekali oleh sesetengah kaum..... Sabar itu lebih baik.. dan merupakan separuh dari Iman kita..

INDAHNYA PERSAUDARAAN.
Sebuah anugerah Allah yang teramat mahal buat mereka yang terikat dalam keimanan. Segala kebaikan pun terlahir bersama persaudaraan. Ada sifat kasih sayang, tolong-menolong, ingat-mengingati... dan dengan adanya kekuatan umat yang dilahirkan dari persaudaraan yang utuh... syiar Islam pastikan berkembang dengan semangat PERSAUDARAAN ini.........


"Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya)" -Surah Al-A'raaf:170

..... Dan berubahlah demi kebaikan diri di dunia & akhirat....

Sekian.. Wassalam..

7.08.2009

Man Ana??


Man Ana?


Ismi Dida. Ana min Maliziya. U'mri thalathuna sanatan. Ana Mutazauwijah walakin ma li auladun ba'dun. Jiktu ila Sa'udi ma'a zaujiallazhi ya'malu faniyyan fi syarikat Yansab. Askunu fi Radhwa thamaniyyah, Madkhal khomsa fid duril ardhi fi Yanbu As-Sana'iyyah. Ana robbatu baitin. Anal Aana Tholibatun Jadidatun Al-lughatul Arabiyyah. Adrusu Al-lughatul Arabiyyah wal Quranal karima fi baiti sodiqatii. Mudarrisati min Tunisia. Ismul mudarrisati Nurrah.

Abiy wa Ummi fi Maliziya. Abiy muallimun fil qaryati wa Ummi sohibatu bakkolatin hunaka. Li thalathatu ikhwatin asma'uhum Nabil, Shakib wa Faris. Li arba'u akhawaatin asma'uhunna, Asmahan, Naqiibah, Liina wa Najiihah. Kulluhum fi Maliziya.

Khallas....


=====+++++======

Salam Asdiqii..

Dah lama rasa tak kongsi pelajaran bahasa Arab dkt blog ni.... oklah, kali ni.... saya buat satu karangan pendek. Karangan di atas adalah serba sedikit ttg diri saya... Sebenarnya... ni macam karangan bdk darjah satu di sekolah Arab di Saudi.. mcm sekolah dkt Malaysia la.. buat karangan pendek tentang "Diri Saya". Huhh.. susah jugak nak mengarang walaupun ayat2 nak dikarang tu ayat senang.. tp disebabkan ada nahu2 (grammar) yg perlu diikuti.... tu yg jadi susah.... salah sebutan salah bunyi.. makna pun salah... payah juga ya... tp org kata.. we must think positive.. kalau kita selalu fikir susah.. ia akan jadi susah.. kalau kita fikir senang.. InsyaAllah ia akan mudah bagi kita.. tu yg saya mahu praktis kan tu... sbb skrg kelas Bahasa Arab kami dah bercampur dgn budak2 sekolah... ye lah.. sekolah di Arab skang ni kan tengah summer holiday....3 bulan pulak tu... jadi daripada duduk tak buat apa dkt rumah.. ibu2 ni bawa lah anak2 sekali join mak2nya belajar... sekali... lagi terer anak2 ni dari org dewasa da..... Al-Quran & hafazan pun begitu juga.. anak2 muda ni.. lebih advance dr kami yg dah pertengahan umur ni... Rasa tercabar sungguh... Mudah2an Allah terangkan hati kami semua untuk menerima ilmu...


Karangan dkt atas tu sbnarnya homework yg diberi oleh ustazah kpd kami... jadi saya ni saje je lah nak jdkan n3... kot2 ada tukang komen nak komen ayat2 saya ni... kita sama2 belajar la kan... dah nama pun Tholibatun jadidah (student baru) mestilah banyak yg masih kurang lagi... Jadi, sapa2 yg bertanya... saya akan jawab mengikut peringkat kefahaman saya la ya... kalau tanya lebih2 saya surrender dulu lah sbb belum mahir lagi... org kata baru nak mengenal perkataan... tp kalau ada sesiapa yg nak cuba translate karangan kat atas tu dipersilakannnnn... kalau salah saya betulkan.. kalau saya yg salah... kamu betulkan lah... kalau translation kamu betul semua... tak ada hadiah nak bagi tau... cuma pujian je lah sbb kamu berjaya kenali diri saya melalui karangan pendek ini.... :)
Next class ada test la pulak.... ustazah kami nak tengok setakat mana kami dah mengusai nahu2 yg diajar... so, kawan2 sekelas saya... jgn lupa study dehh..


Ok kita tutup kisah "Tentang Saya". Dibawah ini ada sebuah firman dari Allah SWT dan beberapa sabda Rasulullah SAW yg ingin saya kongsikan bersama....

Firman dari Allah SWT iaitu:


"Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”. (Al-Mujaadilah:11)

Dan Rasulullah juga pernah bersabda:

"Sesiapa menjalani satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah mudahkan baginya satu jalan menuju Syurga."

Kemudian bagi mereka2 yg mempelajari Al-Quran, Rasulullah menerangkan fadhilat & keutamaan yg didapati oleh mereka yg membaca Al-Quran dgn cara yg sebaik-baiknya:
  1. Diturunkan ke atas mereka ketenangan atau ketenteraman jiwa
  2. Mereka diliputi rahmat
  3. Mereka dilingkungi malaikat
  4. Mereka mendapat perhatian & pujian Allah atau balasan drpdNya kerana mengingatinya dgn membaca & mempelajari Al-Quran.
Sabda Rasullullah lagi:

"Sebaik-baik kamu ialah mereka yg mempelajari Al-Quran & mengajarkan kepada org lain."


Begitulah serba sedikit tentang kebaikan mempelajari ilmu.... dan kepada mereka yg masih muda & mempunyai peluang belajar di peringkat yg tinggi... jgn sia2kan peluang itu kerana tak semua orang diberi peluang yg sama... dan hargailah titik peluh ibu-bapa kita & guru2 kita yg susah payah memberikan kita ilmu daripada kita tak mengenal huruf sehingga kita berjaya ke tahap apa yg kita ada sekarang... Akhir kata....

Apa sahaja ilmu pengetahuan yg mulia yg kita amalkan secara jujur moga akan membawa manfaat kepada kita di dunia ini dan sekiranya ilmu yg kita pelajari kita kongsi dan ada kesinambungan kepada generasi yg akan datang pula..... ia akan membawa pahala kepada kita sebagai bekalan di akhirat nanti... InsyaAllah.
... Berilmu & beramal kerana Allah adalah jalan kebahagian.. Itulah yg kita cari...

7.04.2009

Pabila Ia di Depan Mata...


Pabila Ia di depan mata...

Bersinarlah mutiara.. Berkacalah pandangan... Bergenanglah kelopak penglihatan... terpukau dek keindahan

Pabila Ia di depan mata...
Kedengaran suara memuji kebesaranNya... Bergema di kalbu... menusuk di jiwa... tanda syukur tidak terkira...

Pabila Ia di depan mata...
Hati gembira bagai berdepan Sang Pencipta... Gembira menyaksikan tanda kebesaran Al-Khalik yg Maha Bijaksana..

Pabila Ia di depan mata..
tak putus2 doa & harapan si hamba meraih pengampunan & belas kasihanNya.. Agar ibadah diterima menjadi hamba terpilih di antara seluruh pengkagumNya...

Moga... Pabila Ia sudah di depan mata...

akan diberi peluang lagi utk terus menjadi pengunjungnya.... tanpa jemu & tanpa banyak bicara... Memang di situlah destinasi yang paling mulia....

Subhanallah... Maha Suci Allah...


Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah
Date visited: 25-26 June 09




======++++++++++======

Ringkasan cerita mengenai percutian singkat kami...

2 hr 1 mlm di Mekah.... bertolak dr rumah pukul 10.30mlm... smpai miqat di Juhfah utk solat sunat Umrah dan berniat Umrah spt biasa... dan smpai di Masjidilharam lebih kurang pukul 2.30pg.... ingatkan kalau buat umrah sebelum subuh tak ramai orang... tp.. MasyaAllah... lg ramai la pulak.... tp kali ni.. kenapa tak nampak ramai Jemaah Malaysia yek? Jemaah dari Iran paling ramai.... pusing kiri, kanan, depan, belakang.. nmpak org dia je... Selesai Umrah lebih kurang pukul 4.30pg.... selesai solat Subuh berjemaah.. kami pi cari hotel.... nasib baik ada hotel murah & dekat dgn masjid... dlm lebih kurang 140 riyal je... Alhamdulillah...

Tentang cuaca.. memang tak dinafikan sekarang mmg agak panas di Mekah... hampir mencecah 41-42 degree.. kadang2 mulut terlepas cakap jugak.. mengeluh... aduh... panasnya...perit rasa kulit muka... hubby saya tegur.. dia kata jgn mengeluh.. nnti dekat padang Mahsyar... matahari sejengkal je dari kepala kita... huish.. tak dapat nak dibayangkan mcm mana la panasnya nanti... cepat2 saya beristighfar...

Keesokannya, kami pulang selepas selesai solat Jumaat & Tawaf Wida'.... smpai rumah sebelum maghrib... Alhamdulillah...

Ok.. selesai cite bab percutian kami... Ni nak cite pasal tag pulak ...sebenarnya saya terima berapa tag dari rakan2 blogger saya.... demi utk menjaga ukhwah yg baru dibina... saya dgn senang hatinya membuat tag ini.. semoga beliau bergembira.... dkt bwh ni saya settlekan dulu tag yg saya dpt dari Liza (cun09)... soalan2 yg agak peribadi.. tp still boleh di share di sini.... terima kasih Liza kerana sudi menjadi peneman bicara saya di sini...


nama-nama timangan anda>> Dida @ Ida @ Along anda seorang yang>> No comment... yg pasti org2 yg terdekat dgn kita adalah cermin yg terbaik utk mengenali siapa sebenarnya diri kita... so, do not judge book by its cover k... insan teristimewa?? describe apa yang membuatkan dia istimewa di mata anda >> My Family n My Husband... {{ Mereka adalah tempat saya menumpang kasih di kala susah & senang... I love them very much!}} lagu-lagu kesukaan anda>> Semua nasyid yg tidak melalaikan... makanan kesukaan anda>> yang halal... yang sedap... yang berkhasiat... warna kesukaan anda>> Emm.. ntah ek.. tgk keadaan.... tp skrang suka warna HIJAU.... sbb dkt Saudi kurang pokok.. jd perlukan warna Hijau utk segarkan mata... sikap yang membuatkan anda stress>> Semua sikap2 yg mazmumah mmg menstresskan.... Oh ya.. sikap pengotor boleh menambahkan stress... 3 benda yang mesti ada dalam beg anda>> * duit * camera * passport kali terakhir anda menangis dan kenapa>> minggu lepas.. sebab tak tahan sakit..... tag 6 rakan anda.. err.. yg ni nak mengelat boleh tak... saya pass je la pd sape2 yg nak buat... ok... jgn marah.. sayang Liza...

Tag yg lain2 tu.... tunggu la sikit hari lg, mgkin 2-3 minggu or mgkin makan bulan... tgk keadaan cuaca jugak hehe.. kelajuan internet rumah saya ni sekejap OK, sekejap KO... pcya tak n3 yg ni makan masa dkt 3-4 jam baru boleh siap... ish ish ish.. so harap bersabar lah ye... saya pun tgh sabar melayan line internet ni... huhu.. (-_-)

Ok... sekian dulu cerita di RizHad....