Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

8.29.2009

Siapa Datang Pukul 4 Pagi?

Assalamualaikum.. selamat berhujung minggu bagi teman2 di Malaysia... dan bagi di Saudi.. selamat menyambung tugas kembali setelah selesai berhujung minggu di hari Khamis dan Jumaat.. Seminggu sudah kita berpuasa dan hari ini sudah masuk hari ke-8.. Alhamdulillah.... sekejap je kan masa berlalu? tup2 dah pertengahan Ramadhan.. tup2 dah nak raya... lepas tu raya haji.. dan kemudian dah nak masuk tahun 2010 pulak... umur pun makin lama makin bertambah angkanya... bukan semakin muda.. tp semakin bertambah kedut di muka... kalau ada buat perawatan muka.. mungkin tak nampak tua... ataupun.... yg dah semulajadi awet muda mcm saya.. ehem.. gurau je tu.. jgn ada yg terasa... :)

Tajuk entry kali ni mcm suspen je kan... ini bukan cerita rekaan.. tp kisah benar yg berlaku 2 hari lepas pada saya... ikuti kisahnya seperti berikut...

Malam itu entah mengapa mataku tidak boleh lelap seperti biasa... hubby ku sudah lama berangkat ke tempat kerja jam 10.30mlm dan meninggalkan aku di rumah seorang diri.. kebiasaan sebelum tidur, aku akan melayari beberapa laman web utk mengikuti perkembangan dalam dan luar negeri.. especially di Malaysia.. dan tak lupa juga santapan mata dan rohani di blog teman2.. masa berlalu sungguh pantas dan jam sudah menunjukkan pukul 1.30pagi.. tapi mata ini masih lagi tidak ada tanda2 mahu tidur... di luar kedengaran angin ribut bertiup kencang dan rintik2 hujan jatuh di atas bumbung rumah memecah kesunyian malam... sesekali terdengar dentuman guruh menderum membelah langit... cukup membuatkan diri ini berasa seram sejuk....

Satu entry mengenai hujan dan ribut pasir di Saudi sudah selesai ku taip dan ku publish... Begitulah.. kalau mata tak boleh lena.. idea pula datang mencurah2 minta untuk diluahkan.. terhasil lah satu artikel pengalaman sendiri untuk diabadikan di blog ini dan untuk tatapan teman-teman.... Sekali lagi aku mengerling pada jam tangan di atas rak tv di sebelah laptop ku ini... sudah hampir jam 3 pagi... mata ku masih tidak mengantuk... tp pinggang dan badan ku sudah sengal2 akibat berlamaan di hadapan laptop... aku mengambil keputusan untuk bersahur... sememangnya jika keseorangan.. aku akan bersahur seringkas yang boleh.. kekadang hanya dengan seteguk air... tp kalau hubby aku ada... memang tak lepas dengan nasi dan lauk pauknya... selesai bersahur dgn setengah buku roti dan air zam2... aku naik ke bilik dan mengambil wudhu untuk solat sunat memandangkan mata ini masih segar bugar... selesai solat dan bermunajat serta berzikir.. jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi... untuk terus tidur selepas itu, tak mungkin... kerana solat subuh ku pasti akan terbabas.... jadi aku turun ke ruang tamu di tingkat bawah utk mengambil mushaf dan mengaji sementara menunggu azan subuh berkumandang...

Kaki ku hayun perlahan-lahan menuruni anak tangga di dalam gelap... sampai ke anak tangga terakhir... TING TONG! .. aku tergamam sebentar... Ah! hanya mainan perasaan ku barangkali... TING TONG, TING TONG! kali ini loceng ditekan oleh seseorang 2 kali.. aku dah cuak kerana memikirkan siapakah gerangan yg datang ke rumah aku pagi2 buta ni??! Lama aku tercegat di hadapan pintu.. berkira2 samada utk buka atau tidak pintu tersebut.. sekali lagi loceng kedengaran... cukup membuatkan telinga aku bingit... nasib baik aku lengkap berpakaian solat.. jika aku pakai baju tidur je masa tu.. kemungkinan besar aku akan abaikan je bunyi loceng tersebut dan terus sambung tidur.... Dengan sedikit keberanian yg ada.. aku lafazkan Bismillah dan bertawakkal kepada Allah ... daun pintu ku buka perlahan2 dan aku mengintai dari celah pintu.. kelihatan satu lembaga bersaiz dua kali badan aku.. berdiri di tengah2 kegelapan dgn angin di luar menderu ganas menerbangkan pepasir di halaman.. bunyi angin yg berdesir kuat itu.. menambahkan lagi gementar di dadaku.. mata ku yg sememangnya rabun itu cuba kubulatkan utk melihat siapakah gerangan makhluk tersebut..

Di dalam samar2 cahaya lampu dari ruang dapur rumah ku itu... aku dpt pastikan bahawa beliau adalah seorang lelaki berdasarkan pakaian yg dipakainya.. tanpa bersuara.. lelaki tersebut menghulurkan sesuatu dan tanpa banyak tanya aku pun mencapai benda tersebut.. Aduh! Ya Allah... rasa ingin terhempas dari tangan apabila benda yg dihulur di dalam gelap itu rupa2nya sungguh panas... aku lihat benda ditanganku... Ohhhhhhh... periuk rupanya.. aku tersenyum lega... tak tau samada dia nampak senyuman aku ataupun tidak.. lantas aku mengucapkan.. SYUKRAN ! lelaki tersebut terus berlalu setelah menjawap AFWAN ! .... dan dari cahaya lampu jalan.. aku dapat kenal pasti bahawa beliau adalah anak jiran aku.... rupa2nya, si dia datang nak hantar makanan sahur....

Laaaa suspen sungguh la... first time ada jiran hantar makanan utk sahur kat rumah saya ni... even dekat Malaysia pun tak pernah jiran2 hulur makanan pukul 4 pagi... Jiran2 kamu pernah tak buat terkejut pagi2 buta macam tu? Macam dalam rancangan JOM SAHUR kat TV3 pulak kan... hehe.. Itulah kelebihan orang2 di Saudi.. suka sangat beri sedekah makanan.... tak kira masa... Saya ni tengah dok fikir nak balas makanan apa kepada mereka.. cadangan nak buatkan bubur lambuk je.. ok tak ek? nak kena balas hantar makanan pukul 4 pagi jugak ke??? Biar betul korang ni.....


"Ambillah sebahagian harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkannya (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yg buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" - At-Taubah-103

Ok, lah.. sekian sahaja sedikit pengalaman di bulan Ramadhan utk dikongsi bersama... Marilah kita bersedekah semampu yang boleh di bulan Ramadhan yg mulia ini... siapa tahu dengan sedikit bantuan yang dihulurkan, mampu memberi sinar kebahagian di dalam hidup mereka2 yang berada di dalam kesusahan.....

P/s: Bagi warga Malaysian-Yanbu dan insan2 yg berhati mulia sekalian... mari kita bantu En. Jais (Walangkopo) dgn menghulurkan sedikit wang ringgit utk membiayai kos chemoteraphy utk penyakit kanser yg sedang dialami... moga bantuan anda, dapat meringankan beban beliau di bulan Ramadhan ini... Semoga Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian..

Ma'assalamah!

8.27.2009

Hujan & Ribut di Tanah Tandus..

Assalamualaikum...

Selamat Hari Khamis.. Selamat berpuasa utk hari yg ke-6.. saat saya menulis posting ini, Yanbu dilanda hujan.... nak kata gerimis.. lebat juga.. tp tak la lebat sangat... dari sebelum Isyak tadi dah mula hujan rintik2 lebat... lepas tu berhenti sekejap.. ni hujan balik.... angin di luar pun dah bertiup kencang seakan2 bunyi ribut.. guruh juga sekali sekala kedengaran memecah kesunyian... seram pulak rasa.. sebab hubby saya sekarang tengah kerja shift malam.. dan saya keseorangan pula di rumah ni.. Ya Allah.. Tawakkal je lah..

Bumi Yanbu yg tandus di Arab Saudi ini telah disirami air dari langit untuk seketika... Syukur atas nikmat Allah kepada alam ini...

Gambar sekadar hiasan..

Semalam, untuk pertama kalinya saya merasai sendiri pengalaman berjalan kaki di tengah2 RIBUT PASIR.... MasyaAllah.. saya hampir2 terjatuh kerana kaki saya tersadung batu.. Ini disebabkan saya berjalan tutup mata dgn tangan kerana menahan pasir daripada masuk ke dalam mata.. walaupun sememangnya saya pakai penutup muka di sini.. tp mata masih lagi terdedah... lepas ni, kalau ada ribut pasir lagi.. kena pakai penutup muka yg selubung habis.. mata pun tak nampak.. baru selamat mata ni dari dimasuki pasir... Nasib baik jarak rumah dari Musolla tak berapa jauh... terpaksa berjalan laju dalam angin ribut pasir yg agak kencang... dan disebabkan ribut pasir itu.. jemaah terawikh muslimah hanya seramai 1 setengah saf sahaja (selalunya penuh) dan.... berjalan di tengah2 ribut pasir adalah satu lagi pengalaman baru bagi saya di perantauan.... adventure tu..

Keadaan ribut pasir di waktu malam.. (bukan gambar original)

Menurut jangkaan hubby saya... kalau ribut pasir dan hujan sekali sekala begini.. kemungkinan di Arab Saudi di daerah Yanbu, akan masuk musim peralihan cuaca.. iaitu, musim cuaca panas beralih ke musim sejuk... teringat masa mula2 sampai di Airport Yanbu akhir bulan Januari lepas.. waktu malam.. Subhanallah, sejuknya hingga menggigit tulang.. sampai terketar2 bibir saya... dan cakap pun siap keluar2 asap lagi dekat mulut.. Masa tu mmg jakun habis la.. sbb ingatkan Arab Saudi ni panas sentiasa... rupanya ada pulak musim sejuk.. dah duduk kat sini baru saya tahu...

Jika kawan2 di Jubail, Saudi pula.. cuaca di sana agak ekstrem sikit.. kalau panas.. boleh cecah ke 50++ degree.. kalau sejuk.. sejuk yg amat... -ve darjah celcius.. tahap beku rasanya.. kalau tgk gmbar2 mereka dlm blog.. dah mcm dekat Eropah pulak.. siap dengan snow cap dan jacket tebalnya.. Agaknya nak mandi pun kena fikir 2-3 kali... krn tak tahan sejuk sbb air paipnya pon dah macam air batu.. (betul tak org Jubail? hehe..) Dan... benda yg tak pernah berlaku di Malaysia juga berlaku di Jubail.. seperti 'hujan ais'.. Haa.. kalau tak percaya.. kamu boleh baca di blog kawan hubby saya di sini. Untung la org2 Malaysia yg kerja di Jubail.. mcm2 pengalaman you all rasa.. Kami di Yanbu pun untung juga sebab tak rasa panas yg terlampau ekstrem mcm dekat sana.. :) Alhamdulillah..

Mereka bertiga ni, sahabat2 hubby saya yg berada di Jubail... sedang menunggu utk pergi kerja di musim sejuk.. nak berkenalan ke? semua sudah berpunya ni... hehe.. kawan2 tak kisah punya... (gambar ehsan dari Kijang 15)

Walaubagaimana pun keadaan cuaca yg telah ditentukan oleh Allah SWT.. bersabarlah ya.. kerana itu cuma dugaan dan ujian yg Allah berikan di dunia utk menguji kesabaran & keimanan kita.. Di padang mahsyar nanti.. waktu siangnya amat panjang dan jarak matahari dari kepala kita adalah sejengkal je.. dan waktu malamnya pula adalah amat sejuk... Wallahua'alam.. jika kita tergolong daripada orang2 yg beriman.. beruntunglah kita kerana kita takkan terasa terseksa dgn cuaca tersebut di akhirat nanti..

Bagaimana utk menjadi h
amba yg dikasihi Allah dan tergolong daripada orang2 yang beruntung di akhirat nanti? Senang sahaja... jaga akidah, perbanyakkan amal ibadah.. menyambung silaturrahim dan berbaik2 sesama manusia terutama kepada kedua ibu bapa,.. makan dari sumber yg halal.. jauhi segala perkara2 maksiat dan yang dilarang oleh Allah SWT...dan ikutilah panduan dari Al-Quran & As-Sunnah.. InsyaAllah.. selamat dan aman dunia & akhirat...

Moga hujan yg melanda Arab Saudi dan di mana2 jua di muka bumi Allah di bulan Ramadhan yang mulia ini adalah merupakan hujan rahmat buat kita semua...

Sekian sahaja info cuaca terkini dari bumi Yanbu, Saudi Arabia.... Wassalam..

8.24.2009

Secebis Pengalaman di Awal Ramadhan..



Assalamualaikum.. apa khabar semua sahabat2 saya hari ini? bagaimana dengan ibadah puasa kalian yg akan memasuki hari ke - 4 ? Alhamdulillah.. moga semuanya berjalan lancar dan dianugerahkan kesihat
an dan keimanan yg tinggi untuk terus kuat menempuh ujian yang maha hebat di bulan yang mulia ini.. Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya berpuasa di Tanah Haram, Masjidil Nabawi... Ikuti kisah ini.. yang baik itu sesungguhnya datang dari Allah SWT dan segala puji-pujian hanya layak dipersembahkan kepadaNya...

Suasana di Masjidil Nabawi (gambar di ambil sebelum bulan puasa)

Syukur tidak terhingga dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izinnya diri ini dapat menikmati suasana berpuasa di rantauan yg berbeza sama sekali dengan suasana di negara sendiri.... dan sudah tentu, berpuasa di mana2 adalah sama sahaja bergantung kepada penerimaan dan penghayatan individu masing-masing.... bagi saya, pengalaman berpuasa di sini.. walaupun makanan berbukanya tidak lah semeriah di Malaysia... namun di sini mempunyai nilai kerohanian dan keagamaan yang cukup tinggi... yang mana penghayatan di bulan Ramadhan itu sungguh dirasai... dan ini adalah puasa pertama saya di negara padang pasir.. dan awal Ramadhan di sini.. Alhamdulillah, saya berpeluang menunaikannya di Madinah Al-Munawwarah dan menetap di sana selama 3 hari 2 malam...

Ini lah hotel yang saya selalu duduk bila menginap di Madinah.. Dekat dgn masjid, selesa & berpatutan harganya..

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah sifat manusia yang berlumba-lumba utk memberi sedekah (especially makanan utk berbuka) kepada para jemaah di Masjidil Nabawi... selepas solat asar.. sudah kelihatan kain safrah di bentang di pekarangan masjid.. dan pelbagai makanan dihidangkan spt nasi briyani, roti, buah-buahan, tamar dan macam2 lagi .... dan di sini kita boleh lihat seawal pukul 5 ptg.. sudah ramai yang bersila di hadapan makanan... MasyaAllah.... itu yang di luar masjid.. yang di dalam masjid.. walaupun menunya hanya sebuku roti, yogurt masam (laban) dan tamar... namun saya dan jemaah2 umrah dari Malaysia, Palestin, Turki dan Saudi begitu berselera sekali makan... (tak semua yg boleh terima... ada juga yg tak biasa makan mcm tu..) Tp bagi saya.. ianya adalah suatu pengalaman yg manis kerana terasa benar semua umat Islam di dunia ini adalah bersaudara.. tak kira warna kulit dan bangsa... sungguh mesra walaupun masing2 kurang faham apa yg dituturkan...

Cantik kan payung besar ni..

Berterawikh di Masjidil Nabawi adalah suatu peristiwa yang terindah di dalam hidup saya setakat ini... (belum berpengalaman lagi berterawikh di Masjidil Haram, InsyaAllah.. satu hari nanti)... Sememangnya suara imam Masjidil Nabawi sungguh indah melantunkan bacaan surah2 dari Al-Quran.. sehingga tak terasa 20 rakaat sudah berlalu.. dan 2 malam saya di sana.. Terawikhnya tamat lebih kurang pukul 11 malam.. Saya paling nantikan solat witir di akhir terawikh kerana ada bacaan doa Qunut... Di sini setiap hari akan dibacakan dengan doa qunut di akhir solat witir.. berbeza pula di Malaysia, di mana doa Qunut hanya akan di baca pada malam terakhir terawikh... Keistimewaan Doa Qunut yg dibacakan di sini ialah ... kita akan mendengar Imam Masjid Nabawi membaca doa Qunut yang agak panjang dengan penuh perasaan sehingga tersedu-sedan beliau menangis... dan para jemaahnya begitu menghayati dan bersemangat mengaminkan doa tersebut... memang betul2 meresap di dalam jiwa bagi sesiapa yang mendengarnya.... kepada sesiapa2 yg ingin melalui pengalaman2 ini, ikutilah pakej umrah di bulan Ramadhan.. InsyaAllah, anda akan lalui pengalaman yang sungguh berharga ini dan sudah tentu sungguh besar ganjarannya di sisi Allah SWT....

Suasana di Masjidil Nabawi di waktu malam (gmbar di ambil sebelum bln puasa)

Kami bertolak pulang selesai solat Zohor di hari yg ke-3 kerana hubby saya akan masuk kerja pada waktu malam tersebut... jadi tak berpeluang la saya ingin melihat ramai Pak Arab yang akan tahan kenderaan di sepanjang jalan semata2 untuk agihkan makanan berbuka... menurut hubby saya... aktiviti tersebut berlaku selalunya selepas solat Asar di beberapa jalan di Madinah.. hai.. untunglah para2 musafir di Arab Saudi ni.. kerana mereka sentiasa murah rezeki dengan makanan ketika bermusafir di bulan Ramadhan... di Musolla yg berdekatan dgn rumah saya pula... setiap jemaah akan di beri air minuman sebotol... sepanjang pengalaman saya berterawikh di Malaysia, saya selalu je bawa air minuman sendiri dari rumah.. tak pernah lagi terjumpa air minuman di susun di setiap saf seperti di Musolla tersebut.. ini menunjukkan bahawa, bangsa Arab di sini amat memberatkan amalan sedekah di bulan Ramadhan dan menjaga kebajikan jemaah2 terawikhnya.. saya rasa rakyat Malaysia pun tak ada kurangnya.. lain tempat, lain pula cara orang yang ingin bersedekah... betul tak?

Tapi.. ini merupakan sesuatu yang menarik dan bagus untuk dicontohi sekiranya belum terdapat lagi di Malaysia... bayangkan.. kita dalam perjalanan pulang dari kerja.. ada la Hamba Allah yang dermawan mengagih2kan ayam golek ke... nasi ambang ke.. kat tepi jalan... tp janganlah di jalan2 yg sibuk... tak pasal2 dapat publisiti.... dapat publisiti takpe lagi... kalau dapat saman kerana menyebabkan kesesakan jalan raya? Ha.. sape yang susah? Ataupun... pilih satu masjid atau surau yg berdekatan dgn rumah kita.. sponsor air mineral utk jemaah2 terawikh.. besar pahalanya tu krn pahala bersedekah di bulan Ramadhan berlipat2 kali gandanya... ini hanyalah satu cadangan yg mudah utk diikuti.. Anda boleh cari cara lain yg sesuai untuk bersedekah.. janji caranya betul, dan tidak tersasar dari niat untuk bersedekah kerana Allah...

Begitulah beberapa pengalaman yg saya lalui yg boleh kita jadikan teladan.. Marilah kita perbaiki segala kekurangan dan kelalaian akhlak kita sebagai hamba Allah, karena tidak mustahil Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan terakhir yang dijalani oleh hidup kita. Maka, jangan lah ia disia-siakan.

Sekian sahaja secebis pengalaman saya di awal Ramadhan... selamat menjalani ibadah puasa dan istiqomah dengan ibadah yg lainnya hingga akhir Ramadhan nnti... InsyaAllah.. Wassalam..

Ya Allah.. berikanlah kekuatan kepada kami.. untuk menegakkan perintah-perintahMu, dan berilah kami manisnya berzikir mengingati-Mu.. Berikanlah kami kekuatan utk menunaikan syukur kepada-Mu dengan kemulian-Mu dan jagalah kami dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu..

Ya Allah.. berikan lah kami rezeki berupa kasih sayang terhadap anak2 yatim dan pemberian makanan serta penyebaran salam dan pergaulan dengan orang2 mulia dengan kemuliaanMu, Wahai tempat berlindung bagi orang2 yang berharap...

Ameen Ya Rabbal Alameen...

8.21.2009

Ucapan dari Yanbu...

ramadhan Pictures, Images and Photos


Assalamualaikum w.b.t...

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan.. dan Selamat menjalani ibadah puasa dan terawikh buat semua keluarga tercinta dan sahabat2 yg dikasihi yg mengenali diri ini... Mgkin di Saudi juga berpuasa pada hari esok.. saya akan berada di Kota Madinah utk 2 hari... jumpa lagi...

Sekian dulu coretan ringkas dari saya...

Wassalam.

8.20.2009

Tolong saya...

Salam semua..

Saya ada satu masalah yg saya alami dan saya ingin sekali mencari penyelesaiannya.. masalahnya begini.... saya ada seorang sahabat blogger yg memiliki blog "Koleksi Gubahan Atie"... saya amat gemar mengunjungi blog beliau kerana blog beliau memaparkan hasil seni kreatif gubahan yang amat menarik.... tetapi malangnya... entah mengapa sudah agak lama saya tidak dapat menembusi ruangan komen di blognya dan ia akan memaparkan kotak komen seperti dibawah....


Jika anda lihat... ruangan kotak komen tersebut TIDAK ADA 'scroll bar' yg membolehkan saya menaip 'Word verification' dan oleh sebab itu saya tidak boleh mem 'publish' comment saya tersebut kerana setiap kali saya saya nak post comment, dia akan keluar setengah kotak sahaja (seperti gambar di atas). Saya tidak tahu samada hanya saya seorang mengalami masalah ini.. ataupun blogger lain juga menghadapinya... Saya minta tolong sangat2.. jika rakan2 blogger boleh bgtahu saya mcmana nak selesaikan perkara ini... menurut beliau baru2 ini... ruangan komen tersebut dah boleh berfungsi seperti biasa.. tp.. perkara yg sama tetap berlaku pada saya apabila saya ingin meninggalkan komen di blog nya....

Sebenarnya, saya tidak pernah miss entry terbarunya.... saya rasa sedih pula bila sudah mencuba beberapa kali... tp tetap tidak boleh.. ada sesiapa yg boleh beritahu saya solutionnya tak? Kepada Kak Atie yg sudah meninggalkan pesan di sini beberapa kali.. saya meminta maaf bebanyak.. saya takut Kak Atie terasa hati... dan fikir yg saya sudah tidak sudi menjenguk blognya.. tp. itu adalah tidak benar sama sekali..... percaya lah wahai Kak Atie.. saya adalah pengunjung setia blog akak walaupun akak jarang update... cuma masalahnya, saya tidak boleh tinggalkan pesan di sana je...

Kepada pakar2 IT di luar sana yg ingin membantu saya.. ataupun blogger2 yg baik hati.. sila kunjungi blog beliau Koleksi Gubahan Atie (sila klik) dan cuba tinggalkan komen di blog beliau.... sesiapa yg mengalami masalah yg serupa seperti saya.. sila inform saya.. dan sesiapa yg tahu mcm mana nak selesaikan..... bantuan anda amat2lah di perlukan dan didahulukan dengan ucapan berbanyak2 terima kasih.....

P/s: Mesti kawan2 bkata dalam hati.. "Laaa.. ingatkan apa la tadi... bunyi mcm gempak je.." hehe... (^_^) jgn marah....

Sekian, wassalam...

8.19.2009

Terima Kasih Kak Pah!


Terima kasih Kak Pah.... baru je kenal Kak Pah ni.. dah dpt tag/award.. International lagi.. hehe...

1. Link the person who tagged you
2. Copy the image above, the rules and the questionnaire in this post

3. Post this in one or all of your blogs

4. Answer the four questions following these Rules
5. Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them
6. Come back to
BLoGGiSTa iNFo CoRNeR (PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK) at http://bloggistame.blogspot.com and leave the URL of your Post in order for you/your Blog to be added to the Master List
7. Have Fun!


Questions & Your Answers

1. The person who tagged you
Kah Pah
2. His/her site's title and url
http://auladjannah.blogspot.com/
3. Date when you were tagged
August 17, 2009
4. Persons you tagged
LotsOfLove (LoL)
Ustaz Saifun
Bro_Mie
Kak Zai
Saudara Razak
Kak Shaniza
Cun09 (Liza)
Norrullisza
Kak Nik
Prof. Madya Abdul Wahab
Webmaster
Ummumishkah
Kak Asyiq
Chimera
Kak Idasm

Kepada kawan-kawan bloggers di atas, sudikanlah mengambilnya ya!! Pada kawan2 bloggers yg lain... silalah ambil tag/award tu jika berkenan... Terima kasih kerana menjadi sahabat setia maya saya.... :)

8.15.2009

Mak, Abah.... jgn lupa..


5 juta rakyat Malaysia akan dijangkiti H1N1

15/08/2009 7:37pm

BUKIT MERTAJAM 15 Ogos — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

“Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.

- BERNAMA

============++++++++==============

Mak, abah.. pakai lah topeng muka dan berdoa lah ya kalau nak ke mana2... kalau jadi apa2 nanti.. sapa nak jaga adik2 nanti... along jauh dekat sini... risau benar along dengan keadaan dekat Malaysia... dah la jadi negara PERTAMA & TERTINGGI di Asia yg paling ramai dijangkiti virus pembunuh ni... kalau demam & selsema.. cepat2 pergi klinik ya.. adik2 pun sama.. jangan suka sangat main dekat luar dan jalan2 tak tentu hala.. duduk rumah lagi selamat...

Sabda Rasululullah S.A.W

"Sesungguhnya besarnya balasan beserta dengan besarnya bala, dan sesungguhnya Allah swt jika Dia mencintai suatu kaum, maka Dia uji mereka, barangsiapa redha dengan bala tersebut baginya redha (Allah), dan siapa murka (dengan bala tersebut) baginya kemurkaan Allah."

"Tidak henti-hentinya bala menimpa seorang mukmin dan mukminah pada jiwanya, anaknya dan hartanya hingga dia menemui Allah swt dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya"

"Jika suatu musibah menimpa kalian, maka hendaknya dia mengingat musibah tersebut dengan (kematian) ku (Nabi Muhammad s.a.w), kerana itu adalah musibah yang terbesar"

(Rujukan dari Shahibul Jami' :2110,5815,347)

Imam Al-Ghazali berkata: Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang paling dekat dengan manusia di dunia ini... Janji Allah di dalam Firmannya "Setiap yang bernyawa pasti akan mati" (Surah Al-Imran: 185)

2-3 posting saya sejak 2 menjak ni.. asyik sentuh pasal kematian je kan.. harap teman2 tak bosan dengan entry2 saya ini... bukan kerana apa.. sbb saya sayangkan keluarga & sahabat2 saya semua... di harap kita semua tidak terlalu leka dengan dunia ini kerana tiada apa yg boleh dibawa pulang dari dunia ini untuk bekalan kita di akhirat nanti selain daripada amal ibadat... dunia2 juga.. akhirat jangan lupa ok.. (pinjam kata2 Mawi..)

Sampai di sini sahaja.. Wassalam..

8.13.2009

Pergilah.... ikhtiar..

Assalamualaikum W.b.t.

Yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali lagi... Pemergian manusia dari alam fana ini adalah suatu ketentuan oleh Allah SWT dan merupakan janjiNya kepada manusia bahawa setiap yg bernyawa pasti akan mati suatu hari nanti.... sebelum meneruskan coretan ini, setulus ucapan takziah dihulurkan buat keluarga Allahyarham Ustaz Asri yg telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini akibat serangan jantung. Moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan di Jannatul Firdaus suatu hari nanti... Amin.


Seorang demi seorang ahli keluarga, saudara, kenalan, pendakwah, tokoh ulamak, ahli politik, seniman, dan juga rakan taulan yg telah dijemput oleh Allah SWT dan mengakhiri hidupnya di dunia ini.. pelbagai cara kematian yang menimpa mereka samada terlantar sakit, kemalangan dan terkini serangan wabak H1N1 dan tak kurang juga kematian secara mengejut (sudden death) yg disebabkan kegagalan jantung dan juga strok. Sejak akhir2 ini.... berita kematian sering sahaja menghiasi dada2 akhbar.. dan mangsa kematian tersebut tergolong daripada pelbagai usia... tak kira kanak2, remaja, dewasa dan warga emas..... apakah kalian sedar tentang ini? adakah kalian masih lagi ingin menanti saat tua ataupun menunggu pencen baru berebut-rebut utk menambah amalan ibadat.. apakah kalian sudah berpuas hati dengan amalan yg kalian lakukan sekarang ini? Apakah kalian yakin semua amalan tersebut diterima oleh Allah SWT? Apakah kalian pasti bahawa kalian sempat menginjak ke usia tua? Giliran mereka sudah tiba.. bila pula giliran kita nanti dan bagaimana pula keadaannya... Wallahu'alam... Peringatan ini juga adalah buat diriku yg masih banyak kekurangan dan moga Allah SWT kuatkan hati ini untuk terus istiqomah berbuat amal makruf dan nahi mungkar...

Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan dunia dan menjadikannya sebagai NEGERI PERSINGGAHAN, bukan NEGERI TEMPAT TINGGAL. Allah meliputi dunia ini dengan ujian2 dan cubaan2, Dia penuhi dunia ini dengan musibah2 dan fitnah2... itu semua adalah untuk sebuah hikmah yang disebutkan di dalam FirmanNya yg Maha Benar...

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yg lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Kuasa (Membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)
(Al-Mulk : 2)


Wahai keluargaku & sahabat2 yang saya sayangi sekalian, ketahuilah DUNIA ini adalah tempat yang Allah SWT jadikan sebagai suatu tempat PERINTAH & LARANGAN iaitu tempat untuk mengerjakan perintah2Nya serta menjauhi segala laranganNya dengan berpandukan kitab suci Al-Quran dan As-Sunnah ia juga sebuah 'negeri untuk beramal' BUKAN 'negeri bersenang-senang' serta BUKAN tempat untuk berangan-angan. Saya amat sedih kerana masih banyak kaum muslimin yang lalai dari kenyataan tersebut... masih lagi mengejar keseronokan hidup dan meletakkan agenda dunia sebagai priority berbanding dengan agenda akhirat..... mengapa hidup yg sementara ini dilengkapi secukup dan semewah2nya sedangkan hidup yg kekal nanti keperluannya masih lagi lompang di sana sini.... Marilah kita check semula amalan ibadah kita.. dan mulai saat ini, tika ini... jadikanlah ia MATLAMAT UTAMA, OBJEKTIF, AZAM dan TUJUAN hidup kita.. bukan lagi WANG RINGGIT, PANGKAT, KEMEWAHAN, HIBURAN, HIASAN, HARTA BENDA, dan segala NAFSU DUNIA yg mana semuanya akan kita tinggalkan apabila kita mati kelak kecuali amalan ibadah kita.

"Ya Allah, hamba rasa kerdil sekali dan rasa tak cukup waktu lagi untuk hamba menebus kembali waktu2 yang telah disia2kan selama ini.. dan pada usia 30-an ini apakah sudah cukup bagi hamba mengejar kembali apa yg sudah hamba terlepas... Ya Rahman... hamba cukup takut sekali sekiranya hamba kembali padaMu dengan keadaan amalan hamba yg sedikit... Hamba bermohon padaMu Ya Allah Ya Rahim... jadikanlah hamba di dalam golongan yang diterima buku amalannya dari tangan kanan...."




Begitulah peringatan tentang kematian dan sesungguhnya mengingati mati itu sunnah & mendapat pahala. Sebelum saya berundur diri dari catatan terkini ini... ingin saya berkongsi beberapa cara rawatan untuk mengelakkan atau mengubati penyakit H1N1 yang saya perolehi dari teman2 blogger... selain daripada kita meminta dari Allah dengan berdoa.. kita juga disarankan untuk berusaha dan ikhtiar moga ianya menjadi satu cara yang berkesan untuk merawat penyakit ini selain daripada memperolehi rawatan dari hospital.

Ikhtiar 1 :

Amalkan minum jus epal hijau dan jus oren.. Eloklah diamalkan oleh pesakit2 dan mereka yang ada tanda2 selsema / sakit tekak / demam. Jangan lupa berselawat sebelum minum.

Ikhtiar 2:

Istighfar (11 kali)
Bismillahirrahmanirrahim (11 kali)
Selawat (11 kali)
Syahadah (11 kali)
Al-Fatihah (9 kali)
Tiup ke atas air dan minum bersama kurma @ madu asli
Amalkan di waktu pagi dan petang.

Ikhtiar 3:

Masukkan kurma ke dalam mangkuk.
Tuangkan air kelapa dan biarkan selama 1-2 jam
Minum air kelapa bersama makan kurma

Mudah2an dengan izin Allah SWT... dengan sedikit ikhtiar ini dapatlah kita mengubati sekaligus menghindari diri dari virus yg merbahaya ini.. kita hanya mampu berusaha, sesungguhnya Allah SWT sahaja yg berkuasa menentukan segalanya... Berita terkini tentang virus ini.. sila baca di sini.

Hmmm... laju je kan angka kematian tu bertambah dari hari ke sehari...
Saya baru je telefon mak saya mengingatkan tentang perkara ini... Rindu benar dengan mak.. moga beliau dan semua ahli keluarga saya dilindungi Allah SWT dan ditambahkan ketakwaan dan ibadah mereka di bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba... Moga dipertemukan kami di bulan Syawal nanti... InsyaAllah......

Sampai di sini dahulu, Wassalam..

8.10.2009

Ya Allah.. bimbangnya...

Assalamualaikum.. Barakallahu fikum..

Alhamdulillah.. hati ini terasa sedikit lega kerana Allah telah memberi kesempatan kepada saya untuk bertemu lagi dengan teman2 di media penghubung ini bagi menyimpul kembali ikatan ukhwah kita yg sudah sedia terjalin... moga Allah sentiasa membuka ruang kepada kita semua untuk saling bertukar2 fikiran, ingat mengingati, berkongsi iktibar serta berpesan2.. agar kita selalu diberi hidayah & keteguhan hati utk kembali kepada fitrah manusia sebagai khalifah Allah di bumi bertuah ciptaanNya ini..

Sebagai anak rantau yg kejauhan dari keluarga tercinta di tanahair... saya agak sedikit gusar tentang berita terkini yg semakin sensasi melanda bukan sahaja di Malaysia malah juga di seluruh dunia... iaitu tentang bahaya kuman H1N1. Ini adalah n3 ketiga saya mengenai isu ini menunjukkan bahwa saya amat prihatin dan bimbang kerana wabak ini tidak menunjukkan tanda2 bhw ia akan reda. Setiap hari ada sahaja berita kematian yg dipaparkan di dada2 akhbar On-line yg saya baca.. sila lihat di sini. Bermula dari 1 hari 1 kematian.. meningkat kpd 1 hari 2 kematian dan kini semakin meningkat 3-4 kematian dlm sehari.. tidakkah ini membimbangkan? dari 3 Ogos hingga semalam sahaja sudah 8 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 26 orang kematian di seluruh Malaysia setakat ini.. Esok, lusa, hinggalah hari seterusnya.. entah berapa orang lagi yang akan terkorban....

Saya agak sedikit pelik... Apa tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia utk membendung masalah ini di negara kita? Ingat lagi dulu.. wabak selsema burung.. habis segala cucu cicit tok nenek burung dan ayam dimusn
ahkan dan di bakar... dan sekarang takkan haiwan pembawa kuman H1N1 ini dibiarkan sahaja bermaharajalela menyebarkan kuman2 pembunuh ini? kenapa tidak dimusnahkan sahaja? Walaupun tak dpt musnahkan semua.. buatlah secara berperingkat2... Jika ada sesiapa dari Kementerian Kesihatan yg terbaca luahan hati saya ini, dengan rasa rendah hatinya saya meminta.. usulkanlah perkara ini... janji ada usaha dan kita nampak pihak kementerian bersungguh2 untuk membasmi kuman ini daripada membiarkan ia terus menambah angka kematian seterusnya...


Saya bukannya apa, setiap kali baca berita kematian akibat H1N1 ni saya akan merasa bimbang tentang keluarga saya yg jauh di Malaysia... Menurut berita yg dibaca, mangsa kebanyakannya adalah kanak2, wanita tak kira umur... yg muda pun ramai kecundang.. yg mengandung.. dan warga tua adalah antara yg berisiko tinggi... kebanyakan demam 1 hari je.. kalau imun tubuh tak kuat. dan terdapat komplikasi.. terus meninggal.. kuat sungguh kuman H1N1 ni... saya sempat meninggalkan pesan pada adik saya supaya jauhi tempat2 yg ramai orang dan pakai mask setiap kali keluar.. Biasanya.. bila masuk bulan puasa nanti, bazaar Ramadhan dan shopping complex adalah tempat tumpuan org ramai utk berbelanja.. jd pasti tempat2 tersebut tak selamat untuk dikunjungi jika tidak memakai perlindungan sewajarnya... ketika ini, satu2 wajah mak, abah, adik beradik dan anak2 buah saya yg comel2 yg 6 org itu.. melintas di hadapan mata saya.... hiba pulak rasa hati ni bila mengenangkan keselamatan mereka di sana yg saya anggap di tahap yg amat membimbangkan.... dkt sini ada juga kes kematian disebabkan wabak ini.. so far kes disini terpencil & tidak berleluasa... tp belum tentu lagi kami yg di tanah Arab ini terlepas daripada bahaya tersebut..

"Ya Allah Ya Tuhan yang Maha berkuasa menimpakan musibah kepada manusia.... hamba bermohon padaMu Ya Allah.. jauhilah hamba2Mu yg lemah dari terkena penyakit ini.... hamba tahu, ajal maut telah ditentukan olehMu.. dan Kamulah sebaik2 perancang.... namun hamba tetap berdoa padaMu Ya Allah agar dijauhkan diri hamba, keluarga hamba & sahabat2 hamba daripada segala wabak menular yg merbahaya ini... dan andainya sudah tertulis bahawa hamba2 sekelian akan kecundang jua... hamba redha dengan ketentuanMu.. tetapi, biarlah hamba2 ini kembali kepadaMu di dalam keadaan yg khusnul khotimah.. Ya Allah yg Maha mengasihani.. kepadaMu sahajalah tempat hamba mengadu & berserah... Amin.."

Begitulah luahan hati saya yg amat bimbang dan saya hanya mampu bertawakkal dan berdoa sahaja kepada Allah Taala agar melindungi kita semua.. Buat sahabat2 di Yanbu yang akan berangkat pulang ke Malaysia tidak lama lagi iaitu Kak Mar, Kak Da (Hj Romly), Kak G (Hj Razak), Kak Za (Hj Fauzi), Nor, Kak Mas (Hj Leman) dan yg lain2... saya doakan semoga kalian semua selamat menempuh perjalanan pulang dan berhati2 sentiasa... buat teman2 sepengajian, jumpa lagi di sesi baru pada bulan November nanti.. InsyaAllah..

Buat sahabat2 yg merindui saya (Kak Zai, Norullisza, Miss Gaza) dan juga yg berkali2 mengunjungi blog ini dan tinggalkan pesanan di ruangan komen walaupun blog ini tidak berupdate cuma seminggu.. sahabat saya yg prihatin itu ialah tidak lain dan tidak bukan iaitu LoL & Liza-Cun09.... dan juga sahabat2 yg lain (Saudara Razak, Ust. Saifun, Kak Shaniza, Kak Nik, Kak Ema-lobo, Criestz, Kak Asyiq dan Kak Idasm) .... saya hargai atas kesungguhan persahabatan kalian... komen2 kalian amat menyejukkan hati yg sedang bimbang ini..:) Buat Kak Pah & Bro_Mie ==> Salam Perkenalan! nnti saya singgah di blog kalian berdua... :)

Sesungguhnya, sekembalinya RizHad dientry ini.. disamping meluahkan rasa bimbang.. saya juga ingin membalas kasih sayang sahabat2 dgn kasih sayang jua... seraya memohon pada Allah SWT agar menjadikan diri ini lebih baik dari apa yang disangka, dan mengampuni diriku terhadap apa yang tidak diketahui.. Sesungguhnya Dia adalah sebaik2 pelindung dan penolong....

Sebelum menutup bicara, mudah-mudahan tidak terlalu awal utk saya mengucapkan selamat menyambut bulan yang penuh barakah, rahmat dan maghfirah iaitu bulan Ramadhan kepada semua umat Islam yg membaca blog ini.. maaf dipinta agar sepanjang saya bercerita di sini dan sepanjang perkenalan kita tanpa saya sedari telah menggores perasaan sahabat2 semua .. bermaaf-maafanlah sesama kita moga ibadah puasa kita nanti diterima oleh Allah SWT...

Sekian, Wassalam....

8.03.2009

RizHad offline... & Petunjuk Kehidupan...



Salamun alaik... ya asdiqii..

Kemungkinan saya akan menyepi dari dunia blog agak lama kerana kesibukan saya sekarang... InsyaAllah, kita akan bertemu lagi di ruangan maya ini sebaik sahaja masa & keadaan mengizinkan... sebelum itu.. ingin saya meninggalkan sedikit pesanan utk sahabat2 agar kita sama2 jadikannya sebagai tunjang kehidupan kita seharian.... iaitu Ikuti lah petunjuk di dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya yg mulia agar kita tidak tersesat di dalam amalan kita sepanjang masa...

Sesungguhnya kematian itu tidak mengenal usia, dan datang tidak semestinya menunggu kita dalam keadaan sakit atau dalam keadaan bahaya... Mutakhir ini, sudah banyak yg kita dengar tentang kes2 kematian mengejut... sedang bercakap, boleh jatuh.. sedang main badminton, boleh jatuh.. sedang duduk mengadap pc, boleh jatuh.. sedang meeting, boleh jatuh... jatuh bukan sebarangan jatuh... tetapi jatuh yang tidak akan bangun semula... yg tidak akan dapat bernafas lagi... sedangkan dalam tidur pun Allah boleh mencabut nyawa kita.... banyaknya kes2 kematian mengejut masa kini adalah salah satu petanda dunia sudah menghampiri akhir zaman.... dan kini wabak H1N1 pula sedang mengganas di seluruh dunia... dan di Malaysia sahaja, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sudah menganggarkan sebanyak 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati akibat wabak ini... -sumber: Malaysiakini- sila baca di sini- Siapa tahu kita adalah salah seorang daripada mangsa wabak tersebut? Oleh itu, apa pun keadaannya.. bagaimanapun keadaannya... bilakah kedatangannya.. yang penting kita telah membuat persedian... bukan tunggu hari tua.. atau tunggu datangnya bencana.... Ketahuilah, bencana itu datangnya dari Allah sebagai satu peringatan buat hambaNya yang selalu engkar & lalai...

Di bawah ini, ada beberapa tips yg akan menyelamatkan kita nanti semasa perjalanan pulang kita ke alam barzakh di satu hari yg pasti tetapi kita tidak tahu bilakah ia akan hadir... entah esok, entah lusa, minggu depan.. tahun depan... Wallahu'alam...

Tips2 ini saya petik dari bahan bacaan yg saya pinjam dari seorang sahabat saya di sini.... terima kasih Kak Za (Hj Fauzi) kerana selalu meminjamkan saya bahan bacaan berbentuk keagamaan tersebut.... saya amat menghargai jasa baik beliau.. moga kemurahan hati beliau dalam segala perkara dirahmati oleh Allah SWT....

Perkara2 penting yang harus kita semat di dalam hati dan dijadikan amalan soleh kita adalah seperti berikut:
  1. Taat kepada Allah, mencintai-Nya, takut kepada-Nya, jauhi larangan-Nya serta meng-Esakan ibadat kita hanya kepada-Nya
  2. Mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam setiap perkara & menjauhi larangannya. (cth: menjaga perhubungan sesama manusia, tidak banyak berkata2 kecuali yang perlu, menjaga aurat dgn sempurna, jujur, amanah, tidak berbangga diri, membelanjakan harta ke jalan Allah, dan lain2 akhlak yg terpuji.. dan jauhi lah sifat2 mazmumah spt hasad dengki, sombong, khianat, bakhil, mementingkan diri sendiri dan sewaktu dengannya..)
  3. Berhati-hati terhadap perkara-perkara syirik dan perkara-perkara bid'ah.
  4. Sentiasa mengingat kematian.
  5. Menyedari bahawa kita akan ditemukan di negeri akhirat samada di syurga atau neraka (nauzhubillahimindzallik) dan akan hidup kekal selama-lamanya di dalamnya.
  6. Berbakti kepada kedua ibu-bapa.
  7. Makanan dan minuman kita haruslah daripada sumber yang halal.
Hudzaifah r.a berkata:

"Bukanlah orang yg mati itu orang yg meninggal kemudian beristirehat, akan tetapi orang yg mati adalah orang yang hidup tetapi hatinya mati"

Hudzaifah r.a. ditanya oleh seorang sahabat: "Siapakah mayat hidup itu?"

Dia menjawab: " Iaitu orang yang tidak mengetahui yang makruf dengan hatinya dan tidak mengingkari kemungkaran dengan hatinya"

Sekian sahaja pesanan yg amat penting bagi kita semua yg menumpang di bumi Allah ini agar kita sentiasa beringat bahawa dunia ini adalah umpama pentas lakonan dan apa yg kita perolehi adalah pinjaman semata-mata... barangsiapa yg lalai dgn nikmat yg ada di dunia ini maka dialah orang yg paling rugi.... dan barangsiapa yg beriman & bertakwa terhadap Allah SWT dan mempersiapkan dirinya utk kehidupan yg kekal abadi.... dialah orang2 yang paling beruntung di akhirat nanti.........

Akhir bicara... salam sayang dari saya di bumi tandus Allah yang penuh berkah ini... jumpa lagi di lain masa... Selamat menjalani ibadah di bulan Syaaban....


Wassalam.