Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

5.31.2009

Lawak Insaf

Imam dah sampai...
Makmum dah ramai....
Kain kapan dah beli.....
Keranda dah standby....
kubur dah gali....
Tapi......
mane jenazahnya?????
Ya Allah..tengah baca blog rupanya...
Meh mandi!!! Kejap lagi nak bungkussss..!!!!

Ish.. ish.. ish... terkedu sekejap. Apa yang kamu akan jawab jika kamu dapat message ini? haha.. dgr mcm lawak.. tp lawak berkenaan MATI ni kengkadang org tak boleh terima.. sensitif katanya... Saya kategorikan lawak ni sbg lawak yg menginsafkan. Pesanan ini saya temui di Maharcinta yang telah saya ubahsuai sedikit. Kredit utk penulis kerana telah berjaya membuat jiwa saya tersintak dari kealpaan berblogging.. huhuhu... moga saya tidak terlalu leka dengan dunia saya sehingga lupa tanggungjawab saya kepadaNya. Tetapi tak semua dunia blog ini mengkhayalkan.. sekiranya kita menyampaikan sesuatu yang berunsur tazkirah, ilmiah atau nasihat, ia juga merupakan salah satu dakwah & InsyaAllah ada pahalanya di sisi Allah..

Ataupun kita membaca karya motivasi atau mengenai kisah tauladan yang boleh menginsafkan dgn tujuan untuk menambahkan ilmu juga tidak salah.. tapi AWAS.. jgn kita terpedaya dengan fitnah yg disampaikan di ruangan maya ini atau terikut2 dengan trend atau budaya yang tidak sihat dan melalaikan... contohnya, gossip.. gejala gay, lesbian dan bermacam lagi lah budaya yg kuning-kuning tu....

Yang penting sekali...
NIAT kita.. apakah tujuan kita berblogging..

ASK YOUR SELF..

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa untuk memberi kesedaran kepada setiap hambanya... moga kita berada di dalam golongan manusia yang sentiasa sedarrrr.....

Berbalik pada message tadi.. apa kamu nak balas pada si pengirim message itu? Nak marah? nak hamun? nak serang dia? nak ketawa atau rasa nak nangis?? rilekss.. cool.... kalau la saya yg dapat message ni.. saya akan jawab mcm ni..

Pipi dah ku tepuk berulangkali...
ternyata diriku belum MATI lagi....
Terima kasih kerana menyedarkan diri ini...
Kerana amalan ku belum cukup lagi...
Aku tak takut akan MATI...
Tapi biarlah MATI ku ini di jalan Illahi
MATI itu memang janji RABBI sejak azali...
Kepada semua golongan manusiawi...
Tiada yang tertinggal atau berkecuali...
Oleh itu mari kita sentiasa mengingati MATI...
Sebelum kita alpa dengan urusan duniawi....


So, what say you?
Kalau kamu yang dapat message kat atas tu...
Apa kamu nak kata kepada si Pengirim?????

Oleh itu, fikir2 kan lah di mana aras timbangan hidup kita sekarang ini.. lebih memberatkan DUNIA atau AKHIRAT??

Akhir kata, pesanan ini.. khas untuk diri saya sendiri, keluarga & rakan2 yg saya sayangi..


Salam Perjuangan dari RizHad... Wassalam.



5.29.2009

Lena diulit..

Peribahasa ada berkata lena diulit mimpi.. (eh peribahasa ke tu?) lena di ulit intan... (eh, bukan ke ni tajuk lagu?).... ah.. takpe la... apa2 je.. janji saya nak bercerita tentang lena.. tp ini bukan tidur lena seperti sang puteri yang lena dalam cerita dongeng yang bertahun2 tidur tak bangun2 akibat disihir... lalu mengharapkan prince charming datang untuk mengucup pipinya... ingat tak cerita tu? apa ke nama tajuk cite tu? Sleeping Beauty ke? entah la heh.. saya pun dah lupa.. tu adalah salah satu siri dongeng fantasi yang saya suka betul tengok zaman kanak2 dulu... biasalah.. kanak2 kan suka berfantasi... dan jangan tak percaya.. org dewasa pun ramai juga yg suka berfantasi..

N3 kali ni saya bkn nak cerita pasal cerita dongeng tp cerita fakta yang terjadi almost pada setiap orang.. kalau dalam rumah sebuah family tu.. mesti salah seorang ahli keluarga tersebut mengalaminya.. dan orang yang tak ada benda ni mesti tensen je bila bersama orang ni time nak lena... herrmmm apa tu ye......
v
v
v
v
Disebabkan tajuk dkt atas tu saya tulis lena diulit... jadi saya tambah la perkataan tu jadi...
v
v
v
LENA DIULIT DENGKUR... ngeh..ngeh..ngeh.. taip perkataan ni je pun saya dah tensen.. belum dengar lagi...grrrrrrr.... kamu pernah tak merasa tertekan bila tidur diganggu oleh si dengkur ini? ke ataupun kamu memang tak pernah kisah sebab kamu jenis yang tidur mati.. ke ataupun kamu lah si pendengkur misteri itu?? ahha.... Gotcha! Bagi pengidap dengkur ni.. mereka memang la takde rasa bersalah langsung bila menyebabkan orang sekelilingnya terganggu... mereka dengan amannya tidur sambil memperdengarkan irama dengkur ini dengan bermacam2 bunyi.. bila ada geng dengkur.. habislah.... siap boleh buat irama lagi!

Check this out!

Dengkur kuat risiko Alzheimer
(Berita Harian, Selasa – 5 Jun 2007)

London (England) – Sekumpulan Saintis Barat mendakwa mereka yang berdengkur kuat berisiko tinggi mengalami masalah Alzheimer, sejenis penyakit otak yang memusnahkan penghidapnya untuk berfikir. Ia pada kesudahannya boleh membawa kepada nyanyuk. Dengkur kuat mengurangkan pengaliran oksigen ke otak dan ini boleh menyebabkan Alzheimer.

Hmm.. bahaya jugak ye berdengkur nih.. biasa orang tak ambil kisah pun dengan masalah ni... 'small matter' katanya..... senang je cakap yee.. org yang diganggu waktu tidurnya lah yang merana tak boleh tidur.. dah kena baling dengan bantal dgn kawan tu pun buat tak kisah jek.. last2 si kawan tu terpaksa lah give-up.. sumbat la telinga tu dgn apa2...

Namun, kita tak boleh lah nak salahkan si pendengkur tu kerana ini adalah satu penyakit yang disebabkan oleh ada halangan pada saluran pernafasan dia.. dan si pendengkur pula tak seharusnya memandang enteng dengan permasalahan ini.. so.. apa nak buat? kenalah cari tau apa yg menyebabkan dengkur & rawatan untuk mengatasinya... salah satu punca yang saya tahu ialah si pendengkur ini mempunyai leher yang pendek... ahha... betul ke? cuba kamu check...

Akhir sekali, jika ada penyakit tentu ada petua ye tak.... petua yang saya tahu untuk hilangkan dengkur ialah dengan mengamalkan minum segelas susu suam yang dicampur dengan serbuk badam. Biasa lah.. apa2 petua mestilah nak kena amalkan selalu... kalau on and off memanglah tak nampak kesannya.... Jika ianya di amalkan selalu... InsyaAllah tiada lagi rungutan dari pasangan kamu yang mengganggu tidur mereka dan tidur pun akan lebih lena dan bangun pagi esok tentu akan lebih cergas & semangat.. ada sesapa nak tambah petua lagi??

Baca selanjutnya tentang bahaya dengkur kuat & rawatannya di sini

Ok lah.. sekian sahaja info kesihatan di RizHad.. semoga lena anda tidak diselubungi oleh dengkurrrr..... grrrrr....

5.28.2009

Award dah siap...

Salam Sejahtera semua...

Seperti yang dijanjikan dlm entry saya yg lepas.. RizHad akan hadiahkan award kepada blogger yg paling pantas menaip.... setelah di cari dengan bantuan MISS GAZA.. saya dah jumpa siapakah pemilik award yang bertuah itu...

and the award goes to....


AHMAD NAZIF... the owner of JURUFOTO.BLOGSPOT.COM

Tahniah.. tahniah...

Korang tanak tau ke berapa perkataan dia bleh taip dalam seminit?? Huissh.. memang diluar jangkauan jari kita2 ni lahh..... kalau speed train ehh.. silap.. bullet train dkt Jepun tu laju.. laju lagi jari dia menaip... ahak
ss.. malas lah nak cite panjang.. kamu klik je la dkt link blog dia tu.. dan tengok je lah berapa dia dapat.... sebelum tu tutup mulut rapat2 dulu.. jgn terkejut smpai ternganga.. sengih takpe... ngeeeee

AHMAD NAZIF.. meh collect award ni meh..


Dan untuk tidak menghampakan pembaca2 blog saya yg dah berkejang2 jari mengejar perkataan yang keluar untuk ditaip tu.... di sini saya hadiahkan AWARD PENGHARGAAN khas dari RizHad hasil daripada semangat juang anda semua...

Usaha anda untuk mencapai yang terbaik amatlah saya hargai.. dan konsep ini juga kita boleh praktikkan dalam semua lapangan yang kita ceburi dan yang penting
....

DON'T GIVE UP EASILY...

Award yang tak seberapa kat bawah ni saya hadiahkan kepada sesiapa sahaja yang telah bersusah payah buat typing speed test ni... silalah copy dan letak dkt blog anda... jangan malu2... tapi sorry lah ye.. saya mmg tak kreatif bab design mendesign nih...


Salam sayang dari saya... untuk semua pembaca2 KasihRizhad.blogspot.com
daaaaa..
http://www.emocutez.com Yeaaa.. Barcelona menang liga Juara2 Eropah... hehehe....

5.26.2009

Semoga Panjang Umur


HAPPY BIRTHDAY
عيد ميلاد سعيد

Ucapan dari kejauhan ini.. kutitipkan khas buat Bondaku tersayang sempena hari lahirnya yang jatuh pada hari ini... Semoga dirinya dikurniakan dengan kesihatan yang berpanjangan & dimurahkan rezekinya serta dilapangkan segala urusannya oleh Allah SWT.. Aminn..



HARGAI LAH IBU ANDA SENTIASA SELAGI DIA MASIH ADA....

5.25.2009

Sahut Cabaran.. UPDATE!

Salam semua.. Sejak 2-3 hari ni.. saya rajin lak wat blog walking.. macam2 cerita ada.. dan design blog yg sungguh menarik dan canggih manggih... dari cerita politik ke cerita motivasi..nasihat, keagamaan, kisah yg berkisar tentang hidup, main mekap2.... dari blog ZAHIRAH.. (org pompuan mesti suka blog ni) dan tak kurang juga kisah peribadi bloggers.. banyak yang menarik perhatian saya...

Dan satu yang betul2 menarik perhatian saya ialah.. satu TEST yang saya cuba dari blog yg baru menjadi rakan blogger saya.. Terima kasih WEBMASTER kerana ziarah & jadi rakan blogger saya.. daripada blog dia.. saya sahut cabaran dia untuk jalani satu TEST. Memula nak buat.. bedebo gak nak buat.. sebab lama dah tak wat test ni.. ingat lagi masa PART 1 & 2 dkt U dulu.. ada wat test ni... memula test pakai typewriter.. pastu baru pakai keyboard... TEST APA PLAK NI... mesti korang tertanya2.. TYPING TEST LA... bebudak course OM114 mesti familiar dengan test nih.... amacam.. anda berani nak cuba?? WEBMASTER... kat bawah ni lah result test saya... heheheh... kalau awak nak tau.. gigil jari saya buat benda ni tau... tp saya akan cuba lagi & lagi utk perbaiki skill saya.. InsyaAllah...

57 perkataan

Update: 26 May 2009 @ 2018hrs

Thanks pada kawan2 yg sudi ziarah blog ini.. moga silaturrahim kita akan berterusan walaupun hanya sekadar di alam maya... apa lagi.. cuba la test ketangkasan anda menaip .. mana tau bleh pecah rekod saya.... nnti saya belanja ice-cream dan award khas dari RiZHad....Saya jemput Yann, Mama Bungas, Linda, Nett, Kak Emalobo, Kak Mar, Kak Lynn, Kak Ila, Kak Za, Cik Aa, Milah, kak Mas, Erah, Kak Ejalz, Kak Yan (I likeee), Zahirah, Sufy, Pearls, Miss Gaza, Asyiq, Damai dan SEMUA BLOGGERS yang ingin mencuba sahut cabaran saya ini... psstt.. sesape yg nama disebut kat atas.. wajib buat test ini dan tempel diblog masing-masing... kalau tak, nnti cikgu babab dgn rotan.. saje je nak dera korang... muahahhaha...

Pesanan dari Penaja ~ Jgn putus asa ok.. chayyok22.. siapa yg dah buat.. sila lapor diri pada saya.. mekasih..

SELAMAT MENCUBA... :)


http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

5.21.2009

Bebaskanlah Saya!!

Saya akan maafkan semua kesalahan orang lain pada diri saya.. YAA.. Kenapa? tak percaya.... takpe.. itulah salah satu azam saya pada tahun ini... Memang.. Kemaafan itu Dendam yang Terindah... dan amat sukar untuk kita lakukan.. But then, buat apalah saya nak simpan sifat marah saya pada orang kerana itu sudah tentu tak akan memberikan apa2 manfaat pada saya... yang penting... SAYA NAK BEBAS DARI BELENGU AMARAH... mcmana nak bebaskan tu.. saya rasa, dengan cara memaafkan kesalahan orang lain pada saya.. tak kiralah samada orang itu sengaja buat saya marah.. ataupun dengan tak sengajanya telah menghiris hati saya...


Orang kata.. jangan suka marah2 nanti lekas tua.. Betul juga.. kalau kita marah... muka dah tentu akan masam mencuka... senyum akan hilang entah ke mana... bila muka dah masam.. urat muka akan kendur... bila urat muka kendur.. nmpak la tua.. tp org kata.. saya nampak muda dari usia saya sebenar.. hehehe.. mungkin sebab size badan saya yg comel... maka nmpak la muda... jgn ckp saya perasan... tu bukan saya yg kata.. org yg kata tau... heheh...Astaghfirullah.. jauhilah diri dari sikap riak & membangga diri... syuh.. syuh... Oh ya.. bila muka kita masam mencuka tanpa kita sedari ia akan melampiaskan perasaan kita pada org sekeliling... tak semena2.. org sekeliling akan rasa serba salah dan anggap bahawa kita juga marah padanya.... Jangan sampai marahkan seekor nyamuk satu kelambu kita nak bakar... bahaya tu dek non...

Mak saya pernah kata.... biar org buat kat kita.. jgn kita buat orang... Maksudnya.. kita janganlah balas perbuatannya tu... ataupun jgn lakukan perkara yg sama pada org lain... perkara mcm tu
tak akan ada kesudahannya malah akan menyebabkan banyak hati-hati yg marah... Rasullah SAW pernah bersabda... sebaik2 perbuatan untuk menghindari marah adalah berdiam diri... hmmm.. tp itu tak bermakna kita lemah... sebenarnya pada ketika itu kita adalah seorang yang kuat.. kerana kita telah berjaya melawan godaan syaitan.. Ialah.. marah tu kan salah satu sifat dan warisan iblis laknatullah sejak penentangannya terhadap Nabi Adam a.s. Sejak keengganan iblis itu.... api kemarahan mula membara dan menjadi cara hidup Iblis beserta bala tenteranya. Adakah kita ingin menjadi salah seorang pengikutnya? Nauzubillah...

Rasulullah s.a.w. bersabda: :
"Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak Adam. Tidakkah engkau melihat kepada kedua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang membengkak? Apabila salah seorang kamu mengalami yang demikian, maka hendaklah dia mendekatkan dirinya ke bumi."(hadith riwayat At Tarmizi)

Di sini ada satu doa untuk kita lawan perasaan amarah kita.. biar tok nenek iblis, syaitan dan yg sekutu dgnnya mencicit lari tak cukup tanah bila kita baca doa ini...

A'uzubillahiminashshaitonirrajim...
Aku berlindung diri dengan Allah dari Syaitan yang terkutuk...


Allahummaghfirli dzanbi wa adzhib ghoizho kolbi wa ajirni minashshaitonirrajim...
Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah akan daku dari syaitan yang terkutuk.

Huhh.. lega rasa bila dah tak marah2... diri rasa lebih tenang... fikiran tak bercelaru.. cuma rasa rindu je sikit... rindu Family kat Malaysia la... Sapa2 tau mcm mana nak ubatkan rasa Rindu? hehe... apa kena mengena topik MARAH dengan RINDU ek?

Yang pasti.. mutiara jernih pasti akan mengalir lagi tatkala rindu itu datang menjelma...

5.19.2009

Bye Bye ChatBox...

..RizHad akan menutup ruangan CHATBOX nya berkuatkuasa pada hari ini.... Ini adalah kerana ada ALIEN yg telah mencemarkan CHATBOX blog RizHad... sebab apa aku panggil dia alien?? Sebab kalau dia seorang MANUSIA yg WARAS dan BERAKHLAK MULIA, dia tak akan mengganggu hidup orang lain... & tak akan cuba2 membuat onar walau di mana2 blog dan tempat sekalipun... takde koje carik koje.. takde pasal.. carik pasal... WATCHAA KANGG!! Buat lah keje berpekdah sket.. gi tanam sayur ke... tebas rumput ke... housekeeping atau bersihkan longkang kat plant Titan tu ke.. Cuba jgn ganggu hidup orang boleh tak?

ANYWAY.. that's not a BIG PROBLEM for me.. as I Know Who I Am.. and Allah knows everything.. And ofcourse.... I KNOW WHO IS THE CULPRIT BEHIND THE SCENE. Nevermind... Aku terima ini sebagai salah satu UJIAN dari yang MAHA KUASA untuk menguji sejauh mana teguhnya iman seseorang itu di atas segala tohmahan & cobaan...Sabar Dida... sabarrrr...

Ni nak kabo sket KEPADA YG BERKENAAN tu.... itupun kalau mu nak dengar la.. takde paksaan pun...
BERBUAT BAIK LAH SESAMA MANUSIA.... DAN JGN KAMU MENJADI PENCETUS KEPADA SENGKETA... JAUHI DIRI KAMU DARI MENJADI SAHABAT SYAITAN.. KERANA SYAITAN KERJANYA MMG SUKA MEMPORAK PERANDAKAN SILATURRAHIM & MENGACAU BILAUKAN RUMAHTANGGA ORANG... SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENERIMA TAUBAT.....BERTAUBAT LAH KAMU SEBELUM MALAIKAT MAUT DATANG MENJEMPUT......
Har har har.. ada mcm sajak tak ayat ni.. seghius ni.. seghiuss.. bukan memain... mula la jari-jemari ni nak beremosi... taip ayat pun emosi smcm jee... tensenn sebenornye niee....

Dan berkuatkuasa hari ini juga.. ruangan comment hanya akan dibuka kepada pembaca & bloggers yg berdaftar sahaja.. ini adalah untuk tujuan keselamatan & privasi yang empunya blog... so ANONYMOUS.... sorry.. you're not allowed to leave any message here.... Bak kata Yann Harum Cempaka... Kita tak payah layan org yg hatinya busuk mcm longkang.... lebih kurang mcm tu lah... wakakaka... (jgn marah Yann.. pinjam ayat jap.. mcm kena je..hihi) emmm alahai....bukan nak layan.. saja nak basuh budak hingusan yg tulis comment tuh...nak menyamar yeeeee.. maaflah...identiti kamu telah dikenalpasti... heh heh heh... Last Word.. jadilah seorang Umat Islam yg matang dan berakhlak...dan janganlah kamu jadi MANUSIA PEROSAK! Ingat tuuuu....

PEACE NO WAR!!

Ku Mengharap Nur Mu..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..

1. Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi
2. Yang telah menciptakan sekelian makhlukNya serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yg sesuai dengan keadaannya
3. Dan yang telah mengatur serta memberikan hidayah petunjuk
4. Dan yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang2 ternakan.
5. Kemudian ia menjadikan tumbuhan yg menghijau itu kering berubah warnanya kehitam - hitaman
6. Kami sentiasa menjadikan engkau (Wahai Muhammad) dapat membaca Al-Quran, sehingga engkau menghafaznya dan tidak lupa
7. Kecuali apa yg dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui yang nyata & yg tersembunyi.
8. Dan kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk melaksanakan perkara agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
9. Oleh itu berilah peringatan kepada manusia dengan ajaran Al-Quran, kalau peringatan itu berguna
10. Kerana orang yang takut melanggar perintah Allah akan menerima peringatan itu.
11. Dan sebaliknya org yang sangat celaka akan menjauhinya.
12. Dia lah org yang akan menderita bakaran neraka yg amat besar azab seksanya.
13. Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang
14. Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal yg soleh.
15. Dan menyebut2 dgn lidah dan hatinya akan nama Tuhannya, serta mengerjakan sembahyang dengan khusyuk.
16. Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan demikian, bahkan kamu utamakan kehidupan dunia
17. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
18. Sesungguhnya keterangan2 yg dinyatakan ini ada disebutkan di dlm kitab2 yg terdahulu.
19. Iaitu kitab2 Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

(Surah Al-A'laa)

Alhamdulillah... syabas buat Malaysian di Yanbu kerana sentiasa mencari peluang utk mengisi masa yg terluang dgn xtvt2 yg berfaedah... baik untuk anak2, bapa2 dan tak kurang juga ibu2... syukur kerana kaum ibu dan anak2 telah didatangkan dengan seorang Ustazah dari Tunisia dan Ustaz2 dari University Madinah untuk membimbing dari segi pembelajaran bhs Arab, Pembacaan Al-Quran dan kini... beralih pula ke fasa baru iaitu xtvt hafazan surah2 dari Al-Quran..

Aku percaya.. kalau kat Malaysia.. kalau takde xtvt mcm ni.. mmg jgn harap la nak buat.. aku ckp pasal diri aku.. tak tau la kalau org lain ye... aku ni, mmg nak kena ada org suruh bab2 menghafaz surah ni... kalau tak suruh.. x jalan... lain la kalo kat sekolah dulu.. bila ada ujian atau pekse subjek Agama Islam je.. baru nk hafal... ni dah berbelas tahun tinggalkan alam sekolah... mmg bercinta laaa... lain la kalau suruh baca je... laju la sket... kalau suruh hafal.. tergagap2 la jawabnya..ayat2 lazim yg pendek2 tu.. biasanye baca dlm solat je laa.. kalau ayat panjang.. mmg liat betul nk mengingatnye.... Ya Allah.. lihat lah.. betapa jahil dan lalainya hambaMu ini selama berbelas2 tahun... Aku insaf.

So, moral of the story.... mengaji Al-Quran itu hendaklah berguru sekiranya kita belum mahir... tak boleh main hentam kromo je.. lintang pukang panjang, pendek.. baris & tajwidnya.. selama ni, kita mcm confident je bila baca... bila ada guru dpn mata.. baru la tau.. rupa2nya.. byk jugak kelemahan & kesalahan yg kita sendiri tak sedar.... bila dah salah baca.. tanpa kita sedari juga.. kita telah menukar makna ayat Al-Quran itu... wahhh... itu sudah salah besar!! menukar ayat2 Allah... Nauzubillah... Lepas dah blajo ngaji tu.. ambil la inisiatif utk menghafalnya.. kalau x dpt semua.. sikit2 pun jadi lah... buat bekalan kita di akhirat nanti... jd usaha kita ini tak akan sia2 walau sedikit pun.. malah akan membantu mnmbahkan berat amalan kita di hari perhitungan di alam mahsyar nanti... so apa tunggu lagi... kematian tidak mengenal usia.. bila2 masa saje malaikat akan menjemput kita.... peringatan ini khas utk diri sendiri, keluarga & kawan2 ku di mana jua berada.....

Ok lah, kat atas tu.. aku kongsi makna surah Al-A'laa yg telah dihafal dgn jayanya oleh kaum2 ibu di Yanbu... MUMTAZ!... hafal2 juga... makna pun kena tau juga ya..... baru lah ada feel......

Next assignment .. Surah At-Taariq... Ya Allah Ya Tuhan Kami.. terangkanlah hati kami untuk mempelajari ayat2Mu... Amin...

5.13.2009

Apa Dah Jadi.. Apa Nak Jadi????

Salam buat warga Malaysia tak kira di mana anda berada… moga ceria & sihat walafiat hendaknya…


Malam ni aku tak tahu la nape tetiba satu semangat menjalar ke jari-jemari aku ni utk menaip entry yang bagi aku mungkin akan mengundang pelbagai reaksi para pembaca blog ni samada yg akan terus memberi komen tak kira samada +ve atau –ve…. ataupun reaksi tu hanya terpendam dlm lubuk hati masing2… tak kisah lah.. janji hak bersuara itu milik semua orang kan..…


Dalam melayan boring sensorang dkt rumah since hubby aku dah 2 hari keje shift malam… tanpa aku sedari… byk juga laman web yg aku dah jelajah.... tp bukan laman web yg sensored k… (buat pengetahuan.. laman web XXX tu dkt KSA ni telah dibanned oleh kerajaan Arab Saudi) jd selamat lah rakyat2 saudi ni dari gejala-gejala yg tak sihat… Wallahualam.. tak tau la kat daerah lain di Saudi ni.. tp yg penting, rumah aku kat YANBU ni CLEAN dr sbrg anasir laman web yg tak sihat ini OK… huh.. jenuh gak nak explain.. bkn apa… kite bkn tau apa ada dlm otak para pembaca ni.. mcm2 andaian & tafsiran yg akan di buat.. tp aku tak salahkan diaorang.. sebagai blogger, kite kena pandai mengadun ayat supaya para pembaca tak salah faham dengan maksud penulisan kita tu kan…. lantak pi lahhh… janji aku tak buat.. and Allah tahu apa hambaNya ini lakukan….


Ok, lah.. terpanjang plak mukadimahnya…. straight to the point… laman web yang aku maksudkan itu ialah.. laman web POLITIK.. hhaaa.. jgn tak caya.. aku ni patriotik gak tau.. nmpak je mcm nih.. tp semangat kecintaan kepada Negara itu tetap tebal di lubuk sanubariku ini..hahhaha… walaupun lokasi tubuh badan aku ni beribu batu jauhnya dari negara tercinta.. tp hati aku tetap berada kat sana… Hidup di perantauan bukan satu alasan untuk kita memekakkan telinga, membutakan mata dengan apa2 yang berlaku di tanahair kita itu… so, the point is.. kena lah ambil tau jugak kan


Ahh.. sudah… nak berpolitik plak si Dida nih… heeeee… nape?? tak bleh ke? salah ke? hina ke org yg nak berpolitik nih?? kataku dengan senyum sinis.. aku dah cukup dewasa utk berpolitik… politik dan agama Islam tidak boleh dipisahkan... tu bukan aku yg kata.. bila dlm Al-Quran pun ada terkandung hal2 politik.. so korang fikir la sapa agaknya yang berkata2 dlm Al-Quran tu ya.... sudah tentulah YANG MAHA BERKUASA daripada segala pemimpin yg ada kat dunia ni.. So, jgn la pandai2 nak tolak hukum yg ditetapkan oleh Allah.. kelak binasa jadinya.. Ewahhh.. emosi lak si Dida nih... bg rakyat Malaysia, adalah menjadi tanggungjwb aku utk memastikan Negara Malaysia diperintah dengan aman, adil & mengikut lunas2 agama Islam... kan ke itu tanggungjawab setiap rakyat… selain drpd Tanggungjawab kpd ALLAH, Tanggungjawab kepada KELUARGA, Tanggungjawab kepada DIRI SENDIRI, Tanggungjawab kepada MASYARAKAT TANGGUNGJAWAB KEPADA NEGARA juga adalah komponen penting untuk menjadi manusia yang bertanggungjawab di muka bumi ini… Ada gak org kata… Ahhh.. tak payah la amik tau pasal politik Negara….. kita jaga hal kita sendiri dah laaa… orang mcm ni lah yang akan merugikan negara malah tanpa disedari, merugikan dirinya sendiri…. Bila berlaku sesuatu yang tak diingini pada pemerintahan negara kita.. dan bila negara berada dalam keadaan tak stabil.. ekonomi negara pulak tak menentu… haaa.. time tu la baru la nak merungut… macam2 la yg dikomplennya…. padahal tanggungjawab pada negara tak nak tunaikan… tu lah org2 tua kata… dah terantuk baru nak termengadah… ada lagi ke orang mcm ni dkt Malaysia??




Hhmmmm.. berbalik kepada tinjauan aku dkt beberapa website politik ni.. skang tgh hot pasal isu di negeri PERAK…. mcm2 hal…. nape la boleh jadi mcm tu… walaupun aku bukan orang PERAK.. tp tersentuh jugak la hati aku bila membaca rentetan peristiwa yg berlaku kat sana… APA LA NAK JADI.. perebutan kuasa yg melampau2… PEMIMPIN DI PILIH untuk berkhidmat kepada rakyat… persoalannya.. MB yang sorang lagi tu.. DIPILIH OLEH RAKYAT dengan secara sah ke? malu la weii dgn negara2 lain yg dok perati kan percaturan politik negara kita yang kadang2 aku tengok mcm cite Hindustan pun ada… Bagi aku senang je… HAK UNTUK MENENTUKAN SIAPA YANG BERHAK MENTADBIR NEGERI PERAK HENDAK LAH DIBERIKAN KEPADA RAKYAT PERAK.. BIAR RAKYAT YG MENENTUKAN SIAPA PEMIMPIN YG MEREKA KEHENDAKI… BUKAN MAHKAMAH, BUKAN SULTAN YANG MEMBERI KATA PUTUS kalau parti kerajaan menang.. kita berikan hak pemerintahan kepada parti kerajaan.. dan begitulah juga sebaliknya jika parti yg satu lagi tu menang… HABIS CERITA… Kan senang je tu.. apa yg nak buat smpai complicated sangatttt…. kalau buat mcm tu.. baru lah adil.. dan aku gerenti.. takkan ada org yang akan pertikaikan keputusannya apabila SUARA RAKYAT sudah membuktikan siapakah MB pilihan mereka…. hai.. entah la labu.. risau teman memikirkan suasana politik di bumi Malaysia ku yang tercinta itu……


BILA LAH KEKALUTAN POLITIK DI PERAK AKAN BERAKHIR… KESIAN TEMAN TENGOK RAKYAT PERAK… SABAR LA YEOP.. SIKIT MASA LAGI.. BERAKHIR LA TU.. berdoa la agar keputusan memihak kepada pemimpin yang benar2 ingin membela rakyat.. bukan pemimpin yg hanya memerintah untuk kepentingan diri sendiri…. Kita tunggu keputusannya nanti…tentu ada hikmah di sebalik kejadian... Nasib baik majority pekerja Malaysian Yansab kat Yanbu ni warga JOHOR & TERENGGANU… so kehangatan isu ni takdelah terasa sangat… cool je org JOHOR & GANU kan.. yang lain2 pun cool jugak… Cuma korang tak majoriti je kat Yanbu ni.. but anyway.. We in YANBU are proud to be MALAYSIAN..


Wallahu'alam..

5.10.2009

Dia lah Satu... Tiada Pengganti...

HAPPY MOTHER'S DAY

to My Beloved Mother... PN. RAHAH BT HJ SULAIMAN.... and to all greatest mothers in the world....

kerana MAK lah along bernafas di muka bumi ini...
kerana MAK lah along dapat pendidikan yg sempurna...
kerana MAK lah along boleh membuka mata tentang cabaran hidup di dunia...
kerana MAK lah along hargai tentang sebuah PENGORBANAN...
kerana MAK lah along tahu menilai erti KESETIAAN...
kerana MAK lah along belajar erti KEHIDUPAN...
Dan semuanya adalah kerana kuasa & izin Allah yg Maha Penentu segala...
.
TERIMA KASIH MAK... mak lah sumber inspirasi along... Along sayang mak..

Tunggu along balik yee... Along rindu sangat nak jumpa mak........

Padamu Ya ALLAH.. Tuhan ku yang satu...
Ku pohon agar dibalas segala bakti BONDAKU....

5.07.2009

Al-Usratul Sa'idah

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah bertemu lagi kita di arena penulisan maya yang kini sering menjadi ruang untuk aku mencoretkan sesuatu berkenaan pengalaman hidup dan cerita-cerita harian tentang aku yang kini berada diperantauan. Terima kasih kepada pembaca setia yang memberi komen dan menceriakan blog ini sekaligus memberikan semangat kepada aku untuk terus berkarya & berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk pedoman kita bersama. Sekiranya ada kekhilafan serta kekurangan di mana2.. aku amat berbesar hati sekiranya pembaca2 dapat memberi teguran yg membina supaya aku dapat memperbaiki segala kesilapan untuk kebaikan di masa akan datang.. InsyaAllah, segala teguran kalian walaupun pahit untuk ditelan, akan diterima dengan hati yang terbuka.... yang penting BE POSITIVE!

Kali ini, aku terpanggil untuk berkongsi sebuah cerita & sedikit ilmu tentang kekeluargaan..

الأسرة السعيدة

Keluarga Yang Bahagia


Aku bukan lah seorang pakar kekeluargaan yang begitu arif tentang ilmu rumahtangga.. dengan usia perkahwinan ku yang masih muda ini.. belum layak rasanya untuk ku membicarakan tentang definasi keluarga bahagia.. apa yang dapat aku tafsirkan dari kacamata & pengamatan aku selama 30 tahun aku hidup dibumi Allah ini... keluarga bahagia hanya dapat dikecapi oleh keluarga yang dibina atas tapak IMAN... Yaa.. IMAN... harta yang menggunung, paras rupa yang rupawan dan juga pangkat tinggi & jawatan.. bukan lah tiket untuk mendapatkan nikmat hidup dlm keluarga yang bahagia...


Teringat aku tentang cerita yang mak aku pernah ceritakan masa aku kecik2 dulu... tentang sebuah keluarga yang berpendapatan hanya RM300 sebulan... menyara seorang isteri & sepuluh orang anaknya.. tetapi keperluan keluarga tersebut sentiasa cukup.. cukup pakai, makan, pendidikan anak2.. serbi-serbi cukup.. walaupun tak semewah mana.. tp sudah berulangkali pasangan suami isteri itu dapat menunaikan haji (hasil dari sumbangan orang ramai- suaminya itu mengajar tentang ilmu haji kepada jemaah haji di rumahnya)... MasyaAllah.. itulah kekuasaan Allah.. bilamana hambaNya taat perintahNya.. bersyukur dengan segala rezki yang dikurniakanNya.. menyampaikan ilmu agama dengan ikhlas kerana Allah tanpa mengenakan sedikit bayaran pun... dan dari situ kita dapat lihat, Allah permudahkan segala urusan dan rezeki yang sedikit menjadi berkat.. dan lebihan rezeki itu akan datang sendiri dari sumber yang tidak disangka-sangka... dialah Allahyarham Hj Sulaiman bin Jaiz.. bekas Imam Masjid Telok Blangah, Singapura.. dan bekas Imam Masjid Sultan Abu Bakar, Johor... telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 20 Ogos 2002... dia juga guru mengaji ku sejak ku berumur 10 tahun.. dia lah Datuk ku.. idolaku yang amat aku kagumi hingga kini... kenangan tinggal bersama datuk dan nenek ku di zaman kanak-kanak merupakan sesuatu yang amat berharga buat diriku.... Ya Allah.. betapa aku merindui mereka berdua.... Al-Fatihah untuk datuk & nenekku..semoga Allah Ta'ala.. menempatkan roh mereka di darjat yang tinggi.. amin..


Hayati lah istilah keluarga bahagia itu.. dari sajak di bawah ini.. semoga ianya dapat memberi pedoman kepada kita untuk melayari hidup di dunia yang sementara ini.. sesungguhnya akhirat jua tempat kita kembali & kekal selamanya...


Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani


Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan


Firman Allah:

Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi
ketenangan pada hati


suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yg hakiki.
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah


Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian


- isteriku, taatilah hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w
Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak


Tiga penjamin segala
kunci kebahagiaan rumahtangga
dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan.....
"Soleh dan solehah".


Tiga doa untuk pasangan suami isteri ini diambil dari kitab Makarimul Akhlaq: 209.yang aku perolehi dari sebuah laman web dari Indonesia. Doa ini adalah daripada salah seorang cucu Rasulullah SAW iaitu Imam Ja'far Ash-Shadiq, Putera Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Al-Husein (sa) cucu Rasulullah SAW. Doanya adalah seperti berikut:-


اًللَّهُمَّ بِأَمَانَتِكَ أَخَذْتُهَا وَبِكَلِمَاتِكَ اِسْتَحْلَلْتُ فَرْجَهَا، فَإِنْ قَضَيْتَ لِي مِنْهَا وَلَدًا فَاجْعَلْهُ مُبَارَكًا سَوِيًّا وَلاَتَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيْهِ شَرِيْكًا وَلاَنَصِيْبًا

Allâhumma biamânatika akhadztuhâ, wa bikalimâtika istahlaltu farjahâ, fain qadhayta lî minhâ waladan faj`alhu mubârakan sawiyyâ, walâ taj`al lisysyaythâni fîhi syarîkan walâ nashîbâ.


Ya Allah, dengan amanat-Mu kujadikan dia isteriku dan dengan kalimat-kalimat-Mu dihalalkan bagiku kehormatannya. Jika Kau tetapkan bagiku memiliki keturunan darinya, jadikan keturunanku keberkahan dan kemuliaan, dan jangan jadikan syaitan ikut serta dan mengambil bahagian di dalamnya

.

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِي اَلْفَهَا وَوُدَّهَا وَرِضَاهَا بِي، وَاَرْضِنِي بِهَا، وَاجْمَعْ بَيْنَنَا بِأَحْسَنِ اِجْتِمَاعٍ وَاَيْسَرِ ائْتِلاَفٍ فَإِنَّكَ تُحِبُّ الْحَلاَلَ وَتُكْرِهُ الْحَرَامَ

Allâhummarzuqnî alfahâ wa wuddahâ wa ridhâhâ bî, wa ardhinî bihâ, wajma` baynanâ biahsani ijjtimâ`in wa aysari'tilâfin, fainnaka tuhibbul halâla wa tukrihul harâm.


Ya Allah, kurniakan padaku kelembutan isteriku, kasih sayang dan ketulusannya, redhai aku bersamanya. Himpunkan kami dalam rumah tangga yang paling baik, penuh kasih sayang dan kebahagiaan, sesungguhnya Engkau mencintai yang halal dan membenci yang haram


اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِي وَلَدًا وَاجْعَلْهُ تَقِيًّا ذَكِيًّا لَيْسَ فِي خَلْقِهِ زِيَادَةٌ وَلاَنُقْصَانُ وَاجْعَلْ عَاقِبَتَهُ اِلَى خَيْر

Allâhummarzuqnî waladan, waj`alhu taqiyyan dzakiyyan laysa fî khalqihi ziyâdatun walâ nuqshân, waj`al `âqibatahu ilâ khayrin.


Ya Allah, kurniakan padaku keturunan, dan jadikan ia anak yang bertakwa dan cerdas, tidak ada kelebihan dan kekurangan pada fizikalnya, dan jadikan kesudahannya pada kebaikan.


Sesungguhnya ilmu yang baik dan bermanfaat itu datang dari Allah SWT...


5.03.2009

Bila Nak Balik Malaysia?

Bila nak balik Malaysia? ahhaaa... soalan cepu emas nih.... bagi family Malaysia Yansab yg dah tempah tiket awal2 utk pulang ke Malaysia... amat teruja sekali bila cite pasal nak balik.. bila nok kelik Mesia? kata org ganu / kelate... rata2 mereka semua pakat balik... kalau tak bulan 7 ni sampai laaa ke raya.. takpun, 2-3 hari sebelum raya.... syok nye... tu cite pasal orang... Aku plak mcm mana?? dari awal2 aku smpai sini.. cadang kata nak balik bln 7... tp nmpak gaya cuti hubby aku kena freeze sbb masa tu dgr cite, plant dah mula sibuk.. skrg ni pun dah 2 hari dia masuk shift... nak balik raya?? oohhhh.. kalau la dapat balik... alangkah bahagianya....

Awal2 hubby aku ckp, mgkin raya ni dia kena keje... uwaaa... menitis lagi la air mata duyung ni nnti... di pagi raya mesti la lagi sebak.. org pakai baju raya cantik2.. tolong mak kat dapur sediakan juadah di pagi raya... aku kat sini sorang2 di pagi raya.... uwaaa... tak dapat bayangkan kesedihan yg terpaksa aku hadapi nnti... ngadap laptop je la.. skype dgn family dkt Malaysia tgk kemeriahan raya kat sana.... huhuhu....

Eeehhhhhh.. apa nih?? puasa pun lmbat lagi... dah cite pasal raya........apa daaaa..

Sebab tu, kalau kawan2 aku kat sini cite pasal balik Malaysia, aku hanya mampu tersenyum kambing je laa... sabar... sabar... diaorang tu lagiii... la lama tak balik.. ada yg dah jejak setahun punnn.. aku kan baru je 3 bln lebih kat sini.... bila ada org tanya lagi bila nak balik.......... aku hanya akan menggeleng dan tersenyum je la.....isk..isk.. sabar lagiiii..

Ni gambar sewaktu kelas memasak di rumah K.Za Ahadin... resepi laksa Johor marvellous.. yummy...

Oraitt.. utk memenuhi permintaan K. Yan (Arrayani.. I likeee..) ayat ni ayat yg dia tanya.. aku dah refer pd ustazah aku... harap yg lain2 pun bleh belajar sama... itulah tujuan blog ini sebenarnya.. selain dapat meluahkan idea & curahan hati.. dapat juga aku berkongsi ilmu yg berguna.. moga kita sama2 mendapat manfaat dari blog aku yg tak seberapa ini... Baiklah... ayat yg ditranslate pd kali ini ialah.......

Bila nak balik Malaysia???
Orang arab kata... Mataa Ta'uudi ila Maaliizia? tu kalau kite tanya pada org lelaki..


Kalau kite nak tanya girl friend kite lak... Mataa Ta'uudina ila Maaliizia?....

Limaadza Ta'uudi ila Maaliizia?? - Why do you want to go back to Malaysia?? Jawapan dia...... korang jawap la sendiri yee.. hehehe..

Ok kite tukar topic, kat bawah ni aku nak share some info tentang kebesaran Al-Quran lagi... sebagai kesinambungan dari entry aku yg lepas... BAGAIMANA NAK HIDUPKAN HATI KITA... dan apakah2 syarat2 yang harus kite applykan utk menghidupkan hati kita yang kita sayangi ini?? terima lah ilmu ini dengan hati yang terbuka.. moga kita sentiasa di dalam keredhaanNya..

============++++++++++================

Syarat2 menghidupkan hati dengan Al-Quran ada 4 perkara:-

Pertama
, Al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang & khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh) Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya membaca Al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat/" (Surah Al-Isra', ayat 78)

Kedua,
membaca Al-Quran dengan pengamatan maknanya. Pembacaan yg disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yg terkandung dalam Al-Quran. Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (Alam Ketuhanan) yang dibawa oleh Al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca Al-Quran kemudian ia menghidupkannya.
Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-duanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga,
sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran Al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya. Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui Al-Quran.


Keempat,
merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca Al-Quran. Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran Al-Quran yg dibaca itu dalam kehidupan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Dalam perkataan lain, ianya akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam. Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah. Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam..

(Al-Quran) yang kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sihat mendapat pelajaran" - Surah Sad, ayat 29

Wallahu'alam.


Aku suggest guna tafsir Al-Quran ni... selain daripada tafsirnya diterjemah dalam B.Melayu & senang nak faham.. ada gak hukum tajwid pada setiap ayatnya... so, sambil baca... boleh betulkan tajwid sekali...InsyaAllah..

Du'a of the day:
Ya Allah lapangkanlah hati kami dengan Al-Quran,

Mudahkan urusan kami, tinggikan pahala kami

Cantikkan akhlak kami
... Terangi hati kami
dan terangi pula dengannya kubur kami

Wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam... Amin..