Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

6.30.2009

Sambungan...

Salam ya Ukhti wa Akhi wa Sodiqii....

Ada masa2 kita sihat... ada masa2 kita sakit... ada masa2 kita lapang... ada masa2 kita sibuk... ada masa kita susah.. dan ada masa kita senang.... begitulah hidup kita didunia ini selagi ajal belum memanggil.. Sebenarnya saya berada dalam kesihatan yg tidak mengizinkan utk saya tumpukan perhatian saya pada arena maya ini... ditambah lagi dgn keadaan internet di rumah saya yg agak lembab... maka mematikan lagi keinginan saya utk berblog. Maafkan saya kerana saya tidak dpt menziarahi blog kawan2 dan meninggalkan pesan saya di sana disebabkan masalah saya ini... InsyaAllah... satu masa nanti saya akan kembali aktif jika Allah mengizinkan.

Meskipun begitu... saya ada sesuatu yg ingin saya kongsikan di sini disebabkan ada persoalan yg ditimbulkan oleh Ukhtun (seorang kakak & sahabat saya di Yanbu) mengenai entry saya yg lepas berkenaan dgn amalan2 di bulan Rejab... Niat saya membangkitkan soal ini adalah bukan utk memandai2 ataupun tunjuk pandai.... tp niat saya adalah untuk kongsi apa sahaja ilmu yg berguna yang saya tahu melalui rujukan dan bacaan saya dari sumber2 yg diyakini semata2 utk mencari keredhaan Allah.... Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu niat & perlakuan setiap hambaNya...

Baiklah... Persoalan yg timbul ialah... adakah kita boleh berpegang kepada kata2 seorang Ustazah yg bukan dari Malaysia mengenai bln Rejab? Buat pengetahuan para pembaca sekelian... Ustazah saya ini berasal dari Tunisia... dan berbangsa Arab.. dan disebabkan ini.. individu yg bertanya amat khuatir bahawa fahaman yg dibawa oleh ustazah ini adalah fahaman Wahabi. Saya tidak menerima dan juga tidak menolak tentang dakwaan beliau.. Pada saya, lebih selamat lagi jika kita bertanya sendiri dengan individu tersebut tentang fahaman beliau daripada kita terlanjur membuat andaian.... Bukankah agama Islam melarang kita daripada berburuk sangka?

Dari pengamatan saya, ustazah saya amat berpegang teguh kepada Sunnah Nabi s.a.w berdasarkan kepada pengucapan dan penjelasan beliau tentang bulan Rejab dan lain-lain perkara tentang agama. Apakah kita masih mahu lagi meragui seseorang jika dia membawa ajaran yg berlandaskan Sunnah Nabi? Apakah kita mahu mempercayai orang lain selain daripada perkataan2 yg difirmankan oleh Allah s.w.t dan disabdakan oleh Nabi s.a.w sendiri? Bagi saya yang ilmu masih terlalu cetek ini.... apa sahaja ilmu yang dibawa mengikut nas2 Al-Quran dan Hadith yg sahih... saya tidak akan ragu2 utk menerimanya.... dan selagi ia tidak bercanggah dan terpesong dari akidah.. InsyaAllah itulah yg saya pegang hingga ke akhir hayat saya...

Berkenaan dengan puasa di bulan Rejab... saya TIDAK PERNAH menyatakan yg kita tidak boleh sama sekali berpuasa bahkan kita boleh meneruskan puasa sunat hari Isnin & Khamis serta Puasa hari2 Putih di setiap bulan iaitu pada 13,14, dan 15hb.... CUMA KITA JANGANLAH BERPUASA KHUSUS UTK MERAIKAN BULAN REJAB SEMATA2 UTK MENDAPATKAN FADHILAT2 DAN GANJARAN YG BESAR..... KERANA TERNYATA TIDAK ADA SATU NAS DAN HADITH PUN YANG MEMBENARKAN TENTANG PERKARA ITU...

Saya juga ada membaca di dalam sebuah buku hadith yg mengatakan... sebuah hadith yg dhaif (lemah) boleh digunapakai sekiranya ia bukan melibatkan perkara ibadat seperti hubungan sesama manusia & makhluk lain, adab, akhlak dan lain2... tetapi jika perkara2 ibadat seperti Solat, Puasa, Zakat, Hukum2 Jual Beli dan Hukum2 Halal Haram lainnya... eloklah kita berpandukan kepada Al-Quran & As-Sunnah supaya amalan kita tidak menjadi amalan yg sia2 dan berdosa.... mengapa kita nak berpenat2 berpuasa sehingga ada yg puasa sampai sebulan di bulan Rejab.. sedangkan pahala amalan itu tidak dikira? Kan ke itu perkara yg sia2?

Di bawah ini sekali lagi saya sertakan petikan Hadith ke 5 dari Hadith 40 yg diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Nawawi seorang tokoh agung dalam Mazhab Syafi'i tentang amalan yang tertolak & sia2... huraiannya boleh lah di dapati di dalam buku Hadith 40 karangan beliau.

Terjemahannya:
Dari Umm Al-Mu'minin (Ibu sekelian orang2 Mu'min) iaitu Umm 'Abdullah Aisyah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa mengada-adakan dalam urusan (agama) kami ini suatu pekerjaan yang tiada daripadanya, maka (yang diada-adakan) itu tertolak.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan dalam riwayat Muslim: Barangsiapa mengerjakan suatu pekerjaan yang tiada di atasnya urusan kami, maka ia tertolak.

Akhir kata, Hadith tidak boleh diadakan walaupun dengan maksud yang baik pada agama. Orang yg mengadakannya dianggap orang yg berdusta terhadap Rasul dan org yang menggunakan nama baginda dengan menggunakan hadith itu akan dimasukkan ke dalam neraka. Rasulullah bersabda menurut riyawat Muslim dari Ali r.a.:

Janganlah kamu berdusta ke atas namaku, kerana bahawasanya barangsiapa yg berdusta atas namaku, masuklah ia ke dalam neraka...

Naudzubillahi min dzhalik..

Diharap, dengan tertulisnya entry ini.... kita mendapat persefahaman bahawa apa sahaja yang kita lakukan di dalam menunaikan ibadat kita... haruslah dirujuk kepada Al-Quran & Al-Hadith yg sahih untuk keselamatan kita di dunia & akhirat... Moga Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada kita semua ke jalan yang lurus...

Wallahu' Alam...

6.23.2009

Jangan Tersilap Membuat Amalan...

Di kelas bahasa Arab hari ini, telah menjadi kelas sesi soal-jawab agama apabila salah seorang dari kami telah mengutarakan soalan tentang amalan2 di bulan Rejab seperti puasa, solat sunat & sebagainya.... ternyata ustazah kami menolak tentang adanya amalan2 tertentu untuk memenuhi bulan Rajab dengan alasan bahawa amalan tersebut bukan merupakan amalan yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan tiada sebarang hadis pun yang menyokong tentang perkara yg membabitkan amalan2 tertentu ini. Ini berarti, apabila sesuatu amalan itu bukan mengikut Sunnah nabi maka ianya adalah amalan yang bid'ah.. Naudzubillah..

Saya & kawan2 baru je planning nak puasa straight dari 1-3 Rejab ini... nasib baik kami refer pada ustazah kami dulu... kalau tak, tentu ianya menjadi amalan yg sia2. Ini bersesuaian dengan hadith yg berbunyi....

Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. - Hadith riwayat Imam Bukhari & Muslim.

Seterusnya, menurut kata Imam Nawawi bahawa pada hadith tersebut didapati dalil: "Bahawa orang yang mengada-adakan sesuatu dalam agama (bid'ah) yg tidak sesuai dengan syara', maka adalah ia berdosa dan amalnya dikembalikan kepadanya dan ia mendapat amaran keras kerana Nabi s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa mengada-adakan suatu (bid'ah) atau menolong (memperlindungi) orang yang mengadakannya, maka atasnya kutukan Allah"

Walaubagaimanapun, tidak semestinya kita tidak boleh langsung berpuasa di bulan Rejab.. Kita boleh teruskan amalan berpuasa pada hari Isnin & Khamis seperti biasa dan juga pada 13,14,15 haribulan seperti pada bulan2 yang lainnya....

Di sini saya ingin kongsi sebuah artikel yg ditulis oleh Saudara Mohd Yaakub bin Mohd Yunus mengenai Puasa di bulan Rejab.

=======+++++++++=======

PUASA REJAB


Adalah masyhur di sisi masyarakat kita bahawa disunatkan untuk berpuasa pada 1hb Rejab, hari Khamis minggu pertama pada bulan Rejab, Nisfu Rejab (15hb Rejab) dan 27hb Rejab sempena Israk Mikraj. Untuk menguatkan hujah puasa-puasa sunat ini maka dibawa beberapa riwayat-riwayat palsu serta lemah bersertakan ganjaran pahala yang besar. Menurut Ibnu Rajab di dalam al-Mughni:

Mengenai keutamaan puasa khusus pada bulan Rejab, tidak ada satu pun hadis sahih yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. mahupun para sahabat.

Sungguhpun begitu apa yang ditemui adalah riwayat daripada para sahabat Nabi yang melarang puasa pada bulan Rejab.

Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan daripada Kharsyah bin Hurr yang berkata: “Saya melihat ‘Umar r.a membuat makanan untuk manusia pada bulan Rejab hingga mereka meletakkanya di dalam mangkuk besar. ‘Umar berkata: “Makanlah, kerana ini adalah bulan yang diagungkan oleh orang-orang jahiliyah. – Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannif

Malah Saidina ‘Umar juga dikatakan telah memukul tangan mereka yang berpuasa pada bulan Rejab

Daripada Atha’, dia berkata: “Ibnu ‘Abbas melarang puasa pada bulan Rejab seluruhnya, agar tidak dijadikannya sebagai hari besar (hari raya). – Hadis riwayat Abdurrazaq dalam Mushannif, no: 7854.

Selain dari itu terdapat juga di kalangan masyarakat kita yang mengamalkan berpuasa berterusan selama tiga bulan iaitu pada bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadan. Amalan ini juga sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sah. Imam Ibnul Qayyim r.h berkata:

Rasulullah tidak berpuasa pada tiga bulan tersebut secara terus menerus seperti yang dilakukan oleh sebahagian orang dan baginda sama sekali tidak berpuasa pada bulan Rejab dan baginda pun tidak menggalakkan berpuasa pada bulan Rejab. Bahkan diriwayatkan daripada baginda bahawa baginda melarang berpuasa pada bulan Rejab seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah. – Rujuk Muhammad ‘Abdussalam al-Syaqiry, As-Sunan wa al-Mubtada’aat al-Muta’alliqah bi al-Adzkaar wa ash-Shalawaat, ms. 152.

Meskipun begitu sekiranya seseorang itu berpuasa pada bulan Rejab tanpa niat mengagungkan bulan tersebut sebagaimana golongan jahiliah dan tidak menyakini fadilat-fadilat palsu yang dikaitkan dengan puasa pada bulan Rejab tersebut atau dia hanya berpuasa bertepatan dengan hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti puasa pada hari Isnin dan Khamis, puasa Ayyam al-Bidh (puasa pada tarikh 13,14 dan 15 setiap bulan) atau Puasa Nabi Daud (puasa selang sehari) dalam bulan Rejab, maka puasa sebegini dibenarkan oleh syarak.

* Mohd Yaakub bin Mohd Yunus adalah Penolong Naib Presiden di Bahagian Perbankan Perniagaan, Affin Bank Berhad dan beliau boleh dihubungi di http://akob73. blogspot. com/

=========+++++++========

Utk membaca maklumat yg lebih detail dgn rujukan2 yg lebih sahih.. anda boleh kunjungi di sini

Semoga kekeliruan kita tentang amalan2 di bulan Rejab terjawab... dan seperti biasa setiap amalan yg kita ingin lakukan... haruslah berpandukan kepada Sunnah & Hadith nabi yang sahih agar setiap amalan kita diterima oleh Allah s.w.t..

InsyaAllah.. next N3 saya akan kongsi tentang amalan bid'ah yg lain pula... Moga kita dijauhkan dengan amalan2 yg bid'ah ini....

Wallahu'alam...

6.22.2009

Because U're Beautiful...

Salam kawan2... N3 ini khas buat blogger2 wanita yg menjadi sumber semangat saya untuk terus menghidupkan dunia blog ini... Ini bukan bermakna saya tak hargai pembaca blog kaum Adam.. tp disebabkan blogger wanita lebih menunjukkan keprihatinan kerana sifat kasih sayang & ukhwah mereka. Oleh itu, utk tidak menghampakan my sweet little sister ni saya ingin memanjangkan Award yg saya terima dari ==>> Miss Gaza nun jauh di Utara Malaysia... Fuhh.. jauh angkut nih... hehehe... Thanks ya dik for the Beautiful Award...

Bagi saya Beautiful Girls Award ini, tak semestinya sesuai utk blogger yg berparas rupawan sahaja... Beautiful can means a lot.... It can be, Beautiful Heart... Smile.. Manners... and of course you can be such a Beautiful Friends of mine by dropping a few Beautiful Words in this blog...:)) Senang je kan? Yang Jauh didekatkan... Yang Dekat dirapatkan... Ukhwah itu Indah... Persaudaraan itu disemaikan... Silaturrahim itu disuburkan....

Ok... tanpa byk celoteh lagi.... ni adalah jawapan pada soalan yg diberi....

1. Pastikan jantina anda seorang perempuan
..
==>> Kalau saya dpt award ni... maknanya saya perempuan la kan.... :p

2. Copy badge sebagai award anda..
==>>Ok... dah dik... dah tampal di sini...


3. Nyatakan 2 sebab kenapa anda bangga jadi perempuan
..
==>> Kerana perempuan adalah makhluk yg penuh kasih sayang dan tinggi martabatnya di sisi Allah s.w.t. kerana sifat kasih sayangnya itu...
==>> Perempuan senang masuk syurga.. janji kena Taat pada Ibu Bapa, Taat pada Suami dan Taat kepada segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya...

4. Passkan award ni kepada girl friend anda
..
==>> Ok... dgn rasa berbesar hatinya... saya anugerahkan award ini kepada kawan2, adik2 & kakak2 saya yg mempunyai sifat yg CANTIK diluar sana....

1. UmmuMishkah (JL Bunch Cafe)
2. Yatie (Qaseh Iman)
3. Shaniza (Laman Shaniza)
4. Mutiara Biru
5. Arianni (BicaraArianni)
6.
Cun09 (Kehidupan Sementara)
7. UmmiWafa (Indahnya Ciptaan Tuhan)
7. Kak Mar (Pelangi Senja)
8. Kak Ina (Mama Bungas)
9. LindaMohsen (n the story begins)
10. Cik Aa a.k.a Nor (Perjalanan ini)
11. Yann (Harum Cempaka)
12. Kak EmaLobo (Ruang Rindu)
13. Kak Ila (Amer-Adam-Azim)
14. Kak Lynn (Modenmama)
15. Erah (Kaherah)
16. Kak Mas (Permata Hatiku)
17. Kak Ejalz (Tentang Sesuatu)
18. Kak Asyiq (Damba Syurga)
19. Nett (A Beatiful Life)
20. Dan sesiapa sahaja yg rajin meninggalkan komen di blog saya yg tak seberapa ini..... :) yang penting dia mesti PEREMPUAN.....

Nak jwb soalan boleh.. tp kalau nak copy & paste di sidebar blog kamu sahaja pun.. takde masalah... yg penting, you love it and appreciate it... terima kasih...

Kepada Lots of Love (LoL) dan adik Pu3.. because you both received the same award from Ms Gaza.. so your name are not listed here... but for me.. you are still my BEAUTIFUL FRIENDS...

6.20.2009

Si Penjahat Kecil

Siapakah gerangannya si Penjahat Kecil itu? apakah merbahaya org nya? adakah dia makhluk yg boleh menggugat ketenteram alam maya? Perlukah kita lebih berwaspada dgn si Penjahat Kecil ini? Dimanakah tempat persembunyian si Kecil ini? Oohhh.. banyaknya teka teki? buat suspend je kann...

Saya ada terbaca sebuah hadith dan ingin sekali berkongsi dengan para pembaca.. Hadithnya berbunyi...

Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa cicak adalah penjahat kecil, siapa yang mampu memukul dengan sekali pukulan dan cicak itu terus mati, maka dia mendapatkan 100 pahala...

Hadith tersebut merupakan hadith yang sahih dari riwayat Imam Muslim... di mana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:


Sesungguhnya aku menganggap bahawa membunuh cicak itu termasuk dalam Sunnahku yang ditinggalkan dalam zaman ini.


Kenapa Rasullulah s.a.w. menggelarnya sebagai penjahat kecil?

Cicak telah mendapat gelaran ini secara rasmi apabila Rasulullah mengkhabarkan bahawa semasa Nabi Ibrahim a.s dilemparkan ke dalam api... cicak telah meniup api itu agar semakin marak menyala...

Oohhh.. mmg si kecil yg jahat... So, amacam?? ada target tak nak bunuh cicak??.. kalau saya? Gulpppp... terima kasih je lahh.. saya serahkan je lah tugas tu pada hubby saya... :p


Saya teringat lagi semasa saya masih kecil & comot.. abah saya telah membuat satu utas gelang getah yg panjang.. saya & adik suka sangat sebab ingatkan abah saya nak join saya main lompat getah... masa tu permainan lompat getah agak terkenal dikalangan kanak2 sebaya kami... hehe.. budak2 apa tau kann.. asyik ingat nak mainnn jek.. mainan saya masa tu semua mainan tradisional punya... Bila nmpak abah saya bawa balik getah tempe yg banyak.. saya dan adik saya pun apa lagi... begitu teruja dgn gelang getah yang abah saya buat... Sekali tu.. saya nampak abah saya melastik cicak dgn gelang getah tu.. bukan sekali dua.. tp banyak kali.... erkkk... (teringat plak cite cicakman) tak jadi la saya nak pakai gelang getah tu sbb geli arr... cicak tu saya tgk akan bergolek ke lantai.. dgn ekor dia terputus... dan tetiba.. ekor dan badan cicak yg masih tergedik2 kesakitan itu.. (agaknya la....) dengan ajaibnya telah bersambung semulaaaa..... waahh.. jakun la saya dan adik saya masa tu... Kalau tak percaya.... korang try la tangkap cicak... pastu putuskan ekor dia.. tgk dia bersambung balik ke tak.. kalau eksperimen tu tak berjaya.. korang bgtau saya ya...

Al-kissah dkt Arab ni.. org kata cicak dia besar2.... setakat ni belum terserempak lagi laaa... eiiii..... jgn la terserempak... mau menjerit tak ingat dunia la saya nanti... saya tak takut.. tp gelii.......

Sekarang ni baru saya tahu kenapa abah saya beriya2 membunuh cicak... Ikut Sunnah Nabi rupanya...

Rindu pulak dgn kenangan2 bersama abah.. Byk lagi kisah lain yg mengingatkan saya pada abah.. bukan kisah cicak ni je... apa2 pun.. biarlah kenangan lain itu tersimpan rapi di dalam kotak ingatan saya....abah tengah buat apa la tu agaknya ekk... Father's Day 21hb ni.. saya berazam nak jadi anak pertama abah yang wish dia HAPPY FATHER'S DAY.... dah jauh2 gini baru la terasa rindu yang teramat sangat pada abah.... huhuhu... I Miss U Abah...

6.19.2009

Apakah Tiada Jalan Perdamaian?

malaysia.......
hmmmmm....memang negara yg super sombong negara yg super angkuh...
harus nya dia mikir kekuatan dia untuk melawan indonesia hanya se ujung kuku..
makanya dia d ajakin perang gak brani..
bisa nya hanya menggonggong kayak anjing klaparan..
benci deh ma malaysia..
ga ingat dulu minta bantuan tenaga guru dari indonesia, mana rasa balas budi mu.
dasar negri yg serakah, milik indonesia mo di rebut.
po'ok ny jalan satu2 ny adl perang.
lo mpe perang gue bantu deh negara qu tercinta ne.
bantu do'a cih.I hate malaysia...
Gw mau punya presiden yg tegas ama malaysia,klo prlu ajakin perang aja...
TNI:I will support u to attack them!


Sumber: Klik di sini

========+++++++++++========

Apakah perasaan kamu apabila mmbaca artikel di atas? Artikel ini saya copy bulat2 dari sebuah laman blog... tanpa edit satu perkataan pun. Saya bukan mahu melaga2kan dua bangsa & negara yg berjiran ini... tp dengan penemuan artikel pendek ini membuat perasaan saya agak tersentak dgn luahan hati amarah penulis blog dari negara seberang... Statement begini amat bahaya kerana blogger ini telah meniup sentimen kebencian terhadap negara kita...

Dan buat pengetahuan semua pembaca.. di negara tersebut telah terdapat satu kumpulan yg ditubuhkan khas for Anti-Malaysia.... apakah punca perkara ini berlaku? Mengapakah hubungan baik sesama negara yg sentiasa di pupuk oleh pemimpin negara kita tidak terkesan di hati rakyat2 nya???.. Saya adalah blogger anti-peperangan & blogger yg cintakan keamanan... Saya amat membantah perkara ini daripada terus menular & menjadi barah kebencian apatah lagi dikalangan sesama umat Islam sendiri....



Hmm.. adakah ini kemungkinan kesan daripada kes Manohara?.. dan juga beberapa kes amah yg mendakwa didera oleh majikan... dan banyak lagi perkara yang kita tak tahu.... Wallahu'alam...

Disebabkan nila setitik.... rosak susu sebelanga...

Disebabkan 2-3 orang punya angkara.... tercemar hubungan kemanusiaan...

Apakah tiada jalan perdamaian?.. BERSATU & BERDAMAILAH WAHAI UMAT ISLAM...

Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman:

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali (bisikan-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yg amat besar. (An-Nissa' : 114)

Moga Allah s.w.t lindungi negara kita dari bahaya peperangan.... Amin...

6.17.2009

Ilmu & Virus

Ahad & Selasa lepas seperti biasa kelas bahasa Arab & mengaji Al-Quran di adakan utk Malaysian Ladies di Yanbu... walaupun belum mahir berkomunikasi dlm Bhs Arab keseluruhannya... kami tetap tekun belajar nahu-nahu (grammar) bhs Arab & juga pengajian Al-Quran... Jgn tak percaya... kitaorg pun ada test tajwid jugak.. mcm budak2 skolah... lama tak rasa panik bila ada test... Bagus jugak Ustazah wat mcm ni... at least kiteorang tahu setakat mana yg kiteorang faham dgn hukum2 tajwid ni... dan Alhamdulillah.. rata2 murid2 ustazah di kelas ni dah menunjukkan improvement yg bagus dari segi pembacaan Al-Quran... moga usaha kita untuk mempelajari Al-Quran mendapat ganjaran dari Allah SWT...

Setakat ni, conversation dlm bhs Arab belum ditekankan lagi oleh Ustazah.. saya rasa dia nak kukuhkan dulu ilmu grammar kami dan barulah dia akan terus mengajar perbualan... Yang penting.. dalam menuntut ilmu, kita hendaklah sentiasa bersabar dan hormat pada guru kita.. baru lah ilmu yg ditimba itu akan menjadi berkat... Selain tu, inisiatif dari diri sendiri juga nak kena ada... byk membaca & menghafal perkataan2 & ayat2 baru juga byk membantu.. kalau setakat habis dekat kelas.. pastu sampai rumah langsung tak buka buku.. memang kurang sikit efficien
tnya... mcm saya la... skrg ni ntah napa malas nak buka buku... sindrom malas ni kalau tak lawan.. mmg menjadi2... Ya Allah... jgn lah Engkau jadikan penyakit malas ini bersarang di dalam tubuh badan ku ini.... Pesanan buat kawan2 seperjuangan... Homework banyak minggu ni.... buat jgn tak buatttt... heheheheh....

Ok.. sbenarnya saya nak kongsi satu berita yg saya dgr dr Ustazah saya di kelas tempohari... berkenaan dgn wabak 'Swine Flu' a.ka. Selsema Babi . Rupa2nya menurut ustazah saya, dkt Arab Saudi ni dah terdapat 14 org yg sudah dijangkiti dgn virus merbahaya ini.. termasuk lah 2 penduduk di Madinah... (di Malaysia, sehingga saya menaip N3 ini.. sudah 19 org okay...) di bawah ini adalah petikan yg saya dpt dari satu sumber di dalam internet.

RIYADH—Saudi Arabia reported three new swine flu cases on Monday, pushing the total cases detected to 14 since it first appeared in the kingdom early this month, the official SPA news agency reported. It cited the health ministry as saying they were a Filipino nurse working in a Riyadh hospital and two children, including the eight-month-old daughter of a Mauritanian diagnosed with the A(H1N1) virus on Sunday after arriving from Canada.

Abdullah Hugail of
the National Committee of Infectious Diseases said on Sunday that Saudi Arabia was vulnerable to the spread of swine flu because of the high number of foreign workers and pilgrims in the kingdom, media reports said. Some seven million out of the 25.4-million-strong Saudi population are foreign workers.

Oleh itu kawan2 ku especially yg berada di Tanah Arab... silalah berhati2 apabila mengunjungi tempat2 yang dikunjungi oleh ramai pendatang dari luar negara... bagi mereka2 yang ingin mengerjakan Umrah dan mengunjungi Kota Madinah.. elakkan mendampingi dgn org2 yang mempunyai simptom influenza (termasuk demam, sakit tekak, hidung berair & batuk) dan juga, elakkan tempat2 yang sesak...

Dkt bawah ni adalah langkah2 utk mengelakkan jangkitan selesema babi.... It's better to prevent than cure... (Mengelak adalah lebih baik drpda merawat.. ye dok...)

  • Jangan berkongsi air minuman dan makanan dengan sesiapa yang telah dijangkiti.
  • Jauhi orang yang sedang mengalami batuk-batuk, bersin atau selesema untuk mengelakkan risiko jangkitan.
  • Elakkan berpelukan dan bercium dengan mereka yang telah dijangkiti.
  • Penggunaan topeng membantu mengurangkan risiko dijangkiti.
  • Di Mexico kini orang ramai tidak digalakkan berkumpul beramai-ramai. Mereka juga tidak boleh bercium dan perlu menjarakkan diri antara satu sama lain dalam jarak sekurang-kurangnya dua meter (enam kaki).
  • Jauhi diri daripada mereka yang mengalami selesema terutama yang baru pulang dari negara-negara yang terjejas dengan wabak tersebut.
  • Basuh tangan dengan kerap boleh menghapuskan kuman. Lebihkan gosok di bahagian kuku tempat kuman berkumpul.
  • Banyakkan berehat. Libatkan diri dalam aktiviti senaman, jangan tertekan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat.
  • Dapatkan bantuan perubatan segera jika anda mengalami demam, berpeluh dengan banyak, loya, pening dan simptom selesema lain.

Untuk kawan2 wanita RizHad di Yanbu khususnya & di Jubail amnya... elok lah kita mula memakai niqab (penutup muka) sebaik sahaja kita keluar dari rumah especially ke tempat2 awam... selain drpd dapat mengurangi risiko jangkitan selsema babi , dpt juga mengurangi risiko jelingan mata pak2 Arab yg dok melihat 'kejelitaan' wajah2 kita semua nih.... hehe.... dan dpt juga kurangkan dosa & menambahkan pahala ye tak?? Yessss... itulah yg kita cari!


Sekian sahaja info keilmuan & kesihatan di RizHad...


Wassalam...

6.14.2009

Apabila khayal menguasai..

Saya tersedar dari tidur yg lena setelah semalaman saya tak dapat pejamkan mata... kenapa ya susah sangat nak tidur malam semenjak 2 menjak ni.. entah le... syukur la saya masih bernafas lagi.. (kalau tak takkan saya boleh menaip entry ni ye tak.. hehe..) saya mencapai henpon sebelah bantal saya.. jam di skrin menunjukkan 1.38... erkk... dah lewat! lama gak saya terlena.. dari pukul 10 pagi... Astaghfirullahalazim... saya tersedar yg saya belum Dzuhur lagi... saya bingkas dari pembaringan dan bergegas ke bilik air... setelah tanggungjawab saya pada YG SATU itu saya tunaikan... saya terus ke bawah.. lihat sekeliling.. pergi ke dapur.. capai cup cake yg hubby saya beli.. sambil mengunyah sambil lihat siaran di TV... ah.. takde cerita yg menarik... saya beralih punggung ke sofa tempat laptop saya diletakkan... 'switch on button'... dan apa lagi.. check email dan buka blog saya... lihat2 jika ada kawan2 update cerita di blog masing2... sambil2 tu membalas beberapa komen dari kawan2....

Terhibur sikit hati bila melayan blog ni.. tapi tak boleh lama2.. nnti saya diserang sakit.. sakit apa tu? sakit khayal lerrr..... selain tu.. bahu saya sebelah kiri ni selalu je bisa2 bila lama mengadap laptop.. sapu losyen halia sekejap je leganya.. lepas tu.. dia serang lagi.. aduss... bisa betulll... kalau ada mak kan best.. dia kalau urut bahu saya.. pergghhh.. powerrrr... terus hilang sakit tu... ermmm.. dah lama tak dapat rasa tangan mak mengurut badan saya... :(

Lepas melawat ke beberapa laman web.. mata saya terpaku pada satu forum soal jawab agama...di mesra.net. Dari hal solat, mandi wajib.. soal ikhlas.. pengalaman haji.. dan akhir sekali soal mati.... uhh.. kalau soal yg terakhir ni.. saya memang baca macam saya nak mati sekejap lagi je... memang insaf tak tau nak kata mcm mana... tetiba... azan berkumandang.... saya masih lagi kaku ditempat duduk sedang mata dok melirik dari satu perkataan ke satu perkataan.. dari baris ke baris... sungguh asyik mengamati artikel tentang kematian... dan ketika itu terdengar bunyi enjin kereta yg tidak asing lagi dari pendengaran saya... hallamakkk.. hubby saya dah balik dari keje ke?? saya mengintai dari celah daun pintu dan terlihat ada cahaya lampu kereta.. memang sah.. Apa lagi.. saya pun melangkah 3 anak tangga sekaligus dan terus masuk ke bilik air utk berwudhu.. selesai itu.. saya buka pintu bilik air dengan perlahan dan perhati kalau2 hubby saya ada menyorok di belakang pintu untuk buat 'surprise'. Dia memang mcm tu.. suka sergah saya dari belakang.. dan saya ni tak boleh terkejut sikit.. mula la saya sakit dada... huh.. takde.. nasib baik.... Dia ada dekat bawah la tu.. mungkin sedang menyandar keletihan di sofa... biasanya saya akan sambut dia bila dia balik kerja.. tp bila saya terfikir yg saya belum solat lagi.. saya lupakan hasrat saya tu... saya segera menyarung telekung dan mengangkat takbir... Ussolli Fardu Maghribi......

Selesai solat...berdoa.. saya duduk sekejap tanpa terus bangun.. dlm hati.. senyap je hubby saya ni... biasa kalau saya tak turun2 dia yang akan menjengah saya di bilik... herrmm tertidur agaknya.. hishh.. takkan maghrib2 tido kot.. saya terus bingkas melipat telekong dan mula memanggil namanya.... ehh.. tak berjawab.. saya terus bergegas ke bawah.. lihat di dapur.. takde... di belakang pintu.. ( mana tau dia menyorok.. dia memang suka main nyorok2 ni..).. eh takde jugak.. tengok dekat bilik belakang.. pun takde... larrr.. mana pulak nih??? saya duduk di sofa... memikirkan apa sebenarnya berlaku? saya capai henpon dan mula nak mendail nombor.. tetiba saya terlihat jam yang tertera di henpon tu.. HAH??? baru pukul 4.30 petang? laaaa.. patutlah hubby saya takde.. dia belum balik lagi... selalu dia balik keje pukul 7.30 mlm... HABISS.. yang saya pegi solat maghrib tadi buat apa?? siap tambah 2 rakaat lagi yg sunatnya.... aduss.. Dida.. dida.. Percaya tak rumah saya ni tak bertingkap? pasal tu la tak sedar langsung siang ke malam.. kalau tak tengok jam.. mmg tak sedar lerr...

Dengan langkah yang longlai dan separuh sedar.. saya terus mendaki tangga untuk ke bilik dan ganti balik solat saya yang tak sah tadi.. huhu... nasib.. nasib.. itulah penangan khayal.. lain kali jangan berkhayal lagi ye Dida... La haula wala quwwa tailla billah....


6.12.2009

Your Special Day...


Kasihku padamu sejernih embun pagi..
Seceria warna nan pelangi Seindah Taman Firdausi Seharum jambangan kasturi

Tiada hadiah yg berharga dapat kuberi... Hanya seikhlas ucapan buat pengganti diri... Bahawa dirimu ku sayangi seikhlas hati Hingga ke hujung nyawa nanti...

Ketahuilah... ini semua adalah kerana Allah yg Maha Mengasihi...

Selamat Hari Lahir wahai kekanda pujaan hati... Moga takwa & iman mu bertambah-tambah lagi... Selamat panjang umur Bertambah murah rezeki.. Moga dirimu sentiasa di Berkati & di Rahmati Illahi..

6.11.2009

Hati ini telah jatuh cinta...

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga semua rakan-rakan saya sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

1 February 2009 - Warta Perdana

Ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila tiba2 sebuah Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu Kaabah. Peristiwa mengejutkan itu membuatkan ramai jemaah yang menyaksikan peristiwa itu menangis.. Saksi kejadian berkata, pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran dan sebaik sahaja beliau sampai di depan pintu kaabah beliau dirempuh oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terbabas dan Quran yang dipegang terlepas tapi tidak jatuh malah melayang dan melekat di pintu Kaabah.

Selepas seorang staff Masjidilharam mengambil kembali Al-Quran tersebut dan diturunkan dengan sebatang kayu, saksi-saksi berpeluang mencium Al-Quran tersebut. Ternyata Al-Quran itu sangat wangi seolah-olah dipenuhi berbotol-botol minyak wangi. Subhanallah....
Sumber: Makmoden.blogspot.com

==========++++++++===========

Mungkin kamu sudah mengetahui tentang kisah ini dan saya akui saya agak outdated tentang kisah2 semasa.. tetapi itu tak menjadi hal kepada saya kerana saya tetap bersyukur kerana cepat atau lambat, kisah2 seperti ini tetap sampai kepada saya... Alhamdulillah.. hati saya semakin mencintai Al-Quran... dengan izin Allah.. saya ingin terus mendampingi kalamNya ini hingga ke akhir hayat saya.... Pesanan saya.. jadikan kisah ini sebagai iktibar agar kita sentiasa memuliakan Al-Quran dengan membaca & mempelajari isi kandungannya.. Semoga Allah Ta'ala merahmati kita semua hingga ke akhir hayat...

Ketahuilah rakan-rakanku sekelian, musuh Islam tahu bahawa kekuatan Islam ada pada al-Quran maka mereka terus berusaha menjauhkan umat Islam daripada al-Quran. Sebagai contoh, pemansuhan pembelajaran bahasa jawi yang merupakan perantaraan yg begitu penting dlm pembelajaran bahasa Arab & penguasaan Al-Quran. Selain daripada itu pencemaran bahasa arab dengan mengubah sebutannya dan mengurangkan penggunaannya sebagai bahasa komunikasi. Akhirnya orang arab sendiri lebih banyak menggunakan bahasa pasar daripada bahasa arab fasohah apatah lagi umat Islam yang berbangsa lain. Ini saya dapat perhatikan sendiri di negara Arab di mana rata-rata penduduk di sini lebih menggunakan bahasa pasar. Jadi apa faedahnya saya dan rakan2 mempelajari bahasa Arab yang tulen, sedangkan orang2 disekeliiling kami menggunakan bahasa pasar? jgn sedih... Ustazah saya pernah berkata.. walaupun bahasa Arab pasar ini lebih luas penggunaannya tp adalah penting untuk kita mengusai bahasa arab tulen kerana sedikit sebanyak kita dapat memahami bahasa Al-Quran dan ini adalah lebih bermakna... Sekarang ini saya dan rakan2 dalam proses pembelajaran.. dan saya akui secara peribadi.. pengamatan saya dlm bacaan Al-Quran terasa lebih menarik daripada sebelum ini yang mana dulu, saya hanya membaca terus menerus tanpa memikirkan apa kisah disebalik ayat yang saya baca itu. Oleh kerana saya telah mempelajari beberapa makna perkataan di dalamnya walaupun tidak banyak... semangat untuk membaca & mempelajarinya itu jadi lebih tinggi. Saya percaya rakan2 sepengajian saya juga mengalami pengalaman yang serupa. Alhamdulillah.

Maksud sebuah hadith nabi s.a.w:
Sesiapa yang inginkan akhirat maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan dunia maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin keduanya iaitu akhirat dan dunia maka dia lebih dituntut agar berilmu.

Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu ada terkandung ilmu yang lengkap yang merangkumi dunia & akhirat... membaca & beramal dengannya akan membawa kebahagian hidup di dunia & akhirat....


Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim... dengan ini saya, selaku moderator kasihrizHad.blogspot.com melancarkan kempen CINTAI AL-QURAN di blog ini... semoga kita semua mendapat hidayah & petunjuk dari Allah SWT ke jalan yang lurus dengan hikmah dari Kalam Suci Allah ini...


6.05.2009

Kisah Seorang Nenek...

Masjidil Nabawi yg saya kunjungi 2 hari yg lepas seperti biasa dikunjungi oleh ramai jemaah umrah dari pelbagai negara.. Hati begitu gembira melihat jemaah terutamanya dari Malaysia kerana sedikit sebanyak ia dapat mengubat kerinduan saya pada tanahair... Ohh.. bila la dapat balik ya.. hubby saya ada bagi hint2 jugak pasal nak balik Malaysia nih.. tp saya tak mahu terlalu mengharap... (huhuhu.. mcm sedih je bunyinye..)

Seperti biasa.. setiap kali kunjungan samada di Masjidilharam ataupun di Masjidil Nabawi saya berpeluang berkenalan dengan beberapa jemaah.. maklumlah dgn mulut saya yang agak ramah ni.. tak sedap pulak rasanya bila dah solat kat sebelah menyebelah tu tak mahu bertegur sapa.. at least saya akan salam dia dan tanya dia dari mana.. paling tidak pun.. cukup sekadar melemparkan senyuman jika dia tdk faham bbahasa Inggeris.. itu pun dah cukup.. selebihnya.. saya buat la aktiviti saya sendiri.. sesekali memerhatikan gelagat wanita2 di masjid tersebut... ada yang berzikir.. ada yg baca Al-Quran.. bersolat sunat, berdoa bersungguh2 hingga ada yg mengalirkan airmata dan tak kurang juga ada yg terlena.. tak kisah lah tu.. janji ada niat utk beriktikaf di Masjid apa lagi di dua Masjid Agung tersebut, sudah tentu pahalanya amat besar...

Yasmin saya kenali pada malam pertama saya di Masjidil Nabawi.. walaupun beliau dari London tp pegangan agamanya cukup kuat... saya sungguh kagum dengan pendirian Yasmin apabila mendengar Yasmin bercerita tentang agama. Selesai solat Isyak, dia telah mengajak saya ke Raudhah (iaitu satu tempat di dalam Masjid Nabawi yang disyariatkan oleh Rasulullah SAW sbg Taman2 Syurga). Saya dengan senang hatinya menerima ajakan tersebut dan mengikuti Yasmin ke satu kelompok warga Pakistan... Ohh.. rupa2 nya dia pandai berbahasa Urdu.. patutlah dia boleh join kumpulan tersebut... dalam pada saya bersesak2 bersama Yasmin dengan jemaah Pakistan.. saya terpandang seseorang yg saya yakin dia bukan warga Pakistan memandangkan dia bertelekung putih dan berbeg sandang yang jelas tertera perkataan Malaysia. Hati saya tertanya2.. mengapa nenek tu duduk di situ? saya pun ambil tempat betul2 mengadap nenek tersebut dan terus tanya dia... nenek nak masuk Raudhah ke? Kalau nak masuk, saya boleh tolong bawakan.. Ehh.. dak aiih.. nenek nak keluar ni.. tp ramai sangat orang.. nenek duduk la dulu kat sini... Katanya dengan loghat Kedahnya yg agak pekat. Saya nampak dia keseorangan dan saya tanya la dia datang dengan siapa.. dia cakap dia datang dengan anak lelaki dia.. Ohh.. patut la sorang2 je... (orang lelaki kan masuk masjid ikut pintu lain...)

Hajat saya utk memasuki Raudhah pada malam itu saya batalkan kerana saya rasa baik saya bantu nenek tersebut untuk mencari jalan keluar dari Masjid yang besar itu.. setelah bersalaman dengan Yasmin dan menyatakan yg saya tak dapat ikut serta ke Raudhah, saya mengikut nenek yang sudah mula bangun dari tempat duduknya.. dengan tubuhnya yg kecil dan agak bongkok.. saya lihat dia berjalan dengan perlahan sekali... nenek sakit kaki ni .. katanya.. Takpe.. nenek jalan perlahan2.. saya pimpinkan. Sempat juga saya
tanyakan bila dia akan berangkat ke Mekah dan berapa lama dia akan berada di sini.. Jawapan nenek tersebut membuat saya terdiam seketika.... Nenek pergi Mekah esok... kalau boleh nenek nak duduk mekah sampai habis puasa.. kalau panjang umur.. raya nanti nenek balik la.. kalau tak panjang umur... nenek meninggal la di Mekah nanti.. berdesup rasa hati saya bila mendengar jawapan nenek tersebut... sungguh berterus terang.... Rupa2nya nenek mempunyai anak perempuan yang bermastautin di Mekah yg membolehkan nenek tinggal selama itu... sungguh tabah hati nenek utk menghabiskan sisa2 hidupnya dengan melakukan ibadah di Kota Suci.. Alhamdulillah...

Dari pandangan peribadi saya nenek begitu beruntung sekali kerana di pilih oleh Allah menjadi tetamuNya beberapa kali. Dengan keadaan beliau yang sudah lanjut usia itu masih lagi diberi kesempatan untuk mengecap nikmat ibadah di Kota suci dan saya berharap ini bukanlah yg kali terakhir buat dirinya... yang selebihnya biarlah Allah SWT sahaja yang menentukan...

Dari jauh nenek tunjukkan anak lelakinya bersama kerusi roda yg diusung utk mengambil ibunya... lelaki dlm lingkungan 40an itu.. tersenyum melihat ibunya dan sekali pandang.. saya ternampak ada genangan air di matanya... Ya Allah... saya sungguh sebak.. mungkin anaknya ini sudah tawakkal bahawa Allah sentiasa melindungi ibunya yang uzur itu walaupun keseorangan di tengah lautan manusia di Masjid Nabawi itu..

Begitulah satu pengalaman yang agak menyentuh hati saya.. moga ibadah nenek tersebut dipermudahkan dan hajatnya untuk tinggal di Mekah hingga akhir Ramadhan nanti kesampaian.. InsyaAllah...

Kat bawah ni, ada beberapa gmbar yg sempat saya ambil di sepanjang perjalanan dan di hari kedua saya di Masjidil Nabawi sebelum kami bertolak pulang.. moga ziarah kami tidak akan terhenti setakat ini...... InsyaAllah..

Sepanjang jalan yang dipenuhi dengan bukit batu & padang pasir..

Masjid Qubaa' hentian pertama kami...

Kelihatan pintu untuk ke Makam Rasulullah SAW...

Salah satu pintu masjid.. masa ni.. banyak lagi construction in progress di sekitar masjid..

Merenung ke arah salah satu pintu masjid sebelum bertolak pulang...

Alhamdulillah... dah sampai... inilah kawasan perumahanku....

======================+++++++++++++++++==========================

Segala pujian-pujian tertentu bagi ALLAH seru sekelian alam. Pujian-pujian yang menyempurnakan dan menambahkan nikmat-nikmatnya wahai TUHAN kami. Kepada ENGKAULAH puji-pujian yang selayaknya dengan keagongan dan kebesaran kekuasaan-Mu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta sahabat-sahabatnya...

Ya ALLAH Ya TUHAN kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka.

Ya ALLAH Ya TUHAN kami, janganlah ENGKAU pesongkan hati kami sesudah ENGKAU beri petunjuk kepada kami, berilah rahmat dari gedung kemurahan-MU sesungguhnya ENGKAU lah TUHAN Yang Maha Pemurah memberi anugerah.

Ameen Ya Rabbal Aalameen..

6.02.2009

RizHad bercuti...

Salam semua kawan2 RizHad.. terima kasih kerana sudi memberi komen.. Maaf ye sebab saya tak sempat utk membalasnya kerana saya akan bercuti ke Madinah & mengunjungi Masjidil Nabawi selama 2 hari.. Saya akan membalas semua mesej kalian selepas balik dari bercuti...

Jumpa lagi..

Ma'as Salamah!