Utk pengetahuan semua, beliau adalah seorang usahawan wanita Melayu yg berjaya dalam perniagaannya. Beliau ada menerima tempahan gubahan perkahwinan dan 'cup cakes' utk tetamu majlis.... Berminat? silalah berkunjung ke blognya jika ingin menempah atau berkenalan dengan beliau...
Mengapa saya menyebut nama Kak Atie di sini? Sebenarnya, saya ada permintaan dari beliau utk buat satu N3 berkenaan dengan puasa ganti... sememangnya spt yg pernah saya nyatakan sebelum ini, saya bukanlah tempat rujukan yang paling tepat utk bertanya tentang hal-hal agama kerana ilmu yg saya ada masih lagi terlalu cetek dan tidak layak lagi utk bersoal jawab tentang Agama... semua artikel di sini adalah daripada hasil bacaan saya dan drpd majlis2 ilmu yg saya dpt dan saya olah perkataannya agar lebih difahami dan lebih ringkas... Tugas saya di sini adalah semata-mata utk berkongsi dan menyebarkan ilmu daripada apa yg saya perolehi itu... semata-mata utk mengajak manusia kepada kebaikan dan utk meraih keredhaan Allah SWT...
Walaupun demikian, saya akan cuba semampu yang boleh utk memenuhi permintaan Kak Atie. Sebelum saya berkongsi ilmu tentang puasa ganti... ingin saya sampaikan beberapa info yg saya dapat di Majlis Ilmu yg saya dan rakan2 hadiri pagi tadi....
Kebetulan, di kelas bahasa pagi ini... ustazah saya ada menyentuh tentang kebaikan beramal di bulan Syaaban dan amalan2 utama yg dianjurkan di dalam bulan ini iaitu seperti banyakkan Berzikir, membaca Al-Quran, Bersolawat atas Nabi Muhammad SAW, Berpuasa, Qiyamullail dan juga Bersedekah... ada juga sahabat2 yang berpendapat mengapa di dalam bulan Syaaban kita harus perbanyakkan amalan kita? Bukankah dibulan2 lain juga kita digalakkan untuk tingkatkan amalan kita setiap masa... Ya.. saya setuju benar dgn pendapat sahabat itu.... Tapi, apa pula keistimewaan bulan Syaaban ini?
Bulan Syaaban seperti semua sedia maklum ialah bulan di antara bulan Rejab & Ramadhan dan merupakan bulan yg manusia akan menerima byk ganjaran hasil drpd usaha ibadah kita selain drpd 4 bulan mulia yg lain.... yg dipanggil sbg bulan2 Haram... Firman Allah SWT: (Surah At-Taubah:36)
...... iaitu bulan Rejab, Muharram, Zulkaedah & Zulhijjah. Di dalam bulan2 ini kita diharamkan utk mencetuskan sengketa, berperang dan berbuat kejahatan.... kerana Allah SWT telah memilih bulan2 ini sbg bulan yg mulia.... di mana amalan ibadat di dalam bulan2 ini akan dilipat gandakan pahalanya dan juga segala dosa yg kita lakukan juga akan dilipat gandakan balasanNya... oleh itu, jauhilah berbuat dosa di dalam bulan2 ini dan banyakkan lah ibadat dan amalan sedekah.... tetapi, hanya di Bulan Syaaban sahaja Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan puasanya drpd bulan2 yg lain dan bukannya di dalam bulan2 haram.... mengapa begitu??
Di dlm entry yang lepas, saya ada menyatakan bahawa terdapat hadith sahih yang mengatakan bahawa Rasululullah SAW paling banyak berpuasa pada bulan ini. Sila rujuk di sini. Dalam hadith tersebut, Baginda SAW ada menyebut bahawa Baginda mahu amalan ibadat baginda diangkat ke langit dalam keadaan baginda berpuasa.... mengapa Baginda SAW berkata demikian?
Berkata Rasulullah SAW:
Yaa.. amalan kita sepanjang tahun akan diangkat pada bulan ini (Syaaban)..... jadi sebagai manusia yg tidak terlepas daripada membuat kesalahan dan lalai dlm beribadat, pada bulan inilah kita digalakkan berusaha utk memperbaiki dan menambah amalan kita agar apabila amalan kita diangkat utk dipersembahkan kepada Allah SWT... Allah akan menerima amalan kita dengan keadaan yg baik... Mudah-mudahan amalan kita sepanjang tahun hijrah 1430 ini diterima oleh Allah SWT.... Amin..
Ok, beralih pula pada topik ganti puasa @ puasa Qadha..... khas untuk Kak Atie dan sahabat2 saya yang ingin perbaiki amalan berpuasa...
Yazid ar-Raqqasy rahimahullah berkata kepada dirinya sendiri:
Ternyata.. puasa ganti bagi puasa Ramadhan adalah hukumnya Wajib... dan tidak ada sesiapa yang boleh menggantikan puasa tersebut selain daripada dirinya sendiri..... Firman Allah SWT....
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)
Jelas di sini, Saidatina Aisyah r.a. juga memperbanyakkan amalan puasa di bulan Syaaban tidak kira samada puasa sunat atau pun utk puasa Qadha. Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat Syawal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih:
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai ibadah puasa bersempena dengan bulan Ramadhan yang akan kunjung tiba tidak lama lagi... silalah layari laman web berikut:
http://www.soaljawabpuasa.co.cc/
Wassalam...














