Assalamualaikum.. selamat berhujung minggu bagi teman2 di Malaysia... dan bagi di Saudi.. selamat menyambung tugas kembali setelah selesai berhujung minggu di hari Khamis dan Jumaat.. Seminggu sudah kita berpuasa dan hari ini sudah masuk hari ke-8.. Alhamdulillah.... sekejap je kan masa berlalu? tup2 dah pertengahan Ramadhan.. tup2 dah nak raya... lepas tu raya haji.. dan kemudian dah nak masuk tahun 2010 pulak... umur pun makin lama makin bertambah angkanya... bukan semakin muda.. tp semakin bertambah kedut di muka... kalau ada buat perawatan muka.. mungkin tak nampak tua... ataupun.... yg dah semulajadi awet muda mcm saya.. ehem.. gurau je tu.. jgn ada yg terasa... :)Tajuk entry kali ni mcm suspen je kan... ini bukan cerita rekaan.. tp kisah benar yg berlaku 2 hari lepas pada saya... ikuti kisahnya seperti berikut...
Satu entry mengenai hujan dan ribut pasir di Saudi sudah selesai ku taip dan ku publish... Begitulah.. kalau mata tak boleh lena.. idea pula datang mencurah2 minta untuk diluahkan.. terhasil lah satu artikel pengalaman sendiri untuk diabadikan di blog ini dan untuk tatapan teman-teman.... Sekali lagi aku mengerling pada jam tangan di atas rak tv di sebelah laptop ku ini... sudah hampir jam 3 pagi... mata ku masih tidak mengantuk... tp pinggang dan badan ku sudah sengal2 akibat berlamaan di hadapan laptop... aku mengambil keputusan untuk bersahur... sememangnya jika keseorangan.. aku akan bersahur seringkas yang boleh.. kekadang hanya dengan seteguk air... tp kalau hubby aku ada... memang tak lepas dengan nasi dan lauk pauknya... selesai bersahur dgn setengah buku roti dan air zam2... aku naik ke bilik dan mengambil wudhu untuk solat sunat memandangkan mata ini masih segar bugar... selesai solat dan bermunajat serta berzikir.. jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi... untuk terus tidur selepas itu, tak mungkin... kerana solat subuh ku pasti akan terbabas.... jadi aku turun ke ruang tamu di tingkat bawah utk mengambil mushaf dan mengaji sementara menunggu azan subuh berkumandang...
Kaki ku hayun perlahan-lahan menuruni anak tangga di dalam gelap... sampai ke anak tangga terakhir... TING TONG! .. aku tergamam sebentar... Ah! hanya mainan perasaan ku barangkali... TING TONG, TING TONG! kali ini loceng ditekan oleh seseorang 2 kali.. aku dah cuak kerana memikirkan siapakah gerangan yg datang ke rumah aku pagi2 buta ni??! Lama aku tercegat di hadapan pintu.. berkira2 samada utk buka atau tidak pintu tersebut.. sekali lagi loceng kedengaran... cukup membuatkan telinga aku bingit... nasib baik aku lengkap berpakaian solat.. jika aku pakai baju tidur je masa tu.. kemungkinan besar aku akan abaikan je bunyi loceng tersebut dan terus sambung tidur.... Dengan sedikit keberanian yg ada.. aku lafazkan Bismillah dan bertawakkal kepada Allah ... daun pintu ku buka perlahan2 dan aku mengintai dari celah pintu.. kelihatan satu lembaga bersaiz dua kali badan aku.. berdiri di tengah2 kegelapan dgn angin di luar menderu ganas menerbangkan pepasir di halaman.. bunyi angin yg berdesir kuat itu.. menambahkan lagi gementar di dadaku.. mata ku yg sememangnya rabun itu cuba kubulatkan utk melihat siapakah gerangan makhluk tersebut..
Di dalam samar2 cahaya lampu dari ruang dapur rumah ku itu... aku dpt pastikan bahawa beliau adalah seorang lelaki berdasarkan pakaian yg dipakainya.. tanpa bersuara.. lelaki tersebut menghulurkan sesuatu dan tanpa banyak tanya aku pun mencapai benda tersebut.. Aduh! Ya Allah... rasa ingin terhempas dari tangan apabila benda yg dihulur di dalam gelap itu rupa2nya sungguh panas... aku lihat benda ditanganku... Ohhhhhhh... periuk rupanya.. aku tersenyum lega... tak tau samada dia nampak senyuman aku ataupun tidak.. lantas aku mengucapkan.. SYUKRAN ! lelaki tersebut terus berlalu setelah menjawap AFWAN ! .... dan dari cahaya lampu jalan.. aku dapat kenal pasti bahawa beliau adalah anak jiran aku.... rupa2nya, si dia datang nak hantar makanan sahur....
Laaaa suspen sungguh la... first time ada jiran hantar makanan utk sahur kat rumah saya ni... even dekat Malaysia pun tak pernah jiran2 hulur makanan pukul 4 pagi... Jiran2 kamu pernah tak buat terkejut pagi2 buta macam tu? Macam dalam rancangan JOM SAHUR kat TV3 pulak kan... hehe.. Itulah kelebihan orang2 di Saudi.. suka sangat beri sedekah makanan.... tak kira masa... Saya ni tengah dok fikir nak balas makanan apa kepada mereka.. cadangan nak buatkan bubur lambuk je.. ok tak ek? nak kena balas hantar makanan pukul 4 pagi jugak ke??? Biar betul korang ni.....
P/s: Bagi warga Malaysian-Yanbu dan insan2 yg berhati mulia sekalian... mari kita bantu En. Jais (Walangkopo) dgn menghulurkan sedikit wang ringgit utk membiayai kos chemoteraphy utk penyakit kanser yg sedang dialami... moga bantuan anda, dapat meringankan beban beliau di bulan Ramadhan ini... Semoga Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian..
Ma'assalamah!








