Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

11.08.2009

Catatan sebelum berangkat...

Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur Alhamdulillah kerana hajatku yang satu ini bakal menjadi kenyataan... tanpa perancangan awal.. tanpa disangka dan tanpa diduga... Allah SWT telah memberi peluang ini dalam keadaan kudrat dan tenagaku masih muda.. syukur padaMu Ya Allah di atas 'jemputan' paling istimewa ini... Hampir sebulan sebelum keberangkatan... tidur malamku sering tidak lena... pelbagai perkara menerjah di ruang ingatan.. menggamit pelbagai perasaan bercampur aduk... gembira, teruja, terharu, takut, berdebar2... dan yang pasti suatu perasaan yang tak dapat saya gambarkan di sini menguasai segalanya...

Perjalanan ini adalah perjalanan pertama kali.. perjalanan bersejarah.. dan perjalanan paling bermakna dalam kisah hidupku... perjalanan yang bukan sahaja membawa jasad.. tetapi perjalanan yang mendambakan seluruh kekuatan jasmani, rohani serta emosi diriku....tersilap langkah.. tidak bermaknalah perjalanan itu... hanya kepenatan dan kecelaruan jiwa yang akan dibawa pulang.. Astaghfirullahalazim.. minta2 dijauhkan... saya pasti.. semua yang akan menghadirkan diri dalam perjalanan ini pasti ingin mendapat apa yang dihajati... begitu juga saya..

Apakah kami tahu apa yg dihajati itu diperkenankan olehNya? tidak... semuanya atas urusan Allah yang Maha Kuasa... kita akan menyedarinya apabila kita dapati diri kita berubah kpd yg lebih baik dari sebelumnya.. dan amal soleh kita akan bertambah banyak dari semasa ke semasa....
dan sekiranya setelah kita pulang diri kita masih sama sahaja seperti sebelum2 ini... Wallahua'lam.. hanya Allah yg Maha Mengetahui.. kita hanya mampu berdoa dan berusaha agar semuanya akan berakhir dengan baik hinggalah ke akhir hayat kita nanti...

Niat itu adalah penentu segalanya.. niat kita dalam perjalanan ini haruslah diluruskan kepada yang hak.. iaitu.. KERANA ALLAH... bukan kerana sesiapa.. bukan kerana nama.. bukan kerana pangkat.. bukan kerana pujian atau sanjungan dan juga bukan kerana tidak mahu rasa ketinggalan... itu semua akan menjadi suatu perkara yg sia2 sahaja.... dan itulah yang saya cuba terapkan dalam hati ini.. hidup & mati ku adalah kerana Allah... dan disebabkan itu... saya memilih untuk menyertai perjalanan ini walaupun tanpa ditemani suami dan keluarga yg lain.. Ini sahaja pilihan yg saya ada ketika ini dan saya hanya bertawakkal kepada Allah.. Mungkin ini adalah ujian pertama yang Allah berikan utk saya.. Dalam hati ini sudah berkata2.. adakah saya akan kuat menahan rempuhan lautan manusia seorang diri? Adakah saya akan berdiri kukuh di dlm kesesakan jutaan umat tanpa ditemani suami? Di harap sahabat2 yg menyertai perjalanan ini akan banyak membantu agar saya tidak akan merasa diri ini keseorangan... Hanya pada Allah sahajalah saya bergantung harap ketika itu nanti agar DIA lindungi diri saya dan sahabat2 saya dan dipermudahkan segala2nya hingga ke akhirnya...

Tetapi....... Jika sudah tersurat ini adalah perjalanan saya yang terakhir... saya terimanya dengan Redha.. dan semestinya Ya Allah.. sebelum itu, Engkau bersihkanlah diriku ini dari segala dosa-dosa.. Terimalah segala amalanku... ampuni lah diriku.. terima lah taubatku Ya Rabb.. agar kembalinya diriku ke sisiMu nanti adalah sebagai hambaMu yang beriman dan bertakwa serta mendapat tempat yang mulia di sisiMu....

Dan tidak lupa.....

Ucapan buat Mak & Abah serta kaum keluarga yang jauh di Malaysia... Maafkanlah segala kesalahan diri ini semenjak saya kecil hinggalah kini... halalkan segala makan minum serta air susu dari Mak yang telah membesarkan diri saya... terima kasih atas segala pengorbanan mak dan abah yang amat banyak pada saya... restuilah perjalanan anakandamu ini.. iringilah doa yang berpanjangan sepanjang saya di sana nanti... InsyaAllah jika diizinkan saya akan kembali lagi ke pangkuan kalian semua... kerana itulah saat yg paling saya rindukan sentiasa ketika di sini...

Buat suamiku tersayang... redhamu adalah redha dari Allah... hanya itu yang saya impikan sepanjang menjadi isteri... Kemaafan yg tulus darimu saya pinta atas segala kesalahan agar perjalanan ini nanti diliputi ketenangan.. Terima kasih suamiku kerana menghadiahkan perjalanan yang paling bermakna ini... walaupun ianya tanpa kehadiran dirimu... saya tetap hargai dengan setulus hati... Andaikata, kita tidak bertemu lagi selepas ini.. berdoalah agar kita akan dipertemukan lagi di dalam keadaan yg baik di 'sana' nanti... InsyaAllah..

Buat sahabat2 di mana jua anda berada..... semua manusia tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan.. walaupun sekecil2 kesalahan sekalipun.. maafkanlah diri saya... bersihkanlah segala prasangka di dalam diri kita... tidak senyum bukan bermakna saya sombong.. tidak menegur bukan bermakna saya lupa... mulut terlanjur kata.. anggaplah ia suatu gurauan dan tiada langsung berniat buruk di dalam hati ini.. hanya Allah SWT sahaja yang tahu isi hati seorang insan yang bernama Dida ... dan oleh kerana itu, saya telahpun maafkan kesalahan sesiapa sahaja yg mengenali diri saya... saya ingin pergi dalam keadaan hati saya bersih.. dalam keadaan hati saya tenang.... jadi terimalah kata maaf dari saya ini... halalkan lah segala2nya.. biar walau saya pergi untuk selama-lamanya pun... saya tidak lagi meninggalkan kesan buruk dalam hati kalian....

Akhirulkalam sebelum saya berangkat... belanjalah harta yang ada ke jalan Allah... dan jagalah akidah dan suburkanlah takwamu dalam menjunjung agama ISLAM...

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha.. dan selamat menjalani Ibadah Korban....

Dengan rasa rendah dirinya hambaMu ini memohon dan berdoa....

"Ya Allah.. permudahkan lah segala urusan dan sempurnakanlah Ibadah Haji ku.. kurniakanku kesihatan yang baik dan tenaga yang banyak sepanjang di sana.. hindarilah diriku dari perbuatan yang lagha dan akhlak yang tercela.. jagalah tuturkata ku dari perkataan yg sia2.. Jauhkan lah diri ku dan para Jemaah lain dari sebarang malapetaka.. kurniakanlah ketenangan dan tingkatkanlah kesabaran diriku.... terimalah taubatku... terimalah segala amal ibadah yang akan ku lakukan di tanah suciMu nanti Ya Allah... Amin.."

Labbaikallah.. Hummalabbaik.... Aku sahut panggilan Mu Ya Allah....

11.06.2009

Update Pertama dr Rumah Baru



Salam.. Selamat Hari Jumaat..

Bersiaran dari Al-Bathnah... Yanbu, Saudi Arabia...

Urusan pindah rumah telah selesai.. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dari awal hingga akhir.. kami mendapat bantuan dari seorang hamba Allah iaitu seorang sahabat suami saya yang berbangsa Arab.. dari urusan mengangkat barang dan urusan pengangkutan semua dianggap ikhlas... tiada bayaran dikenakan.... kalau diikut2 rate pengangkutan di sini.. satu trip sahaja dah SR300... Syukur Alhamdulillah atas bantuan yang Allah berikan melalui insan yang berhati mulia ini... Semoga Allah SWT sahaja yg dapat membalas budi baik beliau di akhirat nanti...

Untuk pengetahuan.. since pindah hari tu.. baru 3 hari ni rumah baru saya dilengkapi dengan kemudahan internet... seperti yang sudah dijangka... talian internet di rumah baru ini agak lembab.. mungkin sebab tersalah pilih service provider ataupun memang kawasan perumahan ni memang coveragenya tak berapa bagus berbanding dengan kawasan rumah lama saya di Ar-Radwa dulu... overall saya memang agak kecewa sebab byk internet surfing & downloading activity saya terbatas dek kerana kelembapan dan selalu disconnected.... gara2 ini juga saya tak dpt nak download gambar di dalam blog saya... membuat urusan banking.. apatah lg utk mengunjungi ke blog teman2... huh... mmg betul2 menguji kesabaran saya ketika ini....

Itu masalah internet yg tidak berkesudahan... dan sila lah jangan risau sekiranya saya sudah lama tidak update selepas ini kerana selagi masalah ini berpanjangan... selagi itu saya kurang bersemangat utk update.... dan yg pastinya.. I'm no more homesick.. :) saya dah boleh sesuaikan keadaan saya di Yanbu ini dengan kehidupan yang bakal mendatang... semuanya saya berserah dengan ketentuan Allah SWT... dan saya berharap teman2 di Malaysia dan di mana jua anda berada tidak jemu utk menanti cerita dan info terbaru dari saya especially tentang musim haji nanti..... InsyaAllah, jika diberi kesempatan, kesihatan dan dipermudahkan olehNya....

Sebelum berundur diri... sedikit penyucian jiwa / hati untuk para bakal jemaah haji untuk dikongsi bersama:-

  1. Yakin & mempunyai aqidah yang sahih
  2. Ilmu / Kefahaman tentang Islam
  3. Pelihara solat 5 waktu
  4. Sentiasa menghabiskan masa dengan Tafakkur & Zikrullah
  5. Sertai Qiamullail
  6. Memberi sedekah samada dengan harta, anggota dan juga lisan
  7. Banyakkan berdoa
  8. Kurangkan gurau senda dan bercakap yang sia-sia
  9. Memperbanyakkan amal kebajikan
Sifat2 terpuji yang harus dipupuk SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS menunaikan haji.....

Sabar, Syukur, Ikhlas, Redha, Rajin, Pemurah, INGAT MATI, Bertimbang rasa, Taubat, Amanah, Berjimat cermat, Penyayang, Menepati janji, Tolong menolong & bertanggunjawab....

Sifat2 tercela yang harus dijauhi selama2nya....

Pemarah, Takbur, Riak, Mungkir Janji, Penipu, Pemalas, Mengeji, Bermegah, Bermuka-muka, Mengumpat, Pembohong, Mencerca, Sombong, Kufur Nikmat, Kedekut, Tidak Ingat Mati, Hasad dengki dan Khianat...

Moga akhlak kita semua dihiasi dengan sifat2 terpuji dan dilindungi oleh Allah dari sifat2 tercela...

Sekian, Wassalam...