Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

8.24.2008

Seminggu di Bumi Kenyalang

Salam bersiaran dari Kuching.. eh, silap.. dah smpai Pasir Gudang la.. bertolak hr Isnin 18hb dari Senai Airport direct ke Kuching dgn cuaca yg agak panas.. kami check-in di Hotel Harbour View di Leboh Temple yg berdekatan dgn Sarawak Waterfront.. dan semalam..Sabtu 23hb aku sudah selamat kembali ke Johor.. Alhamdulillah..

Hari pertamaku di Kuching merupakan hari yg paling mencabar buatku & Kak Ain.. kiteorang ingat.. cuaca elok smpai ke malam rupa2nya hujan lebat di senja hari.. apa taknya tengah2 berpusing2 di bandar Kuching nak cari jalan.. turun plak hujan lebat.. ntah berapa kali U-turn dan salah masuk simpang.. ops lupa plak nak bgtau.. 1st day smpai hari Khamis, kiteorang sewa Toyota Innova.. utk permudahkan urusan kiteorang dkt sana.. lepas tu, terpaksa plak tukar Ford Ranger.. drivernya ialah Kak Ain la.. memang dahsyat Kak Ain ni drive.. mcm nak racing pun ada gak.. satu je aku lemah tengok pemandu2 dkt Kuching ni.. drive kereta agak santai dan slow motion mmbuatkan kiteorang rasa tak sabar je.. (Jangan marah ye org Kuching).. dlm hujan2 lebat tu, akhirnya kiteorang smpai juga ke destinasi yg dituju.. iaitu SM Sains Kuching.. sampai2 dkt sana je.. urusetia2 karnival beberapa kali tanya mcm tak percaya yg aku & Kak Ain berjaya gak jumpa sekolah tu yg terletak agak jauh dari bandar Kuching.. Sebenarnya, cabaran yg tpaksa kiteorang tempuhi bila kiteorang find out yg dkt Kuching ni susah sgt nak jumpa signboard.. bygkan kiteorang main rrreeedah je mana2 jalan.. hari kedua ada sesat2 lagi.. masuk hari ke-3 dan seterusnya.. dah terror
dah..




Ok, cerita bab makan plak.. Sepanjang minggu aku kat sana, boleh dikatakan kiteorang asyik mkn seafood je.. antara makanan2 sarawak yg aku dah rasa ialah sayur Pucuk Midin msk ikan masin, Ambal msak smbal cili kering, Laksa Sarawak, Mee Kolok, Umai, fried oyster, udang galah bakar dan tempat mkn yg agak famous di Kuching yg kiteorang pegi ialah Restoran Asam Payak yg terletak di Satok Road dan Topspot food court yg terletak di atas bangunan taman letak kereta.. happening tau tmpat tu.. dan satu lagi tempat.. iaitu Rock Road Seafood Restaurant (tmpat ni boss aku, Norlida nak pegi tp time kiteorang smpai sana kitchen dah close..jgn boss aku yg mengandung tu kempunan dah lerr..) kalau korang gi bercuti ke Kuching, pastikan korang mjamu selera di tempat2 yg aku bgtau ni.. aku bgtau kak Ain, kalau la hari2 mkn sedap mcm ni.. rosak program diet aku.. nasib baik dah nak dekat bln puasa.. heheh..

Hari terakhir iaitu Jumaat dan khamis baru la kami dpt bershopping sakan.. geram aku tengok barang2 kraf dkt sini.. murah2 especially pasu tembikar.. makanan tradisional sarawak spt Tebaloi, kuih cincin dan kuih mcm kuih bangkit yg dibuat dari sago (x tau nama dia apa).. dan tak lupa gak ikan terubuk masin dan kek lapis Sarawak.. kira mission aku kali ni berjaya gak la sbb apa yg aku nak cari boleh dikatakan smua dapat.. Alhamdulillah.. Sampai la hari kiteorang nak berangkat pulang.. mencabar gak ni.. bayangkan kiteorang berdua.. bawak 5 kotak.. 1 drum popup banner & 4 roller banner campur baggage bag kiteorang lagi nak tau kiteorang kena byr berapa utk excess baggage?? pegi balik ada la 1K lebih.. hmmm..mmg btul2 menguji kekuatan fizikal, mental & poket kiteorang.. itu la yg aku dpt rumuskan ttg journey aku ke Kuching... apa2 pun, aku happy krn diberi peluang sampai ke negeri Borneo Bumi Kenyalang ini.. alamak.. terlebih sudah!



1 comment:

Ismael Zaharee said...

salam.. nice blog..

Sbnrnya, saya nk bertanya, boleh x bg kontek no kereta innova yang awak sewa tu? sbb saya nk travel ke kuching. Harap dapat membantu..