Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

10.01.2008

1 Syawal ^ Raya Pertama ^

Assalamualaikum... Episod kisah sedih di pagi raya sudah berlalu... petang2 raya ni, kami tak ada plan nak kemana2 & tunggu la sesape yg nak datang beraya ke rumah aku ni.. esok aktiviti ziarah ke rumah sedara mara akan bersambung lagi... so, tengah boring2 kat umah ni... apa lagi, posting la gambar2 di pagi raya pertama.... nak tengok tv boring.. nak tido, mata x mengantuk.. jd melayan la luahan perasaan dlm ruangan blog aku ni..

Lepas smbhyang raya, spt biasa acara bermaaf-maafan pun bermulalah.. dlm ramai2 aku dgn adik ku yg no. 7 je yg meleleh airmata.. yg lain steady je... mgkin aku ni 'hati halus' kot... akhirnya panggilan telefon yg kutunggu2 telah aku terima.. sape lagi.. hubby aku la... mula2 rancak je beborak.. lama-kelamaan.. nafas tetiba mnjd sesak.. suara tsekat2.. dan Nah! berjuraian lagi airmata duyung nih.. dgn suara yg teresak2 aku memohon ampun dari hubby ku dipagi raya tanpa salaman, tanpa tatapan wajah... hanya suara pencetus kata2... aku tau, hubby ku pun x dpt control kesedihan dan menitiskan airmata.. cuma dia masih dpt mempertahankan kemachoan suaranya...

Destinasi pertama di pagi raya pertama ialah di rumah kakak iparku.. di sinilah setiap tahun kami sekeluarga shooting drama airmata di mana tiada pengarah di sebalik kisah raya yg sedih ni... bertambah2 lagi, sorang drpd ahli keluarga kami jauh diperantauan... jd kisah raya kali ini agak sadis bg aku... Lagi pulak, hubby ku telah mengirimkan emel raya buat tatapan seluruh keluarga kami.. memang mengharukan.. Terbayang di wajah masing2 kerinduan pada ahli keluarga mereka yg sorang ini..... anak buah ku (Farihin) yg masih belum mengerti apa2 pun turut menangis bersama kami.. smpai terkencing2... habis baju raya dia...terpaksa la pakai baju & seluar besar mcm dkt gmbar atas ni.. tengok2 nak tgelak pun ada.. tp tahun ni, gelak tawaku agak terbatas... paham2 je la kan... sekian dulu... Salam Raya!

No comments: