Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

10.24.2008

PEP Convention, Exhibition & Closing Ceremony

Semalam, berakhir sudah assignment terbesar aku pada tahun ini.. 4 hari aku bermalam di Eden Garden Hotel untuk menguruskan majlis penutup 'Plastic Education Program 2008' yg bertemakan 'My Eco-Science Project' melibatkan 10 buah sekolah di sekitar Johor . Projek yg berlangsung selama 6 bulan ini meninggalkan byk kenangan kpd committee members kami yg telah bersusah payah untuk menjayakan projek perintis yg julung2 kalinya dianjurkan oleh Titan.
Aku berpeluang melawati ke semua sekolah dan melihat sendiri hasil kerja pelajar2.. Apa yg boleh aku katakan.. aku kagum dgn usaha yg ditunjukkan oleh peserta2. Antara kenangan2 yg tak boleh aku lupakan ialah sehari selepas hubby aku berangkat ke Arab Saudi aku ditugaskan pergi ke Kukup, Pontian & Gelang Patah untuk meninjau keadaan projek2 sekolah di sana.. Bayangkan la dgn keadaan mood yg tidak menentu, dgn suhu kesedihan aku yg belum reda lagi pada saat tu.. aku gagahkan juga.. satu lagi peristiwa yg melucukan bila.. sandal yg aku pakai terputus talinya semasa lawatan ke SMK Tmn. Pelangi Indah.. dgn jalan yg terdengkot2.. aku dgn muka tebalnya mintak cikgu sekolah tu paku tekan dan apa yg aku buat, aku gunakan paku tekan tu.. aku pakukan pada tapak sandal aku tu.. nasib baik... bertahan jugak la satu hari.. walaupun terpaksa control jalan.. (maklum la.. aku kan jalan laju..)
Dlm byk2 siri lawatan.. lawatan ke SMK Tg. Datuk di Pengerang, Kota Tinggi la yg plg jauh sekali.. sampai jugak aku dkt kawasan paling hujung di selatan peta semenanjung... sbuah kawasan perkampungan nelayan yg tenang dan mendamaikan... Aku ingat.. kalau senang2 aku nak dtg lagi la tempat ni.. kalau hubby aku rajin la nak bwk aku... Ok, berbalik pada cerita ttg projek tadi... keputusan sekolah mana yg menang pun telah diumumkan.. SMK Tg. Datuk dgn projek yg dinamakan "The Great Wall of Plastics" telah menjuarai pertandingan ini dan telah menewaskan 9 buah sekolah yg lain.. Sekolah Tun Fatimah sbgai naib juara, dan SMK Tmn. Pelangi Indah menduduki tempat ke-3. Kategori lain spt Persembahan, sekali lagi diungguli oleh SMK Tg. Datuk, Kategori Pameran booth dimenangi oleh SMK Bandar Putra, Kulai dan Kategori Pengurusan Projek Terbaik dimenangi oleh SMK Pasir Gudang 2. Manakala, SMK Tun Syed Nasir Ismail pula telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Juri.
Sila klik utk baca keratan akhbar:-
Last but not least, special thanks to En. Rohiman dan Norlida (bos2 aku yg byk beri tunjuk ajar dan mmberi peluang kpd aku utk mengalami pengalaman yg berharga ini), all sub-committee members yg banyak membantu sepanjang perjalanan majlis especially Kak Dinah, Kak Sally, Kak Mis, En. Bakar, Kak Rosnihan dan ramai lagi.. minta maaf jika nama tak dsebutkan di sini.. dan juga org yg telah menyelamatkan aku banyak kali .. iaitu Kak Norah.. thanks a lot kak.. sbb dia byk sgt tolong aku di waktu2 kecemasan.. dan tak lupa juga pada Kalpana sbb bagi aku print kaler guna printer dept dia.. dan semua2 la yg terlibat secara langsung & tak langsung.. lepas ni, kalau ada program dgn PR dept lagi, jgn serik nak join lg k.. All in all... legaaaa......... sgt2 projek ni da berakhir.. ada lagi projek lain menanti bln 11 ni.. hmmmm.. selagi belum berhenti.. selagi tu la kerja tak habis2..

2 comments:

joeanaksening said...

ini sekolah pakcik lah ; seningboyz 1988-1990,he.he.he cantikkan..

Dida... said...

ohhh... seningboyz sekolah dekat sini... baru tau... hehehe...