Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

12.08.2008

Salam AidilAdha 1429H

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha ku ucapkan buat umat Islam di seluruh dunia semoga ibadah korban yg telah ditunaikan diterima disisi Allah s.w.t. dan tak lupa juga selamat menjalankan ibadah haji kepada muslimin & muslimat yang sedang menunaikan haji pada tahun ini khasnya buat hubbyku & rakan2 seperjuangannya di Yanbu... kami sekeluarga sentiasa mendoakan agar mereka selamat pergi & selamat kembali dengan membawa seribu satu pengalaman yg tiada tolok tandingnya... sedangkan ibadah umrah sahaja telah meninggalkan kesan yg mendalam dlm hati, apatah lagi pengalaman melakukan rukun Islam yg ke-5 ini...
>
Hubbyku & rakan2nya telah terdahulu dijemput Allah s.w.t. untuk mengerjakan ibadah Haji dan aku.... entah bila lah akan sampai masanya... hanya doa & harapan yg dapat aku titipkan agar suatu masa nanti, jika dipanjangkan umur & dimurahkan rezki, aku diberi peluang melakukan ibadah yg mulia ini.. mudah-mudahan... InsyaAllah...

Hari ini 10 Dzulhijjah, mereka sedang menuju ke Mina untuk bermalam di sana dan melakukan ibadah melontar Jamrah...

Semoga perjalanan ibadah hubbyku & rakan2nya diberkati & dikurniakan dengan haji yang mabrur.... Amin Ya Rabbal Alaminnn...

No comments: