Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

12.11.2008

Siapa kita??

Bismillahirrahmanirrahim..

Mari kita mengenal diri kita dahulu daripada kita mengambil tahu tentang perihal orang lain.. inilah antara mesej yang aku fahami dari entry di RizHad kali ini. Aku tertarik dengan kandungan emel yang aku terima dari seorang hamba Allah yang bertujuan untuk berpesan2.. sambil mengingatkan diri sendiri.. bagi ku, emel seperti ini amat bagus untuk mengejutkan aku dari alpa mengingati urusan duniawi. Teringat semasa aku menjadi junior difakulti tempat aku belajar 7 tahun dulu.. dengar kakak2 senior memberi tazkirah untuk penyucian jiwa.. memang menginsafkan... tp sekarang? peluang untuk mendengar tazkirah walaupun tazkirah yang pendek memang susah.. nak harapkan siaran tazkirah di tv... hanya rancangan hiburan je yg banyak memenuhi slot Primetime.. alternatif lain?? memang banyak.. antaranya Baca Buku Agama... Bukan tak ada buku2 agama hubby aku dekat rumah ni.. satu almari.. buku2 agama yang ayahanda aku tulis pun ada... kalau nak baca boleh sangat.. bukan malas.. cuma tak rajin je nak baca... hehehe.. nasib baik ada alternatif lain menyampaikan tazkirah melalui emel... kadang2 terkesan juga di hati smpai boleh menitiskan airmata.. ye lah.. kita ni banyak sgt buat benda2 yg lagho.. kalau tak ada org yg mengingatkan.. boleh hanyut.. terima kasih lah kepada yg mengirim emel2 seperti ini.. smoga pahala mereka menyampaikan perkara yang baik.. berpanjangannn.. Bersesuaian dgn tajuk entry kali ini.... Mari kita nilai SIAPA KITA??
>
>
Siapakah orang yang SOMBONG?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
>
Siapakah orang yang telah MATI HATINYA?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
>
Siapakah orang DUNGU kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
>
>
Siapakah orang yang KUAT?

Nak tahu jawapannya?? klik untuk baca lagi SIAPA KITA...

No comments: