Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

4.01.2009

Alkisah 3 Cerita

Ada 3 cerita menarik yang ingin aku kongsikan di sini berkenaan dengan 1 APRIL…so, layan je lahhhhhhhhhh……

1 April…. org2 barat panggil April Fool iaitu hari mempersenda2 kan atau menipu orang lain. Aku pasti ramai sudah maklum bahawa kita sebagai orang Islam tidak seharusnya menyambut April Fool kerana ia merupakan perayaan yang disambut oleh orang bukan Islam dan cara sambutannya agak tidak bermoral iaitu dengan memperbodoh2kan atau menipu seseorang dengan tujuan untuk bersuka-suka. Jadi, kita sebagai orang Islam yang mempunyai akal fikiran yang waras, tak payah lah nak dok ikut2 budaya orang barat ni.. tak ada faedah nya.....

Actually, aku ada buat kajian sikit tentang sejarah 1 April ni.. ada banyak sumber & beberapa peristiwa yang dikaitkan dengan 1 April.

Cerita pertama yg aku cedok dari sebuah website iaitu terjadi pada tahun 1582 di France iaitu pada abad ke 12, di mana pada masa tu, posmen menghantar surat masih lagi dengan berjalan kaki. Bayangkan lah… kalau dkt Malaysia je.. nak hantar surat dari JB ke Kedah… pakai jalan kaki je… mau berbulan2 baru sampai… ish.. ish.. ish.. Alkisahnya waktu tu, perayaan tahun baru di France disambut setiap 1 April. Apabila calendar baru pertama kali diishtiharkan pada tahun itu, di mana tahun baru bermula 1 Januari, ada sekelompok masyarakat yg terlambat terima pengumuman tersebut sehingga setahun lebih lamanya.. Oleh sebab itu, mereka terus menyambut perayaan tahun baru pada 1 April. Jadi mereka ini sering diketawakan penduduk lain yg telah tahu penukaran tarikh tahun baru tersebut. Tradisi ini mula bersebar ke England dan Scotland pada 18 masihi. Seterusnya ke Amerika Syarikat dalam bahasa English dan French. Hinggalah ke hari ini, April fool dirayakan diseluruh dunia dalam bahasa dan budaya masing-masing.

Cerita kedua iaitu mengikut sejarah Muslim Sepanyol iaitu pada tahun 1487 atau 892 hijrah. Perayaan April Fool dimulakan dengan peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap Negara Sepanyol dimana sepanyol pada masa itu berada di bawah kekuasaan Khalifah Islam. … Beberapa kota di Sepanyol telah berjaya ditawan oleh tentera Salib dan Granada merupakan kota terakhir yang dapat ditakluki. Penduduk Islam Sepanyol yg juga disebut 'Moor' terpaksa berlindung dari tempat persembunyian. Pasukan tentera Salib tersebut telah membuat tawaran kepada penduduk Islam Granada bahawa mereka boleh keluar dengan aman dan boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat. Apabila penduduk-penduduk muslim yakin dengan tawaran tersebut setelah melihat kapal-kapal telah disediakan untuk mereka maka ribuan orang muslim telah berkumpul di pelabuhan. Sebaik sahaja mereka berada di dalam perut kapal, tentera salib tersebut melancarkan serangan dengan membakar kapal2 tersebut dan orang Muslim itu dibantai hingga air laut menjadi merah kehitam-hitaman disimbahi darah. Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji itu terjadi pada 1 April 1487 dan dikenang sebagai ‘The April Fool Day’. Cis sungguh pasukan tentera bersalib ni kan…

Cerita ketiga terjadi pada tahun 1979, di sebuah kampung di Johor Bahru iaitu Kampung Melayu Majidee. Lahirlah seorang bayi perempuan di sebuah rumah yang terletak di Jalan Muafakat pada Yaum Al-Ahad. Bayi tu sekarang dah umur berapa yek? kira la sendiri… tak boleh panggil bayi lagi lah… hehehe.. bila dah meningkat umur ni.. macam2 la ilmu yang dia dah pelajari.. so, mana yang baik dijadikan tauladan.. yg buruk jadikan sempadan… InsyaAllah.. lepas ni hamba Allah ni nak sambut hari lahir dalam bulan Islam la pulak.. iaitu.. pada setiap 3 Jamadil Awal maknanya tahun 1430 ni.. tarikh lahir dia… jatuh pada 28 April ni… lambat la pulak… huhuhu… … payah jugak nak ingat ye… bukan apa.. bila cakap 1 April tu.. mcm tak syok la nak celebrate… tapi, kalau sape2 nak wish birthday tu.. tak ada masalah.. akan di terima dengan hati yang terbuka… Jazakallahu khairan Kathira… really appreciate it!

Hmmmm… bila ingat2 hari lahir ni, elok juga kita sentiasa mengingati hari kematian kita yg kita sendiri tak tau bila.. jadi renung2kan dan selamat menambahkan amalan… peringatan buat diriku dan pembaca2 blog yg disayangi sekelian… Wassalam!

No comments: