Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

3.29.2009

Konvoi la pulak..

Satu pengalaman yg mencabar buat driver2 kereta yg mengikuti konvoi ke Mekah & Jeddah.. sape lagi.. husband2 kiteorang la yg jadi 'driver' nya.. kami berkonvoi sebanyak 5 buah kereta yg disertai oleh.. me & my hubby, Zaki & family, Reza & family, Halimbo & family, Hj. Md Zain & wife, Mail & wife dan pasangan bujang, Jo Kek & Rezal lab. Termasuk anak2.. ada 23 orang semuanya… Actually, dah lama aku tak ikut konvoi2 mcm ni.. kira dkt Yanbu ni… first time la…

>

Bertolak dari Yanbu hari rabu petang jam 1745hrs…. Tiba di Miqat Juhfah lebih kurang 10 minit ke waktu Isyak untuk solat sunat dan niat ihram… kami tiba di Mekah dalam pukul 11 mlm.. masing2 selesai buat umrah lebih kurang pukul 12 lebih… sementara menunggu semua selesai buat umrah, kami berdua pergi la survey hotel2 yg berdekatan.. kebanyakan hotel2 semuanya dah fully booked.. Alamak... panik sekejap.. kat mana la kami semua ni nak bermalam… worst come to worst, plan B kami ialah bermalam di Jeddah jika takde bilik di Mekah.. at last, pukul 3 pagi.. baru la kami jumpa hotel di belakang Hijjaz Palace (SAR160/per night).. nasib baik tak jauh dari Masjidilharam… punya la penat dan mengantuk… kesiannn…

>

Mekah (day 2) – Selepas Zuhur, selesai buat tawaf Wida' kami terus check out dalam pukul 2 ptg… rupa2 nya.. time check out.. pasangan bujang ni belum buat tawaf wida' lagi… sape lagi.. Jo Kek & Rezal la… so bermula la sesi menunggu… Yang lain semua menuju ke Masjid Siti Aishah di Tana'im sebab kami semua park kereta dekat sana.. hanya aku & hubby & Hj Md Zain & wife.. je yg masih menunggu di Masjidilharam…. akhirnya, dalam pukul 4 lebih jugak kami bertolak ke Jeddah… penat menunggu nih… (Jo.. kau kena buatkan kami kek tau sebab upah menunggu.. heheh..)

>

Jeddah (day 1) – sampai di Jeddah hampir waktu Isyak.. gara-gara org yg bawak kiteorang tu terlepas simpang… jadi, kami telah terbabas sampai 140 km… jauh tu.. sepatutnya 45 minit je dah boleh sampai Jeddah… destinasi pertama kami ialah ke kompleks Tabung haji sebab katanya ada Expo jualan barangan dari Malaysia… konon-kononnya nak membeli rempah ratus dari M'sia la.. sebab dekat sini payah nak dapat… yg ada jual dkt situ cuma sos & kicap je… hampeh! selebihnya ialah jualan makanan dari M'sia… sempat la makan sate & nasi impit, ABC & samosa… taknak makan banyak sebab nak spare ruang perut nak makan Tomyam dekat Asia Restaurant la katakannn… Abg Zuraili (Villa bayu) n Kak Ina (Mama Bungas) yg tolong guide kami utk kesana.. dan bermula la thrill perjalanan kami… Asia restaurant kemana… apa kemana… daripada 6 biji kereta.. tinggal la 3 biji kereta je.. yg lagi tiga.. kereta Abg Zuraili, mail & reza… dah hilang ntah ke mana… at last.. Reza decided utk pulang ke Yanbu setelah penat ber'tawaf' di Jeddah.. dan kami 3 biji kereta ni… decided stay dekat apartment Al-Imti'az malam tu.. sebab dah tak larat lagi nak teruskan perjalanan…. ish.. ish . ish.. kesiannnn…..

>

Jeddah (day 2) – 1030hrs.. check out.. dan terus menuju ke Corniche iaitu sebuah kawasan bandar di Jeddah.. kami janji nak jumpa Mail & yg lain2 dekat situ.. sempat la bersantai di tepian pantai kat sana.. walaupun cuaca agak terik… tapi sejuk tau… angin kuat yg bertiup langsung tak rasa panas… patutlah ramai family arab selamba je berpiknik time matahari tegak di langit kat pantai tu… lepas solat Jumaat di masjid tepi pantai tu… kami semua menuju la ke Asia Restaurant utk makan tengahari.. nasib baik jumpa.. kalau tak, kempunan la kami.. tak pasal2.. balik Yanbu nanti termimpi2 makan tomyam..huhuhu… pastu bila perut dah kenyang… destinasi terakhir kami ialah ke Aziz Mall… ingat nak shopping.. tp terpaksa cuci mata je la… sebab kebanyakan harga barang2 dekat situ.. mak aiii… tersangat la "murah" nya… Akhirnya, kami tiba di Yanbu lebih kurang pukul 9.30mlm…. ok, cukup la sampai di sini… InsyaAllah.. RizHad akan meneruskan pengembaraan ke lain destinasi minggu depan… itupun kalau hubby aku belum start keje shift… sekiannn….


No comments: