Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

5.13.2009

Apa Dah Jadi.. Apa Nak Jadi????

Salam buat warga Malaysia tak kira di mana anda berada… moga ceria & sihat walafiat hendaknya…


Malam ni aku tak tahu la nape tetiba satu semangat menjalar ke jari-jemari aku ni utk menaip entry yang bagi aku mungkin akan mengundang pelbagai reaksi para pembaca blog ni samada yg akan terus memberi komen tak kira samada +ve atau –ve…. ataupun reaksi tu hanya terpendam dlm lubuk hati masing2… tak kisah lah.. janji hak bersuara itu milik semua orang kan..…


Dalam melayan boring sensorang dkt rumah since hubby aku dah 2 hari keje shift malam… tanpa aku sedari… byk juga laman web yg aku dah jelajah.... tp bukan laman web yg sensored k… (buat pengetahuan.. laman web XXX tu dkt KSA ni telah dibanned oleh kerajaan Arab Saudi) jd selamat lah rakyat2 saudi ni dari gejala-gejala yg tak sihat… Wallahualam.. tak tau la kat daerah lain di Saudi ni.. tp yg penting, rumah aku kat YANBU ni CLEAN dr sbrg anasir laman web yg tak sihat ini OK… huh.. jenuh gak nak explain.. bkn apa… kite bkn tau apa ada dlm otak para pembaca ni.. mcm2 andaian & tafsiran yg akan di buat.. tp aku tak salahkan diaorang.. sebagai blogger, kite kena pandai mengadun ayat supaya para pembaca tak salah faham dengan maksud penulisan kita tu kan…. lantak pi lahhh… janji aku tak buat.. and Allah tahu apa hambaNya ini lakukan….


Ok, lah.. terpanjang plak mukadimahnya…. straight to the point… laman web yang aku maksudkan itu ialah.. laman web POLITIK.. hhaaa.. jgn tak caya.. aku ni patriotik gak tau.. nmpak je mcm nih.. tp semangat kecintaan kepada Negara itu tetap tebal di lubuk sanubariku ini..hahhaha… walaupun lokasi tubuh badan aku ni beribu batu jauhnya dari negara tercinta.. tp hati aku tetap berada kat sana… Hidup di perantauan bukan satu alasan untuk kita memekakkan telinga, membutakan mata dengan apa2 yang berlaku di tanahair kita itu… so, the point is.. kena lah ambil tau jugak kan


Ahh.. sudah… nak berpolitik plak si Dida nih… heeeee… nape?? tak bleh ke? salah ke? hina ke org yg nak berpolitik nih?? kataku dengan senyum sinis.. aku dah cukup dewasa utk berpolitik… politik dan agama Islam tidak boleh dipisahkan... tu bukan aku yg kata.. bila dlm Al-Quran pun ada terkandung hal2 politik.. so korang fikir la sapa agaknya yang berkata2 dlm Al-Quran tu ya.... sudah tentulah YANG MAHA BERKUASA daripada segala pemimpin yg ada kat dunia ni.. So, jgn la pandai2 nak tolak hukum yg ditetapkan oleh Allah.. kelak binasa jadinya.. Ewahhh.. emosi lak si Dida nih... bg rakyat Malaysia, adalah menjadi tanggungjwb aku utk memastikan Negara Malaysia diperintah dengan aman, adil & mengikut lunas2 agama Islam... kan ke itu tanggungjawab setiap rakyat… selain drpd Tanggungjawab kpd ALLAH, Tanggungjawab kepada KELUARGA, Tanggungjawab kepada DIRI SENDIRI, Tanggungjawab kepada MASYARAKAT TANGGUNGJAWAB KEPADA NEGARA juga adalah komponen penting untuk menjadi manusia yang bertanggungjawab di muka bumi ini… Ada gak org kata… Ahhh.. tak payah la amik tau pasal politik Negara….. kita jaga hal kita sendiri dah laaa… orang mcm ni lah yang akan merugikan negara malah tanpa disedari, merugikan dirinya sendiri…. Bila berlaku sesuatu yang tak diingini pada pemerintahan negara kita.. dan bila negara berada dalam keadaan tak stabil.. ekonomi negara pulak tak menentu… haaa.. time tu la baru la nak merungut… macam2 la yg dikomplennya…. padahal tanggungjawab pada negara tak nak tunaikan… tu lah org2 tua kata… dah terantuk baru nak termengadah… ada lagi ke orang mcm ni dkt Malaysia??




Hhmmmm.. berbalik kepada tinjauan aku dkt beberapa website politik ni.. skang tgh hot pasal isu di negeri PERAK…. mcm2 hal…. nape la boleh jadi mcm tu… walaupun aku bukan orang PERAK.. tp tersentuh jugak la hati aku bila membaca rentetan peristiwa yg berlaku kat sana… APA LA NAK JADI.. perebutan kuasa yg melampau2… PEMIMPIN DI PILIH untuk berkhidmat kepada rakyat… persoalannya.. MB yang sorang lagi tu.. DIPILIH OLEH RAKYAT dengan secara sah ke? malu la weii dgn negara2 lain yg dok perati kan percaturan politik negara kita yang kadang2 aku tengok mcm cite Hindustan pun ada… Bagi aku senang je… HAK UNTUK MENENTUKAN SIAPA YANG BERHAK MENTADBIR NEGERI PERAK HENDAK LAH DIBERIKAN KEPADA RAKYAT PERAK.. BIAR RAKYAT YG MENENTUKAN SIAPA PEMIMPIN YG MEREKA KEHENDAKI… BUKAN MAHKAMAH, BUKAN SULTAN YANG MEMBERI KATA PUTUS kalau parti kerajaan menang.. kita berikan hak pemerintahan kepada parti kerajaan.. dan begitulah juga sebaliknya jika parti yg satu lagi tu menang… HABIS CERITA… Kan senang je tu.. apa yg nak buat smpai complicated sangatttt…. kalau buat mcm tu.. baru lah adil.. dan aku gerenti.. takkan ada org yang akan pertikaikan keputusannya apabila SUARA RAKYAT sudah membuktikan siapakah MB pilihan mereka…. hai.. entah la labu.. risau teman memikirkan suasana politik di bumi Malaysia ku yang tercinta itu……


BILA LAH KEKALUTAN POLITIK DI PERAK AKAN BERAKHIR… KESIAN TEMAN TENGOK RAKYAT PERAK… SABAR LA YEOP.. SIKIT MASA LAGI.. BERAKHIR LA TU.. berdoa la agar keputusan memihak kepada pemimpin yang benar2 ingin membela rakyat.. bukan pemimpin yg hanya memerintah untuk kepentingan diri sendiri…. Kita tunggu keputusannya nanti…tentu ada hikmah di sebalik kejadian... Nasib baik majority pekerja Malaysian Yansab kat Yanbu ni warga JOHOR & TERENGGANU… so kehangatan isu ni takdelah terasa sangat… cool je org JOHOR & GANU kan.. yang lain2 pun cool jugak… Cuma korang tak majoriti je kat Yanbu ni.. but anyway.. We in YANBU are proud to be MALAYSIAN..


Wallahu'alam..

2 comments:

Anonymous said...

Dida,

memang boleh sesak napas bila kita dok pikirkan benda2 nih smua! Politikus yg bacin! Tikus pun tak bacin mcm ni sekalik!!hahahah

Yang penting saya mengharapkan rakan2 di arab sana selamat dan sihat semuanye....Jangan dok pikirkan pasal pilitikus kat sini (Msia)sebab dah ada org yg dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tanggungjawab tersebut.

Dida... said...

K. Yan..

Mmg taknak pikir... tp as Malaysian.. kite kena amik tau dan bagi moral support... walaupun kita dok jauh diperantaun.. x patut rasanya kalau kita buat tak tau je.. at least, walaupun dgn hanya menulis diblog.. kita dah smpaikan pendirian kita sebagai rakyat yg cintakan keamanan.....

jgn fikir.. kita mencari rezki dirantau, tetapi negara kita porak peranda kita boleh berpeluk tubuh je... bak kata k. yan, mmg ada org yg dah dipertanggungjawabkan.. tp sbg rakyat, kita harus lah menunjukkan rasa prihatin walaupun tak dpt menolong dr segi lain...

Anyway.. thanks 4 ur comment.. smoga akak di M'sia juga sihat sejahtera hendaknyaa....