Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

8.03.2009

RizHad offline... & Petunjuk Kehidupan...



Salamun alaik... ya asdiqii..

Kemungkinan saya akan menyepi dari dunia blog agak lama kerana kesibukan saya sekarang... InsyaAllah, kita akan bertemu lagi di ruangan maya ini sebaik sahaja masa & keadaan mengizinkan... sebelum itu.. ingin saya meninggalkan sedikit pesanan utk sahabat2 agar kita sama2 jadikannya sebagai tunjang kehidupan kita seharian.... iaitu Ikuti lah petunjuk di dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya yg mulia agar kita tidak tersesat di dalam amalan kita sepanjang masa...

Sesungguhnya kematian itu tidak mengenal usia, dan datang tidak semestinya menunggu kita dalam keadaan sakit atau dalam keadaan bahaya... Mutakhir ini, sudah banyak yg kita dengar tentang kes2 kematian mengejut... sedang bercakap, boleh jatuh.. sedang main badminton, boleh jatuh.. sedang duduk mengadap pc, boleh jatuh.. sedang meeting, boleh jatuh... jatuh bukan sebarangan jatuh... tetapi jatuh yang tidak akan bangun semula... yg tidak akan dapat bernafas lagi... sedangkan dalam tidur pun Allah boleh mencabut nyawa kita.... banyaknya kes2 kematian mengejut masa kini adalah salah satu petanda dunia sudah menghampiri akhir zaman.... dan kini wabak H1N1 pula sedang mengganas di seluruh dunia... dan di Malaysia sahaja, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sudah menganggarkan sebanyak 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati akibat wabak ini... -sumber: Malaysiakini- sila baca di sini- Siapa tahu kita adalah salah seorang daripada mangsa wabak tersebut? Oleh itu, apa pun keadaannya.. bagaimanapun keadaannya... bilakah kedatangannya.. yang penting kita telah membuat persedian... bukan tunggu hari tua.. atau tunggu datangnya bencana.... Ketahuilah, bencana itu datangnya dari Allah sebagai satu peringatan buat hambaNya yang selalu engkar & lalai...

Di bawah ini, ada beberapa tips yg akan menyelamatkan kita nanti semasa perjalanan pulang kita ke alam barzakh di satu hari yg pasti tetapi kita tidak tahu bilakah ia akan hadir... entah esok, entah lusa, minggu depan.. tahun depan... Wallahu'alam...

Tips2 ini saya petik dari bahan bacaan yg saya pinjam dari seorang sahabat saya di sini.... terima kasih Kak Za (Hj Fauzi) kerana selalu meminjamkan saya bahan bacaan berbentuk keagamaan tersebut.... saya amat menghargai jasa baik beliau.. moga kemurahan hati beliau dalam segala perkara dirahmati oleh Allah SWT....

Perkara2 penting yang harus kita semat di dalam hati dan dijadikan amalan soleh kita adalah seperti berikut:
  1. Taat kepada Allah, mencintai-Nya, takut kepada-Nya, jauhi larangan-Nya serta meng-Esakan ibadat kita hanya kepada-Nya
  2. Mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam setiap perkara & menjauhi larangannya. (cth: menjaga perhubungan sesama manusia, tidak banyak berkata2 kecuali yang perlu, menjaga aurat dgn sempurna, jujur, amanah, tidak berbangga diri, membelanjakan harta ke jalan Allah, dan lain2 akhlak yg terpuji.. dan jauhi lah sifat2 mazmumah spt hasad dengki, sombong, khianat, bakhil, mementingkan diri sendiri dan sewaktu dengannya..)
  3. Berhati-hati terhadap perkara-perkara syirik dan perkara-perkara bid'ah.
  4. Sentiasa mengingat kematian.
  5. Menyedari bahawa kita akan ditemukan di negeri akhirat samada di syurga atau neraka (nauzhubillahimindzallik) dan akan hidup kekal selama-lamanya di dalamnya.
  6. Berbakti kepada kedua ibu-bapa.
  7. Makanan dan minuman kita haruslah daripada sumber yang halal.
Hudzaifah r.a berkata:

"Bukanlah orang yg mati itu orang yg meninggal kemudian beristirehat, akan tetapi orang yg mati adalah orang yang hidup tetapi hatinya mati"

Hudzaifah r.a. ditanya oleh seorang sahabat: "Siapakah mayat hidup itu?"

Dia menjawab: " Iaitu orang yang tidak mengetahui yang makruf dengan hatinya dan tidak mengingkari kemungkaran dengan hatinya"

Sekian sahaja pesanan yg amat penting bagi kita semua yg menumpang di bumi Allah ini agar kita sentiasa beringat bahawa dunia ini adalah umpama pentas lakonan dan apa yg kita perolehi adalah pinjaman semata-mata... barangsiapa yg lalai dgn nikmat yg ada di dunia ini maka dialah orang yg paling rugi.... dan barangsiapa yg beriman & bertakwa terhadap Allah SWT dan mempersiapkan dirinya utk kehidupan yg kekal abadi.... dialah orang2 yang paling beruntung di akhirat nanti.........

Akhir bicara... salam sayang dari saya di bumi tandus Allah yang penuh berkah ini... jumpa lagi di lain masa... Selamat menjalani ibadah di bulan Syaaban....


Wassalam.

23 comments:

Razak said...

Salam dida...

Terima kasih atas peringatan dan saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan yang perlu dilaksanakan.

Biarlah kita mati dalam keadaan penyakit yg Allah datangkan utk mengangkat derajat kita dan janganlah kita mati dalam keadaan hati kita rosak oleh runtuhan aqidah.

Salam ukhwah...

Bro_mie said...

mengingati mati, perlu....tapi meminta mati, dilarang

teruskan wat assignment....ur top priority skarang ni....

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Salam Ya Ukhti Dida... terima kasih atas peringatan berharga itu... sebaik-baik manusia adalah mereka yang senantiasa mengingati mati. Di tempat ana ni wabak H1N1 agak meluas. Seorang pelajar sekolah rendah... jaraknya tak sampai 1 km dari rumah... seorang murid perempuan darjah 4 meninggal dunia Jumaat lalu.( mangsa kematian ke-5 seperti dilapor di media) Sesak nafas subuh... sampai ke klinik 5 minit terus meninggal. Ajal tak tunggu masa....
Seterusnya.... ana doakan semoga ukhti maju jaya selalu.... kalau ada kelapangan... menulislah lagi di blog... ana suka membacanya... Syukran ilaiki.

LotsOfLove-Pearls said...

Dear My Sweet Friend, Dida..

Welcome back...

Dear,
Semasa membaca laporan H1N1 LOL seolah dh terasa nak sakit..
Angka 28,000 bukan satu jumlah yg sedikit dan tempoh 2 tahun bukan tempoh yg pendek.
Terasa seolah 'kematian' semakin hampir.
Dan, selepas kisah Yasmin Ahmad yg meninggal mengejut dan beberapa kisah kematian mengejut lain seolah 'menyakitkan' LOL.
Oh My God..

Thanks for ya info sweety.
You take care ok.. and gud luck for ya class/exam/test.

Gud rest and sleep tite.

LotsOfLove,
-Pearls-

zai said...

Salam Dida..

Terima kasih atas Tazkirah diatas..

Kak Zai sendiri sering dibayangi tntg kematian sejak akhir2 ni kerana boleh dikatakan saban hari sering dikejutkan dgn berita2 tntg kematian disana-sini..terasa sangat menyentuh perasaan..

Jgn menghilang terlalu lama yer..nanti kami akan kerinduan sgt kat dida.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam dida..
all the best yer..
sesungguhnya penyakit itu sebagai menghapus dosa dan juga bala serta peringatan bagi yang mahu mengambil iktibar.
take care sis..

shaniza said...

Salam..
Ajal maut, pertemuan dan perpisahan di tentukan Allah..
Kita manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya..
berdoalah kepada Allah kerana doa adalah senjata mukmin..
hidup insyaAllah, mati adalah pasti.
Panjang umur jumpa lagi...^_^

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam Dida..

hmm.. dida nak pg mana.. rindu la kat dida nnt..

ala kullin.. dirbalik (jaga diri), & ma'a taufiq wan najah... rabbana yassir wala tu'assir... ameen ya Rabb

thanks atas tazkirah nyer.. jaga diri dik..sedih pulak akak :(

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Dida..
Ku ke sini lagi..

Why?

Coz I Miss you!

take care!

LotsOfLove-Pearls said...

Dear MissGAZA,
If you reading this:

http://groups.google.com/group/blogger-help/web/faqs

LotsOfLove-Pearls said...

Mornin My Sweet Friend..
Hope ya doin well..

Dear,
you take care ok.
News hari ni melaporkan dah ada 2 mangsa H1N1 kat Arab sana.

We take care!

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Dida..
Hye! Hehe...

Ni article tue. I guess its ur area.
hehe...

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Global/20090805071655/Article/index_html

cun09 said...

salam...Dida
jangan offline lama2 eekk.. ^-^

Rasulullah bersabda :
"Ingatlah mati !! Demi zat yang di jiwaku dalam kekuasaanNYA,
kalau engkau tahu apa yang aku ketahui tentulah
engkau akan sedikit tertawa dan banyak menangis"

eriema said...

salam,
Dida, walaupun kak ema kurg meninggalkan komen disini, tapi k.ema sentiasa mengikutinya,
insyallah semua itu akn melahirkan semurni tadbir yg menghampirkan sesuci takdir,tidak mengapa jika kita tidak berjaya menghafal kisah2 n pengajaran ini diluar kepala asalkan semuanya berbekas didalam hati....yg penting sama2lah kita berubah wlp sdikit...

criestz said...

dikesempatan ini ku ingin jln2 mngucapkan slmt ari raya!!! raye da dkt da .. =)

p/s:bengong tol la sape y ckp pelik2 dlm bndalah tu.. tumbok laju2 kang.. name sy ihsan =)

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Dida..

:)

Sign of smile for you..

kakpah said...

Salam Dida.

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Sweetheart..

LOL berhenti kejap..
ketuk2 pintu...
anybody home...?

xder org..
LOL pun berlalu dan sempat tinggalkan pesanan depan pintu:

Rindu Kamu.
Take care.

-LoL-

ASYIQ said...

Salam...jaga diri baik2.

Moga Allah menyelamatkan kita dari pelbagai bencana ini...amin ya Rabb!!

idasm said...

salam dida...
berpesan2 sesama insan..
insyaallah membawa keberkatan..

take care n gud luck.

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Sweet Friend, Dida..
Hope ya doin well ok..
Thanks singgah blog LoL ok. Sweet of ya.
And, juz take ya time ok.

Free nnt then update blog.
No prob.. :)

You take care ok.

Selamat berpuasa. Kat sini pun dah terasa bahang raya even puasa tak start lagi. :)

Til then for today..

Owez missin' ya..

-LoL-

cun09 said...

Salam...
tengok "pintu umah" sunyi jee lagi...

miss u...\^-^/

miss GAZA said...

Assalamualaikum akak..

saya dah free skarang akak pulak yg bizi yer..
xpela,
adala hikamhnya tu..
tapi akak jgn offline lama2 ek..
rindu ni!!



huhu
org yg paling cerdik di kalangan kita adalah org yg slaloo mengingati pada mati..
=)


take care ya kak..