Tengahari ini saya memenuhi jemputan rakan lama di tempat kerja lama saya untuk makan tengahari bersama... sekian lama merancang.. baru hari ni dapat tertunai.. apa menunya? haaa.. Laksa Johor.. dah lama saya nak makan sejak awal mengandung lagi.. sekarang dah hampir nak masuk 7 bln.. baru la dapat dipenuhi kehendak tekak ni.. sebenarnya, bukan mengidam sangat pun.. kalau tak dpt makan pun rasanya tak effect apa2.. cuma teringin je.. teringin dengan mengidam tu tak sama ke? hihihi.. terima kasih Kak Norah kerana susah payah arrange lunch hari ini.. :)
Saya juga ada terima undangan majlis kenduri doa arwah di Melaka dari keluarga belah suami hari minggu ini.. hampir semua ipar2 dan saudara mara saya pergi.. tp memandangkan keadaan perut yg semakin membesar dan ketidakselesaan saya berjalan jauh ditambah lagi dengan ketiadaan suami di sisi.. saya mengambil keputusan untuk tidak pergi.. Harap keluarga di sana memahami keadaan saya dan tidak berkecil hati... InsyaAllah jika umur panjang kita jumpa Syawal nanti..
Habis cerita tentang makan dan kenduri.. ada cerita lain yg ingin saya tarik perhatian pembaca sekelian.. iaitu tentang misteri bau wangi.. hmmm.. orang tua2 kata kalau terbau apa2 especially waktu malam.. jangan tegur... perkara ni berlaku hampir setiap hari di laman dan ruang tamu di rumah mak saya.. hari ni masuk hari yg ke-4... mak saya kata bau tu mungkin dari salah satu pokok yg dia tanam... tapi takde satu pun pokok mak saya yg berbunga.. pokok jiran rumah sebelah pun takde yg berbunga... saya nak percaya benda2 misteri ni pun... tak pasti.. tp makhluk halus tu memang ada... dia juga adalah makhluk Allah juga.. cuma kita tak nampak dengan mata kasar je.. malam kelmarin... adik saya terdengar satu ketawa halus di belakangnya masa dia tengah sidai baju waktu malam.. pucat muka dia berlari masuk dlm rumah... hiii.. meremang bulu roma dibuatnya... semenjak hari tu.. kami adik beradik tak berani nak lepak2 dekat ruang tamu seorang diri bila malam menjelma.. Untung la kami terbau yg wangi.. kalau terbau benda busuk.. lagi haru dibuatnya.. Ya Allah... lindungilah kami sekeluarga dari makhluk jin dan syaitan yang berniat jahat... dan peliharalah kami dari sifat hasad dengki manusia...
Ok lah semua.. kita tinggalkan dulu kisah misteri ini.. hujan dah mula reda.. saya nak sambung kerja2 saya yang tergendala sebentar tadi.. sebelum itu.. ingin saya berkongsi tentang sebuah nasihat dari Luqman Hakim yg dipetik dari sebuah buku yg dikarang oleh Abu Afiqah yg berbunyi...
Moga kita sentiasa bertawakkal kepada Allah dalam apa jua urusan yg kita lakukan.. kerana bergantung harap hanya semata2 kepada Allah adalah yg sebaik2nya daripada kita bergantung kepada perkara2 lain yang boleh merosakkan akidah dan mendatangkan syirik...
Wallahualam bissawab..





.gif)




