Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

11.08.2009

Catatan sebelum berangkat...

Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur Alhamdulillah kerana hajatku yang satu ini bakal menjadi kenyataan... tanpa perancangan awal.. tanpa disangka dan tanpa diduga... Allah SWT telah memberi peluang ini dalam keadaan kudrat dan tenagaku masih muda.. syukur padaMu Ya Allah di atas 'jemputan' paling istimewa ini... Hampir sebulan sebelum keberangkatan... tidur malamku sering tidak lena... pelbagai perkara menerjah di ruang ingatan.. menggamit pelbagai perasaan bercampur aduk... gembira, teruja, terharu, takut, berdebar2... dan yang pasti suatu perasaan yang tak dapat saya gambarkan di sini menguasai segalanya...

Perjalanan ini adalah perjalanan pertama kali.. perjalanan bersejarah.. dan perjalanan paling bermakna dalam kisah hidupku... perjalanan yang bukan sahaja membawa jasad.. tetapi perjalanan yang mendambakan seluruh kekuatan jasmani, rohani serta emosi diriku....tersilap langkah.. tidak bermaknalah perjalanan itu... hanya kepenatan dan kecelaruan jiwa yang akan dibawa pulang.. Astaghfirullahalazim.. minta2 dijauhkan... saya pasti.. semua yang akan menghadirkan diri dalam perjalanan ini pasti ingin mendapat apa yang dihajati... begitu juga saya..

Apakah kami tahu apa yg dihajati itu diperkenankan olehNya? tidak... semuanya atas urusan Allah yang Maha Kuasa... kita akan menyedarinya apabila kita dapati diri kita berubah kpd yg lebih baik dari sebelumnya.. dan amal soleh kita akan bertambah banyak dari semasa ke semasa....
dan sekiranya setelah kita pulang diri kita masih sama sahaja seperti sebelum2 ini... Wallahua'lam.. hanya Allah yg Maha Mengetahui.. kita hanya mampu berdoa dan berusaha agar semuanya akan berakhir dengan baik hinggalah ke akhir hayat kita nanti...

Niat itu adalah penentu segalanya.. niat kita dalam perjalanan ini haruslah diluruskan kepada yang hak.. iaitu.. KERANA ALLAH... bukan kerana sesiapa.. bukan kerana nama.. bukan kerana pangkat.. bukan kerana pujian atau sanjungan dan juga bukan kerana tidak mahu rasa ketinggalan... itu semua akan menjadi suatu perkara yg sia2 sahaja.... dan itulah yang saya cuba terapkan dalam hati ini.. hidup & mati ku adalah kerana Allah... dan disebabkan itu... saya memilih untuk menyertai perjalanan ini walaupun tanpa ditemani suami dan keluarga yg lain.. Ini sahaja pilihan yg saya ada ketika ini dan saya hanya bertawakkal kepada Allah.. Mungkin ini adalah ujian pertama yang Allah berikan utk saya.. Dalam hati ini sudah berkata2.. adakah saya akan kuat menahan rempuhan lautan manusia seorang diri? Adakah saya akan berdiri kukuh di dlm kesesakan jutaan umat tanpa ditemani suami? Di harap sahabat2 yg menyertai perjalanan ini akan banyak membantu agar saya tidak akan merasa diri ini keseorangan... Hanya pada Allah sahajalah saya bergantung harap ketika itu nanti agar DIA lindungi diri saya dan sahabat2 saya dan dipermudahkan segala2nya hingga ke akhirnya...

Tetapi....... Jika sudah tersurat ini adalah perjalanan saya yang terakhir... saya terimanya dengan Redha.. dan semestinya Ya Allah.. sebelum itu, Engkau bersihkanlah diriku ini dari segala dosa-dosa.. Terimalah segala amalanku... ampuni lah diriku.. terima lah taubatku Ya Rabb.. agar kembalinya diriku ke sisiMu nanti adalah sebagai hambaMu yang beriman dan bertakwa serta mendapat tempat yang mulia di sisiMu....

Dan tidak lupa.....

Ucapan buat Mak & Abah serta kaum keluarga yang jauh di Malaysia... Maafkanlah segala kesalahan diri ini semenjak saya kecil hinggalah kini... halalkan segala makan minum serta air susu dari Mak yang telah membesarkan diri saya... terima kasih atas segala pengorbanan mak dan abah yang amat banyak pada saya... restuilah perjalanan anakandamu ini.. iringilah doa yang berpanjangan sepanjang saya di sana nanti... InsyaAllah jika diizinkan saya akan kembali lagi ke pangkuan kalian semua... kerana itulah saat yg paling saya rindukan sentiasa ketika di sini...

Buat suamiku tersayang... redhamu adalah redha dari Allah... hanya itu yang saya impikan sepanjang menjadi isteri... Kemaafan yg tulus darimu saya pinta atas segala kesalahan agar perjalanan ini nanti diliputi ketenangan.. Terima kasih suamiku kerana menghadiahkan perjalanan yang paling bermakna ini... walaupun ianya tanpa kehadiran dirimu... saya tetap hargai dengan setulus hati... Andaikata, kita tidak bertemu lagi selepas ini.. berdoalah agar kita akan dipertemukan lagi di dalam keadaan yg baik di 'sana' nanti... InsyaAllah..

Buat sahabat2 di mana jua anda berada..... semua manusia tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan.. walaupun sekecil2 kesalahan sekalipun.. maafkanlah diri saya... bersihkanlah segala prasangka di dalam diri kita... tidak senyum bukan bermakna saya sombong.. tidak menegur bukan bermakna saya lupa... mulut terlanjur kata.. anggaplah ia suatu gurauan dan tiada langsung berniat buruk di dalam hati ini.. hanya Allah SWT sahaja yang tahu isi hati seorang insan yang bernama Dida ... dan oleh kerana itu, saya telahpun maafkan kesalahan sesiapa sahaja yg mengenali diri saya... saya ingin pergi dalam keadaan hati saya bersih.. dalam keadaan hati saya tenang.... jadi terimalah kata maaf dari saya ini... halalkan lah segala2nya.. biar walau saya pergi untuk selama-lamanya pun... saya tidak lagi meninggalkan kesan buruk dalam hati kalian....

Akhirulkalam sebelum saya berangkat... belanjalah harta yang ada ke jalan Allah... dan jagalah akidah dan suburkanlah takwamu dalam menjunjung agama ISLAM...

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha.. dan selamat menjalani Ibadah Korban....

Dengan rasa rendah dirinya hambaMu ini memohon dan berdoa....

"Ya Allah.. permudahkan lah segala urusan dan sempurnakanlah Ibadah Haji ku.. kurniakanku kesihatan yang baik dan tenaga yang banyak sepanjang di sana.. hindarilah diriku dari perbuatan yang lagha dan akhlak yang tercela.. jagalah tuturkata ku dari perkataan yg sia2.. Jauhkan lah diri ku dan para Jemaah lain dari sebarang malapetaka.. kurniakanlah ketenangan dan tingkatkanlah kesabaran diriku.... terimalah taubatku... terimalah segala amal ibadah yang akan ku lakukan di tanah suciMu nanti Ya Allah... Amin.."

Labbaikallah.. Hummalabbaik.... Aku sahut panggilan Mu Ya Allah....

26 comments:

Unknown said...

salam lama tak lawati blog awak..apa pun tahniah kerana dapat menunaikan ibadah haji kat tanah suci,saya doakan semoga awak dan semua para jemaah selamat dalam menunaikan ibadah haji pada tahun ini..semoga mendapat haji yg mabror..amin..

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam Dida..
Rindu pd Dida kerana lama tak 'muncul'. Semoga sihat selalu dan berjaya melaksanakan ibadah haji serta dipermudahkan Allah segala urusan dan mendapat haji yg mabrur.. insyaAllah.

Dearie Pearls said...

Salam Sahabatku, Dida..
Kudoakan yang terbaik untukmu sahabat..

selamat pergi dan kembali..

semoga semuanya dipermudahkan.

*sayu LOL membaca bingkisan ini, sahabat.

Yatie said...

salam Dida....

Selamat mengerjakan fardu haji....
Semoga dipermudahkan segala nya disana.

Wassallam...

Dearie Pearls said...

Dear Dida..
I do really Miss you friend..
Take care and have a very memorable journey..

atie said...

Salam Dida...

Mungkin catatan akak nie terlambat utuk dida kerana kakak dah lama tak menghadap komputer nie... tapi akak doakan agar dida dapat menjalankan ibadah haji dida dng baik sekali dan mendapat haji yang makbrur... tahniah dari akak kerana dida dijemput Allah untuk menjadi tetamunya tahun ini... wasalam

Masdihana Hamzah said...

Membaca posting Dida kali ini, membuatkan air mata ni berjurai2...

Harap Dida tabah n kuat menempuh beribu2 umat muhammad di sana nanti.

Selamat pergi n kembali dan mendapat hj yg mabrur. insyallah...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam dida..
semoga dikurniakan haji yang mabrur...

Abd Razak said...

assalamualaikum...:)

Saya doakan agar ibadah haji yang mabrur dida & suami perolehi...

Moga Allah permudahkan perjalanan dalam menuju redhaNYA

cun09 said...

salam sahabatku ^_^

Semoga ALLAH permudahkan untuk melakukan ibadah haji dan mendapat haji mabrur...InsyaALLAH...

salam aidiladha sahabat...

ASYIQ said...

Semoga dapat haji yg mabrur.

Riiiindu sgt pd Dida.

haris said...

tahniah ye! :)

cun09 said...

salam Dida ^_^

Dah balik ke? semoga semuanya dipermudahkan dan selamat...

**sedang menunggu...rindu**

en_me said...

salam aidiladha..

idasm said...

selamat beribadah kepadaNya. semoga dipermudahkan segalanya dan mendapat haji mabrur... insyaallah.

atie said...

Salam...

Dida... Dah balik dari tanah suci ke... rindu kat n3 dida dan dida

daaziz said...

Aslmkm Dida,
Salam Maal Hijrah. Semoga Dida dirahmati dgn yg trbaik.
Gmana dgn ibadah haji? Sudah pulang?

cun09 said...

salam maal hijrah untuk sahabatku ^_^

pecinta_Islam said...

hmm..lme x sin singgah sini..mungkin akak dh lpe sy kut.hehe..hmm..pasni leh la sy panggil akak hajjah eh.hehe

Dearie Pearls said...

My Dear Friend Dida..
Bagaimana perkabaranmu di sana?
Harapnya dalam keadaan yang baik2 saja k.
Jike berkelapangan, sudi kiranya meng'update' kepada kami perkembangan Dear.

Selamat Tahun Baru 2010, Sahabatku.

Semoga apa yang Sahabatku rancangkan akan menjadi kenyataan.

Kumerinduimu, Sahabat.

SuperCJ P.I said...

salam dida,

tahniah sebab dah selamat mengerjakan haji..

cun09 said...

salam sahabat...

...semoga sihat...
sahabat yg liza rindu...sudi amik kad kat 'umah' liza yee ^_^

Jejari Halus said...

salam perkenalan..

kyungie said...

assalamualaikum...

sis dida..semoga dlm sehat sejahtera hendaknye...

Auna dh lame menungggu update dr sis dida ... rindu kpd sis dida!!!

wassalam

Pak Chu Car (Apih) said...

perjalanan meluaskan kebesarannya

cun09 said...

salam...

semoga sahabatku sihat selalu...

tetiba jeee teringat ^_^