Saya akan maafkan semua kesalahan orang lain pada diri saya.. YAA.. Kenapa? tak percaya.... takpe.. itulah salah satu azam saya pada tahun ini... Memang.. Kemaafan itu Dendam yang Terindah... dan amat sukar untuk kita lakukan.. But then, buat apalah saya nak simpan sifat marah saya pada orang kerana itu sudah tentu tak akan memberikan apa2 manfaat pada saya... yang penting... SAYA NAK BEBAS DARI BELENGU AMARAH... mcmana nak bebaskan tu.. saya rasa, dengan cara memaafkan kesalahan orang lain pada saya.. tak kiralah samada orang itu sengaja buat saya marah.. ataupun dengan tak sengajanya telah menghiris hati saya...
Mak saya pernah kata.... biar org buat kat kita.. jgn kita buat orang... Maksudnya.. kita janganlah balas perbuatannya tu... ataupun jgn lakukan perkara yg sama pada org lain... perkara mcm tu tak akan ada kesudahannya malah akan menyebabkan banyak hati-hati yg marah... Rasullah SAW pernah bersabda... sebaik2 perbuatan untuk menghindari marah adalah berdiam diri... hmmm.. tp itu tak bermakna kita lemah... sebenarnya pada ketika itu kita adalah seorang yang kuat.. kerana kita telah berjaya melawan godaan syaitan.. Ialah.. marah tu kan salah satu sifat dan warisan iblis laknatullah sejak penentangannya terhadap Nabi Adam a.s. Sejak keengganan iblis itu.... api kemarahan mula membara dan menjadi cara hidup Iblis beserta bala tenteranya. Adakah kita ingin menjadi salah seorang pengikutnya? Nauzubillah...
"Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak Adam. Tidakkah engkau melihat kepada kedua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang membengkak? Apabila salah seorang kamu mengalami yang demikian, maka hendaklah dia mendekatkan dirinya ke bumi."(hadith riwayat At Tarmizi)
Di sini ada satu doa untuk kita lawan perasaan amarah kita.. biar tok nenek iblis, syaitan dan yg sekutu dgnnya mencicit lari tak cukup tanah bila kita baca doa ini...
A'uzubillahiminashshaitonirrajim...
Aku berlindung diri dengan Allah dari Syaitan yang terkutuk...
Allahummaghfirli dzanbi wa adzhib ghoizho kolbi wa ajirni minashshaitonirrajim...
Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah akan daku dari syaitan yang terkutuk.
Huhh.. lega rasa bila dah tak marah2... diri rasa lebih tenang... fikiran tak bercelaru.. cuma rasa rindu je sikit... rindu Family kat Malaysia la... Sapa2 tau mcm mana nak ubatkan rasa Rindu? hehe... apa kena mengena topik MARAH dengan RINDU ek?
Yang pasti.. mutiara jernih pasti akan mengalir lagi tatkala rindu itu datang menjelma...