Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

7.20.2008

Selamat Ulang Tahun..

Assalamualaikum..

Jumpa lagi di ruangan Rizhad hari Ahad 20 Julai.. petangku dihabiskan dgn melayan karenah anak2 buahku.. hari ni, aku tak kemana2 kerana semalaman aku bersama keluargaku menyambut majlis hari ulangtahun 2 anak2 buahku - Mohd Addin (B'day boy) & Dhia Ismahani, Rabiatul Adawiyah (anak angkat mak aku) & Ummu Naqiibah (adik aku yg no-5) yg lahir kebetulan pada bulan 7. Majlis yg sederhana ttp meriah itu, amat bermakna bagi kami krn kami dpt berkumpul satu keluarga. Menu Utama: Mee Kari (resepi mak aku - mmg sedap!) & ayam BBQ.

Dalam kegembiraan tu, aku terasa jugak..sbb msg2 datang berkeluarga, cuma aku je sorang2 tanpa kehadiran hubby aku..isk! mula la nak sedih balik ni..ok2..Ida, Be Strong. Walau apapun.. kami adalah satu keluarga, ibarat air dicincang tak akan putus.. O yea!

Cucu2 mak & abah & anak2 buah kesayangan aku:-
- Shamil (4 thn - thn dpn dah boleh sekolah)
- Nazif (3 thn - suara serak2 basah)
- Fatin Humaira (3 thn - Kak Nam sorang ni, pndai melaram)
- Dhia Ismahani (1 thn - sungguh lasak, x padan pompuan)
- Mohd Addin (1 thn - lagi lasak.. kuat nangis)
- Amirul Isnaat (2 bln - tido je memanjang..)
- Rabiatul Adawiyah (1 thn - bijak & nakal..)


No comments: