Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

8.01.2008

Taman Syurga

Salam.. Hubby aku waktu ini sdg berada di Madinah.. melawat tempat2 bersejarah.. sambil menziarahi makam Rasullulah SAW serta sahabat2 & isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a dan juga beribadah di Masjid Nabawi di mana apabila kita beribadah di dalamnya, pahalanya amat besar sekali berbanding dengan masjid2 biasa yg lain iaitu 1ooo kali ganda. Manakala di Masjidil Haram adalah 100,000 x ganda (sila betulkan sekiranya aku tersilap). Hubby aku kata.. "tak sabar sy nak bawak awk dtg sini" aku pun ckp la "Sy lagi tak sabar nak ikut awk"... kalau boleh akhir tahun ni aku nak pegi..tp dia ckp, tunggu dia stabil dulu.. ye la.. sewa rumah nak kena byr 30K setahun (lumpsum) kenala kumpul duit dulu... so, keputusannya.. mgkin aku akan pergi paling cepat pun.. awal tahun depan.. InsyaAllah..

Aku ckp ngan hubby aku.. solat di Raudhah.. doalah smoga kami dpt dpertemukan Syawal nanti.. (Menurut riwayat ada menyebut Raudhah adalah salah satu tmn syurga yg terletak di Masjid Nabawi yg mana salah satu tempat paling mustajab utk berdoa). Mudah2 han.. doa2 suamiku dimakbulkan.. Amin

Doaku

Allahumma ya Allah,
Inilah hambamu yang lemah telah sampai di tanah suci,
masuk ke dalam masjid nabiMu dan berada di raudhah ini dgn izinMu.

Allahumma ya Allah, yang maha pengabul doa,
Aku mohon keampunan dan keselamatan di dunia dan di akhirat untukku, suamiku,
keluargaku, ayah dan ibuku, serta keluarga besar dan teman-temanku.
Janganlah Engkau sesatkan kami setelah Engkau tunjuki kami.
Berikanlah kebaikan untuk kami di dunia dan di akhirat,
serta selamatkan kami dari api neraka.

Allahumma ya Allah, yang maha Pengasih yang maha Penyayang,
Izinkan hambamu ini untuk kembali ke sini (Taman SyurgaMu), sebelum ajalku tiba.
Izinkan hambamu ini untuk kembali ke Raudhah ini, dan bersama dengan nabiMu di syurgaMu nanti. Amin...

No comments: