Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

11.18.2008

3rd Anniversary

Picture Captions

Happy Anniversary..." ucapan yg kutunggu2 dari hubbyku tpt jam 11.58min mlm.. 2 minit awal dari yg kujangka.. Menitik lg mutiara jernih dari kelopak mata ini.. sedih+terharu dgn ucapan yg singkat tp penuh makna dari insan tersayang..

Serta-merta kotak ingatan ini mengimbau kenangan lalu.. 18 November 2005 bersamaan 16 Syawal 1426H termeterailah sebuah ikatan perkahwinan kami yg telah disempurnakan oleh Tuan Imam Hussein, Imam Masjid Al-Muhajirin, Masai. Majlis pernikahan yg telah berlangsung pada pagi hari Jumaat di kediaman orang tua ku itu masih lagi segar dalam ingatan. Menitis airmata ini tatkala lafaz pernikahan oleh suamiku telah disahkan dgn hanya satu lafaz. Alhamdulillah.. aku telah sah menjadi isteri kepada suamiku pada usiaku 26 tahun setelah 6 bulan mengikat tali pertunangan.

>

Debaran sudah berakhir.. impian jd kenyataan...

>
Kini, peristiwa manis itu sudah berlalu 3 tahun lamanya.. dan hari ini genap lah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3... Alhamdulillah.. aku amat bersyukur krn dipertemukan jodoh dgn suamiku, seorang yg tidak pernah lalai dlm menunaikan tanggungjawab sbg seorang suami, kepada keluarga dan terhadap agama Allah s.w.t. Dan bohonglah jika aku tak rasa bertuah kerana memiliki suami seperti Dia.. heheheh... kembang la hubby aku dgn segala puji-pujian ni.. jarang aku nak puji dia ni... mmg pantang dipuji.. ikh.. ikh.. eehhh... nak mintak upah apa lepas nih.. ek? Eeeemmmmm......
>

Malam pertama sbg suami isteri...

Ok, kita tutup kisah perkahwinan aku..& buka cerita baru... bila dah cuti sekolah ni... byk le jemputan kenduri kawin... Hari minggu lps, .. 1st time gi jemputan sorang2.. janggal lak rasenya.. tp nasib baik aku dah janji dgn Kak Yang.. pertengahan jalan jumpa lak Kak Ani.. so, konvoi la.. walaupun tak jauh manapun...dkt Selasih Pulau je.. heeheh.. tengok org kawin, teringat plak waktu aku mula2 melangkah ke alam rumahtangga dulu... kalau boleh, rasa nak ulang balik semuanya... best tu... the best part in my life.. sesiapa yg masih bujang lagi tu.. takyah la tunggu lama2.. mcm aku, rasa rugi plak tak kawin awal.. tp. takpe lah dah ketentuannya mcm tu.. terima je lah dgn redha...



Selamat Pengantin Baru!

K, lah.. Selamat Pengantin Baru kepada Irdawati & Pasangannya serta Rashidah & pasangannya.. dan khas buat aku & suami ku.. Selamat Pengantin lama... eh, silap.... hehehe...

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KE-3..

Agak2 smpai tak yg ke-30?? InsyaAllah.... jika dipanjangkan umur & jodoh kami... Semoga ikatan perkahwinan yg telah kami bina ini sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dan dikurniakan rezeki yg halal & diberkati dunia & akhirat.... Amin..

Pengantin lama.. tp rasa mcm 'BARU' lagi... heh heh heh... jgn marah ha...

7 comments:

cik aa said...

selamat ulangtahun perkahwinan yg
ke3.semoga berkekalan ke akhir hayat..

KAHERAH said...

Salam

Hapie Anibersary...semoga kekal DUNIA & AKHIRAT

Dida... said...

Salam Cik aa & Erah,

Terima kasih atas ucapan.. smoga doa kalian menjadi kenyataan.. Aminn..

LYNN said...

Salam Dida,
Same tarikh la gitu, Hapii anibesary jugak

Dida... said...

Ye ke... excited lak rase kongsi tarikh anniversary ni.. :) erah lak 19hb... Happy anniversary to u too.... Kak Lynn & husband.. smoga jodoh kita dgn suami masing2 berkekalan hingga akhirat..

Zalina said...

Salam..wat kwn aku cute mute nih hehe. selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-3, aku doakan korang sentiasa bahagia di dunia & akhirat. Did, sok dh g arab tu..ingt2 la aku yek.

Dida... said...

Thanks Zalina coz sudi jengok blog aku ni.. kalau aku dah g arab pun, we will still keep in touch k.. nak tau perkembangan aku dkt sna.. baca je blog aku ni..