Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"
Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

7.13.2009

Setahun Jagung...


Salam asdiqii yg saya kasihi sekalian...

2 hari lepas sejarah telah tercipta.... bukan dalam sejarah Malaysia mahupun Arab Saudi... tp dalam sejarah hidup saya.... sejarah apa tu? hehe.. sebenarnya 2 hari lepas ulangtahun pertama blog saya... tak sangka... dah setahun rupanya blog saya ni...ALHAMDULILLAH... dulu2 tak pernah terpikir pun yg saya akan ada blog sendiri.... pada pendapat saya, bukannya senang nak maintain kan blog ni... kalau tak iye ye... mmg tak jadi... baru setahun jagung je blog ni...dlm setahun saya dah taip 96 buah n3... tak sempat nak genapkan 100.

Mengenang kembali bagaimana tercetusnya keinginan mempunyai blog sendiri membuatkan saya tersenyum sendirian... semuanya bermula apabila hubby saya berangkat ke Arab Saudi 7hb Julai tahun lepas dan meninggalkan saya selama lebih kurang 6 bulan di Malaysia... seorang sahabat telah mengenalkan kepada saya kepada dunia blogger... sapa dia? Ohh.. Biarlah Rahsia... Kalau dia terbaca n3 saya ni.. saya nak ucapkan banyak2 terima kasih pada dia sebab perkenalkan pd saya dunia ukhwah yg hebat ini. Blog pertama yg saya baca ialah Blog En. Leman... (Tuan punya blog ~Pesanan Buat Kita~) Membaca blog beliau mmbuatkan saya tertarik utk berkongsi sesuatu kepada teman2... akhirnya terciptalah blog Kasih Rizhad.. peneman bicara sepi saya tatkala saya keseorangan....

Sesiapa yang mengikuti blog saya ni sejak dari awal lagi tentu perasan tentang perubahan 'angin' dlm blog saya ini...ketahuilah setiap manusia akan melalui satu fasa hidup yg berbeza dari satu masa ke satu masa yg lain... begitu juga blog ini... yg penting... Hari ini kita harapkan ia LEBIH BAIK DARI SEMALAM... dan ESOK ADALAH LEBIH BAIK DARI HARI INI... dan begitulah seterusnya.... Manusia perlu kan perubahan utk kesejahteraan hidupnya.... dan saya dah jumpa apa yang harus saya perjuangkan....

Ok, saya tak berhajat utk memanjangkan n3 ini... cukup la setakat itu sahaja serba sedikit tentang kelahiran sebuah blog yg bernama Kasih RizHad... di sini saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh rakan maya saya terutamanya............

Ummumishkah, Saudara Razak, Kak Zai, Sahabat ku LoL, Kak Nik, Arianni, Prof. Madya Abdul Wahab, Kak Asyiq, Kak Atie, Liza, Shaniza, Yatie, Kak Ila........

.........yang sentiasa berkongsi kata2 semangat & pandangan yang bernas di blog saya

DAN TAK LUPA JUGA


kepada.....

Miss Gaza, Kak Arryani, Pu3 Balqis, ECham, Kamitaken, Ila, Linda, Kak Mar, Mama Bungas, Yann, Kak Ema, UmmiWafa, Che Din, Criestz, Ustaz Saifun, Jinggo, MamaQaseh, ASE1, ZiqriFiqry, Kak Ieyla, Modenmama, Kak Norah, kak ckin, En. Taufiq, Seningboyz, anahafifahakim, Kak Mas, Kak Ejalz, Erah, Nett, As, Kak Idasm, Cik Aa, Ummuamirul, dan Pn. N.......

........yang berjaya mencuit hati saya dan membuat saya tersenyum dengan kata2 anda di sini sepanjang tahun saya terlibat dlm dunia blog...

serta semua rakan2 maya & followers blog saya....


PERCAYALAH
.... Anda semua telah menceriakan hari2 saya di teratak perantauan maya ini dan telah menguatkan semangat saya utk terus berkongsi cerita dan apa sahaja ilmu yg bermanfaat... dan akhir sekali... buat 'silent readers' blog ini (kalau ada..).. saya amat menghargai kamu kerana su
di membaca hasil nukilan saya di blog ini... dan teruskanlah membaca .. suka ataupun tidak kamu dengan blog ini... saya harap ada sesuatu yg bermanfaat yang dapat kamu perolehi dari sini.....

Maaf dipinta andai kata... sejak penceburan diri saya ke dunia penulisan blog ini telah tanpa sengaja menyinggung perasaan mana2 individu... jgnlah kerana perbezaan pendapat... terungkainya sebuah ikatan ukhwah.. saya akui.. Tanpa pembaca2 semua.. siapalah saya dan tak bermaknalah blog ini....

kamu adalah istimewa di kaca mata maya saya.... umpama angin.. makin kuat tiupannya.. makin maraklah api semangat saya.... terhenti tiupan itu... maka akan padamlah ia.... Renungkanlah kata2 di bawah ini.......


Justeru itu, blog ini mempunya misi baru yang bersesuaian dgn apa yg saya mahukan selama ini iaitu.. Mencari Cinta Rabbi dengan mencetuskan Semangat Persaudaraan Solehin, Solehah.. Mujahidin & Mujahidah yg Berilmu, Beriman, Beramal & Bertakwa... Restuilah RizHad kerana perjuangannya masih belum selesai....

Sekian, wassalam....

11.18.2008

3rd Anniversary

Picture Captions

Happy Anniversary..." ucapan yg kutunggu2 dari hubbyku tpt jam 11.58min mlm.. 2 minit awal dari yg kujangka.. Menitik lg mutiara jernih dari kelopak mata ini.. sedih+terharu dgn ucapan yg singkat tp penuh makna dari insan tersayang..

Serta-merta kotak ingatan ini mengimbau kenangan lalu.. 18 November 2005 bersamaan 16 Syawal 1426H termeterailah sebuah ikatan perkahwinan kami yg telah disempurnakan oleh Tuan Imam Hussein, Imam Masjid Al-Muhajirin, Masai. Majlis pernikahan yg telah berlangsung pada pagi hari Jumaat di kediaman orang tua ku itu masih lagi segar dalam ingatan. Menitis airmata ini tatkala lafaz pernikahan oleh suamiku telah disahkan dgn hanya satu lafaz. Alhamdulillah.. aku telah sah menjadi isteri kepada suamiku pada usiaku 26 tahun setelah 6 bulan mengikat tali pertunangan.

>

Debaran sudah berakhir.. impian jd kenyataan...

>
Kini, peristiwa manis itu sudah berlalu 3 tahun lamanya.. dan hari ini genap lah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3... Alhamdulillah.. aku amat bersyukur krn dipertemukan jodoh dgn suamiku, seorang yg tidak pernah lalai dlm menunaikan tanggungjawab sbg seorang suami, kepada keluarga dan terhadap agama Allah s.w.t. Dan bohonglah jika aku tak rasa bertuah kerana memiliki suami seperti Dia.. heheheh... kembang la hubby aku dgn segala puji-pujian ni.. jarang aku nak puji dia ni... mmg pantang dipuji.. ikh.. ikh.. eehhh... nak mintak upah apa lepas nih.. ek? Eeeemmmmm......
>

Malam pertama sbg suami isteri...

Ok, kita tutup kisah perkahwinan aku..& buka cerita baru... bila dah cuti sekolah ni... byk le jemputan kenduri kawin... Hari minggu lps, .. 1st time gi jemputan sorang2.. janggal lak rasenya.. tp nasib baik aku dah janji dgn Kak Yang.. pertengahan jalan jumpa lak Kak Ani.. so, konvoi la.. walaupun tak jauh manapun...dkt Selasih Pulau je.. heeheh.. tengok org kawin, teringat plak waktu aku mula2 melangkah ke alam rumahtangga dulu... kalau boleh, rasa nak ulang balik semuanya... best tu... the best part in my life.. sesiapa yg masih bujang lagi tu.. takyah la tunggu lama2.. mcm aku, rasa rugi plak tak kawin awal.. tp. takpe lah dah ketentuannya mcm tu.. terima je lah dgn redha...



Selamat Pengantin Baru!

K, lah.. Selamat Pengantin Baru kepada Irdawati & Pasangannya serta Rashidah & pasangannya.. dan khas buat aku & suami ku.. Selamat Pengantin lama... eh, silap.... hehehe...

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KE-3..

Agak2 smpai tak yg ke-30?? InsyaAllah.... jika dipanjangkan umur & jodoh kami... Semoga ikatan perkahwinan yg telah kami bina ini sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dan dikurniakan rezeki yg halal & diberkati dunia & akhirat.... Amin..

Pengantin lama.. tp rasa mcm 'BARU' lagi... heh heh heh... jgn marah ha...