Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

12.17.2008

Back to School Shopping!


Klik pd gmbar utk lihat dgn lebih jelas... Gambar beramai2... gempak sekejap Tesco masa tu... heheheh...
Salam semua...

Ha haaa... jgn salah faham dgn title dekat atas tu yek... aku bukan pegi shopping barang skolah utk diri sendiri... zaman tu dah berlalu 12 tahun yg lalu okay... kalau diingat2 zaman hingusan aku dulu.. mak abah aku bawak kami adik beradik yg seramai 8 orang tu.... berderet-deret cari barang sekolah.... betapa besarnya pengorbanan mak abah aku terhadap aku & adik-beradik demi untuk menyekolahkan kami.. Terima kasih mak, terima kasih abah!
>
Acara Menerai baju... boleh lah!!
>
Oh ye... actually aku nak berkongsi cerita pasal aktiviti menarik hari ni.... sekumpulan AJK Program Bersamamu Cendana 2008 pada hari ni, pergi bershopping pakaian kelengkapan sekolah bersama 38 orang kanak-kanak dari Tmn. Cendana... Kami berangkat ke Tesco Extra Plentong jam 2 ptg dgn sebuah bas dan siap bershopping lebih kurang pukul 4.30ptg... Mencabar jugak la aktiviti ni sbb kami terpaksa mengawal kanak-kanak tersebut supaya tidak hilang dari kawalan kami. Pening gak kepala bila melayan macam2 kerenah budak2 nih.. paling cerewet budak2 sekolah menengah sebab diaorang nak ikut taste diaorang je.. kalau bdk sekolah rendah senang sikit nak handle.. tak memilih sangat...ermm.. tak kesah la.. janji settle..
>

Mcm2 aksi ada....

Opp.. lupa plak nak mintak laluan daripada Pengerusi Program (En. Bahrin) utk membuat liputan ringkas dalam blog saya ni.. hehehe.. jgn marah ye En. Bahrin... All in all, aku anggap program ini telah berjaya dan kami lega sangat sebab tak ada kejadian yg tidak diingini berlaku semasa proses membeli-belah...Penyampaian segala sumbangan akan dilaksanakan pada 21 Disember ini di sebuah majlis yang akan di adakan di Taman Cendana. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan jangan lupa jumpa lagi pada hari Ahad ini... Semoga semuanya akan berjalan lancar seperti yang dirancang.... Insya Allah...

2 comments:

megat said...

bagus buat bagi derma

Dida... said...

Thank you... short & sweet comment.. heeeee :)