Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

3.01.2009

Rindu itu datang lagi

Bila iqama saya siap? InsyaAllah Rabu ni.. jawab hubbyku.. "Ye ke… kite gi Mekah nak minggu ni" itu lah niatku yg telah ku pasang jika iqama ku siap, tempat pertama yg ingin aku kunjungi ialah Masjidil Haram, Al-Makkatul Mukarramah.


Menuju ke destinasi suci...


Alhamdulillah, Allah mendengar hasratku dan dengan izinNya dapatlah aku menjejakkan kakiku lagi di tanah suci bersama hubbyku pd 26 Feb lepas. Teringat lagi kali pertama aku melangkah di Masjidil Haram 3 tahun lepas bersama Jemaah Umrah Andalusia. Ternyata, pembangunan yg pesat di Tanah Haram telah merobohkan bangunan2 lama yg pernah aku selusuri waktu itu. Oh! rindunya pd kenangan bersama rakan2 Umrah waktu itu.


Labbaikallah.. Humma Labbaik... hambuMu datang menyahut panggilanMu ya Allah..


Pemandangan indah dari tingkat dua Masjidilharam di waktu subuh...


Pemandangan indah, Baitullah.. di ambil selepas kami selesai solat sunat tawaf..


Dengan pertolongan Ustaz Zul, seorang Mutawwif Indonesia yg kami kenali sewaktu mengerjakan Umrah dulu, kami dapat menetap di Al-Hijjaz Palace, yg terletak berdekatan dgn hotel Hilton dgn bayaran SAR150 semalam. Jarak perjalanan utk smpai ke kawasan Masjidil Haram dari hotel kami adalah lebih kurang 5 minit dan Alhamdulillah, perjalanan Ibadah Umrah kami dipermudahkan oleh Allah. Walaupun aku telah mengalami kekejangan kaki selepas melakukan Tawaf sunat selepas Solat subuh pd hari ke-2, dengan izin & pertolonganNya, dapat juga aku menunaikan solat setiap waktu di MasjidilHaram tanpa halangan. Syukur kepadaMu, Ya Allah….


Menunggu giliran utk mengambil air zam zam.. cuba cari mana hubby aku? ermmm..


Keesokannya, kami bertolak pulang selepas mengerjakan solat Jumaat dan Tawaf Wida'. Hati kecil ini berbisik "Ya Allah, berikanlah kami kesempatan utk berkunjung lagi ke rumah Mu ini…"


Mentari senja di Yanbu... kami tiba ke destinasi... Alhamdulillah.


Kini rinduku pada Baitullah selama 3 tahun telah terubat.. dan sekembalinya aku ke Yanbu Al-Sinayyah…


Rindu itu datang lagi…

3 comments:

kak S said...

Salam. Seronok tgk pengalaman dida kt sana. Kalu gi lagi doa2 lah akak pn dpt ke sana satu hari nanti. Amin

Dida... said...

Salam K. S,

InsyaAllah kak.. mudah2an hajat akak akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Amin...

ummu Masyitah said...

salam..mudahmudahan kami pun suatu masa nanti dapt menjadi tetamu Allah di sana.amin