Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

3.06.2009

Mabrouk! Ya Uzair...

تهانينا على الطفل الجديد
(Congratulations on the new child!)


Mabrouk! (Congratulation!!) to my neighbour next door for their newborn baby girl… Aku pun tak tau bila la jiran sebelah rumah aku ni mengandung.. sebab yg aku selalu nampak husband & anak2 dia je dekat luar… tau2 bini dia dah bersalin.. itu pun Ummi aku yg bgtau dekat aku…

Mcmana Ummi aku bgtau aku?? Macam nii... Nak dijadikan cerita..semalam Ummi aku hantar makanan arab yg dipanggil Buth (mcm karipap / samosa) dan Shurbah (mcm bubur nasi + ayam… tp kaler oren).. hari tu, dia bagi aku chocolate moist cake… asyik dia je yg menghantor makanan.. tak bleh jadi ni.. rasa tak sedap hati lak..so hari ni aku balas la balik buat Soto Ayam, Nasi Impit & Begedil… masa aku tipon ummi nak tanya dia ada dkt rumah ke tak pasal aku nk anto makanan.. dia pun pelawa la aku pergi ziarah rumah seorang jiran dkt2 area rumah aku… bila tu?? Ummi aku jawab.. ba' da Magrib (Selepas mgrib daa..) Aku pun mmg pantang dipelawa.. hubby aku kata 'ON' je.. aku pun bersiap la dgn abaya & beg sandangnya… keluar je dari rumah.. aku pun dgn confident je melangkah… Ummi aku kata "Where are you going?" the house is here… (sambil tunjuk rumah jiran sebelah rumah aku) laaaa….sebelah rumah jeee…. ingatkan jauh sangat la tadi… huahuahua..

Tuan rumah dia nama Uzair.. seorang wanita yg mempunyai 4 orang cahayamata… Masuk je rumah.. mcm biasa… korum para wanita2 Arab dah pun bermula.. aku kira.. semuanya 8 orang.. tak masuk anak2 diaorang lagi.. aku tercari2 la mana baby nye… laa.. dia letak dekat celah bawah sofa je.. ni nak meraikan baby ker.. nak bergosip.. tu la bila para wanita Arab ni kalau dah berkumpul.. mmg gempak wa cakap lu… dressing tak payah ckp la.. aku rasa kali ke-4 aku join Ummi lagi.. kena la aku ikut rentak diaorang.. dressing giler2.. ntah hubby aku nak ke tak belikan aku baju2 glamer tu… Haaa…. darling.. amacam? bila nak ajak saya gi shopping baju? hehehhe..

Antara topik yg diaorang cerita.. yg aku phm la.. ialah cerita tentang AKU la… Ummi cerita mcm mana de
tik perkenalan aku dgn dia.. cewahh!.. dan dgn bangganya dia cerita dkt mak2 Arab yg lain, masuk ni dah 3 kali aku ikut dia… tak pernah tolak pun.. tu pun sbb hubby aku yg sporting kot.. dia yg kata la.. aku tak kata... SPORTING ke hubby aku?? Tetttttt..... (tukar topik) lagi .. dia ckp dia suka sangat makanan yg aku hantar dekat dia tu (Soto Ayam la..) siap tanya lg mcm mana nak buat begedil tu.. aku pun terkial2 la menjawab... bila semua mata tertumpu pd aku.. rasa mcm selebriti la plak.. eceehh… perasannya la aku ni...

Bab lain dia cerita, wanita Arab suka pakai Inai especially time diaorang kawin.. aku tengok.. sampai ke siku tu lukisan inai dia.. aku bgtau diaorang.. dekat Malaysia pun sama.. tp setakat pergelangan tangan je la.. diaorang cakap, dekat sini Islam menggalakkan pakai Inai.. tp aku dengar, ada org kata kalau nak pakai setakat dkt kuku je boleh… kalau dah sampai lukis2 dekat
tangan tu dah kira berdosa.. hai.. entah laa.. lain tempat, lain pulak caranya… lain2 topik, aku dah tak masuk kepala sbb aku sibuk melayan bdk2 dekat situ especially budak pompuan yg nama Wajdi.. maklum lerr.. aku ni kan suka melayan budak2 kecik..

Bila jam dah dekat pukul 9 mlm je.. aku dah resah.. ye lah.. mesti hubby aku dah balik dari surau.. aku nak kena sediakan makan malam utk dia.. selalunya kiteorang mkn lepas mgrib .. tp ada dating lak dgn Ummi…. jadi.. lewat la sikit santapan malamnya… Bila aku rasa dah sampai masanya.. aku pun mintak la diri.. pulang ke pangkal jalan.. hehehheh.. Allright.. That's all for now.. see you in the next post with another interesting stories from RizHad! Ma'as Salamah! (Good Bye!)

P/s: Baby girl tu nama dia Bayan.. tembam kan? yg dukung dia tu kakak dia.. nama Ruzan.. yg pakai serba kuning tu.. tu la Wajdi... yg lain aku tak ingat nama daaa...

No comments: