Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

2.25.2009

My holiday story...

I believe I can fly....hehehe..


Salam semua.. kali ini aku ingin bercerita tentang percutian kami yang lepas… sebelum kami berangkat ke Yanbu, Kingdom of Saudi Arabia… kami telah pergi bercuti ke Langkawi berdua dan Melaka bersama keluarga belah hubby aku… itulah kebiasaannya kami sekeluarga akan bercuti bersama paling tidak pun 6 bulan sekali.. kira mcm family day la.. tp aku nak story sket tentang percutian kami ke Langkawi baru2 ni… cerita tentang holiday kami di Melaka tu, aku akan publish in next entry k…


Telaga Harbour


Alkisahnya bermula begini... Aku telah membuat tempahan awal utk penginapan melalui booking.com iaitu sebuah agen yg berpangkalan di Canada. Surf punya surf, aku terjumpa la website ni.. Kenapa la jauh sgt perginya tu…. actually aku ni kurang percaya sikit kalau bila buat booking, agen terus charge credit card kite.. bila aku baca terms & condition booking.com ni, tak ada service charge dan pembayaran dibuat sebaik shj kita check-in, aku pun terus proceed la… tp, kita kena lah follow-up beberapa kali dengan pihak hotel utk confirmkan booking kita… kalau tak, kita mana tau yg agent tu betul2 dah bookingkan room utk kita kan….. so cite pasal room reservation dah settle.. kami stay dekat Langkawi Boutique Resort di Pantai Cenang.. room condition ok. Besar & selesa. Rate dia RM180nett per night for Superior Deluxe Room, quite reasonable la bg aku…


Di sini lah terletaknya Langkawi Cable Car.. Sejuk tu atas Gunung Mat Cincang..


Kami bertolak ke Langkawi dari LCCT dgn penerbangan tambang murah Air Asia.. Penerbangan tambang murah ke??? disebabkan kami terpaksa tukar tarikh setelah booking dibuat, kami telah di charge RM700 for return flight for 2 person.. korang fikirlah sendiri, murah ke mahal… entahla… Setelah tiba di Airport yg terletak di Padang Matsirat, kami menyewa sebuah kereta Wira dengan harga RM150 utk 3 hari… ok lah tu.. dkt sini mmg kena sewa kereta spy senang nak kemana2… tempat2 yg kami lawati seperti Dataran helang, Langkawi cable car, Makam mahsuri, Underwater World, telaga harbour, berpeleseran di pantai cenang dan jalan2 serta bershopping dekat night market dia... tak banyak la tempat yg kiteorg dpt pergi utk percutian 3d2n ni…. mmg tak sempat.... mungkin kena buat 'come back' utk kami buat snorkelling plak.. InsyaAllah.. Eeeee.... lamanye tak snorkelling.... teringat snorkelling dkt Tioman tahun lepas.... best gilerrr… (Sweet Memory at Tioman - Klik sini kalau nak baca)


Ok lah, aku pasti ramai yg dah pernah pergi Langkawi dan dapat bayangkan mcmana keadaan di sana.. bagi aku yg sukakan suasana alam semulajadi.. memang teruja la dgn keindahan di beberapa tempat di Langkawi.. dgn suasana perkampungannya yg tenang…. tp, satu je tak best.. dkt area pantai cenang ni, kebersihan dia tak berapa ok lah.. jln raya dkt situ pun berlubang2.. rasa malu plak dgn tourist yg dtg… mungkin kena upgrade lagi kemudahan & kebersihan sebab tempat ni kan menjadi tumpuan pelancong di serata dunia.. hmmmmm… rasa mcm nak cerita lagi, tp cukup lah setakat ini dulu.. layan je lah gmbar2 percutian kami ni.. kalau nak tengok gmbar hidupan laut yg cantik2 dan lain2 lagi.. klik la dekat sini..

Chopp... ada lagi......


Lihat lah pelbagai aksi kami nih...
Lastly,

Ok, matahari pun dah terbenam di Pantai Cenang... sampai di sini dulu kisah percutian RizHad di Pulau Lagenda, Langkawi.. to be continued..

No comments: