Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

4.09.2009

Mimpi Tinggal Mimpi

APA?? kena keje ke… itu lah ngomelan aku pada hubby aku bila dpt tau yg dia terpaksa keje di hari minggu.. bertambah muncung la bibir ni.. sbb memikirkan yang kami terpaksa membatalkan plan untuk ke Madinah yang telah berminggu kami rancang tp asyik tak jadi je…. hhmm.. mungkin ada hikmahnya tu (ayat nak sedapkan hati..)

Lama jugak aku nak redakan rajuk aku ni.. ada la dlm 5 minit gitu.. (hee.. lama ke?) bkn baru sekali dia kena keje hari minggu… dah berulang kali.. maknanya.. dlm seminggu.. dia tak ada off day langsung.. straight keje.. Contohnya, kali ni.. kalau campur minggu lepas.. 14 hari keje terus menerus… tanpa cuti…. bila keadaan mcm ni berterusan… ter "effect" jugaklah kehidupan aku sbgai Professional Home Manager (PHM) a.k.a Housewife iaitu jawatan yg secara rasminya aku sandang since pertengahan Januari lepas… huhuhu…

Nasib baik PHM mcm kami di Yanbu ni ada jugak aktiviti2 yg memenuhi minggu2 kami di sini… mcm kelas bhs Arab every Sunday & Tuesday, Tadarus Al-Quran & diselang-selikan dengan kelas memasak setiap Rabu… Ada juga sekali-sekala memenuhi undangan mak angkat arab aku ke kelas2 Fardu Ain & ziarah.. Kalau tidak.. memang terperap je lah aku dkt rumah ni… nak jadi apa? tepu la otak aku ni weh… kalau kena perap je kat rumah… uwaaaa…

If think from the positive sides… ada bagusnya hubby aku banyak OT.. bak kata Nor (Cik Aa – perjalanan ini) mahsyukkk tuuuuuu… betul juga yek…… Alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang telah mengurniakan kami berdua dengan rezki yang melimpah ruah… terima kasih lah En. Supervisor yg bagi banyak keje dekat hubby aku… yela, yela… aku paham…. skrg plant Yansab dah nak mula start-up.. dan mcm dkt mana2 petrochemical company gak.. kalau start-up mmg la byk kejenya.. jd PHM2 mcm aku yg ada husband keje petrochemical co. ni.. haruslah memahami situasi keje suami masing2.. jd takde la bibir asyik muncung je bila suami kurang menghabiskan masa dengan kita dekat rumah.. (oopss.. aku ckp ni.. utk diri aku tau.. sorry, jgn terasa.. ~hihi~ )


Ni kes tak ada gmbo nak letak la ni.. ni le gmbo logo & workplace Hubby aku.. Jgn marah ye boss2 Yansab.. kan aku tolong promote nih.. hehe

Kalau hubby aku dah start masuk shift ntah cmna lak ye life aku lepas ni… sabo je lah.. alahh.. mcm tak biasa plakk.. dekat Mesia boleh plak tdo sensorang dekat rumah malam2… takkan dekat Yanbu tak boleh kott.. ishh… (ayat sedapkan hati lagik!).. yelah.. kalau dkt Mesia.. if boring2 ke.. takut ke.. bleh 'lari' balik rumah mak aku… kalau dkt sini.. nak lari rumah sape lak.. takkan nak ketuk rumah mak angkat arab aku… errr... belum terpikir lagi la nak wat mcm tu..

Hemmm… Entry kali ni sbnrnya nak pujuk hati sendiri.. bg cool down.. bukan nak lepas geram… tp sekadar meluahkan perasaan… nasib baik En. hubby aku pandai menghiburkan hati dengan lawak2 poyo dia tu.. memula jual mahal.. dari senyum sumbing ke sengih2 kambing.. last2.. terhambur jugak la ketawa aku yg sememangnya tak bleh tahan kalau hubby aku buat lawak.. wakakaka.. tak jadi nak merajuk.. ok lah, nak smbung mimpi.. kot2 mimpi balik Malaysia bln 7 ni bleh jadi kenyataan… kalau hubby aku baca ni.. mesti dia cakap.. mimpi tinggal mimpi je la… huhuhu…. sabo je…!

No comments: