Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

5.01.2009

Hidupkanlah Hati Anda


Adakah anda rasa hati anda benar2 hidup? Yaa.. tidak disangkal lagi mmg pada zahirnya hati kita sbg manusia yg masih bernafas ini hidup dan mempunyai peranan penting dalam proses metabolisme badan manusia & haiwan. Tak perlu aku huraikan lebih lanjut apa fungsi hati di dalam istilah sains atau perubatan kerana fokus entry aku kali ini adalah lebih menjurus kepada peranan hati untuk roh kita yg masih melekat di tubuh kita ini... selagi roh & hayat dikandung badan.. selagi itu kita bertanggungjawab memastikan apakah hati kita benar2 hidup... itupun jika kita sayang pada diri kita sendiri dan ingin menjadi hamba Allah yang sentiasa beringat tentang apa tujuan kita dihidupkan di muka bumi ini.....

Apakah rahsia untuk menghidupkan hati kita?
Nantikan jawapannya di akhir artikel ini.


Dan.. mengapa pula kita harus menghidupkan hati kita??? Pertama, Hati yg hidup menggerakkan potensi yg ada pada diri seseorang, sebaliknya hati yg mati membunuh segala bakat & potensi diri. Kedua, hati yg hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran. Ketiga, hati yang hidup mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk...

Ok lah... aku bagitaulah jawapan dia sekarang... Rahsia untuk menghidupkan hati kita ialah sudah tentulah dengan PENGHAYATAN AL-QURAN... Pada zaman Rasulullah SAW dahulu, segala bakat dan potensi sahabat2 baginda yg sekian lama terpendam telah digerakkan dengan penghayatan Al-Quran.. Oleh sebab itu, pembangunan sesuatu kaum pada zaman itu telah digerakkan oleh potensi dan bakat khalifah2 Allah dengan hanya berpandukan Kitab Allah.. dan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW akhir zaman ini haruslah meneruskan warisan Nabi junjungan kita ini dengan sentiasa mempelajari dan membaca Al-Quran.. kita akan menjadi lebih hebat jika kita dapat menghafaz serta memahami isi kandungannya.. MasyaAllah.. adakah kita akan dapat mencapai sehingga ke tahap itu? Tepuk dada tanya iman....


Hati yang dihidupkan dengan Al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak. Perkara ini disebutkan juga dalam firmanNya bermaksud: " Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan drpd Allah yg menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (Surah Taha, ayat 1-4)


Dengan mematuhi segala perintah syarak, barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya Al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)" (Surah al-Isra', ayat 9)

Nantikan apakah syarat-syarat untuk menghidupkan hati di entry yg akan datang....

Terima kasih kepada saudara Mohd Shukri Hanapi (Editor: Kasih Sayang) kerana memberi aku idea dan intipati artikel untuk aku mengembangkan bakat penulisan aku yg tak seberapa ini dan juga berkongsi ilmu yg bermanfaat kepada rakan-rakan disekeliling ku... Semoga Allah SWT jua yg dapat membalas usaha murni saudara..

Akhir kalam..

Yang jahil dan lemah itu datangnya dari aku sendiri... dan ilmu yang baik itu sesungguhnya datang dari ilham yang dikurniakan oleh Allah SWT...Wassalam..


Du'a for the day:
Ya Allah kurniakanlah kami...
Ketenangan dunia akhirat..

Selamatkan kami dari azabMu

Tunjukkan kami jalan lurusMu

Kami memohon hidayahMu
Dekatkan kami Sunnah NabiMu

Selamatkan kami dari azabMu

Tunjukkan kami jalan lurusMu.......

3 comments:

Baitijannati said...

BENAR tu dida..Al-quran penenang jiwa...dan sberat2 kalimah adalah kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADURRASULLULLAH...jika kalimah ini diletakkan antara dunia dan seisinye d atas dacing..maka kalimah LAILAHAILLAH adalah lebih berat dr dunia dan seisinye...bgitulah hebat kalimah tauhid ...moga kita d beri taufik dan hidayahNYA untuk amal Al-quran dlam kehidupan kita...aminnn

Dida... said...

Salam kak..

Aminnn... itulah yang kita cari.. moga hidup kita sentiasa diredhai Allah..

Dida... said...
This comment has been removed by the author.