Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

4.29.2009

Al-Quran bahagiakan Ibu Ayah di akhirat

Salam dari Yanbu..
Surf punya surf.. terjumpa lah artikel menarik ini.. dan ingin aku abadikan di dalam blog aku untuk peringatan diri sendiri dan buat tatapan rakan-rakan kerana perkara yang baik itu amat mulia jika dapat dikongsi bersama.... semoga kita mendapat taufik hidayah dariNya... Semoga dari detik ini, saat ini.. waktu ini.. hidup kita akan lebih BAIK dari hari ini.. akan lebih BAIK keesokan harinya.. dan menjadi lebih BAIK untuk hari-hari seterusnya.. hinggalah kita dijemput pulang ke alam yang kekal abadi dengan amalan2 yang BAIK itu............

=========+++++++++=========

Abu Umamah r.a. berkata: "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an"


Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?"


Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."


Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.


Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya: "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sebanyak ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an"

Disumbangkan Oleh: miey_86kmc


Kesimpulannya: Marilah kita berbakti kepada kedua ibu-bapa kita dengan mengamalkan bacaan Al-Quran dan mempelajari isi kandungannya kerana ianya akan membahagiakan ayah ibu kita semasa di akhirat kelak.. Wallahua'lam.


=============+++++++++++===============


Ok.. kali ni aku rajin nak share bbrapa perkataan dr bhs arab lagi.. mcm biasa.. komen2 membina amat2 lah dialu2kan sekiranya ada kesalahan dari segi ejaan atau pun susunan ayat.. kita sama2 belajar dan manfaatkan bahasa umat Islam sejagat ini... moga kita tergolong dalam hamba2 Allah yang mahu memperbaiki diri dan mencintai bahasa Al-Jannah ini...


Aina baituka? - Where is your house?


Baiti fi radwa samaaniyati - Rumah saya di Radwa 8


Haadza baiti - This is my house


Tafaddhol udkhul ilal baiti - Silakan masuk ke rumah saya.


Ok, sekian dulu coretan ilmiah dari RizHad kali ini... wassalam.


Du'a for the day:


Ya Allah, sudah sekian lama hatiku keras dalam kelalaian

Kesedaran untuk bangkit itu sesungguhnya datang dari-Mu

Izinkan aku terus menggenggam semangat itu Ya Allah..

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih & Penyayang..

Aku insan yg lemah & jahil..

Yg sentiasa mengharapkan pimpinan dariMu..

Bantulah daku dalam mencapai redhaMu..

Ameen... ameennn..


6 comments:

arryani said...

Kalo nak cakap ,"bila nak balik?", dalam bahasa arab mcmana??ngeeee

Dida... said...
This comment has been removed by the author.
Dida... said...

Saje je tau bg soalan nih... hehe..

Belum belajo lg lerr... tp kite ada tengok dkt buku... tp tak tau nak sebut mcm mana sebab dia tak ada baris...

لماذا العودة الى ماليزيا

Limaadzaal a'u datan ila Malaysia?

ataupun

Limaadzaal u' datun ila Malaysia?

Tak confirm lg mana satu betul.. ntah2 dua2 salah.. nnti kite check dgn cikgu dulu erh.. will come back to you later...

arryani said...

Jangan lambat2 tau...tak sabar nak tau nih...heheh

Dida... said...

Next class hr Ahad.. kena la tunggu yek.. InsyaAllah.. kalau x lupa tanya pd cikgu tu la..

Management Consultant said...

Mana lebih seronok duduk di Negara Arab atau di Malaysia?? Saya belum pernah ke negara Arab..kata emak saya, makanan di sana sedap...