Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

4.26.2009

CORRECTION!

Hahaha..Hihihi... tu la nk tunjuk pandai sangat.. kan dah salah... kataku pada diri aku sendiri.. sambil menutup muka dengan dua tapak tangan dsebabkan malu... pandai2 je aku ni taip ayat Bhs Arab kat blog tanpa rujuk pada cikgu dulu.. inilah padahnya... Minta maaf la pada semua ya..

Hari ni kelas bhs Arab, dari pagi smpai la tengahari.. Ustazah sibuk menanda homework anak2 muridnya.. dan sambil2 tu memperbetulkan ayat2 bhs Arab canggih yg kiteorang reka.. memang canggih la sebab byk verb & perkataan baru yg kiteorang belajar hari ni hasil daripada kajian anak2 murid yg rajin... ewah.. puji melambung nmpak.. Ustazah pun kata.. Good effort! pada sesetengah anak2 muridnya.. especially pd Cik Aa & K. Da.. ewah2.. blh jd mentor kiteorang arr lepas nih.. heheh..

Dah lama tak tulis jawi.. sekali tulis.. menggigil daaa.... jgn gelak.. tulisan jawi aku hancusss..

Homework aku pun takde lah perfect... banyak salah gak.. tp takpe.. kite belajar dari kesilapan dan harap2 lepas ni tak ulang lagi kesilapan yg sama.. dan moga anak2 murid jgn cepat putus asa walaupun semakin hari pembelajaran semakin susah.. biar kite teruskan perjuangan belajar bahasa Arab ni hingga ke penghujungnya... yang penting WE MUST THINK POSITIVE.

Ahhaa.. entry sebelum nih, aku ada kongsi satu perkataan dan contoh ayat.. iaitu perkataan MAKAN. Sesiapa belum baca.. sila lah scroll ke bawah dan baca entry aku yg bertajuk Akala.... Dan seperti yg aku bgtau tadi.. Ada ralat sedikit tentang ayat yang aku taip tu.. Setelah dirujuk dan disahihkan oleh ustazah kami.. Pembetulannya adalah seperti berikut:

Q: Maadza Yakkulu? - Apa yang DIA sedang makan tu?
A: Yakkulu Samaka Ma'a Ruzzi - DIA sedang makan ikan bersama nasi
(Ayat ni kalau kita nak tanya & jawab tentang hal orang ketiga)

Q: Maadza Takkulu? - AWAK sedang makan apa tu?
A: Aakulussamaka Ma'a Ruzzi - SAYA sedang makan ikan bersama nasi
(perbezaannya adalah dengan perkataan 'Yak & Tak' pada awal ayat)

Jika untuk ayat past tense:

Q: Maadza Akalta? (M) / Akalti? (F) - What have you eaten?
A: Akaltussamaka Ma'a Ruzzi - I ate fish with rice

Ok.. harap kawan2 semua faham dengan penjelasan yg aku taip dekat atas.. biasalah.. kita manusia kan tak lari dari membuat kesilapan.. yg penting, kita jangan malu bertanya jika ada kemusykilan.. nanti siapa yg pandai?? kitaaa... jugak kannnnn..

Ok, sekian dulu pelajaran utk kali ini.. kita sambung dgn perkataan baru di entry yg seterusnya..... bergantung pada keadaan dan tahap KERAJINAN aku lerr.. heheheh..

6 comments:

arryani said...

hehehe Macamana boleh silap? Nasib baik kita tak ajar kat anak kita dulu.huhuu.

Dah lah nak nyebutnya pun tersembur air liuq ni haa. Tapi baguslah..ada usaha nk blajar. Teruskan. jgn berangan lagi heheh

LYNN said...

ah terbabas sikit jer ok la."awak" dengan "dia". tu yang akak tak boleh nak ingat masculine/femm. nanti sebut bantai hak lelaki je.selamattt

Anonymous said...

Aakulussamaka Ma'Ruzzi - SAYA sedang makan ikan bersama nasi...
sorry... shouldnt this be "... wa ruzzi"...? "wa" yg bermaksud "dan", "ma" bermaksud "what" as in "maa haaza?" = "what is this?"
kemusykillan saya. kalau saya yg silap, saya mohon maaf.

Dida... said...

To Anon,

Ma' tu disebut sebagai Maa' iaitu huruf (Mim (baris atas), a'in (atas) yg bermaksud 'with' . Kalau nk sebut 'Wa' pun bleh jugak.. tp Ustazah sy ajar dia prefer guna Ma'a.. Jadi maknanya 'I'm eating fish with rice'.. Harap saudara/saudari.. jelas dgn explanation saya. T.Kasih di atas comment anda.

Dida... said...

Arryani..

Kite ada berangan ke? hahha.. sikit2 je tu.. next time, kalu kite post ayat b.arab lagi.. kite refer kat cekgu dulu..

K. Lynn,

Tu la.. kite pon konfius.. tp bila ustazah dah explain.. faham skit la.. nnti kalau akak tak faham.. ble ty dkt kelas k..

Dida... said...

To Anon..

Mungkin.. Ma' tu sy kena eja sbg Ma'a utk bezakan antara Ma (What) atau pun Ma'a (with). Sekali lagi.. Ma'a tu ejaan dia - Mim (baris atas) a'in (baris atas). Sy akan usahakan utk post dlm bhs jawi.. T.Kasih