Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

5.29.2009

Lena diulit..

Peribahasa ada berkata lena diulit mimpi.. (eh peribahasa ke tu?) lena di ulit intan... (eh, bukan ke ni tajuk lagu?).... ah.. takpe la... apa2 je.. janji saya nak bercerita tentang lena.. tp ini bukan tidur lena seperti sang puteri yang lena dalam cerita dongeng yang bertahun2 tidur tak bangun2 akibat disihir... lalu mengharapkan prince charming datang untuk mengucup pipinya... ingat tak cerita tu? apa ke nama tajuk cite tu? Sleeping Beauty ke? entah la heh.. saya pun dah lupa.. tu adalah salah satu siri dongeng fantasi yang saya suka betul tengok zaman kanak2 dulu... biasalah.. kanak2 kan suka berfantasi... dan jangan tak percaya.. org dewasa pun ramai juga yg suka berfantasi..

N3 kali ni saya bkn nak cerita pasal cerita dongeng tp cerita fakta yang terjadi almost pada setiap orang.. kalau dalam rumah sebuah family tu.. mesti salah seorang ahli keluarga tersebut mengalaminya.. dan orang yang tak ada benda ni mesti tensen je bila bersama orang ni time nak lena... herrmmm apa tu ye......
v
v
v
v
Disebabkan tajuk dkt atas tu saya tulis lena diulit... jadi saya tambah la perkataan tu jadi...
v
v
v
LENA DIULIT DENGKUR... ngeh..ngeh..ngeh.. taip perkataan ni je pun saya dah tensen.. belum dengar lagi...grrrrrrr.... kamu pernah tak merasa tertekan bila tidur diganggu oleh si dengkur ini? ke ataupun kamu memang tak pernah kisah sebab kamu jenis yang tidur mati.. ke ataupun kamu lah si pendengkur misteri itu?? ahha.... Gotcha! Bagi pengidap dengkur ni.. mereka memang la takde rasa bersalah langsung bila menyebabkan orang sekelilingnya terganggu... mereka dengan amannya tidur sambil memperdengarkan irama dengkur ini dengan bermacam2 bunyi.. bila ada geng dengkur.. habislah.... siap boleh buat irama lagi!

Check this out!

Dengkur kuat risiko Alzheimer
(Berita Harian, Selasa – 5 Jun 2007)

London (England) – Sekumpulan Saintis Barat mendakwa mereka yang berdengkur kuat berisiko tinggi mengalami masalah Alzheimer, sejenis penyakit otak yang memusnahkan penghidapnya untuk berfikir. Ia pada kesudahannya boleh membawa kepada nyanyuk. Dengkur kuat mengurangkan pengaliran oksigen ke otak dan ini boleh menyebabkan Alzheimer.

Hmm.. bahaya jugak ye berdengkur nih.. biasa orang tak ambil kisah pun dengan masalah ni... 'small matter' katanya..... senang je cakap yee.. org yang diganggu waktu tidurnya lah yang merana tak boleh tidur.. dah kena baling dengan bantal dgn kawan tu pun buat tak kisah jek.. last2 si kawan tu terpaksa lah give-up.. sumbat la telinga tu dgn apa2...

Namun, kita tak boleh lah nak salahkan si pendengkur tu kerana ini adalah satu penyakit yang disebabkan oleh ada halangan pada saluran pernafasan dia.. dan si pendengkur pula tak seharusnya memandang enteng dengan permasalahan ini.. so.. apa nak buat? kenalah cari tau apa yg menyebabkan dengkur & rawatan untuk mengatasinya... salah satu punca yang saya tahu ialah si pendengkur ini mempunyai leher yang pendek... ahha... betul ke? cuba kamu check...

Akhir sekali, jika ada penyakit tentu ada petua ye tak.... petua yang saya tahu untuk hilangkan dengkur ialah dengan mengamalkan minum segelas susu suam yang dicampur dengan serbuk badam. Biasa lah.. apa2 petua mestilah nak kena amalkan selalu... kalau on and off memanglah tak nampak kesannya.... Jika ianya di amalkan selalu... InsyaAllah tiada lagi rungutan dari pasangan kamu yang mengganggu tidur mereka dan tidur pun akan lebih lena dan bangun pagi esok tentu akan lebih cergas & semangat.. ada sesapa nak tambah petua lagi??

Baca selanjutnya tentang bahaya dengkur kuat & rawatannya di sini

Ok lah.. sekian sahaja info kesihatan di RizHad.. semoga lena anda tidak diselubungi oleh dengkurrrr..... grrrrr....

14 comments:

Dearie Pearls said...

Salam..
kwn opis LOL kalau tertidur syok jer nak dengkur. suka hati nak tdo kat opis.
kerana mls nak kejutkn dier, LOL p miskol jer dier nyer fon then buat xtau. tapi yg terjaga tu tau ar.

Dan lagi..
ngh meetin2 tetiba kedengaran dengkur..
adedede..

thanks for sharin.
Mujur LOL bukan dlm kategori dengkur.
Thank God.

Dida... said...

hehe..

Memang ada spesis yg suka tdo time meeting...bila meeting je tdo... berselindung di sebalik cermin mata bingkai tebalnya itu..

penat sangat kot.. tak pun selalu berjaga lewat malam... kalau tdo tak ganggu orang masa meeting takpe.. kalau siap dengkur2 apa kes..

maaf la ye.. kalau ada sesapa yg terasa... kita manusia tak ada yg sempurna..

Dearie Pearls said...

Hye there..
thanks k coz sudi tinggalkan comment, follow and 'shout' kat blog yg LOL maksudkan tue..

Thanks very much..

Cheers!

REENAZ said...

Alzheimer tuh omputih kata, org kita kata NYANYUK kan kan kannnnnnn.....

Akak ada experiance masa keja dulu.Kwn akak nih(xleh sebut nama, tu kira ngumpat)dia nap pun bunyik.Dia pun tau masalah dia tu.Pernah dia tanya kat akak camni, KO DGR BUNYIK X NA? Kesiannnn....

Dida... said...

Hi Lol,

No problem.. benda kecik je tu.. lain kali bgtau je apa2 lagi.. mmg laju je saya akan pergi menyusul..
(Itupun kalau saya tak sibuk masa kejadian tu) ewah.. mcm serius je bunyik dia.. hehe..

Dida... said...

Ya kak Ina..

Tp ia nyanyuk yg tahap kronik la..

Kak bawah ni makna Alzheimer lebih terperinci..

Alzheimer merupakan sejenis penyakit "pelupa" yang kebiasaanya berlaku keatas orang yang sudah berusia. Ia adalah penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif.

Penyakit ini adalah sejenis penyakit dimana seseorang itu gagal menguruskan diri sendiri dan memerlukan orang sekeliling membantunya. Penyakit ini bukan sejenis penyakit "nyanyok" tetapi ia tergolong dalam penyakit nyanyok (dementia). Antara ciri-ciri pesakit yang akan menghidap penyakit ini adalah:-

•pertuturan menjadi lemah
•kewarasan kurang baik
•ingatan bertambah teruk
•perubahan personaliti
•tingkah laku
•pertimbangan

Antara tanda-tanda awal yang akan dialami oleh pesakit adalah:-

•Apabila pesakit lupa mengunci rumah ketika mahu meninggalkan rumah, tidak mengingati pekara yang baru sahaja pesakit itu lakukan dikategorikan sebagai peringkat sederhana Alzheimer.


•Pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga, ia menandakan tahap ini adalah tahap pesakit di peringkat yang serius.


•Pesakit akan menjadi agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau melakukan perkara yang diminatinya.


•Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas sekali pun.

Teruk jugakkan bunyi nya tu..

Dearie Pearls said...

thank you ok..
so sweeet hooo.
memang understanding sangat..
thanks lot..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Dida..sebut bab dengkur ni hmm.. dah lali dah telinga nih..heheh dulu2 ayah..skrg hb lak.. cuma klu irama dah kuat no tuh, kejutkan. lagi satu punca dengkur ni jgk bila bantal lapik tidur kurang selesa atau tak sesuai dan kalau obess. mmg mudah berirama tidurnya!

Dida... said...

LoL,

U'r most welcome..

and

U'r sweet too... :)

Teringat2 lagi ke Tesco lady tu.. heee.. parah la kalau mcm tu... baik LoL ingat dkt kakak2 kesayangan LOL tu.. lagi byk faedahnya.. hehe..

Dida... said...

Kak Nik..

Kes kita serupa... mmg dah lali.. kalau tak dengar dengkuran orang kesayangan satu malam rasa rindu plak... mcm sekarang jauh dari abah.. dan kalau hubby keje malam..

Tp bila dengar hari2.. rasa tension gak.. mmg tak boleh tido sampai subuh.. pastu terpaksa la qada tdo siang.. haii.. serba salah... x dengar rindu.. bila dengar tension plak.. huhuhu...

Devuben said...

I have read your blog. I like the contents and would like to revisit.

I hope you would like visiting my blog on traveling.

EXPLORE THE EXOTIC LAND OF INDIA

Dida... said...

Dear Devuben,

I have visited your blog and read all the information of your beautiful country. If have opportunity, I would love to visit your country one day.

Thank you for dropping by at my blog.

Have a pleasant day!

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

saya tak brdengkur lagi takat skarang..
er,
akak brdengkur tak?
:p

thanx ats info.
famili ngan member2 saya ada yg brdngkur.
kna gitaw depa ni..
=)

Dida... said...

wawawa.. dik.. adik takde 2 hr rasa sunyi plak.. :p

akak dengkur sikit je.. tp dengkur halus.. ala2 manja gitu..hehe.. tp x ganggu org la..

kalau dengkur kuat yg bhya sikit ...yg bunyi nya mcm motobot rosak enjin tu.. tp kalau dengkur biasa rasa ok lagi kot.. cuma jgn bg smpai kronik la.. kena buat rawatan cecepat...