Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

6.30.2009

Sambungan...

Salam ya Ukhti wa Akhi wa Sodiqii....

Ada masa2 kita sihat... ada masa2 kita sakit... ada masa2 kita lapang... ada masa2 kita sibuk... ada masa kita susah.. dan ada masa kita senang.... begitulah hidup kita didunia ini selagi ajal belum memanggil.. Sebenarnya saya berada dalam kesihatan yg tidak mengizinkan utk saya tumpukan perhatian saya pada arena maya ini... ditambah lagi dgn keadaan internet di rumah saya yg agak lembab... maka mematikan lagi keinginan saya utk berblog. Maafkan saya kerana saya tidak dpt menziarahi blog kawan2 dan meninggalkan pesan saya di sana disebabkan masalah saya ini... InsyaAllah... satu masa nanti saya akan kembali aktif jika Allah mengizinkan.

Meskipun begitu... saya ada sesuatu yg ingin saya kongsikan di sini disebabkan ada persoalan yg ditimbulkan oleh Ukhtun (seorang kakak & sahabat saya di Yanbu) mengenai entry saya yg lepas berkenaan dgn amalan2 di bulan Rejab... Niat saya membangkitkan soal ini adalah bukan utk memandai2 ataupun tunjuk pandai.... tp niat saya adalah untuk kongsi apa sahaja ilmu yg berguna yang saya tahu melalui rujukan dan bacaan saya dari sumber2 yg diyakini semata2 utk mencari keredhaan Allah.... Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu niat & perlakuan setiap hambaNya...

Baiklah... Persoalan yg timbul ialah... adakah kita boleh berpegang kepada kata2 seorang Ustazah yg bukan dari Malaysia mengenai bln Rejab? Buat pengetahuan para pembaca sekelian... Ustazah saya ini berasal dari Tunisia... dan berbangsa Arab.. dan disebabkan ini.. individu yg bertanya amat khuatir bahawa fahaman yg dibawa oleh ustazah ini adalah fahaman Wahabi. Saya tidak menerima dan juga tidak menolak tentang dakwaan beliau.. Pada saya, lebih selamat lagi jika kita bertanya sendiri dengan individu tersebut tentang fahaman beliau daripada kita terlanjur membuat andaian.... Bukankah agama Islam melarang kita daripada berburuk sangka?

Dari pengamatan saya, ustazah saya amat berpegang teguh kepada Sunnah Nabi s.a.w berdasarkan kepada pengucapan dan penjelasan beliau tentang bulan Rejab dan lain-lain perkara tentang agama. Apakah kita masih mahu lagi meragui seseorang jika dia membawa ajaran yg berlandaskan Sunnah Nabi? Apakah kita mahu mempercayai orang lain selain daripada perkataan2 yg difirmankan oleh Allah s.w.t dan disabdakan oleh Nabi s.a.w sendiri? Bagi saya yang ilmu masih terlalu cetek ini.... apa sahaja ilmu yang dibawa mengikut nas2 Al-Quran dan Hadith yg sahih... saya tidak akan ragu2 utk menerimanya.... dan selagi ia tidak bercanggah dan terpesong dari akidah.. InsyaAllah itulah yg saya pegang hingga ke akhir hayat saya...

Berkenaan dengan puasa di bulan Rejab... saya TIDAK PERNAH menyatakan yg kita tidak boleh sama sekali berpuasa bahkan kita boleh meneruskan puasa sunat hari Isnin & Khamis serta Puasa hari2 Putih di setiap bulan iaitu pada 13,14, dan 15hb.... CUMA KITA JANGANLAH BERPUASA KHUSUS UTK MERAIKAN BULAN REJAB SEMATA2 UTK MENDAPATKAN FADHILAT2 DAN GANJARAN YG BESAR..... KERANA TERNYATA TIDAK ADA SATU NAS DAN HADITH PUN YANG MEMBENARKAN TENTANG PERKARA ITU...

Saya juga ada membaca di dalam sebuah buku hadith yg mengatakan... sebuah hadith yg dhaif (lemah) boleh digunapakai sekiranya ia bukan melibatkan perkara ibadat seperti hubungan sesama manusia & makhluk lain, adab, akhlak dan lain2... tetapi jika perkara2 ibadat seperti Solat, Puasa, Zakat, Hukum2 Jual Beli dan Hukum2 Halal Haram lainnya... eloklah kita berpandukan kepada Al-Quran & As-Sunnah supaya amalan kita tidak menjadi amalan yg sia2 dan berdosa.... mengapa kita nak berpenat2 berpuasa sehingga ada yg puasa sampai sebulan di bulan Rejab.. sedangkan pahala amalan itu tidak dikira? Kan ke itu perkara yg sia2?

Di bawah ini sekali lagi saya sertakan petikan Hadith ke 5 dari Hadith 40 yg diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Nawawi seorang tokoh agung dalam Mazhab Syafi'i tentang amalan yang tertolak & sia2... huraiannya boleh lah di dapati di dalam buku Hadith 40 karangan beliau.

Terjemahannya:
Dari Umm Al-Mu'minin (Ibu sekelian orang2 Mu'min) iaitu Umm 'Abdullah Aisyah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa mengada-adakan dalam urusan (agama) kami ini suatu pekerjaan yang tiada daripadanya, maka (yang diada-adakan) itu tertolak.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan dalam riwayat Muslim: Barangsiapa mengerjakan suatu pekerjaan yang tiada di atasnya urusan kami, maka ia tertolak.

Akhir kata, Hadith tidak boleh diadakan walaupun dengan maksud yang baik pada agama. Orang yg mengadakannya dianggap orang yg berdusta terhadap Rasul dan org yang menggunakan nama baginda dengan menggunakan hadith itu akan dimasukkan ke dalam neraka. Rasulullah bersabda menurut riyawat Muslim dari Ali r.a.:

Janganlah kamu berdusta ke atas namaku, kerana bahawasanya barangsiapa yg berdusta atas namaku, masuklah ia ke dalam neraka...

Naudzubillahi min dzhalik..

Diharap, dengan tertulisnya entry ini.... kita mendapat persefahaman bahawa apa sahaja yang kita lakukan di dalam menunaikan ibadat kita... haruslah dirujuk kepada Al-Quran & Al-Hadith yg sahih untuk keselamatan kita di dunia & akhirat... Moga Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada kita semua ke jalan yang lurus...

Wallahu' Alam...

19 comments:

Razak said...

Salam...sebaik-baiknya berpeganglah kepada al-Quran dan as-Sunnah seperti mana firman Allah SWT, “Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah dia dan jangan kamu ikuti jalan-jalan (lainnya) sebab jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Allah berwasiat kepada kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (QS. Al An’am : 153)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Berpeganglah dengan sunnahku dan sunnah khulafaur Rasyidin yang terbimbing, gigitlah dengan gerahammu dan hati-hatilah kamu terhadap perkara yang baru kerana sesungguhnya setiap bid’ah itu adalah sesat.” (HR. Ahmad, At Tirmidzy, Al Hakim, Al Baghawy)

zai said...

Salam Dida..
alhamdulillah sebuah entri yg bagus dgn huraian yang panjang lebar, moga2 lebih ramai antara kita mendapat kesedaran berkenaan Bulan Rejab yg sebenarnya telah menjadi satu kepercayaan turun temurun dari zaman berzaman tentang kelebihannya..

Arianni said...

Salam dida..
Saya juga terlalu cetek tentang ilmu..masih belajar dan terus belajar..tapi niat kita utk berkongsi apa jua ilmu itu yg penting..keikhlasan itu yg dipandang Allah..

ummumishkah said...

dida,
moga cepat2 sihat yer!
personally.. I'm sick of this lah.. wahabi sana.. salafi sini!
duk bincang sgt pasal wahabi dan salafi ni, hatta yang wajib pun keciciran.. kita duk bergaduh.. kan dah jauh dari manfaat semua tu.. kita ambillah yang mana ikut sunnah.. kalau nak basmi.. basmi segala macam adat2 yang ntah dari mana duk menular dlm masayrakat kita tu!
sori dida... emosi sikit.. :)

atie said...

salam...
semoga dida beroleh kesihatan dan sentiasa dapat memberikan pandangan dan ilmu yang dapat kita kongsi bersama.... tq

shaniza said...
This comment has been removed by a blog administrator.
cun09 said...

salam...
walau apa pendapat dan pandangan yg di beri, berpeganglah kita semua kepada al-Quran dan As-Sunnah.
Semoga cepat sembuh ;)

Assiddiq said...

Salam.. Nice Blog..Moga2 yg baik itu ALLAH redha dan yg xbaik itu ALLAH ampun dan bimbing kita ke jalan yg selamat.. AMIN


P/S: Buat suatu perkara yg ALLAH suruh dan tinggal segala perkara yg ALLAH larang dengan harapan semoga dalam bimbinganNya sentiasa dan juga buat suatu perkara berkait lah dengan ALLAH,InsyaALLAH.. Tiada lain dipinta kecuali redhaNya~

Dida... said...

Razak..

Seperti biasa... setiap komen2 kamu pasti saya kagumi... terima kasih krn sudi berkongsi ayat2 Al-Quran yang penuh bermakna ini... Moga kita sentiasa mendapat petunjuk dariNya..

Dida... said...

Wslm Kak Zai..

Terima kasih.... bukan mudah sebenarnya utk memberi kefahaman kepada orang2 lebih2 lagi kawan yg kita kenal.... perkara yg sudah lama menjadi amalan mmg mengambil masa utk berubah... moga kita berubah ke arah yg lebih baik...

Dida... said...

Arianni...

ya.. betul tu.. Keikhlasan ibarat seekor semut hitam di atas batu yg hitam... memang tak nampak.. tp Allah Maha Mengetahui.. Marilah kita sama2 penuhkan dada kita dengan ilmu.. kerana org yg berilmu InsyaAllah tidak akan sesat...

Dida... said...

UmmuMishkah

Terima kasih.. saya dah beransur sembuh... penat melayan sakit ni.. tp takpe.. sakit kan membersihkan dosa...

Saya masih samar2 lagi tentang golongan wahabi di Malaysia.. masih mencari fakta n info... kekadang.. kita tak boleh mendengar dari sebelah pihak.. kita kena menjadi pemerhati yg neutral... Ikut Sunnah is the safe way...

Dida... said...

Kak Atie...

Terima kasih... InsyaAllah.. saya akan kongsi apa sahaja ilmu yg bermanfaat utk panduan kita bersama... Terima kasih kak atas sokongan yg diberi...

Dida... said...

Cun09..

Terima kasih.... Alhamdulillah... berkat doa kawan2 saya dah beransur pulih...

Begitu lah yg sebaik2 pegangan utk semua umat Islam.. lupakan yg lain apa lagi perkara2 rekaan manusia yg menyesatkan akidah Islam..

Dida... said...

As-Siddiq..

Terima kasih di atas pendapat kamu.... komen kamu amat saya hargai...

Moga kita sama2 menuju ke arah kebaikan duniawi & ukhrawi..

kelambuharimau said...

menuntut ilmu biarlah sampai ke hujung nyawa..ambil yang baik buang yang buruk agar hidup kita tidak terpesong

miss GAZA said...

salam kakak...

syoknya bleh kutip ilmu kat sini..
moga kita semua mendapat manfaatnya.
moga ALLAH merdhoimu jua akak..
=)

Ummi Wafa (UW) said...

semoga kita tidak tergelincir dari landasan yang betul...YA ALLAH tunjukki laa kami jalan yang lurus dan betul dlm mengabdikan diri padaMU... AKAK sakit apa yer??? coz sy tgk kat kelas cam sihat walafiat.... ker sakit nak dpt org baru?? hihihihi bagus2...nati wafa dapat kawan baru lagi...semoga akak sihat walafiat hendaknya

MUJAHIDIN AL-ISLAMIYAH said...

hadis tentang rejab bulan allah, sya'ban bulan ku[rasulullah] dan ramadhan bulan umatku merupakan hadis dhaif yg tlh dipersetujui oleh jumhur ulama'...kata syeikh qaradhawi"apabila kamu hanya melebihkan amalan sunat kamu hanya pd bulan rejab dan tidak pd bulan lain maka hukumnya makruh..."tidak salah untuk berpuasa pada bulan rejab kerana tiada larangan dr rasulullah..maka ia bkn perbuatan bid'ah...jika berpusa pd bulan rejab dikatakan sebagai bid'ah maka kita yg bertaqlid pd mazhab 4 pun dikira bid'ah...cuma kita perlu meneliti apa yg dilaran apa yg dibenarkan,,selagi tiada larangan teruskanlah selagi mana kita tidak berpuasa pd hari2 haram...salam