Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

6.23.2009

Jangan Tersilap Membuat Amalan...

Di kelas bahasa Arab hari ini, telah menjadi kelas sesi soal-jawab agama apabila salah seorang dari kami telah mengutarakan soalan tentang amalan2 di bulan Rejab seperti puasa, solat sunat & sebagainya.... ternyata ustazah kami menolak tentang adanya amalan2 tertentu untuk memenuhi bulan Rajab dengan alasan bahawa amalan tersebut bukan merupakan amalan yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan tiada sebarang hadis pun yang menyokong tentang perkara yg membabitkan amalan2 tertentu ini. Ini berarti, apabila sesuatu amalan itu bukan mengikut Sunnah nabi maka ianya adalah amalan yang bid'ah.. Naudzubillah..

Saya & kawan2 baru je planning nak puasa straight dari 1-3 Rejab ini... nasib baik kami refer pada ustazah kami dulu... kalau tak, tentu ianya menjadi amalan yg sia2. Ini bersesuaian dengan hadith yg berbunyi....

Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. - Hadith riwayat Imam Bukhari & Muslim.

Seterusnya, menurut kata Imam Nawawi bahawa pada hadith tersebut didapati dalil: "Bahawa orang yang mengada-adakan sesuatu dalam agama (bid'ah) yg tidak sesuai dengan syara', maka adalah ia berdosa dan amalnya dikembalikan kepadanya dan ia mendapat amaran keras kerana Nabi s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa mengada-adakan suatu (bid'ah) atau menolong (memperlindungi) orang yang mengadakannya, maka atasnya kutukan Allah"

Walaubagaimanapun, tidak semestinya kita tidak boleh langsung berpuasa di bulan Rejab.. Kita boleh teruskan amalan berpuasa pada hari Isnin & Khamis seperti biasa dan juga pada 13,14,15 haribulan seperti pada bulan2 yang lainnya....

Di sini saya ingin kongsi sebuah artikel yg ditulis oleh Saudara Mohd Yaakub bin Mohd Yunus mengenai Puasa di bulan Rejab.

=======+++++++++=======

PUASA REJAB


Adalah masyhur di sisi masyarakat kita bahawa disunatkan untuk berpuasa pada 1hb Rejab, hari Khamis minggu pertama pada bulan Rejab, Nisfu Rejab (15hb Rejab) dan 27hb Rejab sempena Israk Mikraj. Untuk menguatkan hujah puasa-puasa sunat ini maka dibawa beberapa riwayat-riwayat palsu serta lemah bersertakan ganjaran pahala yang besar. Menurut Ibnu Rajab di dalam al-Mughni:

Mengenai keutamaan puasa khusus pada bulan Rejab, tidak ada satu pun hadis sahih yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. mahupun para sahabat.

Sungguhpun begitu apa yang ditemui adalah riwayat daripada para sahabat Nabi yang melarang puasa pada bulan Rejab.

Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan daripada Kharsyah bin Hurr yang berkata: “Saya melihat ‘Umar r.a membuat makanan untuk manusia pada bulan Rejab hingga mereka meletakkanya di dalam mangkuk besar. ‘Umar berkata: “Makanlah, kerana ini adalah bulan yang diagungkan oleh orang-orang jahiliyah. – Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannif

Malah Saidina ‘Umar juga dikatakan telah memukul tangan mereka yang berpuasa pada bulan Rejab

Daripada Atha’, dia berkata: “Ibnu ‘Abbas melarang puasa pada bulan Rejab seluruhnya, agar tidak dijadikannya sebagai hari besar (hari raya). – Hadis riwayat Abdurrazaq dalam Mushannif, no: 7854.

Selain dari itu terdapat juga di kalangan masyarakat kita yang mengamalkan berpuasa berterusan selama tiga bulan iaitu pada bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadan. Amalan ini juga sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sah. Imam Ibnul Qayyim r.h berkata:

Rasulullah tidak berpuasa pada tiga bulan tersebut secara terus menerus seperti yang dilakukan oleh sebahagian orang dan baginda sama sekali tidak berpuasa pada bulan Rejab dan baginda pun tidak menggalakkan berpuasa pada bulan Rejab. Bahkan diriwayatkan daripada baginda bahawa baginda melarang berpuasa pada bulan Rejab seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah. – Rujuk Muhammad ‘Abdussalam al-Syaqiry, As-Sunan wa al-Mubtada’aat al-Muta’alliqah bi al-Adzkaar wa ash-Shalawaat, ms. 152.

Meskipun begitu sekiranya seseorang itu berpuasa pada bulan Rejab tanpa niat mengagungkan bulan tersebut sebagaimana golongan jahiliah dan tidak menyakini fadilat-fadilat palsu yang dikaitkan dengan puasa pada bulan Rejab tersebut atau dia hanya berpuasa bertepatan dengan hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti puasa pada hari Isnin dan Khamis, puasa Ayyam al-Bidh (puasa pada tarikh 13,14 dan 15 setiap bulan) atau Puasa Nabi Daud (puasa selang sehari) dalam bulan Rejab, maka puasa sebegini dibenarkan oleh syarak.

* Mohd Yaakub bin Mohd Yunus adalah Penolong Naib Presiden di Bahagian Perbankan Perniagaan, Affin Bank Berhad dan beliau boleh dihubungi di http://akob73. blogspot. com/

=========+++++++========

Utk membaca maklumat yg lebih detail dgn rujukan2 yg lebih sahih.. anda boleh kunjungi di sini

Semoga kekeliruan kita tentang amalan2 di bulan Rejab terjawab... dan seperti biasa setiap amalan yg kita ingin lakukan... haruslah berpandukan kepada Sunnah & Hadith nabi yang sahih agar setiap amalan kita diterima oleh Allah s.w.t..

InsyaAllah.. next N3 saya akan kongsi tentang amalan bid'ah yg lain pula... Moga kita dijauhkan dengan amalan2 yg bid'ah ini....

Wallahu'alam...

27 comments:

atie said...

info yang baik nie sebab banyak orang anggap bulan rejab nie kena buat puasa banyak2....
semoga kita di jalan yang benar insyaallah.....
terima kasih

ummumishkah said...

orang melayu kita, memang banyak amalan yang pelik2, dlm islam tak der pun istilah ibadat khusus kerana bulan atau hari tertentu, nak dapatkan fadilat puasa, buatlah puasa isnin khamis atau puasa selang sehari sepanjang tahun tanpa menentukan bulan2 tertentu.. tapi org2 tua khususnya susah nak ubah pegangan mereka, kita yang muda2 ni (muda lagi kah? hihihi) alhamdulillah dapat pendedahan awal...

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

teman dah faham. tq

Pengasas said...

Salam Dida,
Kelas bahasa bertukar jadi kelas agama menunjukkan pesertanya lebih utamakan agama dari bahasa. Sikap yang baik.

Dida... said...

Kak Atie...

Harap2 info ini akan dibaca oleh ramai org dan memberi pendedahan kepada mereka2 yg belum tahu...

Seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w.

"Sampaikan lah pesanKu walaupun satu ayat"

Dida... said...

UmmuMishkah...

Sebenarnya byk lagi amalan2 bid'ah yg masih diamalkan oleh rakyat Islam di Malaysia... Tp masih pelik kenapa tiada pihak2 yg tertentu menekankan perkara ini supaya tidak terus menjadi amalan....

Mungkin kena lebih banyak pendedahan lagi oleh semua pihak... kita sebagai blogger.. boleh lah mgunakan medium ni utk menyampaikan maklumat.. cuma berapa ramaikah yg akan sedar ttg perkara ini?

Moga kita tergolong dalam golongan org yg sentiasa diberi petunjuk....

Dida... said...

Rahman, Achong, Muniandy...

Kalau kome dah faham.. baguslah... dan diminta jasa baik saudara utk sampaikan perkara ini kepada kenalan2 saudara yg terdekat...

Moga usaha kita untuk menyampaikan pesanan yg baik ini mendapat ganjaran dari Allah s.w.t...

Dida... said...

Wslm Prof..

Begitulah nampaknya Prof... kami memang mengambil kesempatan betul dgn kehadiran ustazah utk menimba seberapa byk ilmu yg ada pd beliau..

Jadi, bkn setakat bhs arab shj sasaran kami.. kami cuba utk meluaskan skop pembelajaran kami kepada ilmu2 yg lain.. InsyaAllah.. akan datang..kami akan mempelajari ilmu Fekah.. dan juga Ilmu ibadat Haji...

Moga hubungan kami dgn ustazah ini berpanjangan... spy kami terus mendapat manfaat daripada ilmunya... InsyaAllah...

budak kampung online said...

KOOL.. KAWE PUN.. PAHEY DOH... TKIU

arryani said...

TQ for the info. Saya pulak dapat info yg berbeza dari sebuah buku agama ..

Apapun kita buat yg terbaik tuk diri kita..

Webmaster said...

Post yang menarik. Terima kasih atas info awak...

ieyla said...

Salam akak...banyak ilmu yg saya perolehi bila berkunjung ke sini...terima kasih diatas setiap info2 yg diberikan....

MAR said...

Salam Daa..bagus jugak info ni,kak mar pun plan nak puasa hari ni.Tapi smalam gi umah kak Za,cakap2 hal ni jugak, langsung dibatalkan je niat nak puasa tu bila dengar kak Za bagitahu camtu.

Mutiara Biru said...

Dida,

terima kasih kr berkongsi ilmu.

Dida... said...

Kak Yan,

Info berbeza yg mcm mana tu ya? Mmg banyak buku agama di pasaran yg mengeluarkan byk pendapat.... Yg penting kita kena berbalik kpd sumber yg betul iaitu dalil & Hadith Nabi yg sahih...

Tak semua buku2 agama diluar sana yg kita boleh pegang maklumatnya.... walaupun ada hadith yg dikeluarkan.. kita kena pastikan pulak hadith tu tergolong drpd hadith yg mana... hadith ada pelbagai jenis... termasuk hadith yg Maudu' iaitu hadith palsu...

Berpeganglah maklumat yg bersandar kepada hadith yg sahih iaitu hadith yg betul2 mmpunyai sanad yg boleh dipercayai bhw hadith itu disebut oleh Baginda Rasulullah s.a.w...

Untuk mengetahui samada hadith itu sahih atau tidak... haruslah kena buat rujukan & baca buku2 ilmu hadith yg byk di pasaran Iaitu daripada imam-imam hadith yg termasyhur seperti Imam Bukhari, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Nasa'I, Imam Abn Majah dan Juga Imam Nawawi yg terkenal dgn 40 hadith yg terutama yg diriwayatkannya…

Yang penting.... di Arab Saudi mmg tak pernah mengamalkan puasa yg khusus dlm bln Rejab... ini menguatkan bhw.. Rasulullah s.a.w. sendiri tak pernah mengamalkan puasa seperti ini & fadhilat2 yg byk terkandung di dalam beberapa buku itu.. tidak ada hadith dan dalil yg menyokong tentang kebenarannya...

Moga kita berpegang kepada ajaran yg benar...

Wallahu'alam.

Dida... said...

Bdk Kpg Online..
Bagus la kalo demo doh pahey..

Webmaster...
Sama2.... Selamat Bulan Rejab..

Ieyla..
Sama2.... moga ilmu yg diperolehi memberi manfaat kpd kita semua... Saya mghargai kunjungan ieyla di sini.. Terima kasih di atas sokongan..

Mutiara Biru..
Sama2 ok... Terima kasih krn sudi membaca... Selamat menyambut Bulan Rejab

Dida... said...

Kak Mar...

Tu la... nasib baik kita tanya ustazah.. kalau tak, kita pun ikut puasa.... tp InsyaAllah.. puasa Isnin & Khamis boleh lah kita teruskan... & jgn diniatkan puasa itu utk mnyambut bln Rejab....

Sudah memadai jika kita sekadar berniat puasa sunat...

Moga kita mendapat ganjaran dari segala amalan yg kita lakukan.. InsyaAllah...

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Sahabatku yang dirindui, Dida..

Good info to share...

Thanks for sharin...

so sweeeeeeeet of ya, Friend..

Salam dari Malaysia..

Hehe..

matgeo said...

nice blog..like the nasyid too

ASYIQ said...

Selalu dok tanya anak2 murid bila masuk bulan rejab....takut2 ada yg belum ganti puasa! Selalunya depa baru kelam kabut nak mengganti!!

LYNN said...

Salam dida, actually hanya salah faham kengkadang tu..dah jadi amalan. mcm Asyiq said kenkadang org pompuan lom habis ganti posa tunggu bulan Rejab baru nak Qada puasa. Anyway, sebarang kebaikan yang kita lakukan semoga Allah beri pahala bukan di sebabkan Bulan Rejab itu. Jika dah biasa Isnin & Khamis puasa, buatlah seperti biasa dan bukan dek sebab bulan Rejab itu. Wallauhualam

LYNN said...

saya suka baca ni.
http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=34
or
http://drmaza.com/home/?p=646#more-646

zai said...

Tahniah Dida atas entri yg menarik dan berguna nie..semoga Dida akan menjadi generasi pemimpin masa depan yg cemerlang...Amin !!!!

Dida... said...

Terima kasih.... InsyaAllah..

hanya keredhaan Allah sahaja yg saya inginkan...

LotsOfLove-Pearls said...

Knock..
Knock..

any body home..?

hehe...

senyap jerk..

miss GAZA said...

Assalamualaikum kakak..
apa khabar ye sekarang?
=)


stuju sungguh dgn akak.
masalah sekarang org suka "menambah-nambah" kononnya dapat menjadikan umat ISLAM berlumba-lumba utk melakukan sesuatu amalan/ kebaikan..
tapi mereka tak sedar yang mereka dah "mengada-ngadakan" sesuatu yg tiada di dlm quran dan hadith..
na'uzubillah..
mintak dijauhkan sangat2 dari semua tu..


apa yg penting,
buatlah apapun lillahi ta'alaa..
=)

Ummi Wafa (UW) said...

salam kak, terima kasih kerana memanjangkan lagi ilmu yang diperolehi....semoga amalan kita amalan yang betul mengikut al-Quran dan as-Sunnah yang ditinggal kan oleh junjungan besar Nabi kita...