Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

7.16.2009

Iklan di Saudi


Sila ikuti kisah yg saya adaptasi dari sebuah iklan TV di Arab Saudi di bawah ini... terdapat beberapa scene yang saya tambah utk menghidupkan jalan cerita….


"Gedegangggg!!…. Aduhhhhh… sakitnya!! tak pernah aku rasa sakit yang amat sebelum ni.. terasa ada cairan yang hangat meleleh di mukaku… dann… pandangan aku semakin lama semakin kabur….. Tiba2… kedengaran suara hingar bingar di sekelilingku.. aku tersedar tp kali ini dalam kondisi yang berbeza.. aku terasa badan ku ringan… aku bangun dan duduk dari pembaringan.. aku lihat ramai orang mengerumuni aku… ku cuba untuk bersuara tapi suara ku tersekat dikerongkong… Apa sebenarnya yang berlaku? ku pandang ke kanan… kereta ku telah terbabas ke bahu jalan dgn keadaan yang amat remuk sekali… Ohh… adakah aku telah kemalangan? Aku berdiri dan cuba menyapa pegawai polis yang sedang mengawal di situ… mengapa aku tidak dipedulikan?? sekali lagi aku melihat ke arah kereta aku dan di sana aku terlihat satu jasad yang berlumuran darah terkujur di situ.. lantas aku berlari ke arahnya.... Ahh.. tidak… tidak… itu adalah jasadku!! Apakah aku sudah mati?? Oh Tuhan.. berilah ku kesempatan utk bernafas sekali lagi….


Aku berlari dan lari selaju2nya.. dan kini larian ku seolah2 terbang bagaikan angin.. aku ingin pulang ke rumah.. mencari ibu….. di sana, aku terlihat diriku sekali lagi… Eh.. ini waktu aku sebelum keluar dari rumah tadi…. sungguh leka menaip sesuatu di laptop… baru aku ingat sekarang…. waktu itu aku sedang seronok berchatting dengan rakan yang baru aku kenali…. Tiba2.. Ibu datang menghampiri aku yang sedang menaip itu… Ya Bint.. solah.. solah… (wahai anakku.. solat, solat..) kata ibu ku… Toyyib Ummi.. Toyyib.. (Baik Ummi.. baik..) jawabku.. Tapi aku tetap tidak berganjak dari tempat duduk ku dan masih asyik menaip sesuatu…. Ibu ku hanya menggeleng2kan kepalanya…. Dan sekarang.. baru aku teringat, aku belum solat lagi sebelum aku keluar dari rumah tadi…. Ya Allah.. aku menyesal Ya Allah.. aku telah berdosa… aku telah mati tanpa sempat mengadap Mu… aku lalai Ya Allah… Aku terduduk di situ dan menangis semahu-mahunya.. tetapi tiada siapa yang mendengar akan tangisanku.. Kini aku hanya menunggu apakah balasan yang akan aku terima selepas ini… oh tidaakkkkk!!!"


Sekian sahaja cerita pendek tp penuh pengajaran ini…. buat rakan2 di Yanbu.. pasti kamu pernah tengok iklan ini di TV.. dia ada 2 version.. satu situasi yang menunjukkan seorang anak lelaki.. dan satu lagi version yg menunjukkan seorang anak perempuan…. cerita di atas tu saya refer pada anak perempuan.. tp biasalah.. ada scene yg ditokok tambah spy jelas jalan penceritaannya… harap director iklan tu tak saman saya la.. hehe..


Satu je saranan saya… kan bagus kalau iklan2 sebegini ditayangkan di TV di Malaysia… maksud saya yang mengingatkan tentang betapa pentingnya SOLAT itu? Memang ada iklan yg lebih kurang mcm ni.. tp.. motifnya ialah.. "Pakai Tali Pinggang Keledar" ataupun "Pakai Helmet"… ya…. saya tahu itu adalah iklan khidmat masyarakat dari "Kementerian Pengangkutan Jalan Raya" so, apa salahnya kalau ada iklan khidmat masyarakat yang berupa nasihat yg menginsafkan dari "Kementerian Hal Ehwal Agama Islam" dgn kerjasaman "Kementerian Penerangan"…. 1st impression saya bila terpandang iklan ni di TV Arab Saudi ialah... wow.. ia betul2 meresap di dalam hati saya… dan saya pasti kalau ini juga dilakukan di Malaysia.. berapa banyak lagi hati-hati yang tersedar dari khayalan dan mungkin menjadikan ini sebagai satu peringatan…


Ramai ke orang yang sengaja tinggalkan solat sekarang ni? saya tak pasti… tapi saya yakin ramai orang yang melengah2kan solat…. saya akui.. saya pun pernah macam tu dulu… betapa jahilnya saya sebelum ni… Astaghfirullahalazim.. kalau saya mati dalam keadaan saya belum bersolat lagi…. Naudzhubillah.. janganlah terjadi seperti itu…. saya tak sanggup diseksa di neraka selama 40 tahun.. itu baru satu waktu.. kalau ada yang tak solat dari sejak baligh hingga ke dewasa… kira je lah berapa puluh ribu tahun dia diseksa.. 1 hari di neraka bersamaan dengan 1000 tahun di dunia (If I'm not mistaken, correct me if I'm wrong)…. Mati jika ia hadir, tidak akan menunggu kita walau sesaat pun…. boleh ke kita kata… tunggu jap eh.. aku belum solat lagi tunggu jap eh.. aku belum mintak ampun dengan mak aku lagi… Takde punya… kalau ia datang waktu itu segalanya sudah terlambat…. jadi mana lebih penting... kerja2 lain yang hanya untuk mengejar dunia.. ataupun solat yang tepat waktu dan berkualiti sebagai tiket utk kita lepas di titian Sirat di alam akhirat yang pasti kekal selamanya...


oleh itu wahai sahabat2 yang saya kasihi sekalian.. renung2kan lah pesanan di bawah ini….


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan"


(dipetik dari sebuah blog... maaf, saya lupa nama blog tu..)


.... hayati lah Hadith2 nabi dan firman Allah tentang peri penting nya solat itu dalam kehidupan manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah ini....


Dari Abdullah bin Mas'ud, mereka telah bertanya Nabi saw :-

. أي العمل أفضل ؟ قال : الصلاة على ميقاتها قلت : ثم أي ؟ قال : ثم بر الوالدين . قلت : ثم أي ؟ قال : الجهاد في سبيل الله
"Amalan manakah yang paling utama? Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : kemudian apa? Nabi bersabda : berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : kemudian apa lagi?. Nabi bersabda : berjihad dijalan Allah" [Riwayat Bukhari, al-Jaami al-Sahih #2782]

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [al-Nisa' : 103] .....

dan ketahuilah orang2 yang melengah2kan solat tanpa keuzuran....
  • Boleh tertutup pintu rahmat
  • Hilang Nur
  • Doa2 susah nak makbul...
Sila rujuk kitab Raudhah Tolibin, Fathu-Al-Wahab dll....

Ada dikalangan ulama' yang berpendapat bahawa mereka yang meninggalkan solat telah dianggap sebagai terkeluar dari Islam. Sabda Nabi saw :-

العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر

"Batasan diantara kita dan mereka adalah SOLAT. Barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah kufur" [Hadith riwayat Imam Ahmad].


Marilah kita sama2 memelihara solat kita agar amalan2 kita yg lain juga dipandang oleh Allah.. Artikel menarik tentang solat juga boleh di baca di sini


Sekiranya ada sebarang kemusykilan tentang solat, boleh la rujuk di laman Koleksi Soal Jawab Solat


Sekian sahaja coretan saya untuk kali ini...


Yang baik itu sesungguhnya datang dari ilham yang dikurniakan oleh Allah SWT... dan yang buruk itu adalah datang dari kekurangan saya sebagai hambaNya yang lemah....


Peringatan buat diriku dan juga kepada mereka yang lupa....


Wassalam.....



45 comments:

Webmaster said...

Sangat bagus iklan tu. TAPI sanggup ke Kementerian Penerangan nak siarkan??? Sanggup ke orang Melayu yang perasan Islam nak tengok??? Tahun lepas ada seorang prempuan yang bersuamikan Mat Saleh komplen kat TV3 sebab anak2 dia takut bila menonton dokumentari Sajak Kematian kat sekolah.

Perlu ditegaskan, pempuan tu ISLAM. Orang Islam sendiri yang KOMPLEN tentang ISLAM. Saya ada kawan kristian. Dia gelaklah dengar pasal makcik tu komplen. Pastu dia tanyer saya. Camni yer orang ISLAM.

Berbalik pada iklan yang Dida ceritakan tu, saya yakin kalau diadakan pengambaran pun mungkin akan ditayangkan dan paling dahsyat lepas tu adalah pulak umat yang perasan ISLAM komplen kat mane2 TV sebab anak2 diorang takut nak tido malam dan mungkin jugak diorang sendiri yang tak boleh tido malam.

Mama Qaseh said...

Salam Dida..

Yea sya setuju kalau iklan mcmtue d tayangkan di TV malaysia..sya pnh tgk iklan tue dpt email d ofis..memg akn myentuh jiwa kita..
Mdah2an sma2 la kita mnjaga solat msing2..
Gud info Yang..mdah2an d berkati..Aminn

atie said...

salam dida,
kat Malaysia nie iklan syampo, jom heboh,gempak slebriti,iklan politik lagi penting daripada didikan solat tu,
iklan2 macam tu pasti tak boleh coz Malaysia kan berbilang bangsa...
alasan tak logik tukan selalu digunakan. kalau nak buat iklan macam tu kena la tukar kerajaan. tapi sanggup ke oang melayu nak tukar kerajaan nanti tak masuk pulak poket mereka... antara sebab2 akhlak anak2 malaysia sekarang teramat la teruknya.

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Sahabatku, Dida.

Dia: Laparlah pulak..
Aku: Pegilah makan dulu.. Solat pun tak lagi kan..?
Dia: Tak pe... bla.. bla..bla
Aku: Mmm.. Perkataan 'Takpe' tu yang (sambil mengangkat kedua tangan dan membuat simbol tanduk di kepala..)
Dia: Eh.. u tau eh.. Tak pe, lepas nie u ingatkan i lima kali sehari lah k.
Aku: Yalah tue...

...................................

Kejadian on Friday:

Scene 1:
Dia: Lewat pula keluar hari nie.
Aku: kan dh diskas hari tue, hari jumaat keluar awal. U boleh lunch awal dn sembahnyang Jumaat. Boleh balik office awal. bukan jam 3pm.
Dia: Takpe.. Lain kali u ingatkan eh..

...................................

Scene 2:

Dia: Alamak dah jam xx lah. Terlupa hari ni hari Jumaat. E*a (nama LoL) xingatkan..
Aku: ....

...................................

Scene 3:

Aku: Eh, u xkeluar sembahayang?
Dia: Tak. Hari nie nak jadi Michael dulu.
(Tht time LoL xfaham maksud dia. Bila LoL borak ngn Kwn dr Ganu tue, dia kata 'kan nama Michael tu Christian'

...................................

LoL sendiri pun bukannya ok sangat soal keagamaan nie dan x berani nak kata / komen apa2. Cuma tulah yg LoL alami sepanjang pergaulan ngn kwn2 office yang nak LoL ingatkan setiap perkara.

...................................

Sweet of ya sharin dis dear..

ader satu iklan tue pun menakutkan juga tapi xtau dr maner.. Indonesia kowt. LoL juz saksikan. "Ader sorang lelaki tue nak merokok tetapi setiap kali dia nak merokok, org2 sekeliling berlari mengerumuni dia dan membacakan Yassin. Seram jer iklan tue..

Thanks sentiasa mengingatkan..
You take care. im sorry if there's words yang mengguris. LoL xberniat tau..
Juz wanna share..
Hehe..

Olahan cerita Dida MENARIK!

Cheers Dida.

Webmaster said...

Dida,
Nanti awak pergi terjah blog saya tau.. Ada buah tangan untuk awak...

ummumishkah said...

Dida..
Sebenarnya umat Islam perlu kepada iklan yang sebegini agar tidak terus terleka dgn dunia yang sementara ini... agar kita ingat bahwa dunia ini hanya sementara.. Shukran Dida keran berkongsi info... :)

Razak said...

Salam...Syariat sembahyang merupakan di antara sebesar-besar tuntutan Islam yang wajib dilaksanakan, kerana sembahyang itu merupakan tiang agama dan asas Islam yang lima yang paling penting sesudah dua kalimah syahadat. Oleh itu, wajib bagi setiap orang Islam mengambil berat dan memelihara dengan menunaikannya tepat pada waktu yang ditetapkan tanpa mencuaikannya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardhu, khasnya sembahyang wustha (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyu‘.” (Surah Al-Baqarah, ayat 238)

ASYIQ said...

Akak pun sokong kalau kat sini buat iklan macam tu......

Amat takut dgn amaran Allah....

trima kasih sudi share...

Dida... said...

Webmaster..

Kalau setakat nak ambil kira setiap orang punya komplen.. mmg tak terlayan ler.. apa kata laksanakan dulu... tak payah ambil kira tentang komplen2 ni... saya rasa.. ni semua atas usaha pihak yg berkuasa... hendak buat seribu daya... kalau tak mahu.. byk la alasannya.. takut orang komplen la.. apa la.. berbagai kaum la... ntah2 takut terkena batang idung sendiri...

Mmg malu dgn org Islam yg berkuasa ini kerana sbg orang Islam sendiri tak mahu membela agama kita... tiada pegangan yg kuat... dgn alasan perpaduan konon.. cuba laksanakan dulu... buat pun tak lagi... cakap banyak pun tak guna...

Thanks Echam atas pandangan & pengalaman yg dikongsi di sini.. really appreciate it!

Dida... said...

MamaQaseh..

Terima kasih atas sokongan & komen yg membina... Ya.. mari kita sama2 perbaiki mutu solat kita.. dan moga kita sama2 mendapat keberkatan dariNya... Amin..

Dida... said...

Kak Atie...

Dgn kurangnya pendedahan insaniyah & publisiti tentang kesedaran keagamaan & kerohanian memang salah satu penyebab akhlak anak2 muda sekarang ramai yg hancur... mmg saya setuju benar dgn akak.. byk sangat hiburan yg melampau dihidangkan di kaca TV berbanding dgn santapan rohani.. kalau adapun.. rancangan yg baik ini pasti tak menepati waktu kemuncak.. ada yg terlalu pagi lah.. lewat malam lah... alasannya takut rating jatuh.. cuba tgh2 syok tgk siaran hiburan tu.. n then ada plak iklan tentang solat ni... tentu serba sedikit akan tersedar dr alpa....

Masalahnya mereka tak prihatin dgn benda2 agama ni... tak commercial katanya... alasan sebab berbilang kaum mmg tak boleh pakai langsung... saya rasa kaum lain sekarang sudah lebih terbuka.. ntah2 org Islam sendiri (Islam atas nama je) yang tak suka dgn benda2 mcm nih...

Thanks Kak Atie sbb sudi berkongsi pendapat di sini.... :)

zai said...

Salam Dida,
Betul tu..kat Malaysia kurang iklan pesanan berbentuk keagamaan terutamanya pesanan utk menunaikan solat kecuali apabila masuk waktu jer..walhal perkara itulah yg paling banyak orang lalai..tapi ntahlah kenapa ramai pihak yg berwajib tidak mahu pendekatan dgn berdakwah sebegini..semakin ramai yg lebih teruja ke arah hiburan dari rancangan berbentuk keagamaan..penajaan pun kurang..

Dida... said...

LoL sahabat ku yg hebat...

Sekali lagi daku terkesima dgn komen mu kali ini.... Mmg saya kagum dgn kamu LoL... Kamu non-muslim yg very caring about other religion especially Islam... tp tgk lah.. saya malu dgn jawapan2 kawan ofis LoL itu.. Islam mereka seperti ibarat kulit bawang.. begitu tipis sekali...

Cuba sekali sekali LoL cerita ttg seksa neraka pd diaorang ttg azab meninggalkan sembahyang... saya pasti.. for sure diaorang kagum dgn LoL sbb LoL sbg bukan Islam lebih tahu dari mereka... tp saya rasa LoL boleh bercerita secara bersahaja or secara berlawak... depends on you.. saya hy bg cadangan.. bukan apa.. saya sedih krn saudara seislam saya melekeh2kan amalan yg paling penting itu... kalau tak bersembahyang.. apa la makna amalan mereka yg lain spt puasa.. zakat.. dan lain2 tu.. mmg tak bermakna langsung la.. ntah2 amalan lain pun diaorang kantoi..

Sorry I'm a bit emo bout this... thanks LoL.. coz sudi share bout the situation at your office.. I really upset to know this...

Kalau saya ada dkt sana.. mmg saya basuh cukup2... ihik..

Dida... said...

Webmaster..

Ok.. dah tengok.. eden kena tag yo... eden lomah betul nak buat tag2 ni.... takpe.. nanti eden usoho kan la yo... tapi tak tau bilo laie eden nak membueknyo....

Jap agi eden copy.. eden simpan dlm draft dulu... nak menjawapnyo tu yg makan maso... anyway mekasih la.. sbb sudi menyenaraikan nama eden di sinun... hehehe..

Dida... said...

UmmiMishkah..

Ya.. itu lah yang betul2 saya nak tekankan setiap kali mengepost satu n3... DUNIA INI HANYA PERSINGGAHAN SEMENTARA... AKHIRAT JUA LAH YG KEKAL SELAMANYA..

Dida... said...

Razak...

Komen yang bernas, tepat dan padat.. saya linkkan artikel saudara tentang keagongan solat di n3 saya yg ini... tak tau la saudara perasan atau tak... n3 saudara itu lah yg memberi saya ilham utk saya menulis ttg iklan ini... syukran ya akhi.. dan tahniah kerana sentiasa memberi kupasan yg menarik di setiap n3 saya... syukur saya kerana berkenalan dgn sahabat maya seperti kamu.. Alhamdulillah..

Dida... said...

Kak Asyiq..

Terima kasih atas sokongan.. saya juga takut dgn amaran Allah.. lebih2 lagi sesudah membaca tafsiran2 dari Al-Quran.. banyak sekali peringatan2 dari yg Maha Kuasa yg sekarang ini boleh dilihat makin di ambil mudah...

Dida... said...

Kak Zai..

Agaknya itu lah tanda dunia dah akhir zaman... salah satu tanda2 kecil kiamat ialah hiburan berleluasa... pada mereka2 yg sentiasa beringat tentang tanda2 dan amaran ini amatlah beruntung sekali kerana mereka pastikan bersiap sedia utk bekalan di hari akhirat.. tp bg mereka yg lalai dgn segala keseronokan dunia.. mereka lah org yg paling rugi sekali...

Kalau ada penajaan pun.. saya pasti kementerian penerangan bukan boleh senang2 nak luluskan iklan mcm ni... Wallahua'alam.. yg pasti belum ada usaha ke arah itu.. masing2 dah kelabu dgn wang ringgit & hiburan.. perkara amal semua tak dipandang lagi.. La haula wala quwwata Illah..

Arianni said...

Salam dida..
Ari sokong 100% saranan dida..kita buat dulu baru tau kan..tengoklah kesannya macammana..rasanya lepas tengok iklan tu cepat2 diorang bertaubat..

Dida... said...

rianni..

Thanks Ari coz sependapat dgn saya... sepatutnya perkara yg baik tidak akan menimbulkan keraguan utk kita laksanakan... (ckp mmg senang.. tp nak buat..) ini adalah kata2 yg selalu melemahkan semangat & usaha2 dakwah...

kalau semua beri kerjasama saya yakin perkara ini tak la sesukar yg disangka... they just like to make simple things complicated.. that's the problem...

KUNTONG said...

Saya menyokong kalau disiarkan di Malaysia. Iklan yang memberi gambaran yg boleh menyedarkan org2 berkenaan.

iqbalsyarie said...

Best!terima kasih berkongsi..alhamdulillah~

Dida... said...

Kuntong..

Terima kasih atas sokongan saudara.. rata2 mereka yg membaca artikel ini menyokong.. jika ada sesiapa dr pihak yg berkenaan terbaca rencana ini.. diharap mereka membuka mata bhw.. perkara ini dipandang positif oleh ramai pihak...

Kalau ada yg mahu laksanakan.. Alhamdulillah...

Dida... said...

Iqbalsyarie..

Terima kasih di atas kunjungan dan kesudian saudara membaca artikel saya ini..

Moga ianya dapat memberi manfaat kepada saudara hendaknya... InsyaAllah.. nantikan kunjungan balas dari saya.... Syukran Jazillan..

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

byk juga iklan2 di tv arab ni yg beri pengajaran.. selalu di ambil pengajaran dr hadis or ayat quran

alhamdulillah..harap malaysia juga begitu nanti...dalam pd msa yg sama..leh blaja hadis

Mzakibm said...

Salam,

'titan sirat' tu apa? masih teringatkan Titan eh.. Btw good explaination and sharing. Chanel brapa aa x penah tengok pun?

Mzakibm said...

Aik! bila plak ko edit balik 'wording' tu. Kim salam ngan Ude.

Dida... said...

Norullisza...

So far dkt sini saya nmpak iklan tu je yg ok... yg lain.. sama je mcm dkt Malaysia.. tp tak tau la kalau dkt Jordan byk iklan nasihat mcm ni..

Dkt sini x dpt chanel Jordan la..

Dida... said...

Mzakibm

hahaha.. magic... salah eja la... tu titian siratulmustaqim.. singkatannya Titian Sirat lerr..

Chanel TV Kayan sama ke dgn Chanel dkt Yanbu.. lain kot... actually dh lama iklan tu tak kuar... tunggu jugak bila iklan tu nak kuar balik.... tak silap, iklan tu dari etisalat.com.. agaknya lahh.. kalau x salah eja lagi..

Dida... said...

Mzakibm

InsyaAllah.. salam akan dikirimkan.. benda lain tanak kirim? kirim la apa2 yg menarik dari kayan ke...

Bila nak bawak kakak dtg buat umrah? takkan nk tunggu smpai habis kontrak kot.. hehehe..

Lavender Pelangi said...

wah..sangat terkesan di hati..kalau saya post yg beri peringatan sebegini jugak kt blog saya bleh ke tak kak??
diberi keizinan atau tidak..huhu..

idasm said...

elok juga kalau iklan sebegitu dibuat di mesia. pasti ramai yg insaf. jadinya setiap kali sebelum keluar mesti soal diri sendiri dah solat ke belum. at least kalau ada niat nak solat lepas kembali nanti akan fikir 2 kali... bila teringat iklan seperti itukan...
tp tulah seperti kata yg lain... antara alasannya ialah mesia masy berbilang kaum...

Yatie said...

salam...

bagus entri kali ni, spt juga
entri2 yang lain...

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Dida..
Mornin! (Malaysia Time)
Thanks for da cadangan.
Sebenarnya, kami semua ada pegi ESQ Training tu and for sure kwn2 LoL seharusnya mendapat sstu yang sangat bermakna kerana mereka lebih mengetahui setiap ajaran dlm Islam tetapi mungkin masih ada sedikit belenggu yang 'mengikat' mereka.

But Dear, you know what, selepas Training tu LoL dh boleh nampak mereka solat compared before. Kalau dulu, sejadah tu hanya terbiar cam gitu saja. Mereka sedikit berubah even ada satu masa tu ada sorang kwn terlelap semasa menunaikan sembahyang (dia sembahyang kat opis. Mayb selepas ni LoL harus galakkan dorang turun g surau coz surau dekat jer. Hanya beberapa minit then sampai).

Dan yang fun nya dorang nie, dengar cakap. Dorang yg saya maksudkan nie ada kembar kat opis. So, berdualah.. They r gud cuma tertalu manja. Tu yg LoL nampak..

Sorang lagi peserta Training tue boleh nampak perubahannya. Setiap kali azan mesti dh hilang. Dia g surau..
Masing2 ada karenah tersendiri dn LoL mungkin berfungsi disini sebagai mengingatkan. Sampai nak bangun pagi pun dorang nak LoL kejutkan. Apalah manja sangat dorang nie.:)

Dear Dida..
Sorry by sharin dis. Kalau Dida perasan LoL tak kongsikan kisah2 ni kat blog LoL. LoL sayangkan dorang and i juz wanna them change. LoL tak berniat nak burukkan dorang. They r gud. (Tetiba LoL rasa bersalah pulak. Hehe).

Ok, dh panjang dh nie. Tak pasal2 setiap pengalaman LoL tercoret dlm setiap comment LoL.. hehe

Ok, u take care and gud health ok..

-LoL-

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam dida..

"...sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyu' iaitu mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya."

Bercakap bab solat ni kan dida, smpai skrg ramai yang baligh2 (sbb tu ramai yang tak solat dan puasa). Sbb tu nabi suruh ajar anak bersolat sejak umurnya 7 tahun, pukul apabila umurnya 10 thn kalau masih tak solat.
Tp berapa ramai ibu bapa yang rotan anak kalau tak solat? Brp ramai ibu bapa yang sedih klu anak tak excellent dlm pelajaran, tp kalau anak tak solat tak kisah pun!
Mmg solat tu berat tambahan pula waktu subuh yang dingin.. berat nak angkat selimut!
Mmg bagus kalau ada iklan sebegitu dpt ditayangkan di kaca tv kita.

Tentu dida ingat peristiswa israk mikraj... 5 rakaat tu masih lagi tak akan mampu umat Nabi kerjakan!

Dida... said...

Lavendar Pelangi...

Boleh apa salahnya... apa2 saje dekat sini adalah utk disebarkan.... saya amat appreciate jika kamu sampaikan ilmu2 yg bermakna kepada sesiapa saje.. Alhamdulillah.. moga ada ganjaran di sisi Allah utk kita yg menyebarkan ilmu agama...

Thanks ya for your support.. :)

Dida... said...

Kak Idasm..

Sekali lg saya nak tekankan di sini... masyarakat yg berbilang kaum bukan penghalang utk kita melaksanakan kerja2 dakwah melalui apa sahaja medium... Saya yakin non muslim sekarang lebih bersifat terbuka.. saya percaya jika ianya dilaksanakan tak mustahil jika ada yg mendapat hidayah dari Allah utk memeluk Islam.. who knows?

Yang penting atas pihak yg berkenaan samada nak buat ke taknak.. belum cuba belum tahu...

Dida... said...

Yatie...

Thanks my friend for the comment... short n sweet... mcm n3 di blog Yatie juga.. hehehe... yg penting message nya sampai... :)

Dida... said...

Dear LoL..

My apologize if comment sebelum ni mmbuat LoL x selesa... kali ni saya boleh berlapang dada sikit bila LoL cite yg diaorang actually dah berubah kpd yg lebih baik dr sebelum ni... hopefully after this they will make changes from time to time.... dgn adanya si cantik manis ni yg jadi pendorongnya setiap hari, tentu mereka jd lebih semangat nak berubah... :)

K, LoL.. x perlu rasa bersalah.. sebenarnya ia satu tanggungjawab seorang kawan utk berkongsi sst masalah demi utk mencari penyelesaian yg baik... Kawan yg baik adalah kawan yg mengambil berat ttg hidup kawan2nya.. mcm yg LoL lakukan sekarang ni la.. so you are in a right track.. so do not worry so muck k...

Thanks sharing this story to me... saya hargai setiap komen LoL di sini..

U take care too.. b happy always k..

Dida... said...

Wslm Kak Nik..

Setiap ajaran Rasulullah itu mmg berkesan dan ada sebabnya... jika sesebuah keluarga x praktikkan apa yg baginda sarankan.. mmg ini lah jadinya.. anak2 jadi manja x solat..

Saya pn sedih bila ada parents yg sanggup berhabis masa & wang utk pelajaran dan sedih bila result x excellent.. tp jika anak x pandai ngaji.... x pndai baca jawi.. buat x kesah je... itu lah ibu bapa moden sekarang ni...

Kalau lah yg 5 rakaat tu x dpt nak tunaikan... apa lah guna hidup menumpang di dunia Allah ini... rezeki dari Allah mereka nak... tp tak mahu taat dgn perintahNya... ini namanya hamba yg x tahu nak bersyukur..

Thanks kak Nik for sharing your thoughts here... saya amat menghargainya..

Lavender Pelangi said...

time kasih kak!!nanti saya post kt blog saya..nnt kalu kne saman,kite dua la kne..hehe..
neway,thanx!!

cun09 said...

Salam...
"Rasulullah bersabda: Siapa menjaga solat lima waktu dengan menyempurnakan segi lahirnya dan waktu2nya, maka untuknya ia merupakan nur dan pegangan pd hari kiamat. Dan siapa mensia2kannya, akan dihimpun bersama firaun dan hamman"

LotsOfLove-Pearls said...

Dear My sweet Friend, Dida.
Bagaimana harimu hari ini?
Semoga baik hendaknya ok.
Gud luck for evrytin u do.

And Dear Friend, no need to worry ok. No need to say sorry bout the comment. Cadangan Dida tidak ada yang silap. Its gud ok..

thanks for ya concern. Im so much touch. You jauh2 kat sana pun jaga diri ok. Jaga makan minum and jangan tersilap waktu lagi.
hehe..

Jam dinding besar dh gantung?
Hehe..

Ok Dear Friend,
Nice day ok..
Happy weekend!

idyavie said...

Salam...nice blog...salam kunjung ke idyavie.blogspot.com

Baginda Reformasi said...

salam... kepada empunya blog terima kasih kerana melawat blog baginda... semoga kita boleh bertukar2 pendapat di masa akan datang... jemput selalu... :)