Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

7.19.2009

As-Shahidatul Hijaab...


A tribute to our sister in Islam...

Marwa El-Sherbini... seorang wanita Mesir yg mengandung 3 bulan... telah mati dibunuh dgn kejam di German kerana mempertahankan hijab yg dipakai sebagai wanita muslimah.... Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiun...

Marwa namamu...
Bukan wanita ternama dan dipuja...
Pendirian Iman mu teguh..
Maruah dirimu kau bela...
Demi mempertahankan hak Islammu..
Dirimu dihina... dicerca...
Namun semangat mu tetap kuat..
Hingga dirimu terkorban...
Dibunuh dgn kejam..
Didepan insan2 tersayang...

Menitis airmata ini..
Mengenangkan anak kecil yg ditinggalkan...
Suamimu pula koma cedera dgn tembakan...
Apalah malang nasibmu di dunia...
Di layan buruk sebegitu rupa...

namun begitu....


Wahai Marwa... dirimu sungguh beruntung..
Kematianmu sungguh mulia
Kerana mempertahankan aqidah Islam...
Ingin sekali aku menjadi seperti mu...
Syahid di jalan Allah...berjuang berhabis habisan..
demi hijab yg menjadi lambang wanita solehah...
Perjuangan yg berakhir dgn peristiwa berdarah

Dan titisan darah yg keluar itu..
Menjulang namamu sebagai As-Syahidah
Membuat dirimu terkenal di dunia & di alam langit...
Bergembiralah wahai Serikandi Islamku...
Moga dengan pengorbanan besarmu itu
Allah akan membalasnya dgn Syurga..
.
Ameen Yarabbal Alameen...

Allahuakhbar!

Cerita selanjutnya boleh dibaca di sini




“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.” (Al-Hujurat:15)

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At-Taubah:41)

32 comments:

Lavender Pelangi said...

baru je tulih kat blog pasal nih..
tp tersilap tulih kata husband dia mati jugak..koma rupanya..
thanx share kt cni..

ummi humaira said...

alangkah indah dan damainya kita ya,andainya dipenghujung kehidupan ini di anugerah oleh Pemiliknya dgn darjah "As-Syahidah"

Razak said...

Salam...

Alangkah indahnya jika ada pemimpin Islam hari ini seperti Abu Bakar r.a ketika seorang wanita Islam terjatuh dikuis kakinya oleh seorang yahudi, Abu Bakar r.a mendatangkan angkatan perang kepada yahudi tersebut semata-mata untuk mempertahankan aurat betis wanita tersebut yang terdedah apatah lagi kepada perkara yang sebesar yang didedahkan dalam entri ini.

ummumishkah said...

Alhamdulillah, Marwa telah bergelar syahid... kita yang hidup ini.. apakah mampu untuk menjadi seperti beliau?

Dida... said...

Lavendar Pelangi..

O ye kea.. Tak perasan pulak... takpe.. kita sama2 memperingati wanita yg telah pergi krn memperjuangkan maruah Agama Islam..

Dida... said...

Ummi Humaira..

Ya.. semulia2 darjah kebesaran di sisi Allah adalah dikurniakan Syahid/Syahidah di sisiNya di penghujung hayat kita... apakah kita boleh mencapai kemuliaan itu? Apakah yg boleh kita perjuangkan? semua itu telah tertulis di Luh Al-Mahfuz kita...

Saya mmg mengimpikannya.. tetapi sedikit benar sumbangan saya terhadap agama ini.... :(

ASYIQ said...

Bersyukur kerana kita berada di bumi yang aman damai dan boleh mengamalkan Islam sebebas yang kita mahu.....namun begitu mati syahid adalah di antara cita2 kita.

Jangan pula kita ingkar perintah Allah di dalam lautan nikmat yang Allah kurniakan. Lihatlah bagaimana manusia lain yang terpaksa mempertaruhkan nyawa sendiri demi mempertahankan aqidahnya...

criestz said...

teruk nye..
tu je sy ley ckp
(speechless-al-fatihah)

Baitijannati said...

subhanaAllah...

bgitu mulianyer darjat orang yang syahid..walaupun d dunia d cemuh n d hina tapi ganjaran syurga untuknye..Ya Allah...manisnye iman,..walaupun iman sbesar zarah ..wajib baginyer syurga...insyaAllah..moga kita dapat mempertingkatkan kalimah iman...LAAILAHAILALLAH MUHAMMADURRASULULLAH....AMINN

Dida... said...

Razak..

Pemimpin sekarang mmg susah kita nak jumpa setegas & sehebat sahabat Baginda.. Saidina Abu Bakar r.a. Zaman dulu mmg peperangan mmg menjadi agenda utama para pemimpinnya... tetapi sekarang.. Para pemimpin suka mengambil sikap berkecuali.. tunggu & lihat... yg menyerang adalah kaum Yahudi.. dan negara yg diserang dan menjadi mangsa adalah negara Islam... Tunggu lah kedatangan Imam Mahadi.. dan turunnya Nabi Isa a.s... sudah tentu kegemilangan Islam pasti akan kembali semula.... dan waktu itulah kiamat sudah semakin hampir...

Adakah kita sempat untuk menyaksikan kegemilangan Islam di zaman itu nanti? Wallahua'lam...

Dida... said...

UmmuMishkah...

Gembira utk arwah juga krn terpilih oleh Allah utk Syahid.. kita pun boleh juga sampai ke darjat itu.. InsyaAllah... syahid tidak semestinya di dalam perang.. menuntut ilmu serta berdakwah juga boleh bergelar syahid.. yg penting.. jln mana yg kita ingin lalui dan bagaimana kita mengelolakan amalan kita.. adakah ikhlas kerana Allah? adakah kita sanggup membelanjakan sebahagian harta kita dan jiwa kita ke jalan Allah? Itulah yg dinamakan jihad... dan org yg berjihad kerana Allah... InsyaAllah.. syahidlah dia... Wallahua'lam...

Dida... said...

Kak Asyiq..

Betul Malaysia adalah antara bumi bertuah yg boleh mengamalkan ajaran Islam sebebas2nya krn agama rasmi negara kita ialah Islam... tp kita jgn lupa... tanggungjawab kita utk memilih pemimpin yg betul2 memimpin negara mengikut landasan agama Islam harus jg di ambil kira.... Kita juga akan dipertanggungjwbkan di akhirat kelak atas apa pilihan kita... Adakah kita pilih krn inginkan Pembangunan semata2??? tepuk dada tanya iman...

Dida... said...

criestz...

Perkara yg buruk itu.. jika kita tak dapat melawan dgn perbuatan... kita lawanlah dgn kata2... paling tidak pun... sekurang2nya kita lawan je lah dalam hati...

Itulah tandanya ada iman di dalam diri kita....

Dida... said...

Kak Ila...

Memang begitulah yg berlaku jika seseorang dikurniakan syahid.. di dunia lagi Allah telah tunjukkan bahawa pemergian seseorang yg syahid akan ditunjukkan beberapa kemuliaan dan penghormatan....

Ya Allah.. jangan lah Engkau pesongkan hati2 kami setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami....tetapkanlah iman kami hingga ke akhir hayat kami... Amin..

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Alhamdulillah, dia terpilih bergelar syahidah...
Dalam keadaan 'tidak aman' dia masih ingin mengekalkan tudungnya, malangnya ramai yang duduk dalam aman ini tak terpk pun nak melaksanakan kewajipan menutup aurat.
Semoga kita yang berada dalam suasana aman ini akan lebih istiqamah dalam melaksanakan tuntutan syariat.

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Sahabatku...

"no words..."

Dida... said...

Alhamdulillah... gembira ada insan yg mmpunyai iman yg kuat sptnya dan beliau tetap teguh walaupun nyawa sudah dihujung tanduk...

Org yg duduk di negara yg aman ni mmg dia akan leka & terus leka selagi tiada bencana yg diturunkan oleh Allah... InsyaAllah moga kita sentiasa berpegang dgn aqidah Islam kita...

cun09 said...

salam...
terasa sesuatu...
dlm akhbar metro hari nii pun ada... 19072009...Presiden Iran dan rakyatnya menuntut Jerman memikul tanggungjawab)

Dida... said...

Dear LoL..

No words showing u care or angry?

speechless? or pity?

hehehe...

Dida... said...

Cun09..

Ye ke Liza... saya ingat cite ni mcm dah outdated... saya baru tahu kisah ni semalam n terus buat n3 pasal nih.... x silap saya 1hb hr tu arwah kena bunuh...

Apa2 pun biarlah org yg mbuat jenayah ini mendapat balasan yg setimpalnya di dunia ini.. & diakhirat pastilah neraka tempat pemuda yahudi laknatullah itu...

idasm said...

memang tragis, tp syukur sebab dia telah bergelar shahidah...

dida... teruskan menyumbang utk islam....

Dida... said...

Kak Idasm..

Tragis dan menyentap jiwa umat Islam seluruhnya... moga pengorbanan Allahyarhamah mendapat ganjaran yg tinggi di sisi Allah... Amin..

InsyaAllah kak... sumbangan saya masih terlalu sedikit... sebagai perempuan dan terikat pula dgn ikatan perkahwinan.. membataskan pergerakan kita sebgai muslimah yg ingin keluar berjuang.. tp hanya inilah sahaja yg boleh saya usahakan utk Islam setakat ini....

zai said...

Salam Dida..
Mmg sungguh terharu membaca entri ini..terasa begitu sedih umat islam sering dipandang serong dan dipandang serong sebegitu sekali...Mungkin ada hikmahnya perlu direnung2kan oleh umat islam kini yang telah berpecah belah dan saling bermusuhan diantara satu sama lain..

Allah tidak menurunkan musibah ke atas sesuatu kaum melainkan atas kecuaian kaum itu sendiri...

Wallahualam

Mama Qaseh said...

Salam Dida..
Sdh sgt2 bca tentang kematian Marwa..dan nasib suami serta anknya yg msih kecil..
D jauhkan kita dr itu semua kan..
Mdah2an kita semua d lindungi..Aminn

LotsOfLove-Pearls said...

"Dear LoL..
No words showing u care or angry?
speechless? or pity?
hehehe..."

Dear Dida My Sweet Friend..
Selepas mambaca n3 Dida smlm, LOL terus search bout Marwa El-Sherbini and g blog yg Dida linkkan tue.

No words coz 'sampai hati dia dibunuh sedemikian kejam'.
Di mana nilai kemanusiaan dlm diri manusia sekarang ni. LOL terkesima dan tak terkata kerana simpati. Marah langsung tidak terlintas difikiran cuma kesal dengan kejadian ini. Lelaki kejam itu membunuh 2 insan dlm masa yg sama. Manusiakah lagi pembunuh itu..?

Ntahlah..

Dunia semakin menuju kehancuran.

sekali lagi LoL kematian kata2.

LOL suka 'puisi' untuk Marwa El-Sherbini itu.

You take care ok.

Dida... said...

Hanya mereka yg membenci Islam sahaja yg memandang serong tentang kesucian agama Islam... Mereka menganggap perempuan yg berhijab itu terrorist.. sekarang terbukti siapa yg lebih terrorist dan penjenayah kejam...mereka menganggap diri mereka mulia tp mereka x sedar mrk adalah sejahat2 manusia... Allah telah menetapkan Kaum Yahudi itu sememangnya musuh Islam zaman berzaman dan memang neraka lah tempatnya di akhirat nanti...

Dida... said...

MamaQaseh..

Memang sedih dgn kekejaman yg telah dilakukan oleh pemuda Yahudi itu terhadap Marwa... sekejam2 makhluk dan sejahat2 manusia... krn membunuh wanita mengandung yg tidak berdaya... Apabila Syaitan sudah merasuki diri... mmg tiada lagi nilai kemanusian di dlm diri...

Minta dijauhkan diri kita & dan keluarga kita dari fitnah syaitan dan kekejaman manusia yg bertopengkan syaitan...

Dida... said...

LoL sahabatku yg manis....

Mmg tiada lagi nilai kemanusiaan dlm diri pemuda itu.. saya juga teramat kesal krn dgn tanpa belas kasihan... dgn api dendam yg telah membakar hatinya... tega sungguh dia membuat wanita mengandung yg tidak berdaya....

Biar lah dia mendapat hukuman yg setimpalnya.. org spt itu tidak layak lagi utk hidup di muka bumi ini.. di akhirat apatah lagi.. neraka lah tempatnya yg paling sesuai...

ieyla said...

Salam...sungguh kejam manusia itu hingga sanggup membunuh wanita yg mengandung...semoga beliau bersemadi dengan aman disana...Amin!

Dida... said...

Wslm ieyla...

Lama x nampak Ieyla.. blog pun lama x berupdate... sibuk ke?

InsyaAllah.. moga arwah tenang disisi roh2 orang yg bertakwa di alam barzakh... Amin..

arnirina said...

kejam...

Dida... said...

Arnirina...

Assalamualaikum.. apa khabar org Johor kita? terima kasih krn sudi membaca puisi saya... :)