Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

7.10.2009

Kasihi mereka......



"Tidak beriman seseorang kamu hingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya.."
Hadith riwayat Bukhari
& Muslim


Huraian ringkas hadith di atas dari penjelasan Imam Nawawi:
Pengertian SAUDARA itu digunakan seluas-luasnya yg merangkumi saudara seIslam & juga golongan kafir. Wajib mengasihi saudara seIslam supaya kekal terus dalam Islam dan adalah lebih baik mendoakan utk diberi hidayah kepada orang yg kafir... Pengertian CINTA di sini ialah.. Mendoakan saudaranya serta berharap kebaikan untuknya sebagaimana yang dilakukan untuk dirinya sendiri...

====++++++++====

Kehidupan di perantauan mendedahkan kita dengan budaya & cara hidup yang asing dari adat dan budaya tempat kita membesar... walaupun kita berasa janggal & kurang selesa dengan keadaan itu.. nak tak nak, kita terpaksa terima... bak kata pepatah yg berbunyi "Masuk Kandang Kambing mengembek.. masuk kandang Rimau.. kena baham la.. tak sempat nak mengaum.." hehehe... Seperti contoh terdekat dgn saya.. ialah keadaan & suasana kehidupan di Arab Saudi... Berurusan dgn org bangsa Arab ni mmg memerlukan kesabaran di tahap yg tinggi.. kalau tak, mau boleh bergaduh.... dkt sini.. kalau bergaduh.. jawabnya kena tido balai la satu malam... hish.. sadis sungguh.. Tp nak buat mcmana.. ni negeri depa... depa berkuasa utk mmbuat undang2 negara depa.... jd sebagai anak rantau di tanah yg gersang ini.. kena la harus berwaspada selalu...

Satu sikap mereka yang selalu buat hubby saya stress ialah kebanyakan mereka kurang SABAR dan kurang sopan santun... sbgai contoh.. kalau dkt Malaysia.. nak berurusan dkt kaunter kan kena beratur... dan tunggu giliran.. kalau dkt sini.. jgn harap la... dia sampai2 je terus pergi kaunter dan tak hirau dgn org yg dah lama menunggu... ini berlaku semasa hubby saya nak booking flight ticket untuk balik Malaysia nanti (YES..akhirnya!!! hehehe..) Saya yg tengah menunggu dlm kereta ni... hampir nak lemas sbb menunggu hubby saya punya la lama.. nasib baik dia explain dkt saya ttg hal potong queue tu... jd saya kena la faham situasi dia... kalau dkt jalan raya lagi la ketara.... Orang Arab ni kalau drive... mmg dasyat.. cara pemanduan yg paling buruk dan paling merbahaya yg pernah saya tengok.. kalau saya tak mengucap panjang bila dlm kereta.. tak sah rasanya... tp takde la semua... kebanyakannya la... tp bahaya tau... patut la perempuan tak boleh bawak kereta dkt Saudi..

Bila difikir2 betul la apa yg org cakap... sebab tu lah Allah memilih para2 Nabi dari kalangan bangsa Arab kerana mereka ini sungguh kasar dan kurang sopan santun.... sebab tu la agaknya zaman nabi2 dulu... banyak azab yang Allah turunkan kepada kaum yang engkar disebabkan kedegilan mereka ini.... Tapi.. persepsi saya selepas ini mungkin akan berubah sejurus selepas saya membaca hadith nabi yang saya sebut di atas dan apabila saya terjumpa firman Allah SWT di bawah ini.....


Maha Benar Allah dalam firmanNya:
"Wahai orang2 yg beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang2 yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(Al-Maidah: 8)

Kesimpulannya... Tak kira di mana bumi di pijak... di Malaysia ataupun berkelana di negara asing... janganlah kita tanamkan sifat benci kepada sesuatu kaum dan bertindak tidak adil dengan kaum yg lain... sesungguhnya Allah menciptakan kejadian manusia itu sama di sisiNya... siapa kita utk membanding2 kan bahawa kitalah kaum yg lebih baik pada zaman ini... hanya Allah SWT yang berhak menilai setiap sesuatu dari sekecil2nya hinggalah sebesar2 kejadian...

Moga kita sentiasa mengasihi manusia tdk kira darjat mahupun keturunan, miskin mahupun kaya dan dari bangsa mana sekalipun sama seperti kita menyayangi diri kita sendiri... Tirulah akhlak Rasululullah yang sentiasa bersangka baik dan melayan semua manusia dgn budi pekerti yang amat mulia walaupun baginda dilayan dengan buruk sekali oleh sesetengah kaum..... Sabar itu lebih baik.. dan merupakan separuh dari Iman kita..

INDAHNYA PERSAUDARAAN.
Sebuah anugerah Allah yang teramat mahal buat mereka yang terikat dalam keimanan. Segala kebaikan pun terlahir bersama persaudaraan. Ada sifat kasih sayang, tolong-menolong, ingat-mengingati... dan dengan adanya kekuatan umat yang dilahirkan dari persaudaraan yang utuh... syiar Islam pastikan berkembang dengan semangat PERSAUDARAAN ini.........


"Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya)" -Surah Al-A'raaf:170

..... Dan berubahlah demi kebaikan diri di dunia & akhirat....

Sekian.. Wassalam..

35 comments:

Abd Razak said...

Salam dida, moga kita dpt menghayati dan mengamalkan sunnah yg ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.

“Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, maka ia tidak boleh menganiaya dan menyerahkannya (kepada musuh). Barangsiapa menolong keperluan saudaranya, maka Allah akan menolongnya untuk memenuhi keperluannya. Barangsiapa melepaskan suatu kesusahan dari seorang muslim (saudaranya), maka Allah akan menghilangkan kesusahannya dari bermacam-macam kesusahan di hari qiamat dan barangsiapa menutupi kekurangan seorang muslim (saudaranya), maka Allah akan menutup kekurangannya pada hari qiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam dida
Akak tersenyum sendiri bila baca ayat.. "sebab tu lah Allah memilih para2 Nabi dari kalangan bangsa Arab"...sbb akak pun suka guna ayat cenggitu.. heheh.
Apapun mmg btol, kita tidk boleh berlaku tidak adil hnya kerana perbezaan kaum ini.
Sesungguhnya kayu ukur kemuliaan di sisi Allah itu ialah ketinggian TAQWA. Allah tidak memandang rupa kita, tapi yang dinilai ialah hati kita!

Arianni said...

Salam dida..
Itulah kemanisan dan kesempurnaan Islam..hak-hak persaudaraan dititikberatkan dari peringkat bawahan hinggalah ke peringkat atasan..sama2 lah kita mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a...

zai said...

Salam Dida..
Betul tu..kita harus mengasihi diantara satu sama lain kerana semua umat islam adalah bersaudara..tapi malangnya amatlah sedikit yg mengikuti akhlak Rasulullah dan mengamalkan sunnahnya maka terjadilah pecahbelah didalam umat islam itu sendiri dan hidup berpuak-puak..Alangkah indahnya dunia jika semua manusia masih ada nilai2 kemanusiaan pastinya tidak akan ada persengketaan tapi adalah mustahil untuk aman selagi masih ramai manusia yg masih tunduk kepada Syaitan..wallahualam..

Baitijannati said...

assalamualaikum...marhaban dida..

naam...n syukran sharing good info..kita sbagai umat islam perlu mgasihi saudara islam kita walaupun iman mereka sbesar zarah...beri bantuan or ikram-berbuat baik kpada mereka...walaupun nmpak snang..tapi sikap ikhlas kita mesti jaga...smoga kita smua d beri kekuatan untuk mjga hak2 persaudaraan sesama kita...insyaAllah..

Ummu Mishkah said...

dida,
duk jauh dari family ni.. teman2 lah segalanya kan.. saya dan abang sudah lali dgn perangai2 arab tambah2 arab saudi yang merasakan mereka paling hebat ( betul tak?), 2 tahun kami bekerja dgn mereka.. dan akhirnya kami membuat keputusan utk berhenti kerana untuk kami wang bukan segalanya! Alhamdulillah tak pernah rasa menyesal dan tak der pulak ada dendam buat mereka... memang yang mengikat kita ialah Islam!

Imanisa riana @ sarimah said...

salam..
Alangkah indahnya persaudaraan sesama Islam tidak membezakan warna kulit, keturunan atau bangsa. Lihat saja sewaktu solat di Mekah.. berjuta2 manusia tapi semua sujud bersama-sama tanpa ada perbezaannya...Subhanallah.

Unknown said...

Sharing Is Caring..teruja bca blog Dida coz wlaupun Dida tdk tggal d M'sia..tp ant kita still blh blog hopping kan..ibarat kta wlau jauh d mata tp dkt d hati..
Bestnya duk negeri org..msti byk pngalaman kan

Salam kenal dr Mama Qaseh..sudi2 kn laa exchange link yea

ASYIQ said...

Dida,

Ada hikmahnya juga Islam diturunkan di kalangan mereka yang 'tahan lasak' ni....kalau diturunkan pada satu bangsa yang 'lemah lembut' pastinya Islam tak akan tersebar 2/3 dunia di zaman Abbasiyyah dulu.

Dan satu lagi disebabkan kedegilan dan keras hati mereka inilah maka mereka mampu menolak sebarang bentuk penjajahan minda....tak seperti kita yang terlalu lentur dan mudah absorb apa saja.

Mereka jenis yang susah nak ikut peraturan orang lain......tetap setia dgn apa yang mereka pegang. Namun begitu Rasulullah mampu mengubah cara pemikiran mereka...akhirnya menolak amalan jahiliyyah. Hebatnya Rasulullah!!!

Zainuddin Wahab said...

salam,
mmg xcelent blog nier...bila ler si uda nier nak bg input lak kat blog nier...bg tau dia JANJI nak tulis...

Dearie Pearls said...

Sahabatku yang Terkasih Dida,

Terima kasih kerana mengongsikan keadaan di sana. Dan baiknya Dida boleh menyemai kasih antara sesama walaupun sedikit rasa 'geram' dengan persekitaran di perantauan.

Buang yang keruh, ambil yang jernih..
Semai KASIH, Jauhi BENCI.

Selamat 'akan' kembali ke Malaysia, BUMI Merdeka.


Salam Persaudaraan,
-Sahabatmu-

Dida... said...

Wslm Razak...

Moga itulah yang menjadi ikutan kita sepanjang hayat kita nanti...

Terima kasih di atas hadith nabi yg penuh bermakna itu... :)

Dida... said...

Kak Nik..

hehehe.. ye ke kak... saya dgr ayat tu dr hubby saya...

Semoga Allah tetapkan hati & iman kita dan kita menjadi hambaNya yg kekal berTaqwa hingga ke akhir hayat kita nanti.. InsyaAllah.. amin..

Dida... said...

Kak Zai...

Betul tu kak Zai.. selagi ada manusia tamak & berkelakuan mengikut telunjuk Syaitan.. mmg dunia ini tidak akan aman... hanya Allah yg berkuasa menentukan perjalanan dunia ini dan sampai bila manusia saling bermusuhan itu adalah atas kehendakNya....

Dida... said...

Kak Ila..

Ya.. hak persaudaraan sesama Islam itu harus dilaksanakan dengan hati yg Ikhlas... Allah Maha Mengetahui tentang perkara Ikhlas itu dan hanya Dia yg layak memberi ganjaran atas apa yg kita lakukan...

Moga amalan kita diterima oleh Allah..

Dida... said...

UmmuMishkah..

Ohh.. rupanya akak pernah kerja dkt Saudi.. walaupun 2 thn... tentu akak dah masak dgn asam garam duduk diperantauan kan.. lebih2 lagi di Saudi..

Takpe lah kak.. di mana kita menetap.. rezeki Allah kan ada di mana2... janji adanya Usaha & doa... Moga Allah berkati rezeki akak sekeluarga...

Dida... said...

Shaniza...

Hhmmm.. itulah yg saya belum rasai lagi.... menyaksikan jutaan manusia melakukan ibadah haji di depan mata saya sendiri.. InsyaAllah kalau ada rezeki... sebelum saya terus pulang ke Malaysia.. ingin sekali saya lengkapkan rukun Islam yg ke-5 itu... InsyaAllah.. mudah-mudahan di makbulkan hajat saya ini oleh Allah...

Dida... said...

MamaQaseh...

Terima kasih ya krn sudi bertandang & tinggalkan jejak di sini... duduk di perantauan ni ada pahit & manisnya... yg penting kita kena sesuaikan diri kita dgn suasana sekeliling... kalau tak kuat iman & semangat.. goyah juga rasanya..

Yes ofcourse... we can link each other... nantikan kedatangan saya ke blog MamaQaseh ya...

Terima kasih sekali lagi... :)

Dida... said...

Kak Asyiq..

Saya setuju dgn akak.. hebat sungguh Rasulullah kerana berjaya menundukkan kaum musyrikin..

Betul juga ya.. kalau tak ada bangsa yg keras hati mcm ni.. Islam mmg takkan tersebar sebegitu luas.. dan penganut Islam lah yg teramai sekali di dunia.. Alangkah baiknya jika Umat Islam seluruh dunia dapat bersatu... tentu kita dapat mengalahkah bangsa Yahudi laknatullah itu...

Dida... said...

Salam Che Din..

Thanks ya sudi baca & comment kat sini... ala.. baru cuba2 nak menulis.. tak la sehebat artikel Che Din yg setiap kali bila saya baca mesti gelak punya....

Nanti saya ckp dgn uda.. tp saya dah cuba pujuk dia dulu suruh dia taip kat sini... ada sekali tu dia cuba taip.. tp smpai baris pertama je.. pastu terus give up... takde idea katanya...

Nanti lah saya ckp lagi dkt dia..

Dida... said...

LoL sahabat ku yg kukasihi jua..

Setiap kali ku terbaca comment LoL.. pasti rasa sejuk je hati.... nape ek? LoL pandai ambil hati kot...

Seriously saya nak bgtau LoL.. eventhough u'r not a muslim.. but U understand me better... I really appreciate that...

Hope our friendship remains forever... :)

Pengasas said...

Salam Dida,

كيف حالك وزوجك ما رأيك عن سعوديات ومأكولات هناك

Dearie Pearls said...
This comment has been removed by the author.
Dearie Pearls said...

Sahabatku Tersayang Dida,
Bagaimana perkhabaranmu hari ini?
Semoga baik hendaknya..
LOL baik2 sahaja setelah berehat seharian dengan menggunakan masa yg ada utk tidur.

My Friend,
Semalam LOL borak ngn kwn Muslim from Terengganu and LOL bercerita tentang ESQ dan Dida pasti tahu ESQ kan..? LOL bercerita dengan penuh minat dan LOL sedikit tersentak apabila kwn itu mengucapkan ayat ini:

"R**ha (nama LOL) yang non muslim pun boleh bercakap tentang perkara ini, mengapa muslim lain tak..?"

Dear Friend Dida,
LOL menjawab seperti ini:

"Tuhan itu 1. Bagaimana cara penerimaan kamu tentang sesuatu itu bergantung kepada diri kamu. Jika +ve, maka +ve lah, jika -ve, maka -ve lah."

Beginilah juga ayat LOL ketika ditemuramah oleh wartawan mengenai kehadiran LOL di Seminar Motivasi berunsurkan Keislaman itu (The ESQ Way 165).

E=Emotional
S=Spiritual
Q=Quotient
1=Hati yang Ehsan pada Allah(God Spot)
6=Prinsip Moral berdasarkan Rukun Iman
5=Langkah Kejayaan yang berdasarkan Rukun Islam..

LOL menghormati agama setiap teman2 LOL dan demikian juga hendaknya yg LOL harapkan teman2 lakukan kepada LOL. Saling hormat menghormati.

Dan kepada Dida,
I love the way you are dan LOL suka bila Dida menceritakan ayat2 yang Dida baca dlm Al-Quran. Semoga menjadi panduan kepada sesama umat.
Dan jika berpeluang, Mungkin Dida boleh menghadiri Seminar tersebut.

LOL pernah ckp nak mengongsikan pengalaman tersebut tetapi kekangan masa membantutkan niat kerana menceritakan tentang perkongsian tersebut memerlukan masa yg panjang dan keadaan yg tenang.

Bagi LOL,
Mengasihi Sahabat serta seluruhnya, agama juga bangsanya. Kasih tanpa batasan..
and I Love ya..

Friendship Forever,
-Your Friend-

Dida... said...

Dear LoL...

Tersentuh hati saya bila baca luahan hati LoL kali ni.. u'r so open minded n understanding... inilah kali pertama saya jumpa kwn non-muslim saya yg boleh faham ttg Islam walaupun x keseluruhannya.. dan juga berhati lapang utk membaca ayat2 dari Al-Quran... dan saya sungguh berharap dirimu mendapat hidayah dari Allah satu hari nanti... InsyaAllah...

Saya sentiasa mengharapkan sesuatu yg terbaik utk kawan2 saya... dan saya nak minta maaf jika ada n3 saya di sini yg menyinggung perasaan LoL sbg Non-Muslim... jika ada sila bgtahu saya.. dan saya akan explain selanjutnya...

Seriously.. saya gembira+terharu+tergamam lepas saya baca comment LoL kali ini.. n saya akan nantikan N3 LoL ttg ESQ itu tak kiralah walau lambat sekalipun... & tahniah ya krn menjadi tumpuan wartawan.. sahabatku ini mmg bertuah...

Ok.. hope God will bless u always..

Dida... said...

Salam Prof...

Sekali comment dlm bhs Arab daa.. hehehe..

Ana wa zauji bikhair, alhamdulillah... syukran..

ayat seterusnya, prof tanya saya pandangan saya ttg wanita2 saudi & makanannya kan? oleh kerana prof. dah bertanya... nnti kan n3 saya tentang soalan dari prof itu.. InsyaAllah...

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Salam Ukhwah Dida.... sila ambil award di blog ana. Anti boleh baca entri AWARD BUAT SAHABAT : TANDA UKHWAH FILLAH. Tq.

Dida... said...

Salam Ukhwah kembali ya ustaz...

Syukran Jazillan for the award.... InsyaAllah.. ana akan letak di sini...

Dearie Pearls said...

Kehadapan Sahabatku, Dida..
LOL dh comment panjang lebar tadi tapi xtahu pegi mana comment tu. xsempat send kot.

Nway Dear Friend, semua n3 yg Dida postkan semuanya baik2 sahaja. Tidak ada apa2 yang mengguris hati. Dan jika cara penulisan LOL juga terselit kata2 yang bisa menggores hatimu wahai Sahabatku, mohon maafkan LOL.

Dan soal sharin tue, LOL akan buat tapi bila punya waktu yang tenang dn damai..
LOL pasti xakan menghampakan harapan Dida.

Dan, thanks oso to u my friend coz b ma friend.

Do keep in touch and stay health ok..

Cheers!

ihsan incalescence said...

salam akak..
sy susah la nk syg owg
n xsuke owg y syg sy(except fmily)
=)

Dida... said...

Wslm Criest..

Menyayangi orang dlm konteks artikel ini ialah mengasihi sesama manusia atas dasar kemanusian... bersikap adil kepada semua kaum.. jgn menindas kaum yg lemah.. dan jgn bersifat pilih kasih...

Mungkin sayang yg criest maksudkan adalah yg lebih kepada personal feelings... 1st time saya dengar org tak suka diri disayangi oleh org lain.... jgn mcm tu... perasaan sayang itu satu Anugerah Allah.. belajar lah menerima kasih sayang dari sesama manusia... InsyaAllah hidup akan lebih bermakna bila diri disayangi....

idasm said...

salam dida,
seronok bc entri dida ni. penuh semangat ukhwah dan peringatan.
pasal sikap org arab tu, ada jugak dr cerita dr suami akak. pasal pemanduan diorang tu..mmg kena byk2 bersabar kan!
dida di sana bekerja ke atau ikut suami yg bekerja?

Dida... said...

Kak Idasm..

Terima kasih krn sudi baca n3 saya ini... Betul tu kak... bukan kena sabar lagi... kena take extra alert... saya selaju je terkejut2 bila duduk dlm kereta... berderau je darah ni...

Saya dkt sini ikut husband je... pompuan tak dibenarkan keje kecuali profession cikgu @ lecturer dan juga nurse...

cun09 said...

salam...
Dari Hasan dari Rasulullah SAW, baginda bersabda "Umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kpd sesama muslim."

Dida... said...

cun09..

Terima kasih Liza krn sudi kongsi hadith Rasulullah ini... moga kita dikurniakan dgn sifat kasih sayang yg tidak berbelah bahagi sesama manusia...