Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

8.10.2009

Ya Allah.. bimbangnya...

Assalamualaikum.. Barakallahu fikum..

Alhamdulillah.. hati ini terasa sedikit lega kerana Allah telah memberi kesempatan kepada saya untuk bertemu lagi dengan teman2 di media penghubung ini bagi menyimpul kembali ikatan ukhwah kita yg sudah sedia terjalin... moga Allah sentiasa membuka ruang kepada kita semua untuk saling bertukar2 fikiran, ingat mengingati, berkongsi iktibar serta berpesan2.. agar kita selalu diberi hidayah & keteguhan hati utk kembali kepada fitrah manusia sebagai khalifah Allah di bumi bertuah ciptaanNya ini..

Sebagai anak rantau yg kejauhan dari keluarga tercinta di tanahair... saya agak sedikit gusar tentang berita terkini yg semakin sensasi melanda bukan sahaja di Malaysia malah juga di seluruh dunia... iaitu tentang bahaya kuman H1N1. Ini adalah n3 ketiga saya mengenai isu ini menunjukkan bahwa saya amat prihatin dan bimbang kerana wabak ini tidak menunjukkan tanda2 bhw ia akan reda. Setiap hari ada sahaja berita kematian yg dipaparkan di dada2 akhbar On-line yg saya baca.. sila lihat di sini. Bermula dari 1 hari 1 kematian.. meningkat kpd 1 hari 2 kematian dan kini semakin meningkat 3-4 kematian dlm sehari.. tidakkah ini membimbangkan? dari 3 Ogos hingga semalam sahaja sudah 8 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 26 orang kematian di seluruh Malaysia setakat ini.. Esok, lusa, hinggalah hari seterusnya.. entah berapa orang lagi yang akan terkorban....

Saya agak sedikit pelik... Apa tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia utk membendung masalah ini di negara kita? Ingat lagi dulu.. wabak selsema burung.. habis segala cucu cicit tok nenek burung dan ayam dimusn
ahkan dan di bakar... dan sekarang takkan haiwan pembawa kuman H1N1 ini dibiarkan sahaja bermaharajalela menyebarkan kuman2 pembunuh ini? kenapa tidak dimusnahkan sahaja? Walaupun tak dpt musnahkan semua.. buatlah secara berperingkat2... Jika ada sesiapa dari Kementerian Kesihatan yg terbaca luahan hati saya ini, dengan rasa rendah hatinya saya meminta.. usulkanlah perkara ini... janji ada usaha dan kita nampak pihak kementerian bersungguh2 untuk membasmi kuman ini daripada membiarkan ia terus menambah angka kematian seterusnya...


Saya bukannya apa, setiap kali baca berita kematian akibat H1N1 ni saya akan merasa bimbang tentang keluarga saya yg jauh di Malaysia... Menurut berita yg dibaca, mangsa kebanyakannya adalah kanak2, wanita tak kira umur... yg muda pun ramai kecundang.. yg mengandung.. dan warga tua adalah antara yg berisiko tinggi... kebanyakan demam 1 hari je.. kalau imun tubuh tak kuat. dan terdapat komplikasi.. terus meninggal.. kuat sungguh kuman H1N1 ni... saya sempat meninggalkan pesan pada adik saya supaya jauhi tempat2 yg ramai orang dan pakai mask setiap kali keluar.. Biasanya.. bila masuk bulan puasa nanti, bazaar Ramadhan dan shopping complex adalah tempat tumpuan org ramai utk berbelanja.. jd pasti tempat2 tersebut tak selamat untuk dikunjungi jika tidak memakai perlindungan sewajarnya... ketika ini, satu2 wajah mak, abah, adik beradik dan anak2 buah saya yg comel2 yg 6 org itu.. melintas di hadapan mata saya.... hiba pulak rasa hati ni bila mengenangkan keselamatan mereka di sana yg saya anggap di tahap yg amat membimbangkan.... dkt sini ada juga kes kematian disebabkan wabak ini.. so far kes disini terpencil & tidak berleluasa... tp belum tentu lagi kami yg di tanah Arab ini terlepas daripada bahaya tersebut..

"Ya Allah Ya Tuhan yang Maha berkuasa menimpakan musibah kepada manusia.... hamba bermohon padaMu Ya Allah.. jauhilah hamba2Mu yg lemah dari terkena penyakit ini.... hamba tahu, ajal maut telah ditentukan olehMu.. dan Kamulah sebaik2 perancang.... namun hamba tetap berdoa padaMu Ya Allah agar dijauhkan diri hamba, keluarga hamba & sahabat2 hamba daripada segala wabak menular yg merbahaya ini... dan andainya sudah tertulis bahawa hamba2 sekelian akan kecundang jua... hamba redha dengan ketentuanMu.. tetapi, biarlah hamba2 ini kembali kepadaMu di dalam keadaan yg khusnul khotimah.. Ya Allah yg Maha mengasihani.. kepadaMu sahajalah tempat hamba mengadu & berserah... Amin.."

Begitulah luahan hati saya yg amat bimbang dan saya hanya mampu bertawakkal dan berdoa sahaja kepada Allah Taala agar melindungi kita semua.. Buat sahabat2 di Yanbu yang akan berangkat pulang ke Malaysia tidak lama lagi iaitu Kak Mar, Kak Da (Hj Romly), Kak G (Hj Razak), Kak Za (Hj Fauzi), Nor, Kak Mas (Hj Leman) dan yg lain2... saya doakan semoga kalian semua selamat menempuh perjalanan pulang dan berhati2 sentiasa... buat teman2 sepengajian, jumpa lagi di sesi baru pada bulan November nanti.. InsyaAllah..

Buat sahabat2 yg merindui saya (Kak Zai, Norullisza, Miss Gaza) dan juga yg berkali2 mengunjungi blog ini dan tinggalkan pesanan di ruangan komen walaupun blog ini tidak berupdate cuma seminggu.. sahabat saya yg prihatin itu ialah tidak lain dan tidak bukan iaitu LoL & Liza-Cun09.... dan juga sahabat2 yg lain (Saudara Razak, Ust. Saifun, Kak Shaniza, Kak Nik, Kak Ema-lobo, Criestz, Kak Asyiq dan Kak Idasm) .... saya hargai atas kesungguhan persahabatan kalian... komen2 kalian amat menyejukkan hati yg sedang bimbang ini..:) Buat Kak Pah & Bro_Mie ==> Salam Perkenalan! nnti saya singgah di blog kalian berdua... :)

Sesungguhnya, sekembalinya RizHad dientry ini.. disamping meluahkan rasa bimbang.. saya juga ingin membalas kasih sayang sahabat2 dgn kasih sayang jua... seraya memohon pada Allah SWT agar menjadikan diri ini lebih baik dari apa yang disangka, dan mengampuni diriku terhadap apa yang tidak diketahui.. Sesungguhnya Dia adalah sebaik2 pelindung dan penolong....

Sebelum menutup bicara, mudah-mudahan tidak terlalu awal utk saya mengucapkan selamat menyambut bulan yang penuh barakah, rahmat dan maghfirah iaitu bulan Ramadhan kepada semua umat Islam yg membaca blog ini.. maaf dipinta agar sepanjang saya bercerita di sini dan sepanjang perkenalan kita tanpa saya sedari telah menggores perasaan sahabat2 semua .. bermaaf-maafanlah sesama kita moga ibadah puasa kita nanti diterima oleh Allah SWT...

Sekian, Wassalam....

43 comments:

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Selamat bertemu kembali..
Bukan tak ada usaha yg dibuat oleh kerajaan tapi usahanya dengan memberi vaksin kepada si bab..
Untuk menghapuskannya mungkin, tidak.
Ust. Hj Hadi ada cadangkan untuk berbincang dgn kerajaan pasal wabak ni, tapi tak ada sambutan..
entahlah apa yg kerajaan nk buat skrg ni..kita berdoalah agar bala ni akan berakhir sedikit masa lagi..InsyaAllah.

Puan Ninie said...

salam..
mmg tgh bahaya gak kat sini kak...;)

insyaallah allah tu maha melindungi kak...tp yg jd pun ketentuan dariNya juga kan...

syukur alhamdulillah masih bernafas di bumi ni kakak

zai said...

Salam Dida...

Syukran..dah kembali rupanya...mmg kak zai teramat rindu sekali nak mendengar celoteh Dida..

Apapun sebagaimana risaunya Dida...begitulah keadaan kami di M'sia..Anak Kak Zai pun ada yang sedang demam risau sangat walaupun Doktor ckp cuma Demam biasa tapi manatahu terkena juga nnti..sbb simpton2nya tetap sama..

Marilah kita bersama2 bersolat hajat memohon dijauhkan Allah dari Bala kemurkaannya..Mungkin ini adalah balasan diatas kecuaian kita sendiri...

Thnks Dida atas keprihatinan Dida..Semoga Dida juga diberikan kesihatan yang baik selalu oleh Allah..

Ben Sedqi said...

itulah janji Allah, bila Dia turunkan bala, tiada siapa mampu halang....(bagi saya ia adalah bala, sebab orang yang tidak berdosapun terpalit sama)....

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam dida..
seronok bila dida dah kembali..
mmg H1N1 ni menimbulkan kebimbangan, apatah lagi bagi yang ada anak2 kecil..di samping mengambil langkah pencegahan yang disarankan, hanya doa dapat dipanjatkan kepada Allah SWT agar diberikan perlindungan oleh-Nya.

Hanisham Ab Halim said...

Salam Dida,
Sudah kembali ekkkk.... Hihihi...

Betullah Dida, makin meruncing skang ni. Hari2 ade je mangsa terbaru. Risau tapi kena renung dari sudut yang lebih dalam. Semua ni adalah bala dari Allah. Dah jauh sangat kan terpesong umat manusia ni. Kalau tak insaf lagi tak taulah. Jom wat solat hajat ramai-ramai dan hari2. Semoga kita dan keluarga dijauhkan dari Bala dan Bencana ni.

Abd Razak said...

Salam...alhamdulillah selamat kembali mudah-mudahan Dida tenang di sana.

Yakinilah bahwa semua musibah datangnya dari Allah. Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (QS Al Hadid: 22)

Kena berfikir, berdoa utk perlindungan, bertawakal kepadaNya, bersabar dgn ujianNya, bersangka baik kepadaNya, dan jgn putus harap daripadaNya...INSYA ALLAH

atie said...

Salam Dida,

Semoga sentiasa sihat dan dalam RahmayNya... Akak nie kat sini risau gak pasal jangkitan nie anak yg lelaki tu dah demam tiga hari dah anak2 ke sekolah dah kena pakai mask, yg diberitahu cuma 26 tapi yang tak diberitahu belum tentu 26 org... biasa la kerajan kita nie banyak sanggat berahsia....

Wassalam...

Unknown said...

Salam Dida Yang Dirindui..

Mekasih sudi singgah bolg sya..Wlaupun Dida jauh d perantauan tp kegusaran d ht Dida tntg wabak H1N1 ini spt brada dkt dgn kita yg berada di Malaysia kan..

Npknya memg semakin serius tp pihak kerajaan spt tiada buat satu tndakan yg wajar untuk mebendung wabak ini..

Sepatutnya salah satu lngkah bjaga2adalh mngalakkan atau meWAJIBkan semua rakyat Malaysia yg keluar rmh memakai mask tetap cth di Hospital Besar Johor Bahru kwn2 sya bgatau kakitangan hospital sdiri tdk memakainya..Rmai yg memperkatakan pihak kerajaan tidak telus tntg wabak ini yg sbnrnya smakin kritikal di Malaysia..

Ntahlaa ya Dida..doa sya hari2 agar semua kaum keluarga dan sahabat2 kita djauhkan dr tkena wabak H1N1 ini..mdah2an kita semua d lindungi termasuk Dida yg jauh di perantauan..InsyaAllah

Take care yea Yang..

Azila said...

assalamualaikum..salam ukhuwah

insyaAllah, semoga semuanya selamat.
adik sy pn dah kena kuarantin..tp demam biasa..

MAR said...

salam dida...

skarang memang tengah kuat wabak H1NI ni kat malaysia,bimbang gak rasanye kak mar nak balik sana.Terutama ngan budak2 nih.
Kalau ke mekah tu doa2kan lah tuk kak mar sekeluarga ye..
Tuk dida ngan uda jaga diri baik2 ye.
Maaf jika ada salah dan silap,insyaallah lepas raya jumpa.

Unknown said...

semoga doa orang2 yg berada di bumi anbia lebih dimakbul dan diberkati,ameen ameen ameen .
syukran ya ukhti... ummi dah berkarat BA nya , jarang mengamalkan,harap2 Dida dapat ajar ummi Ba kembali ya .

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

Salam ukhti Dida..
kef halik? kef dirosatik wa hayatik fi yanbu? kuwaisah? ma'a taufiq wan najah.. insAllah..

semalam ana baru dpt 1 tulisan pendek ttg virus ni.. selama ni fikir, xder pape di Jordan ni.. ruper nye, ada juga.. baru je tau dr adik2 ni.. mmg riso bila memikirkan perkara ni.. apakah tiada inisiatif yg dilakukan kpd binatang yg di tsabitkan membawa penyakit ni..

riso ngan ahli keluarga, sahabat2 di Malaysia.. moga dijauhkan dr segala bencana.. dan jika telah sampai ajal, moga di akhirkan hayat ini dengan sebaik2 pengakhiran.. Ameen ya Rabb

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا يا الله بسوء الخاتمة

Masdihana Hamzah said...

salam dida.

lama tak jumpa ek walaupun dok dekat2 je.. hehehe

walaupun hati ni cam x sabo2 je nak blk kg, tp kebimbingan tu ada gak lebih2 lg nak bwk blk si kecik ni.. doa2 semoga kami semua dijauhi drpd bala ni.. insyallah.

so, bila dah cam ni, x de wat apa2 planning le blk kg nanti.. dok umah mak skudai n mak tiram je le..

btw, dida tak balik kg ke... dengo ari tu cam booking ticket.

Dida... said...

Salam Shaniza..

Ya.. saya ada baca di akhbar tentang kempen besar2an yg akan di adakan oleh pihak kerajaan utk menyedarkan rakyat ttg bahayanya virus ini.. itupun setelah 32 orang telah disahkan meninggalkan dunia... usaha yg bagus tp agak terlewat bg saya..

Tp bagus juga krn kerajaan sudah mengambil lgkah berjaga2 spt ini.. dan rakyat seharusnya memberi sokongan dan kerjasama utk membendung masalah ini... Thanks Kak..

Dida... said...

Miez sha..


Akak tahu Ninie.. dan akak selalu mengikuti perkembangan semasa di Malaysia walaupun duduk jauh di rantauan...

Ninie jaga diri & keluarga baik2 ok.. Moga sentiasa dilindungi oleh Allah..

Dida... said...

Wslm Kak Zai..

Terima kasih la kak Zai krn setia membaca celoteh saya di sini... harap sedikit sebanyak memberi manfaat kepada akak & pembaca yg lain..

Anak akak demam ke? Saya juga berharap ia adalah demam biasa.. jgn biarkan dia keluar rumah.. dan ikut saranan doktor supaya di rumah juga akak sekeluarga harus memakai mask takut dijangkiti walaupun demam biasa...

Ya kak.. solat hajat adalah satu cadangan yg bagus krn kepada Allah sahaja lah kita harus meminta krn Dia lah yg menurunkan musibah ini agar manusia sentiasa beringat ttg kebesaran & kekuasaanNya...

Dida... said...

Bro_Mie..

Kematian seseorang manusia juga merupakan janji Allah yg mana kita tak mampu menghalangnya walau sesaat pun...

Marilah kita sama2 berdoa agar Allah mengasihani orang2 yg tidak berdosa agar tidak ditimpa bala ini...

Dida... said...

Wslm Kak Nik..

Saya pun seronok juga krn dpt berinteraksi dgn sahabat2 blogger saya di sini... terubat rasa kerinduan..

Bimbang yg bukan kepalang bila mengingatkan ayahbonda dan keluarga serta sanak saudara di sana.. jika berlaku apa2 yg tidak diingini.. saya di sini pasti tidak dpt berbuat apa2 kerana jarak menghalang saya utk bersama mereka..

Dida... said...

Wslm Webmaster...

Haa'aa.. dah kembali tp mgkin x berapa aktif mcm dulu la... x tau nak kata... tgk keadaan.. ni kan dah nak masuk bulan Ramadhan.. bulan ibadah..

ok, jom la kita buat solat hajat... istiqomah memohon pd Allah agar Allah memakbulkan doa kita semua spy wabak ini terhapus sama sekali..

Dida... said...

Razak,

Wslm.. Alhamdulillah... saya sihat ttp hati sedikit tidak tenang mengenangkan keluarga di sana..

Terima kasih krn kongsi ayat Al-Quran dari surah Al-Hadid itu.. mmg ada kena mengena dgn musibah ini.

Berusaha, berdoa, bersabar dan akhir sekali tawakkal kepada Allah agar musibah ini tidak menimpa kita & keluarga... Sesungguhnya itu adalah jalan terbaik...

InsyaAllah saya akan sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT... Terima kasih..

Dida... said...

Wslm Kak Atie..

Laa.. anak akak demam juga ke.. Harap2 ia hanya demam biasa.. saya ada baca satu artikel di salah satu blog sahabat saya.. banyakkan minum jus epal hijau dan fresh orange utk meredakan demam dan menghindarkan dr terkena H1N1... Wallahua'lam..

Kita hanya berusaha.. Allah sahaja yg akan menentukan segalanya... InsyaAllah..

Dida... said...

Wslm MamaQaseh...

Saya dah baca artikel akak ttg ikhtiar dan pengalaman pesakit H1N1 tu... mgkin boleh cuba ke atas sesiapa yg dikhuatiri terjangkit dan ada tanda2 diserang penyakit ini...

Bila baca pengalaman mereka tu... rasa agak geram juga dengan pihak hospital kerajaan..... pakkal je hospital swasta tak terima pesakit H1N1 kan...

Harap2 akak sekeluarga juga dihindari dari penyakit ini dan dilindungi oleh Allah SWT sentiasa.. amin..

Dida... said...

Nur Azila..

Waalaikum salam..

Salam ukhwah kembali... saya doakan semoga adik Azila akan beransur sihat seperti biasa.. berdoa banyak2 pada Allah agar adik sekeluarga dilindungi olehNya..

Terima kasih krn sudi berkunjung ke sini..

Dida... said...

Wslm Kak Mar..

Saya dan Uda sentiasa berharap dan berdoa akan kesejahteraan Kak Mar sekeluarga.. selamat berangkat dan selamat kembali semula ke Yanbu...

Kak Mar jaga diri & anak2 selalu ya.. rasa sedih pulak bila kita akan berpisah walaupun 2 bulan je... keep in touch ok.. kalau ada apa2 sms @ skype..

Kita & uda juga minta maaf banyak2 pada Kak Mar.. halalkan makan minum ya...

Dida... said...

Ummi Humaira..

InsyaAllah Ummi.. Amin....

Saya ni tak layak lagi nak ajar BA.. belajar pun x habis lagi.. setakat tahu 2-3 perkataan je.. InsyaAllah kalau saya tahu.. saya akan berkongsi di sini...

Dida... said...

Waalaikum salam Ya Ukhti Norul..

Ana bikhair wal afiah... Alhamdulillah.. Qaisah.. InsyaAllah.. Syukran.

Tulah Norul.. kita dok risau org di Malaysia.. tp sebenarnya kita dirantau juga tidak terlepas dari wabak ini cuma kita kurang didedahkan oleh kerajaan di sini.. kita kena cari inisiatif utk cari tahu ttg status penyakit ini di sini... kalau nak baca paper diaorang.. awal2 lagi saya bgtau mmg saya x faham.. harapkan berita dari Al-Jazeera je la... ataupun dari Saudi Post...

Moga kita semua dilindungi oleh Allah dan sentiasa berada di jalan yg Khusnul Khotimah..

Dida... said...

Waalaikumsalam Kak Mas..

Ha'a la.. mmg lama betul x jumpa.. last hari tu dkt rumah Yan.. rindu nak tengok and nak cubit pp si kecik tu.. dpt tgk gambar dkt blog akak je.. mmmm.. gerammnyeee..

InsyaAllah balik kak.. tp raya sini dulu seminggu... cuti x lama.. dlm 3 mggu je.. saya pun tgh menghitung hari.. terasa lmbat betul.. dah tak sabo sbenarnya ni..

Akak jaga diri & anak2 baik2 ya... kalau terasa nak pegi bazar ramadhan kg Melayu.. suruh je En. Leman pegi.. kalau akak gi sama.. pakai la mask.. anak2 x payah bawah.. risiko tinggi.. dpt la akak merasa popiah basah kg melayu ek.. hehehe...

REENAZ said...

Salam Dida
Hari tuh mangsa yg paling muda sekali kanak2 berusia 3thn.Lepas nih taktau ler sapa lagik mangsanyer....

Biasaler gomen kat M'sia nih, kalau dulu spesis burung sumer dimusnahkan (sbb bnyk org kg yg bela ayam itik & majoriti melayu). Kalau yang satu nih, bukan ker tokeh2 kaya yang didalangi 'org2 dia'. Rugi arr nak musnahkan sbb permintaan bnykkkk.....

idasm said...

salam dida. pasal h1n1 tu, kita hanya mampu berdoa saja, lebihnya Yg Maha Esa yg tentukan. Kak ida lagilah dida... setiap hari berdepan dengan mcm2 orang, insyaallah dida.. minta2 dijauhkan dr segala mala petaka.. amin

selamat menyambut ramadhan al mubarak...

helang timur said...

salam ziarah..
smg kita sama2 dilindungi dr Allah..
(^_^)
alhamdulillah ukm bangi je yg x tutup lg..ukm kl tutup dh pun..

ibundo said...

salam Dida. memang kami semua berada didalam kerisauan. Langkah berjaga-jaga kita ambil tetapi anak-anak yang saban hari mesti ke kuliah enggan jugak memakai mask. Rimas alasan mereka.
Hanya doa kepadaNya sahaja yang dapat membantu.

Masdihana Hamzah said...

popia basah kg melayu... awal2 lg dah pesan kat adik suruh belikan pd hari we all sampai jb... hehehe dah lama ngidam ni.

pe2 pun, akak nak ucapkan selamat menyambut ramadhan yg bakal menjengah x berapa lama lg ni... semoga th ni lebih baik dari th2 yg lepas... insyallah

cun09 said...

salam dida...^_^

Sesungguhnya semua penyakit itu datangnya dari ALLAH,sebagai hamba, kita hanya mampu BERUSAHA, MEMPERBANYAKKAN BERDOA, dan SETERUSNYA BERTAWAKKAL HANYA KEPADA ALLAH...dari ALLAH kita datang, kepadaNYA jugalah kita kembali...

salam Ramadhan...
Menjadi sahabat prihatin sebab rindu...

Dida... said...

Wslm Kak Ina..

Haaa betul tu.. baru sy faham sekarang... mcm akak kata tu la..nyawa manusia ni umpama sudah kurang nilainya berbanding dgn binatang tu... apa lagi yg nak dipertahankan lagi sehingga ramai yg telah terkorban kerananya.. walaupun apa jua vaksin yg telah disuntik.. tanda2 penyakit ini nak reda tak ada langsung... Apakah harta dan wang ringgit melebihi segala2nya... dan lebih utama dari nilai nyawa berjuta2 manusia?

Thanks kak Ina kerana memberi pandangan & buah fikiran akak di sini... :)

Dida... said...

Kak Idasm,

Wassalam kak..

Yaa.. selain berdoa, usaha utk menghindari pyakit tu pun amat penting.. jaga kebersihan diri dan elakkan diri di tempat2 yg ramai org jika tidak perlu...

Ha'ah.. akak lagi ramai jumpa org kan... akak hati2 ya.. jika perlu akak pakai la mask bila berurusan di tempat2 yg sesak.. saya doakan akak sentiasa selamat dari virus ini...

Dida... said...

Najihah..

Salam ukhwah.. terima kasih krn sudi ziarah blog saya yg x seberapa ini...

Ye ke ada U yg dah tutup... kira kronik jugak la ya.... saya di perantauan ni walaupun x tahu suasana sebenar di Malaysia.. tp hari2 saya ikuti perkembangan berita di sana...

Aminn.. moga doa kita dimakbulkan..

Dida... said...

Wassalam Kak Pah..

Tu la.. susah nak kata... bukan semua org yg nak ikut pakai mask... harap2 mereka tersedar suatu hr nnti bhw penyakit ini amat merbahaya jk tidak mengambil perlindungan sewajarnya.

Moga Kak Pah sekeluarga dilindungi Allah sentiasa...

Dida... said...

Kak Mas...

Amboi.. advance order nmpak... lama simpan ngidam tu ye... kali ni akak pulak yg makankan utk kite ehh... rasanya kita balik m'sia nnti, belum tentu dpt makan... sbb dah raya.. tokey popiah basah pun x habis beraya lagi..hehe..

InsyaAllah kak.. kita doakan yg terbaik utk kita utk hari ini dan hari2 seterusnya... Salam Ramadhan buat akak sekeluarga juga...

Dida... said...

Cun09,

Wslm Liza.... Salam Ramadhan kembali.. dan selamat menunaikan ibadah puasa dan tarawikh.. :)

Terima kasih krn sudi merindui saya.. tak sangka.. ada juga yg nak rindu saya ni walaupun x pernah kenal.. hehe..

Syukran ya ukhti kerana selalu berkongsi kata2 hikmah utk renungan kita bersama di sini...

Dearie Pearls said...

Sahabatku yang Manis lagi dirindui..
Bagaimana perkhabaranmu Sahabat?
Harap semuanya baik2 sahaja.

Maaf sedikit terlewat mengunjungimu.

Dan, terima ksih atas peringatan tentang penyakit yang kian 'membelenggu' Malaysia kini. Rasa nak ke mana-mana pun dah tak selamat.

Sahabatku,
Mungkin LoL akan jarang nak update blog. Tapi ada n3 yg autopublish.

Sahabat,
LoL sayang sahabat ok.


-LoL-

Dida... said...

Dear LoL...

Alhamdulillah.. saya sihat2 je... It's ok... saya tak kisah.. yg penting, ingatan LoL utk saya tetap ada... itu lah yg dinamakan real friendship eventhough it's not in a reality world...

Saya harap LoL sentiasa menjaga kesihatan & mendapatkan rehat yg cukup utk menghindari sebarang penyakit ok..

Take a very gud care of urself..

Luv ya too.. Friend 4eva..

Dearie Pearls said...

Dear Dida,
you owez in ma mind dear..

take care too..

gud health!