5 juta rakyat Malaysia akan dijangkiti H1N1
15/08/2009 7:37pm
BUKIT MERTAJAM 15 Ogos — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.
“Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.
- BERNAMA
============++++++++==============
Mak, abah.. pakai lah topeng muka dan berdoa lah ya kalau nak ke mana2... kalau jadi apa2 nanti.. sapa nak jaga adik2 nanti... along jauh dekat sini... risau benar along dengan keadaan dekat Malaysia... dah la jadi negara PERTAMA & TERTINGGI di Asia yg paling ramai dijangkiti virus pembunuh ni... kalau demam & selsema.. cepat2 pergi klinik ya.. adik2 pun sama.. jangan suka sangat main dekat luar dan jalan2 tak tentu hala.. duduk rumah lagi selamat...
Sabda Rasululullah S.A.W
"Sesungguhnya besarnya balasan beserta dengan besarnya bala, dan sesungguhnya Allah swt jika Dia mencintai suatu kaum, maka Dia uji mereka, barangsiapa redha dengan bala tersebut baginya redha (Allah), dan siapa murka (dengan bala tersebut) baginya kemurkaan Allah."
"Tidak henti-hentinya bala menimpa seorang mukmin dan mukminah pada jiwanya, anaknya dan hartanya hingga dia menemui Allah swt dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya"
"Jika suatu musibah menimpa kalian, maka hendaknya dia mengingat musibah tersebut dengan (kematian) ku (Nabi Muhammad s.a.w), kerana itu adalah musibah yang terbesar"
(Rujukan dari Shahibul Jami' :2110,5815,347)
Imam Al-Ghazali berkata: Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang paling dekat dengan manusia di dunia ini... Janji Allah di dalam Firmannya "Setiap yang bernyawa pasti akan mati" (Surah Al-Imran: 185)
2-3 posting saya sejak 2 menjak ni.. asyik sentuh pasal kematian je kan.. harap teman2 tak bosan dengan entry2 saya ini... bukan kerana apa.. sbb saya sayangkan keluarga & sahabat2 saya semua... di harap kita semua tidak terlalu leka dengan dunia ini kerana tiada apa yg boleh dibawa pulang dari dunia ini untuk bekalan kita di akhirat nanti selain daripada amal ibadat... dunia2 juga.. akhirat jangan lupa ok.. (pinjam kata2 Mawi..)
Sampai di sini sahaja.. Wassalam..