Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

6.18.2010

Misteri Alam...Misteri MilikNya..

Salam Pagi Jumaat..

Hujan yg menyimbah bumi milik Allah di pagi hari membuatkan aktiviti yang saya rancang pagi ini menjadi tergendala... konon nak pi servis kereta lah.. nak cuci kereta lah.. nak pi bank lah.. baju yg dah sebakul tak basuh tu pun tak berusik.. tapi takpe.. ada hikmahnya... hujan rahmat membawa berkat.. masa yg terluang ni dpt juga saya update blog.. walaupun tak seaktif mcm dulu... tp ada la juga cerita walaupun ceritanya takde la menarik.. cuma banyak cerita2 tentang diri sendiri...

Tengahari ini saya memenuhi jemputan rakan lama di tempat kerja lama saya untuk makan tengahari bersama... sekian lama merancang.. baru hari ni dapat tertunai.. apa menunya? haaa.. Laksa Johor.. dah lama saya nak makan sejak awal mengandung lagi.. sekarang dah hampir nak masuk 7 bln.. baru la dapat dipenuhi kehendak tekak ni.. sebenarnya, bukan mengidam sangat pun.. kalau tak dpt makan pun rasanya tak effect apa2.. cuma teringin je.. teringin dengan mengidam tu tak sama ke? hihihi.. terima kasih Kak Norah kerana susah payah arrange lunch hari ini.. :)

Saya juga ada terima undangan majlis kenduri doa arwah di Melaka dari keluarga belah suami hari minggu ini.. hampir semua ipar2 dan saudara mara saya pergi.. tp memandangkan keadaan perut yg semakin membesar dan ketidakselesaan saya berjalan jauh ditambah lagi dengan ketiadaan suami di sisi.. saya mengambil keputusan untuk tidak pergi.. Harap keluarga di sana memahami keadaan saya dan tidak berkecil hati... InsyaAllah jika umur panjang kita jumpa Syawal nanti..

Habis cerita tentang makan dan kenduri.. ada cerita lain yg ingin saya tarik perhatian pembaca sekelian.. iaitu tentang misteri bau wangi.. hmmm.. orang tua2 kata kalau terbau apa2 especially waktu malam.. jangan tegur... perkara ni berlaku hampir setiap hari di laman dan ruang tamu di rumah mak saya.. hari ni masuk hari yg ke-4... mak saya kata bau tu mungkin dari salah satu pokok yg dia tanam... tapi takde satu pun pokok mak saya yg berbunga.. pokok jiran rumah sebelah pun takde yg berbunga... saya nak percaya benda2 misteri ni pun... tak pasti.. tp makhluk halus tu memang ada... dia juga adalah makhluk Allah juga.. cuma kita tak nampak dengan mata kasar je.. malam kelmarin... adik saya terdengar satu ketawa halus di belakangnya masa dia tengah sidai baju waktu malam.. pucat muka dia berlari masuk dlm rumah... hiii.. meremang bulu roma dibuatnya... semenjak hari tu.. kami adik beradik tak berani nak lepak2 dekat ruang tamu seorang diri bila malam menjelma.. Untung la kami terbau yg wangi.. kalau terbau benda busuk.. lagi haru dibuatnya..
Ya Allah... lindungilah kami sekeluarga dari makhluk jin dan syaitan yang berniat jahat... dan peliharalah kami dari sifat hasad dengki manusia...

Ok lah semua.. kita tinggalkan dulu kisah misteri ini.. hujan dah mula reda.. saya nak sambung kerja2 saya yang tergendala sebentar tadi.. sebelum itu.. ingin saya berkongsi tentang sebuah nasihat dari Luqman Hakim yg dipetik dari sebuah buku yg dikarang oleh Abu Afiqah yg berbunyi...

"Wahai Anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya adalah IMAN dan layarnya ialah TAWAKKAL KEPADA ALLAH"

Moga kita sentiasa bertawakkal kepada Allah dalam apa jua urusan yg kita lakukan.. kerana bergantung harap hanya semata2 kepada Allah adalah yg sebaik2nya daripada kita bergantung kepada perkara2 lain yang boleh merosakkan akidah dan mendatangkan syirik...

Wallahualam bissawab..

16 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Dida,
Oooo.. dida ada di Malaysia ehhhh.. saya ingat Dida kat Yanbu lagi...

Abd Razak said...

Salam sahabat..:)

Moga sihat hendaknya..

Bacalah surah al-Baqarah selalu di dalam rumah...insya Allah akan terhindar dari syaitan & jin yang cuba mengganggu.

Keyna said...

salam ziarah...

semoga berbahagia selalu hendaknya....

..... http://belogcoklat.blogspot.com

Dida... said...

Ha'ah la Echam.. saya dah ada dkt malaysia.. da 2 bln lebih dah.. :)

Dida... said...

Wslm Saudara Razak..

Alhamdulillah.. sihat..

InsyaAllah akan amalkan.. kalau buka cd surah Al-Baqarah ok tak? maklum la.. surah tu agak panjang.. mesti tak dpt baca 1 hari satu surah... kalau CD tu mungkin boleh la habis..

Terima kasih atas nasihat :)

Dida... said...

Hamba Allah..

Salam Ziarah buat anda juga.. thanks for visiting my blog.. InsyaAllah akan berkunjung balas kemudian..

idasm said...

salam dida, mmg lama x dgr khabar dida. rupanya dh ada kat msia ye. dan rupanya dida pregnant yea. tahniah ye. mmg teruja akak bila teman2 pregnant. harap2 kak isa pun dapatlah merasa satu hari nanti...

take care ye dida...

cun09 said...

salam sahabat ^_^

semoga sihat...

Hanisham Ab Halim said...

Dida,
Nanti ambik award yer...

Patock said...

Salam kenal, keren blog mu..

ASYIQ said...

Salam Dida adikku sayang...

Ada satu tarikan bila baca entry ni....Dida akan menjadi ibu. Punya la lama akak tak dtg sini.....alhamdulillah ada berita baik nampaknya.

Moga Dida terus bahagia dan sihat selalu...aminn.

cun09 said...

salam ramadhan sahabatku ^_^

**semoga sihat**

cun09 said...

salam aidilfitri buat dida sekeluarga ^_^

mohon maaf selama kita bersahabat, moga sihat!!

Dearie Pearls said...

Selamat Hari Raya, Dear..

Mohon ampun dan maaf andai selama perkenalan maya ini ada kata2 yang mengguris hati..

Selamat bergembira..

apa cerita sekarang..?

cun09 said...

salam sahabatku ^_^

semoga sihat bersama keluarga...teringin nk tengok baby ^_~

cun09 said...

salam Dida

moga sihat bersama kuarga ^_^

***salam Aidiladha***