Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

3.18.2009

Ma'adz Al-Jabbar

bzzzt… bzzzt.. mcm bunyi vibrate handphone.. siapa plak yg call aku mlm2 buta nih…"Kaifa halik my daughter.. Are you sleeping already?" Laa… Ummi aku rupanya… "Tak la Ummi.. Ana tengah swimming dekat kolam renang nih.." dgn mamainya aku menjawab.. (tp dalam hati je la…huahuahua…) bukan dekat As-Subh je yg ada kolam renang tau.. rumah aku pun ada.. tp kecik sikit arrr… ala-ala bath tub dlm bilik mandi gitu.. kalau size comel mcm aku ni.. boleh je berenang.. tp berenang setempat je la.. hihihi... (Kalau tak tau As-Subh tu dkt mana.. bacalah blog Walangkopo..) Kat sini, kalau dah pukul 12 lebih.. tentu la tengah tido kan... Sekarang takleh tido lambat sbb time masuk waktu subuh dah awal.. tp kekadang langgar je… tido smpai dekat pukul 1 pg.. pastu, bangun subuh confirm terpisat-pisat biji mata...


Sebenarnya Ummi aku tipon tu nak ajak aku gi dengar ceramah dekat Masjid… Pagi ada, malam pun ada.. tp aku prefer pegi pagi.. dalam 2 jam gitu.. memula dia kata pegi jalan kaki je.. dlm 15 minit perjalanan.. tp disebabkan dia yg lambat siap.. so terpaksa lah chartered teksi… aku mana2 pon boleh… tp syok jugak kan kalau dpt jalan kaki dgn mak2 Arab dekat Yanbu ni sambil sedut udara pagi yg segar.. setakat ni, belum pernah lagi lah.. mungkin next time kot..


Eh.. awek mana plak gmbar yg kat atas tu? kenal tak? Entah ekk.. tak kenal la.. kalau tengok mata, mcm kenal.. hihihi.. dah.. dah.. dah.. sambung cite tadi.. Ok, tempat ceramah kali ni diadakan di Masjid yg diberi nama Ma'adz Al-Jabbar yang terletak di Shareh Al-Figrah. Penceramah didatangkan khas dari AlMakkatul Mukarramah.. tak sempat lak aku tanya nama dia.. tapi pada pengamatan aku.. dia ni memang penceramah yang bagus sebab cara penyampaian dia memang mantap. Walaupun aku tak paham apa yg dia cakap, tp aku dapat rasakan dari mimik muka dia.. intonasi suara dia yg pelbagai… kadang2 mendatar je.. tetiba bertempik plak.. (terkejut aku!) kadang2 macam nak nangis, pandai buat lawak pun ya… orang ketawa aku pun ketawa (walaupun tak paham..) dan ada jugak yg menitiskan airmata.. Bila penceramah bercerita tentang Al-Jannah.. bersinar-sinar mata & muka masing2.. membayangkan keindahan syurga Allah s.w.t. MasyaAllah Tabarakallah.. sungguh menyentuh kalbu.. I wish I know & understand what was the lecture given by the ustazah.. hhmmm.. takpe.. takpe.. tak lama lagi, kelas bahasa Arab for Yanbu Malaysian ladies dah nak mula… harap2 tercapai la hajat aku nak fasih berbahasa Arab.. InsyaAllah.. moga2 Istiqomah la ek Dida… jgn separuh jalan jek..


Kehadiran wanita2 Arab pada majlis ni memang mengkagumkan.. hampir penuh ruang Mussola An-Nisa' di masjid tersebut.. oleh kerana kami terlambat maka ruang pun sudah hampir dipenuhi… tp.. Ummi tetap juga cari ruang yang paling hampir dengan penceramah tersebut… aku pun follow je lah.. menonong tanpa toleh kiri & kanan.. biji mata aku ni hanya nampak pakaian serba hitam je yg memenuhi ruang tersebut… Apa2 pun, Alhamdulillah.. walaupun aku tak faham apa2... mudah-mudahan dengan menghadiri majlis Ilmu di rumah Allah spt ini…dpt juga aku berkongsi rahmat dan shafaat kerana setiap majlis ilmu itu akan adanya malaikat bersama-sama kita..InsyaAllah.. And it was really a great moment for me… Alhamdulillah.. Ok friends, Sekian sahaja aktiviti Rizhad kali ini di Tanah Arab... Ma'as Salamah!

No comments: