Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

3.22.2009

Dujjaj

Apa tu? pelikkan bunyi dia? first time aku dengar pun... terkujat sekejap gegendang telinga aku ni haa.. terpaksa la mintak balik diulang perkataan tu… 'Dujjaj' tu sebenarnya ialah satu lagi makanan Arab yg berpeluang aku rasa dekat sini.. ianya juga adalah sejenis 'Kableh' tapi bezanya lauk kali ni adalah Ayam.. Sesapa yg pernah baca entry aku yg lepas iaitu Resepi dari Khabul, Afghanistan, pasti pernah dengar perkataan Kableh. Kableh yang lepas, dimasak dengan ikan.. dan baru tadi aku dpt tau nama specific dari Ummi yg Kableh berlauk kan ikan tu dipanggil 'Samaq'.

Kali ni , aku tak berpeluang nak masak sama2 dgn Ummi dan Ummi Mona mcm sebelum ni sebab bertembung plak dgn program Kelas Bahasa Arab.. so, aku tak dpt nak cerita la mcm mana cara dia masak Jujaj ni.. tau-tau.. Ummi call aku, suruh datang umah dia utk amik makanan.. aku apa lagi.. laju je sarung abaya dan terus gi umah dia.. rezki jgn ditolak beb...

Rasa dia? hhmm.. masa entry ni ditaip, aku belum rasa lagi la… sebab nak tunggu hubby aku balik dari kerja utk rasmikan & makan sama2.. kalau bau dia.. fulamakk.. boleh cair usus perut aku.. punya la harum… rasa dia belum tau lagi la mcmana.. heheh…

Jujaj @ Jujat.. yg dlm cup tu.. yogurt Timun... mmm.. mcm mana la rasa dia yek...

Ok, tukar topik... Hari ni aku rasa happy la sebab start dari hari ni, aku rasa hidup aku di Yanbu ni takde la seboring mana.. sbb aktiviti sentiasa ada menjengah para2 wanita Malaysia dkt sini.. antara nak join dgn taknak je kan… pagi tadi Kelas Bahasa Arab utk kaum wanita dah bermula... dan akan berterusan setiap hari Ahad & Selasa setiap minggu. Buat permulaan, Alhamdulillah.. blh catch up lagi.. baru belajar pronunciations & basic writing je.. pronunciations tu mcm belajar Iqra' balik.. menyebut huruf dgn makhraj yg betul.. sampai nak tergeliat2 lidah & anak tekak nak memperbetulkan bunyian huruf tu.. kalau tak, lari la makna dia kan… biasalah.. lidah org Malaysia ni, dah terbiasa dgn bacaan ala2 kemelayuan.. bila kena tukar tune sikit.. mula lah.. tersasul sana sini.. tp Abla' kata.. InsyaAllah, kite akan terbiasa dgn apa yg diajar hari ni.. Abla' yg mengajar tu.. berasal dari Tunisia.. dia mgunakan simple English yg mudah utk kami faham.. harap2 lepas ni dipermudahkan lagi la untuk kami menerima ilmu tentang bahasa Al-Quran nih… InsyaAllah…

Oklah geng… setakat di sini dulu update tentang kisah RizHad di perantauan kali ini.. sehingga bertemu lagi… tatatititutu…

No comments: