Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

4.25.2009

Al-Quran untuk menakluki hati...

izAksi anak2 yg mencuit hati...
Dah habis makan.. dah kenyang... apa lagi.. posing la kan...
(Dari kiri: K.Ita (Wife Reza), Aku, K.Mas (Wife Zaki), K. Dijah (Wife Hj. Zin) & K. G (Wife Mail)

Seperti yg dijanjikan.. ni ler gmbar perkelahan BBQ kami 2 mlm yg lepas.. yg dipanggil perkelahan di halaman rumah.. hehehe.. Acara yg sederhana tetapi meriah ini.. diadakan di pekarangan rumah En. Zaki & En. Reza di Al-Oyoun. Terima kasih daun keladi.. kalau ada makan2 lagi.. jemput lah kami lagi.. hehehe.. tak malunya aku ni kan.. org tua2 kata.. rezki jgn ditolak.. musuh jgn dicari..


Ok lah... Seperti mana tajuk entry aku kali ini.. ingin aku kongsi artikel ringkas mengenai Kalamullah Junjungan umat Nabi Muhammad S.A.W.. iaitu Al-Quran Nur Karim buat renungan kita bersama... terima lah...


==========================================


Al-Quran sesungguhnya paling banyak manfaat dan dapat mendekatkan seseorang kepada Allah. Maka tidak ada kejayaan dan kebahagian bagi kita melainkan dengan membaca dan pelajarinya.


Pernah diceritakan tentang sahabat Muhajirin/Ansar, diceritakan bahawa di dinding rumahnya ada tergantung Al-Quran dan disampingnya ada sebilah pedang yang mana pedang itu digunakan untuk menakluki negeri dan Al-Quran untuk menakluki hati...


Subhanallah..

Dengan membaca dan memahami Al-Quran, mendekatkan kita pada Allah. Menagih cinta Allah. Mencari CintaNya. Kalamullah yang mengajar kita mendapat kebahagian dunia dan akhirat.


Al-Quran diturunkan untuk kita fahami. Tidak kira walau berapa kalipun kita khatam Al-Quran, jika tidak difahami maksudnya, maka sia2lah kerana kita tidak dapat mengambil pengajaran daripadanya.


Dengan mendirikan solat, kita sebenarnya sedang bercakap dengan Allah. Dengan membaca Al-Quran, secara tidak langsung Allah sedang bercakap dengan kita. Tidak rasa berkobar-kobarkah kalau Yang Maha Esa nak bercakap dengan kita? Memberi hidayah kepada kita?


Beruntunglah orang2 yg membaca dan memahaminya kerana dalam Kitabullah penuh dengan peringatan dan pengajaran.


Dia yang memiliki segala2nya yang ada di langit dan bumi. Yang memberi syafaat (pertolongan) kepada sesiapa yang dikehendaki. Luasnya kekuasaan Allah meliputi langit dan bumi.. Dan tidak menjadi kesukaran bagiNya untuk mentadbir keduanya, kerana Allah Maha Tinggi kemuliaanNya dan Maha Besar KekuasaanNya... Ayatul Kursi.


Dalam Surah Asy-Syuuraa, ayat 52:


Demikianlah Kami wahyukan kepadamu, Al-Quran dengan perintah Kami, yang sebelumnya tidak kamu ketahui, apa itu Al-Quran dan apa itu Iman. Tetapi kami jadikan Al-Quran itu sebagai cahaya, dengannya Kami memberi petunjuk kepada hamba Kami yang Kami kehendaki..


JIKA KAMU MENCINTAI AL-QURAN, MAKA KAMU TELAH MENCINTAI ALLAH DAN SEBERAPA BESARNYA CINTAMU PADA AL-QURAN, MAKA SEBESAR ITULAH CINTAMU KEPADA ALLAH...


Wallahua'lam.

No comments: