Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

6.11.2009

Hati ini telah jatuh cinta...

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga semua rakan-rakan saya sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

1 February 2009 - Warta Perdana

Ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila tiba2 sebuah Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu Kaabah. Peristiwa mengejutkan itu membuatkan ramai jemaah yang menyaksikan peristiwa itu menangis.. Saksi kejadian berkata, pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran dan sebaik sahaja beliau sampai di depan pintu kaabah beliau dirempuh oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terbabas dan Quran yang dipegang terlepas tapi tidak jatuh malah melayang dan melekat di pintu Kaabah.

Selepas seorang staff Masjidilharam mengambil kembali Al-Quran tersebut dan diturunkan dengan sebatang kayu, saksi-saksi berpeluang mencium Al-Quran tersebut. Ternyata Al-Quran itu sangat wangi seolah-olah dipenuhi berbotol-botol minyak wangi. Subhanallah....
Sumber: Makmoden.blogspot.com

==========++++++++===========

Mungkin kamu sudah mengetahui tentang kisah ini dan saya akui saya agak outdated tentang kisah2 semasa.. tetapi itu tak menjadi hal kepada saya kerana saya tetap bersyukur kerana cepat atau lambat, kisah2 seperti ini tetap sampai kepada saya... Alhamdulillah.. hati saya semakin mencintai Al-Quran... dengan izin Allah.. saya ingin terus mendampingi kalamNya ini hingga ke akhir hayat saya.... Pesanan saya.. jadikan kisah ini sebagai iktibar agar kita sentiasa memuliakan Al-Quran dengan membaca & mempelajari isi kandungannya.. Semoga Allah Ta'ala merahmati kita semua hingga ke akhir hayat...

Ketahuilah rakan-rakanku sekelian, musuh Islam tahu bahawa kekuatan Islam ada pada al-Quran maka mereka terus berusaha menjauhkan umat Islam daripada al-Quran. Sebagai contoh, pemansuhan pembelajaran bahasa jawi yang merupakan perantaraan yg begitu penting dlm pembelajaran bahasa Arab & penguasaan Al-Quran. Selain daripada itu pencemaran bahasa arab dengan mengubah sebutannya dan mengurangkan penggunaannya sebagai bahasa komunikasi. Akhirnya orang arab sendiri lebih banyak menggunakan bahasa pasar daripada bahasa arab fasohah apatah lagi umat Islam yang berbangsa lain. Ini saya dapat perhatikan sendiri di negara Arab di mana rata-rata penduduk di sini lebih menggunakan bahasa pasar. Jadi apa faedahnya saya dan rakan2 mempelajari bahasa Arab yang tulen, sedangkan orang2 disekeliiling kami menggunakan bahasa pasar? jgn sedih... Ustazah saya pernah berkata.. walaupun bahasa Arab pasar ini lebih luas penggunaannya tp adalah penting untuk kita mengusai bahasa arab tulen kerana sedikit sebanyak kita dapat memahami bahasa Al-Quran dan ini adalah lebih bermakna... Sekarang ini saya dan rakan2 dalam proses pembelajaran.. dan saya akui secara peribadi.. pengamatan saya dlm bacaan Al-Quran terasa lebih menarik daripada sebelum ini yang mana dulu, saya hanya membaca terus menerus tanpa memikirkan apa kisah disebalik ayat yang saya baca itu. Oleh kerana saya telah mempelajari beberapa makna perkataan di dalamnya walaupun tidak banyak... semangat untuk membaca & mempelajarinya itu jadi lebih tinggi. Saya percaya rakan2 sepengajian saya juga mengalami pengalaman yang serupa. Alhamdulillah.

Maksud sebuah hadith nabi s.a.w:
Sesiapa yang inginkan akhirat maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan dunia maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin keduanya iaitu akhirat dan dunia maka dia lebih dituntut agar berilmu.

Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu ada terkandung ilmu yang lengkap yang merangkumi dunia & akhirat... membaca & beramal dengannya akan membawa kebahagian hidup di dunia & akhirat....


Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim... dengan ini saya, selaku moderator kasihrizHad.blogspot.com melancarkan kempen CINTAI AL-QURAN di blog ini... semoga kita semua mendapat hidayah & petunjuk dari Allah SWT ke jalan yang lurus dengan hikmah dari Kalam Suci Allah ini...


17 comments:

Dearie Pearls said...

Sahabatku yang Cute..
Setelah mengikuti ESQ Training tersebut, saya lebih faham.
Dan jika berkesempatan, saya suka jika Sahabatku turut mengikutinya.

Hazlin Nazri said...

Salam ziarah...
nice blog.

Ummu Mishkah said...

kempen yang bagus terutamanya utk diri saya sendiri!

ASYIQ said...

InsyaAllah...disiplinkan diri untuk baca Al-Quran setiap hari....walau sesibuk mana.

Jgn pulak sibuk berblogging, Al-Quran pun x smpat baca....aduhai, akak dh kena sound da....heee...pahit utk ditelan!!!!

Pasrah dan insaf....!!!

Abd Razak said...

Salam...gunakan waktumu untuk membaca Al Quran, dan jadikan untuk dirimu ukuran setiap hari dan jangan kamu tinggalkan itu walaupun dalam berbagai keadaaan, sedikit yang dilakukan terus menerus itu lebih baik dibandingkan dengan banyak tapi terputus-putus. Jika tertinggal gantikanlah.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Barang siapa yang tertidur dari amalannya atau sebahagian darinya kemudian dia membacanya antara solat subuh dan solat zohor maka baginya pahala seakan dia membacanya di malam hari” (HR.Muslim)

Dida... said...

LoL sahabatku yg baik hati :)

Niat di hati memang teringin sangat nak pegi... tp apakan daya.. jarak & peluang tak mengizinkan..

mana tahu.. balik dr Arab nanti saya bekerja semula.. dan saya sudah pasti tak akan lepaskan peluang utk join kursus tu.. thanks ya!

Dida... said...

Wslm Kak Hazlin..

Terima kasih krn sudi singgah di sini.. selalu2 lah singgah ya..

Kedatangan Kak Hazlin di sini amat dialu2 kan.. :)

Dida... said...

Ummumiskah...

Yaa.. bagus untuk semua pembaca blog saya dan semua umat beragama Islam.. moga kempen ini mendapat sambutan.. InsyaAllah..

Saya hanya menggerakkan.. terpulang pada mereka utk melaksanakan...

Dida... said...

Kak Asyiq..

Waa dah kena sound ke.. takpe.. sound utk kebaikan harus diterima dengan hati yang terbuka...

Moga Kak Asyiq menjadi ibu contoh buat anak2 akak.. selamat beramal ya..

Dida... said...

Wslm.. Razak..

Terima kasih atas ayat yang sungguh bermakna dan hadith Rasullah itu..

Saya amat bersetuju bhw kita hendak lah mengamalkan membaca Al-Quran terus menerus walaupun hanya setengah jam satu hari.. apalah lah nak dibandingkan 1/2 jam tu dgn urusan dunia yg kita lakukan seharian suntuk... lagipun dgn baca Al-Quran InsyaAllah hati kita akan sentiasa berada 'on track'

Moga hati kita tidak pudar dari mencintai Al-Quran...

Park Chick said...

moga Al-Quran meangi dalam diri setiap muslim.salam alaik

Unknown said...

HABIH LA NI RAMAI YANG TAK BERPANDUKAN ALQURAN.BANYAK YANG IKUT SEDAP KEPALA OTAK. TANAMLAN BARIS QURAN DIDALAM JIWA KELAK IANYA AKAN TINGGAL SEKEPING KERTAS PUTIH.

Dida... said...

Park Chick...

InsyaAllah.. itu lah yang terbaik.. terima kasih krn berkunjung ke sini...

Budak kampung online...

Tu la yg saya dok risau dgn masyarakat zaman sekarang ni.. mereka lebih akur dgn undang2 manusia.. moga mereka mendapat hidayah sebelum mereka meninggalkan dunia ini... terima kasih di atas komen yg bernas...

Dearie Pearls said...

ESQ Training akan diadakan di seluruh dunia..
Manatau, satu masa nanti akan sampai juga di Arab sana..

Memetik kata Bos saya:
"saya tak boleh nak gambarkan kegembiraan saya selepas mengikuti training tersebut. Saya rasa seolah berada di awang-awangan.."

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

kalaw x baca quran sehari,
esok tu rasa cam payah je lidah ni nak membacanya..

quran ni mmg takleh tinggal walau sehari.
yg penting bagi saya baca gak sikit walau satu mukasurat dalam satu hari tu.
biar sedikit janji istiqomah..
=)

thanx kak dida ats peringatan ni!
moga kita tak lalai dgn hal duniawi saja..

Dida... said...

Betul.. betul.. betul..

adik sama mcm akak... rasa gelisah je kalau tak baca Al-Quran satu hari...

Mari lah kita sama ingat mengingati...

ummu said...

Al quran penawar jiwa dan penawar segala2 masalah manusia dan seluruh sistem kehidupan